Kes Tuntutan Hak Jagaan Anak Selepas Penceraian



Perebutan hak hadhanah sama ada di antara ibu atau bapa atau melibatkan pihak ketiga seperti ibu atau bapa angkat atau nenek adalah agak sukar untuk diselesaikan tanpa adanya toleransi antara pihak-pihak yang terlibat. Ikuti nukilan yang dikongsikan oleh peguam syarie hafizah haron associate tentang isu ini.

Hampir semua kes hadhanah yang telah diputuskan di Mahkamah Syariah menjelaskan tentang kebajikan kanak-kanak sebagai pertimbangan utama yakni hak kanak-kanak yang dipertikaikan mestilah diberikan keutamaan daripada hak orang yang menuntut hadhanah kerana tujuan hadhanah itu sendiri ialah untuk kebajikan kanak-kanak dan bukanlah untuk kebajikan pihak-pihak yang bertelingkah.

Apa yang dipertimbangkan oleh Mahkamah adalah sekiranya kanak-kanak itu tidak rapat dan mesra bersama ibunya, maka kanak-kanak itu hendaklah dalam apa cara yang paling terbaik diletakkan dalam jagaan seseorang yang tidak mungkin memberi kesan gangguan emosi kanak-kanak tersebut.

Maka di sini, dapat disimpulkan bahawa walaupun seorang ibu lebih berhak terhadap hadhanah anak kecilnya, apabila hak ini bertembung dengan kepentingan dan kebajikan anak itu, maka kebajikan anak itu yang akan diutamakan.

Keperluan Mengekalkan Status Quo Penjaga Kanak-Kanak.
Seksyen 87 (3) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 menjelaskan:“Adalah menjadi suatu anggapan yang boleh dipatahkan bahawa adalah untuk kebaikan seseorang kanak-kanak dalam masa dia kecil supaya berada bersama ibunya, tetapi pada memutuskan sama ada anggapan itu dipakai bagi fakta-fakta sesuatu kes tertentu, Mahkamah hendaklah memberi perhatian kepada tidak baiknya mengacau kehidupan seseorang kanak-kanak dengan bertukar-tukar jagaan”.
Peruntukan ini menjelaskan bahawa seorang kanak-kanak yang masih kecil tidak mutlak diletakkan di bawah jagaan ibunya menurut undang-undang. Ini kerana, jika kanak-kanak itu tinggal atau membesar dengan penjaga lain seperti nenek atau ibu saudara, maka mahkamah menitikberatkan bahawa status quo kanak-kanak tersebut bersama penjaganya tidak dikacau ganggu. Dengan erti kata lain, kanak-kanak tersebut akan kekal tinggal bersama dengan penjaga asal supaya kebajikan kanak-kanak tersebut terpelihara daripada sebarang kemudaratan. Sebaliknya, meletakkan kanak-kanak serumah dengan seseorang yang membenci dirinya akan mendatangkan kesan buruk kepada kanak-kanak itu sendiri yang mana situasi negatif yang diterima akan mempengaruhi pembentukan peribadinya

Ini kerana, adalah fitrah bagi seorang kanak-kanak yang masih kecil mempunyai sifat manja dan tentu sekali akan merasa selesa dan gembira apabila tinggal bersama penjaga yang telah mengasuhnya sejak kecil sehingga membolehkannya mengenali penjaganya. Oleh itu, atas faktor keselesaan kanak-kanak tersebut apabila bersama penjaganya adalah perkara yang diutamakan oleh Mahkamah. Berdasarkan tempoh jagaan tersebut juga, sudah tentu penjaga tersebut telah arif berkenaan perihal untuk memenuhi segala keperluan, hal penjagaan dan segala kemaslahatan kanak-kanak tersebut. Sebarang bentuk kemudaratan yang akan dihadapi oleh kanak-kanak tersebut boleh diatasi dengan adanya pengetahuan dari penjaganya. 

Dalam satu contoh kes Wan Abdul Aziz lwn Siti Aisyah 1975 1 JH (1) 47 melibatkan perebutan hak jagaan seorang anak perempuan yang mana kanak-kanak tersebut telah menetap di bawah jagaan nenek sebelah bapa sejak ibu dan bapanya bercerai. Selepas 2 tahun, ibu kanak-kanak tersebut bertindak menuntut hak jagaan di Mahkamah Tinggi Syariah. Di peringkat rayuan, Mahkamah telah mengekalkan status quo anak tersebut bersama neneknya atas faktor menjaga emosi kanak-kanak tersebut supaya tidak terganggu dengan bertukar-tukar jagaan

Bagi kanak-kanak yang sudah bersama dengan bapanya sejak kecil, maka adalah tidak wajar jika hak jagaan bertukar tangan kepada pihak lain yang mungkin akan menyusahkan kanak-kanak tersebut untuk menyesuaikan diri dengan tempat baru dan asing baginya. Dalam hal ini, Mahkamah mengambil kira dari segi tempoh masa bapa telah bersama dengan kanak-kanak tersebut. Sepanjang tempoh penjagaan tersebut, sudah tentu hubungan kasih sayang antara kanak-kanak tersebut dengan bapanya sudah menjadi rapat dan agak sukar untuk memisahkan kanak-kanak tersebut dengan bapanya kerana ini sudah tentu akan memberi kesan dari segi gangguan emosi. Oleh yang demikian, untuk memastikan kebajikan anak tersebut terpelihara, maka adalah lebih utama hadhanah itu dikekalkan kepada bapanya. 
Berkaitan memenuhi keperluan hakiki bagi kanak-kanak tersebut pula, seorang penjaga adalah berkebajikan untuk memberikan pendidikan kepada kanak-kanak tersebut. Ini kerana, pendidikan merupakan keperluan hakiki yang perlu diberikan oleh penjaga untuk menjamin keperluan masa hadapan kanak-kanak tersebut. Mahkamah berpendapat bahawa jika seorang bapa boleh memastikan pendidikan kanak-kanak tersebut disusun dengan baik sepanjang tempoh masa bapa menjaga dan membesarkan kanak-kanak tersebut, termasuklah mempunyai masa untuk mengurus dan mendidik kanak-kanak tersebut di rumah, maka hak hadhanah itu akan dikekalkan kepada bapanya. Sebagaimana peruntukan undang-undang di dalam subseksyen 88 (1) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 menyatakan:“Sesuatu perintah jagaan boleh dibuat tertakluk kepada apa-apa syarat yang difikirkan oleh Mahkamah patut dikenakan dan, tertakluk kepada syarat-syarat, jika ada, yang dipakai dari semasa ke semasa, perintah itu adalah menghakkan orang yang diberi jagaan itu untuk memutuskan semua soal berhubungan dengan pendidikan dan pelajaran kanak-kanak itu.”Malah, Mahkamah juga melihat kepada kemampuan seorang bapa untuk menyediakan tempat tinggal yang sempurna dan selamat bagi kanak-kanak tersebut. Sebagaimana di dalam subseksyen 88 (2) (a) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 menyatakan: “Tanpa menyentuh keluasan subseksyen (1), sesuatu perintah jagaan boleh :(a) Mengandungi syarat-syarat tentang tempat di mana kanak-kanak itu akan tinggal dan cara pelajarannya;”
Dapat disimpulkan di sini bahawa status quo anak akan dikekalkan kepada penjaga asal selagi mana penjaga tersebut tidak hilang kelayakan. Untuk melayakkan ibu atau bapa mendapatkan hak jagaan tersebut, maka persediaan untuk kebajikan anak tersebut adalah diperlukan dan telah pun disediakan seperti tempat tinggal, suasana, tempat belajar dan masa bersama. Kearifan seorang penjaga dalam hal penjagaan kanak-kanak tersebut adalah perkara yang diutamakan oleh Mahkamah. Mahkamah sangat menitikberatkan keupayaan seorang penjaga dalam memberikan segala keperluan bagi kanak-kanak tersebut supaya segala kemudaratan yang boleh menjejaskan pembesaran, pendidikan dan kehidupan seharian kanak-kanak tersebut dapat dielakkan. Ini bersesuaian dengan kaedah fiqh iaitu “kemudaratan hendaklah dihapuskan”


Alhamdulillah, 2 hari lepas telah keluar keputusan untuk anak guam berkaitan tuntutan hak jagaan anak setelah hampir 3 tahun perjalanan kes. Banyak liku ketika kes ini berjalan antara nya si ayah tiba tiba ketika prosiding menghilangkan diri tetapi akhirnya alhamdulillah hadir kembali, si ibu tiba tiba jatuh sakit. Dengan akhirnya terhenti seketika disebabkan wabak covid melanda negara.

Akhirnya pada hari keputusan 2-2 pihak bersyukur di atas keputusan yang mahkamah berikan setelah mahkamah meneliti segala fakta keterangan bukti saksi yang diberikan beserta kehadiran anak utk membuat pilihan pada siapa yang ingin mereka tinggal memandangkan 3 daripada 4 anak tersebut adalah lebih dari umur 7 tahun bagi lelaki dan 9 tahun untuk perempuan.

Yang mana seorang anak yang masih bawah umur diberikan kepada ibu dan ya g temag melebihi umur mumaiyiz kepada bapa. alhamdulillah ini yang dimahukan oleh kedua dua pihak. 



APAKAH HAK JAGAAN ANAK?


Penjagaan anak-anak yang belum mumaiyiz disebut sebagai hadhanah. Secara umumnya, ibu lebih berhak berbanding bapa dalam penjagaan anak pada peringkat ini.
Keutamaan ibu ini berasaskan kepada beberapa faktor.

Pertama, kerana ibu secara umumnya, lebih pengasih dan lebih sabar menanggung beban menjaga dan mendidik anak-anak.

Kedua, ibu lebih lembut dan mampu memberikan belaian cinta dan kasih sayang yang amat diperlukan oleh anak-anak di peringkat ini.

Dalam satu atsar yang bersumberkan daripada Yahya bin Said, beliau berkata, aku pernah mendengar Qasim bin Muhammad berkata:
Ertinya:

Dahulu Umar bin al-Khattab pernah memperisterikan seorang perempuan daripada kaum Ansar.

Lalu lahirlah anak yang bernama Ashim bin Umar. Kemudian Umar menceraikan isterinya tersebut.

Lalu, pada suatu hari Umar pergi ke Quba’. Beliau melihat anaknya sedang bermain di halaman masjid Quba’.

Maka Umar pun menarik tangan anak tersebut dan mendudukkannya di bahagian hadapan di atas tunggangannya lalu berangkat pergi.


Tiba-tiba, nenek si anak melihat cucunya bersama Umar, lantas dia ingin mendapatkannya daripada Umar.

Mereka akhirnya membawa pertikaian tersebut di hadapan Khalifah Abu Bakar as-Siddiq.

Umar berkata kepada Abu Bakar, “Dia ialah anakku.’ Nenek itu juga berkata, Dia ialah anakku,’Abu Bakar berkata, ‘Biarkanlah dia bersama ibunya.

‘Umar tidak membantah keputusan yang dibuat oleh Abu Bakar itu.”

(Riwayat Malik dalam al-Muwaththa’)


Tegasnya, ibu ialah orang yang paling berhak untuk penjagaan anak yang masih kecil itu.

Jika ibu hilang kelayakan hak itu berpindah kepada nenek sebelah ibu.

Hak bapa untuk menjaga anak kecil yang belum mumaiyiz diberikan jika ibunya dan neneknya hilang kelayakan untuk menjaganya.



Oleh itu, secara keseluruhannya urutan keutamaan penjagaan anak menurut hadhanah adalah seperti berikut:

✅Ibu
✅Nenek sebelah ibu hingga ke atas peringkatnya;
✅Bapa;
✅Nenek sebelah bapa hingga ke atas peringkatnya;
✅Kakak atau adik perempuan seibu sebapa;
✅Kakak atau adik perempuan seibu;
✅Kakak atau adik perempuan sebapa;
✅Anak perempuan daripada kakak atau adik perempuan seibu sebapa;
✅Anak perempuan daripada kakak atau adik seibu;
✅Anak perempuan daripada kakak atau adik perempuan sebapa
✅Emak saudara sebelah ibu;
✅Emak saudara sebelah bapa:
✅Waris lelaki yang boleh meniadi warisnya sebagai ‘asobah 


Apakah pertimbangan yang dilihat oleh MAHKAMAH untuk menentukan hak jagaan anak?
➡️ kebajikan anak anak tersebut
➡️ kemahuan ibu bapa kanak kanak tersebut
➡️ kemahuan kanak kanak tersebut di dalam peringkat umur yang boleh menyatakan pendirian nya.



BAGAIMANA HAK JAGAAN BOLEH HILANG?



Faktor-faktor yang boleh membawa terlucutnya hak Hadhanah terhadap kanak-kanak diperuntukkan secara jelas dalam Seksyen 83 Akta 303[17] yang menyatakan:


Hak seseorang perempuan terhadap Hadhanah adalah hilang:
➡️Jika perempuan itu berkahwin dengan seseorang yang tidak mempunyai pertalian dengan kanak-kanak itu yang orang itu dilarang berkahwin dengan kanak-kanak itu, jika jagaannya dalam hal sedemikian akan menjejaskan kebajikan kanak-kanak itu tetapi haknya untuk jagaan akan kembali semula jika perkahwinan itu dibubarkan;
➡️Jika perempuan itu berkelakuan buruk secara keterlaluan dan terbuka;
➡️Jika perempuan itu menukar pemastautinannya dengan tujuan untuk mencegah bapa kanak-kanak itu daripada menjalankan pengawasan yang perlu ke atas kanak-kanak itu, kecuali bahawa seseorang isteri yang bercerai boleh mengambil anaknya sendiri ke tempat lahir isteri itu;
➡️Jika perempuan itu murtad;
➡️Jika perempuan itu mengabaikan atau menganiaya kanak-kanak itu


Dalam Arahan Amalan No. 15 Tahun 2007[18] juga ada memperuntukkan bahawa alasan yang menyebabkan hak jagaan seseorang bapa atau pihak lelaki hilang kelayakan terhadap Hadhanah, antaranya ialah:

➡️Jika dia berkelakuan buruk secara keterlaluan dan terbuka
➡️Jika dia murtad;
➡️Jika dia mencuaikan atau menganiaya kanak-kanak itu;
➡️Jika dia menjadi tidak sempurna akal;
➡️Jika dia berpenyakit kusta, sopak atau penyakit-penyakit lain yang berjangkit yang membahayakan kanak-kanak itu.

Walaupun Perceraian berlaku diantara suami dan isteri Hak-Hak sebagai seorang ayah dan ibu masih terpakai. Apa yang penting kebajikan, kemaslahatan dan keselamatan kanak kanak tetap menjadi perkara utama yang akan dinilai oleh mahkamah. Source: https://www.guamansyarie.com/

#hafizahharonassociates




Fiza HaronBerkelulusan sarjana muda syariah undang-undang perbandingan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dgn diploma lanjutan pentadbiran kehakiman dan guaman Islam UKM, beliau juga mempunyai sijil guaman bagi negeri Selangor, Perak dan Wilayah Persekutuan. Berpengalaman lebih 7tahun, beliau kini bernaung dibawah firma guaman sendiri iaitu Hafizah Haron & Associate. Beliau boleh dihubungi di talian 011-64390556 atau email di mailto:[email protected]

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://hargasetbersalin.blogspot.com/2020/11/kes-tuntutan-hak-jagaan-anak-selepas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Maafkan Aku Aku Pergi Biar Anak Anak Ikut Bersamaku Ibu Gantung Diri Selepas Racun 2 Anaknya

Maafkan Aku Aku Pergi Biar Anak Anak Ikut Bersamaku Ibu Gantung Diri Selepas Racun 2 Anaknya

papar berkaitan - pada 18/11/2020 - jumlah : 312 hits
Seorang ibu kepada tiga anak Neneng Setia Wati 27 ditemui mati tergantung di tengah tengah dapur rumah oleh suaminya 29 Mangsa ditemui tidak bernyawa dalam keadaan tergantung selain dua lagi anaknya berusia 2 tahun dan salah seorang anak ke...
Doktor Rasa Bersalah Selepas Tengking Anak Main Tepung Terimbas Perasaan Hilang Tempat Bergantung

Doktor Rasa Bersalah Selepas Tengking Anak Main Tepung Terimbas Perasaan Hilang Tempat Bergantung

papar berkaitan - pada 30/11/2020 - jumlah : 388 hits
Doktor rasa bersalah selepas tengking anak main tepung terimbas perasaan hilang tempat bergantung Perangai mereka adalah cerminan perangai kita IBU bapa mana yang tidak terkejut melihatkan serbuk tepung bertaburan di lantai di ruang tamu ru...
Jangan Biasakan Anak Tertidur Selepas Kena Marah Ubah Cara Kita Kesian Mereka

Jangan Biasakan Anak Tertidur Selepas Kena Marah Ubah Cara Kita Kesian Mereka

papar berkaitan - pada 21/11/2020 - jumlah : 342 hits
Sedang kita kalut menukar lampin si bongsu selepas penat memasak dan mengemas rumah tiba tiba si abang tertumpah nasi berlauk di atas karpet yang baru dibeli Aduh bukan main marah kita kan Sabar ibu sabar Jangan diikut perasaan Si abang tak...
Aku Dah Bunuh 2 Anak Aku Ibu Tertekan Selepas Kematian Suami Bunuh 2 Anaknya Yang Masih Kecil

Aku Dah Bunuh 2 Anak Aku Ibu Tertekan Selepas Kematian Suami Bunuh 2 Anaknya Yang Masih Kecil

papar berkaitan - pada 28/11/2020 - jumlah : 390 hits
Penduduk di Daerah Hulu Sungai Tengah digemparkan dengan kes pembunuhan yang dilakukan oleh seorang ibu terhadap dua anaknya Rabu 25 November 2020 Dua mangsa yang masih kecil dibunuh dengan cara kepala ditekup dengan bantal di kediaman mere...
Hiburan Hak Sebagai Bapa Dinafikan Ar Badul Persoal Ke Mana Bahagian Peninggalan Harta Arwah Anak Untuk Dirinya

Hiburan Hak Sebagai Bapa Dinafikan Ar Badul Persoal Ke Mana Bahagian Peninggalan Harta Arwah Anak Untuk Dirinya

papar berkaitan - pada 1/12/2020 - jumlah : 438 hits
Rasa terkilan kerana haknya sebagai bapa telah dinafikan oleh ahli keluarga sendiri AR Badul atau nama sebenarnya Armaya Aman Ramlie 71 mengakui dirinya bertambah kecewa apabila hubungan renggang yang telah terjadi antara dia dan arwah anak...
30 Kes Pecah Masuk Premis Di M 039 Sia Selesai Selepas Kumpulan Perompak Diberkas

30 Kes Pecah Masuk Premis Di M 039 Sia Selesai Selepas Kumpulan Perompak Diberkas

papar berkaitan - pada 27/11/2020 - jumlah : 348 hits
SERDANG Geng Yong yang aktif melakukan jenayah pecah masuk premis termasuk kedai serbaneka di sekitar Serdang Brickfields dan Petaling Jaya sejak tiga bulan lalu tumpas dengan pemberkasan empat lelaki tempatan di Seri Kembangan pada Ahad la...
Bapa Empat Anak Meninggal Selepas Tenat Dipatuk Ular Foto Tular Bongkar Kehidupan Daif

Bapa Empat Anak Meninggal Selepas Tenat Dipatuk Ular Foto Tular Bongkar Kehidupan Daif

papar berkaitan - pada 23/11/2020 - jumlah : 459 hits
Keadaan rumah yang didiami Zaini bersama isteri dan empat anaknya DEK kerana kehidupan serba daif empat kanak kanak menjadi anak yatim selepas bapa mereka meninggal dunia kerana tiada wang untuk mendapatkan rawatan selepas dipatuk ular Mang...
Rayuan Kes Cukai Rm1 74 Bilion Najib Anak Bulan Depan

Rayuan Kes Cukai Rm1 74 Bilion Najib Anak Bulan Depan

papar berkaitan - pada 19/11/2020 - jumlah : 233 hits
147 total views 147 views today LKUALA LUMPUR 19 Nov Rayuan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan dua anak lelakinya berhubung pembayaran cukai mereka berjumlah RM1 74 bilion kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri akan disebut pad...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord