Kes Nfa Namun Tajuddin Belum Terselamat Kata Peguam


 
Kes NFA, namun Tajuddin ‘belum terselamat’, kata peguam



V Anbalagan -March 4, 2022 Siasatan SPRM terhadap bekas Pengerusi Prasarana Tajuddin Abdul Rahman atas dakwaan salah guna kuasa diklasifikasikan sebagai ‘tiada tindakan lanjut’ (NFA). KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman, yang sebelum ini disiasat atas dakwaan salah guna kuasa, “belum terselamat” walaupun kes dihadapinya diklasifikasikan sebagai “tiada tindakan lanjut” (NFA), kata peguam.
Salam Bashir berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) boleh membuka semula siasatan terhadap bekas pengerusi Prasarana itu, sekiranya menemui bukti baharu.
“Bagaimanapun, terpulang kepada pendakwa raya untuk memutuskan sama ada akan merangka pertuduhan di mahkamah walaupun ada bukti ydalam kes berkenaan,” katanya kepada FMT.
Respons Salim itu dibuat susulan jawapan balas kepada Teo Nie Ching (PH-Kulai) daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Parlimen) Wan Junaidi Tuanku Jaafar, yang mengatakan SPRM tidak menemui elemen salah guna kuasa terhadap Tajuddin.
Salim berkata, tiada garis masa ditetapkan dalam memfailkan pertuduhan terhadap tertuduh atau suspek, justeru Tajuddin masih boleh berdepan tuduhan.
Beliau juga memberikan contoh kes melibatkan bekas Peguam Negara Mohamed Apandi Ali, yang pada Januari 2016 telah membersihkan Perdana Menteri Najib Razak daripada sebarang kesalahan jenayah berhubung SRC International dan kes rasuah membabitkan dana berjumlah RM2.6 bilion.
Apandi ketika itu berkata, beliau sudah mengkaji kertas siasatan SPRM dan berpuas hati tiada asas bagi tindakan diambil.
Bagaimanapun, pada 2018, Najib didakwa atas tuduhan salah guna kuasa, pengubahan wang haram dan menyelewengkan RM42 juta dana SRC sebelum disabitkan kesalahan oleh Mahkamah Tinggi pada 2020.
Pada Disember lalu, Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta terhadap Najib, yang kini sedang merayu kesnya di Mahkamah Persekutuan.
Perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang 1MDB dihadapi Najib membabitkan dana RM2.3 bilion yang bermula pada 2019 masih berjalan di Mahkamah Tinggi.
Pada 2 Mac, Wan Junaidi berkata, dalam jawapan balas kepada Teo, bahawa siasatan terhadap Muhyiddin Yassin atas dakwaan menawarkan jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) sebagai pertukaran kepada sokongan politik juga diklasifikasikan sebagai NFA.
Beliau berkata, siasatan terhadap Ahli Parlimen Kuala Langat Dr Xavier Jayakumar bagi tuduhan rasuah masih berjalan.
Dalam pada itu, peguam Rafique Rashid Ali berkata, kes dadah membabitkan anak seorang taikun tidak boleh dibuka semula sekiranya benar tertuduh sudah mengaku bersalah bagi mengurangkan tuduhan selepas pihak pendakwa menerima representasi.
“Seseorang tidak boleh dibicarakan semula bagi kesalahan lain seperti pengedaran kerana fakta mungkin serupa dalam kesnya selepas mengaku bersalah memiliki dadah,” katanya.
Rafique berkata demikian sebagai respons terhadap gesaan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim, yang mahu fail kes membabitkan anak taikun itu dibuka semula.
Anwar berkata, sepatutnya tiada pendakwaan terpilih berhubung dakwaan rasuah.
Bulan lalu, portal pemberi maklumat, Edisi Siasat, dalam hantaran di Twitter mendakwa anak Vincent Tan ditahan kerana mengedar dadah “dalam kuantiti besar” pada awal 2020, selain mendakwa wujud perbuatan rasuah.
Peguam Negara ketika itu, Tommy Thomas, menafikan dakwaan rasuah berlaku dan mengatakan seingatnya, tuduhan dikurangkan selepas representasi dan kertas siasatan dikaji oleh pegawainya.
Tidak diketahui secara jelas keputusan di mahkamah.
Rafique berkata, pendakwa hanya boleh mendakwa tertuduh dengan tuduhan sama atau berbeza sekiranya memperoleh keputusan dilepas tanpa dibebaskan daripada mahkamah.
“Dalam senario berkenaan, mereka boleh juga menuduh tertuduh sekali lagi selepas memperoleh bukti kukuh atau menjejak saksi,” katanya.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/03/kes-nfa-namun-tajuddin-belum-terselamat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kes Kluster Mahkamah Tetap Sambung Selepas Prn Johor Kata Azalina

Kes Kluster Mahkamah Tetap Sambung Selepas Prn Johor Kata Azalina

papar berkaitan - pada 22/2/2022 - jumlah : 138 hits
freemalaysiatoday com February 21 2022 9 11 PMProsiding mahkamah bagi kluster mahkamah bersambung walaupun selepas rakyat Johor keluar beramai ramai mengundi pada 12 Mac kata Azalina Othman Said PETALING JAYA Ahli Parlimen Pengerang Azalina...
Peguam Rosmah Tutup Kes Dalam Perbicaraan Rasuah Tenaga Solar

Peguam Rosmah Tutup Kes Dalam Perbicaraan Rasuah Tenaga Solar

papar berkaitan - pada 24/2/2022 - jumlah : 158 hits
malayiakini comPasukan peguam bela Rosmah Mansor hari ini menutup kes dalam perbicaraan rasuah membabitkan isteri bekas perdana menteri itu berkaitan projek pembekalan tenaga solar hibrid bernilai RM1 25 bilion untuk 369 sekolah di pedalama...
Suka Atau Tidak Pada Loh Bukan Persoalan Kata Peguam

Suka Atau Tidak Pada Loh Bukan Persoalan Kata Peguam

papar berkaitan - pada 21/2/2022 - jumlah : 102 hits
February 21 2022 KUALA LUMPUR Persoalan sama ada tiga anak Loh Siew Hong suka kepadanya tidak harus timbul selepas wanita itu mendapat hak penjagaan pemeliharaan dan kawalan tunggal kata peguam Peguamnya Shamsher Singh Thind berkata hanya s...
Siasatan Terhadap Suami Zeti Belum Selesai Kerana Sempadan Singapura Tutup Kata Mas Ermieyati

Siasatan Terhadap Suami Zeti Belum Selesai Kerana Sempadan Singapura Tutup Kata Mas Ermieyati

papar berkaitan - pada 2/3/2022 - jumlah : 199 hits
freemalaysiatoday com March 1 2022 8 00 PMTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mas Ermieyati Samsudin berkata kertas siasatan telah dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara pada 14 Okt 2021 dan 7 Dis 2021 PETALING JAYA Polis tidak dapat ...
Nfa For Tajuddin But Probe Continues On Xavier

Nfa For Tajuddin But Probe Continues On Xavier

papar berkaitan - pada 3/3/2022 - jumlah : 118 hits
The Malaysian Anti Corruption Commission s investigation against Pasir Salak MP Tajuddin Abdul Rahman for alleged abuse of power has been classified as no further action However the anti graft agency s probe against Kuala Langat MP Dr Xavie...
Anak 2 Tahun Patut Dah Boleh Skil Ini Jika Belum Jangan Sedapkan Hati Kata Ok

Anak 2 Tahun Patut Dah Boleh Skil Ini Jika Belum Jangan Sedapkan Hati Kata Ok

papar berkaitan - pada 11/3/2022 - jumlah : 143 hits
Setiap kanak kanak tahap perkembangan berbeza mengikut rentak mereka sendiri Ini kerana ia dipengaruhi pelbagai faktor antaranya genetik neurologi fizikal persekitaran dan emosi Di fasa awal perkembangan itu adalah penting untuk kanak kanak...
Radzi Jidin Kata Pt3 Belum Ada Keputusan Rasmi Lagi

Radzi Jidin Kata Pt3 Belum Ada Keputusan Rasmi Lagi

papar berkaitan - pada 21/2/2022 - jumlah : 133 hits
PUTRAJAYA Kementerian Pendidikan belum membuat keputusan rasmi berkaitan pelaksanaan bagi tahun ini Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin berkata pada masa ini kementerian sedang meneliti pendekatan sesuai berkaitan PT3 dengan menga...
Bn Menang Pun Belum Tentu Stabil Kata Pengundi Johor

Bn Menang Pun Belum Tentu Stabil Kata Pengundi Johor

papar berkaitan - pada 28/2/2022 - jumlah : 100 hits
February 28 2022 Meskipun giat menggunakan tema kestabilan dalam kempen Pilihanraya Negeri Johor rata rata pengundi masih belum yakin kerajaan boleh stabil sekiranya Barisan Nasional menang Pendapat itu disuarakan Mukhlis Arifin 34 yang mer...
Hanya Sebanyak 16 Peratus Sahaja Rakyat Pahang Berpandangan Kewangan Perlu Di Rancang

Pertama Kali Dalam Sejarah Merek Hp Ini Resmi Dipakai Dalam Esports World Cup 2024

Mca Youth Gets 173 Appeals From Rejected 10as Students

Mahb Deal Merging Control Through Public Private Partnerships

Sg Bakap A Good Day At Black Rock

Pinggan Sihat Malaysia Cara Merancang Diet Contoh Hidangan

Sampai Kapan Anak Wajib Dinafkahi Orang Tua

Datuk Awie Kagum Bukan Islam Positif Al Hamdulillah



Biodata Terkini Datin Che Puan Norjuma Habib Mohamed Bekas Isteri Nazim Razak Yang Selepas Bercerai Katanya Dah Kahwin Dan Bersuami Tapi Dengan Siapa

8 Fakta Biodata Scha Elinnea Pelakon Drama Berepisod Nuh Dan Nayla TV3 Gandingan Jazmy Juma Khan

Info Sinopsis Kutipan Filem Kutukan Ilmu Hitam Waruga Black Magic Curse 2024 Kini Di Netflix Malaysia

5 Tumbuhan Berbentuk Aneh Yang Menyerupai Organ Manusia

Info Dan Sinopsis Filem Pemandi Jenazah The Corpse Washer 2024 Kini Di Netflix Malaysia


Zikir Hari Rabu Astaghfirullahal Azim

Cara Hilangkan Karat Pada Pisau

Salam Maal Hijrah 2024 Awal Muharam 1446h

Ujian Pendengaran Dan Mata Bayi Aina

Program Madani Rakyat Zon Timur Julai 2024

Baru Nak Muhasabah Diri Hahahaha