Kes Pelacuran Artis Indonesia Bertambah Panas Siapa Lima Lagi Artis Top Yang Turut Terlibat
Menurut Tribunews, seramai lima lagi artis top Indonesia termasuk seorang bekas ratu akan dipanggil memberikan keterangan susulan tertangkapnya artis Vanessa Angel dan Avriellia Shaqqila minggu lalu kerana disyaki terlibat dalam kes pelacuran online.
Lima nama tersebut adalah dalam senarai besar 45 artis dan 100 model yang masih dalam siasatan polis. Menurut jurucakap polis Barung Mangera , nama lima artis itu didedahkan oleh dua orang ibu ayam bernama Siska (Endang Suhartini) dan Tantri (28) yang turut ditangkap bersama Vanessa Angel dan Avriellia Shaqqila di Hotel Vasa Surabaya, pada satu serbuan minggu lalu.
Kredit foto: Tribunews
Vanessa Angel dikatakan mengenakan bayaran Rp 80 juta (RM23K) dan Avriellia Shaqqila Rp25 juta (RM7K) untuk sekali perkhidmatan.
"Kami sedang menyiapkan bukti digital untuk suspek tambahan, dan surat panggilan mereka sudah dihantar," katanya.
Kredit foto: Instagram
Media Indonesia kini panas dengan spekulasi artis-artis yang terlibat.
Menurut sumber, salah seorang daripadanya adalah mantan finalis ratu Puteri Indonesia. Portal Surya.co.id pula memberi tips nama artis tersebut dengan initial AC, TP, BS, ML dan RF.
Kredit foto: Carian Google
Hampir kesemua artis yang terlibat dikatakan berumur 30 tahun ke bawah dan terdapat juga model masih berusia 19-20 tahun. Bilangan artis yang akan dipanggil memberikan keterangan juga dijangka bertambah setelah polis selesai menyelidik bukti digital daripada senarai 145 nama awal tersebut.
Maklumat polis juga menyebut lima artis ini sememangnya terkenal di antara ibu ayam dan orang perantara, malahan tiga diantaranya sudah 'menjalankan perniagaan' sejak tiga tahun lepas.
'Tiga daripada 5 nama ini saya kenal benar' kata mantan bapa ayam artis terkenal, Robby Abbas yang baru dibebaskan dari penjara.
Kredit foto: Tribunews
Nampaknya tidak cukup dengan pendapatan lumayan mereka, masih ada juga artis yang sanggup menggadai tubuh badan untuk mengaut kemewahan.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://informasisantaiku.blogspot.com/2019/01/kes-pelacuran-artis-indonesia.html