Kes Saman Fitnah Dr Mahathir Anwar Didengar Jc Lain




SHAH ALAM – Kes saman fitnah Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung ucapan Perdana Menteri ke-10 itu dalam Kongres Nasional Khas Malaysia Madani: ‘Perlaksanaan Sebuah Idealisme’ di Mahkamah Tinggi di sini akan didengar di hadapan pesuruhjaya kehakiman (JC) lain.
Berdasarkan kenyataan media oleh peguam, Muhammad Rafique Rashid Ali yang mewakili bekas Ahli Parlimen Langkawi, sebelum ini kes berkenaan dijadualkan berlangsung pada 18 hingga 21 Ogos di hadapan JC, Zaharah Hussain.
“Bagaimanapun, Yang Arif tidak akan mengadili kes ini kerana beliau akan berpindah.
“Susulan itu, kes kami akan didengar di hadapan JC baharu yang akan mengangkat sumpah jawatan pada Rabu,” katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata, perbicaraan yang dijadualkan bermula Isnin depan itu akan ditukar kepada pengurusan kes.
Sementara tarikh lain katanya, iaitu 19 dan 20 Ogos dikekalkan sebagai perbicaraan, manakala prosiding pada Khamis telah dilapangkan.
Menurutnya, semasa pengurusan kes yang dibuat secara dalam talian menerusi Zoom pada Isnin, pihak-pihak dimaklumkan bahawa, kertas kausa kes telah difailkan.
Antara kertas kausa berkenaan ialah ikatan pliding terpinda semula, dokumen bersama (bahagian b, c), senarai saksi plaintif dan defendan serta ringkasan kes kedua-dua pihak.
“Perkara-perkara ini telah dimaklumkan kepada Tun Dr Mahathir dan kami akan menunggu arahan lanjut kelak.
“Beliau tetap komited untuk menghadiri perbicaraan kes memandangkan ia telah difailkan sejak Mei 2023,” katanya.
Dalam dokumen yang difailkan pada 3 Mei 2023, Dr Mahathir memfailkan saman fitnah terhadap Anwar dengan menuntut ganti rugi RM150 juta berhubung ucapan berkenaan.
Dr Mahathir sebagai plaintif memfailkan saman itu menerusi Tetuan Law Practice of Rafique di Mahkamah Tinggi dengan menamakan Anwar selaku defendan tunggal.
Dalam pernyataan tuntutan, Mahathir mendakwa Anwar telah mengeluar beberapa kenyataan yang berbaur fitnah bertujuan untuk menjatuhkan reputasinya.
Menurut beliau, antaranya termasuk kenyataan kononnya plaintif ‘membolot’ harta untuk anak-anak dan keluarganya selain memberikan layanan khas atau mengutamakan individu-individu yang berpangkat tinggi.
Sedangkan katanya, kenyataan berkenaan tidak benar dan menjatuhkan imejnya sebagai seorang negarawan dan bekas Perdana Menteri.
Dalam pada itu, Anwar yang merupakan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam penyataan pembelaan, 14 Jun tahun sama mendakwa, saman Dr Mahathir sebagai melemahkan kredibilitinya selaku Perdana Menteri selain mewujudkan perpecahan kaum menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu.
Anwar berkata, berdasarkan Sijil Perakuan Segera yang difailkan plaintif, ia menyatakan tindakan saman mesti dilupuskan dengan segera kerana (ketika itu) enam negeri akan membubarkan sidang DUN bagi memberi laluan kepada PRN.
Enam negeri itu ialah Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Kedah.
Selain itu, beliau turut membangkitkan isu pemberian kontrak secara langsung kepada Opcom Sdn Bhd yang mana anak ketiga Dr Mahathir iaitu Datuk Seri Mukhriz adalah pengarah syarikat tersebut pada 30 Mac 1994 hingga 14 Oktober 2009.
 
 


Source link


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://edisiviral.com/2025/08/11/kes-saman-fitnah-dr-mahathir-anwar-didengar-jc-lain/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kronologi Kes Zara Qairina Mahathir

Kronologi Kes Zara Qairina Mahathir

papar berkaitan - pada 11/8/2025 - jumlah : 667 hits
Kronologi Kes Zara Qairina Mahathir Kisah tragis menimpa pelajar Tingkatan Satu Zara Qairina Mahathir telah menjadi sorotan ramai Ini terutamanya selepas jenazahnya digali semula 23 hari usai dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ub...
Saman Fitnah Caprice Diarah Padam Kenyataan Fitnah Ahli Perniagaan

Saman Fitnah Caprice Diarah Padam Kenyataan Fitnah Ahli Perniagaan

papar berkaitan - pada 6/8/2025 - jumlah : 201 hits
BernamaJeyenderan Ramasamy mendapat injunksi ad interim ke atas Caprice yang kaitkannya dengan jenayah gangsterisme serta ugutan bersenjata Pada 15 Julai lalu Jeyenderan Ramasamy kemuka notis tuntutan ganti rugi RM3 juta kepada Ariz Ramli a...
Farhash Dah Kaya Sebelum Anwar Jadi Pm Kalau Ada Kes Laporlah Sprm P

Farhash Dah Kaya Sebelum Anwar Jadi Pm Kalau Ada Kes Laporlah Sprm P

papar berkaitan - pada 30/7/2025 - jumlah : 215 hits
Isu mengenai Farhash Salvador dalam dunia koporat mendapat perhatian pembangkang dan juga Rafizi Ramli Kali ini PMX Anwar Ibrahim mencabar mereka yang ada bukti untuk mengaitkan dengan beliau supaya membuat laporan kepada SPRM INI JAWAPAN P...
Lain Kali Sensitif Sikit Awak Tu Ada Pengaruh Pempengaruh Mohon Maaf Dakwa Ada Plot Twist Dalam Kes Zara Qairina

Lain Kali Sensitif Sikit Awak Tu Ada Pengaruh Pempengaruh Mohon Maaf Dakwa Ada Plot Twist Dalam Kes Zara Qairina

papar berkaitan - pada 3/8/2025 - jumlah : 554 hits
Pempengaruh dan aktivis sosial Akhi Fairuz Al Jengkawi tampil memohon maaf di atas keterlanjurannya dalam memberi ulasan dalam kes pelajar dilaporkan jatuh dari tingkat 3 di Sabah baru baru ini Dalam hantaran sebelum ini Akhi meminta orang ...
New Judge To Hear Mahathir S Libel Suit Against Anwar

New Judge To Hear Mahathir S Libel Suit Against Anwar

papar berkaitan - pada 12/8/2025 - jumlah : 298 hits
Parties will appear before the new judge on Aug 18 for case management and to fix trial dates Former leader Dr Mahathir Mohamad is suing Prime Minister Anwar Ibrahim for statements made at a PKR congress on March 18 2023 SHAH ALAM A new jud...
Kes Husam Vs Kpk Bila Bangkit Isu Amanah Mereka Balas Dengan Saman Jumpa Di Mahkamah Rayuan

Kes Husam Vs Kpk Bila Bangkit Isu Amanah Mereka Balas Dengan Saman Jumpa Di Mahkamah Rayuan

papar berkaitan - pada 1/8/2025 - jumlah : 337 hits
Ramai yang mungkin tak tahu kes saman oleh syarikat kerajaan negeri Kelantan Kompleks Perkayuan Kelantan terhadap Datuk Husam Musa bukan kes baharu Ia bermula sejak 2017 bukan kerana Husam mencuri atau menyeleweng tapi kerana beliau bangkit...
Pmqt Pm Anwar Jamin Siasatan Kes Anak Rafizi Telus Pantas

Pmqt Pm Anwar Jamin Siasatan Kes Anak Rafizi Telus Pantas

papar berkaitan - pada 14/8/2025 - jumlah : 655 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri di Dewan Rakyat pada 14 Ogos 2025 Foto Facebook Anwar IbrahimKUALA LUMPUR 14 Ogos Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan siasatan ke atas insiden serang...
Polis Menafikan Pembabitan Orang Kenamaan Dalam Kes Kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir

Polis Menafikan Pembabitan Orang Kenamaan Dalam Kes Kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir

papar berkaitan - pada 14/8/2025 - jumlah : 439 hits
KUALA LUMPUR Polis menafikan pembabitan orang kenamaan dalam kes kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk M Kumar S Muthuvelu berkata polis mengesahkan tiada pembabitan VVIP yang dikesan ...
Macc Arrests Former Agency Staff Suspected Of Misusing Zakat Funds Meant For 28 Recipients

Umno Pkr Leaders Mock New Ipr Coalition As Symbol Of Pn S Disunity

Quit Cabinet Post If Agc Files Appeal On Sabah Revenue Ruling Ewon Told

Dap Faces Uphill Battle To Hold Sabah S Chinese Vote Amid Growing Sabah For Sabahan Sentiment

Happy Deepavali 2025

Peace No Excuse To Neglect Nation S Defence Says Pm

I Ve Already Told Cabinet Members Not To Appeal Says Ewon

Majlis Khatam Hafazan Perdana


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tha Palace Hotel Kota Kinabalu Sabah

Ideas Mongolian Beef Ramen Recipe Easy

5 Jenis Minuman Sihat Untuk Buang Angin Cergaskan Badan

Ppim Perjelas Isu Makanan Kucing Didakwa Berasaskan Babi Malaysia Gazette 11 10 2025

Lirik Lagu Sinaran Rossa Ft Mk K Clique

Syi Ir Tawassul Al Rifa Ie Doa Santri Dan Cahaya Ilmu