Kes Jenayah Kisah Pembunuhan Keluarga Watts


KISAH PEMBUNUHAN KELUARGA WATTS | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini. Lama saya tak kongsi kes jenayah yang berlaku di mana setiap kes yang saya kongsi di sini terdapat pengajaran di sebalik kejadian yang berlaku. Walaupun kes ini tidak berlaku di Malaysia tetapi pelaku jenayah ini manusia dan sikap penjenayah ini mungkin ada dalam diri sesiapa sahaja di sekeliling kita.

Tragedi pembunuhan keluarga Watts
LATARBELAKANG KES
Tragedi pembunuhan ini berlaku pada 13 Ogos 2018 di Frederick, Colorado Amerika Syarikat yang melibatkan keluarga Watts. Christopher Lee Watts (Chris Watts) lahir pada 16 Mei 1985 telah berkenalan dengan Shanann Cathryn Watts (Shanann) pada 2010 dan berkahwin pada 3 November 2012 di Mecklenburg County. Mereka dikurniakan 2 orang anak perempuan bernama Bella Marie Watts (Bella) lahir 17 Disember 2013 manakala Celeste Cathryn Watts (Cece) lahir pada 17 Julai 2015. Pada tarikh kejadian Shanann sedang mengandung bayi lelaki yang telah diberi nama Niko dan bakal dilahirkan pada 31 Januari 2019. 
Keluarga Watts
Chris bekerja di Anadarko Petroleum manakala Shanann bekerja dari rumah menjual produk multi level marketing iaitu Thrive. Mereka berpindah dan menetap di Federick Colorado Amerika Syarikat berdekatan tempat kerja Chris Watts. 
Watts' house in North Carolina
Shanann merupakan seorang yang rajin dan berdedikasi dalam setiap apa yang dilakukannya. Dia dikenali sebagai seorang happy go lucky dan sering berkongsi kisah peribadinya di social media hingga mempunyai ramai pengikut

Facebook Shanann Watts
Para pengikut social media Shanann sering mencemburui kehidupan Shannan kerana dia mempunyai seorang suami yang memahami dan mempunyai sebuah keluarga bahagia di samping 2 orang anak yang bijak. Anak-anak perempuannya begitu rapat dengan Chris terutama Bella. Ada video dalam Facebook Shanann menunjukkan Bella sedang menyanyi : "My daddy is a hero" sambil mereka bergelak ketawa

KeluargaWatts
KEHILANGAN SHANANN, BELLA DAN CECE
Pada pagi 13 Ogos 2018, rakan baik Shanann merangkap rakan sekerja iaitu Nickole Utoft Atkinson telah menghubungi 911 setelah bimbang apabila panggilan telefon, text messagesnya tidak dijawab oleh Shanann. 
Shanann (kiri) dan Nickole (kanan)
Nickole telah menghantar Shanann pulang ke rumah sekitar jam 12.00 pagi hari yang sama setelah mereka pulang dari business trip di Arizona. Nickole sangat risau kerana Shanann sedang mengandung 15 minggu dan keadaan kesihatan Shanann sepanjang business trip tersebut tidak memuaskan. Dia juga sudah berjanji untuk membawa Shanann ke klinik untuk temujanji

Pagi itu setelah menghubungi polis, Nickole bersama anaknya pergi ke rumah Shanann. Nickole juga telah menghubungi Chris. Nickole telah bertanya kepada Chris sama ada dia tahu di mana Shanann dan anak-anaknya berada. Chris memberitahu Nickole bahawa dia belum berjumpa Shanann dan tidak tahu di mana mereka berada tambahan pula dia tidak pulang ke rumah dan bekerja pada malam tersebut. Dia turut memberitahu Nickole supaya jangan bimbang kerana Shanann selalu akan membawa anak-anaknya bermain di rumah jiran. 
Semasa polis tiba, tidak lama Chris pulang ke rumah dari tempat kerja. Chris membenarkan polis memeriksa rumahnya. Nickole merasa hairan kerana kereta Shanann berada di dalam garaj dan terdapat car seats anak-anaknya dalam kereta tersebut malah beg tangan, ubat-ubatan dan telefon bimbit Shanann turut berada dalam rumahnya

Chris ketika ditemuramah oleh pihak mediaChris merayu supaya Shanann, Bella dan Cece pulang ke rumah
Pada keesokan harinya, FBI dan Pegawai Penyiasat Colorado telah membuat siasatan rapi. Chris telah diwawancara oleh pihak media dari Denver KMGH-TV. Dalam temuramah tersebut Chris merayu kepada sesiapa yang mengetahui di mana isteri dan anak-anaknya berada supaya menyuruh mereka pulang ke pangkuannya. 
Chris berkata : "If you’re out there, just come back. If somebody has her, just please bring her back. I need to see everybody. I need to see everybody again. This house is not complete without anybody here.”
Semasa pihak polis memeriksa rumah Watts, jiran Chris telah mempelawa pihak polis untuk melihat rakaman cctv di rumahnya yang berkemungkinan dapat membantu siasatan kehilangan Shanann, Bella dan Cece

Rakaman cctv jiran Christ Watts
Chris turut menyertai pihak polis melihat rakaman cctv tersebut.  Dalam cctv tersebut kelihatan Chris mengundurkan keretanya di halaman rumah pada jam lebih kurang 5.00 pagi. Namun menurut Chris dia ada pulang ke rumah untuk mengambil peralatan kerja sebelum kembali semula ke tempat kerja awal pagi tersebut

Rakaman cctv menunjukkan Christ pulang ke rumah awal pagi harii kejadian
Walaupun begitu, jiran Chris merasa pelik dengan tingkah laku Chris semasa dia melihat rakaman cctv tersebut. Chris kelihatan gelisah dan serba tak kena. Perbuatan Chris telah menimbulkan keraguan kepada polis dan jiran tersebut

Rakaman cctvRakaman cctvRakaman cctv
Gambar menunjukkan body language Chris yang sedang gelisah dan tidak menumpukan sepenuh perhatian semasa pihak polis meneliti rakaman cctv milik jirannya. 

CHRIS WATTS DISOALSIASAT
Pada 14 Ogos 2018 dan 15 Ogos 2018, Pegawai Penyiasat telah memanggil Chris untuk disoalsiasat memandangkan dia merupakan suami Shanann dan orang terakhir berada di rumah tersebut bersama anak-anaknya. Chris juga dikehendaki untuk menjalani ujian poligraf yang dilakukan oleh Agent Tammy Lee untuk mengetahui kejujuran setiap pernyataan Chris

Agent Tammy Lee, Biro Penyiasatan ColoradoAgent Perisikan sedang menyoalsiasat Cris Watts
Semasa disoalsiasat Pegawai Penyiasat memaklumkan kepada Chris bahawa dia gagal ujian poligraf. Chris masih lagi menyakinkan Pegawai Penyiasat bahawa segala jawapannya adalah benar dan dia tidak berbohong. Atas kepakaran pegawai tersebut, akhirnya Chris mengalah dan berjanji akan memberitahu polis keadaan sebenar jika dia dibenarkan berjumpa ayahnya


PENGAKUAN CHRIS WATTS
Akhirnya Chris mengaku bahawa dia mempunyai krisis rumahtangga bersama Shanann pada pagi hari kejadian. Dia telah berbincang dengan Shanann mengenai rumahtangganya hingga ada menyebut mengenai perceraian. Chris memberitahu polis bahawa dia melihat Shanann mencekik Cece di bilik tidur anaknya melalui monitor bayi. Dia juga memberitahu polis bahawa dia telah menjumpai Bella sudah tidak bernyawa  kerana dicekik Shanann di bilik tidur kanak-kanak tersebut. Apabila dia nampak keadaan Bella dan Cece tidak bernyawa, Chris telah bertindak mencekik Shanann hingga mati

Di kemudiannya membawa ketiga-tiga mayat tersebut ke kawasan tempat kerjanya di mana dia telah menanam mayat Shanann dan membuang mayat Bella dan Cece ke dalam tangki minyak

Ayah Chris semasa membuat Chris membuat pengakuan
Hal ini bertentangan dengan bukti yang didapati oleh pihak polis dalam telefon bimbit Chris tambahan pula Chris telah gagal melalui ujian poligraph (ujian mengesan penipuan). Pegawai Penyiasat tidak boleh bergantung kepada pengakuan Chris semata-mata. Hasil siasatan polis mendapati Chris mempunyai hubungan sulit dengan rakan sekerjanya iaitu Nichol Kessinger. Polis turut menjumpai beberapa keping gambar hubungan intim mereka

Chris Watt and Nichol Kessinger
Polis juga menjumpai text messages antara Shanann dan Chris berbincang mengenai krisis rumahtangga yang sedang mereka hadapi

Text messages antara Christ dan Shanann
Shanann turut memberitahu rakan baiknya mengenai krisis rumahtangganya bersama Chris. Melalui text messages tersebut Shanann memberitahu bahawa Chris tidak mahu anak ketiga yang sedang dikandungnya

Text messages Shanann kepada rakan baiknya
Lanjutan dari pengakuan Chris tersebut telah membawa kepada penemuan mayat Shanann, Bella dan Cece iaitu di site tempat Chris bekerja

Anadarko Petroleum 
Chris hanya memberitahu polis tempat dia melupuskan mayat tersebut namun enggan ke lokasi kejadian. Chris memberitahu polis bahawa dia telah memasukkan mayat Bella dan Cece ke dalam tangki minyak manakala mayat Shanann ditanam berdekatan kawasan tersebut. 
Gambar penempuan mayat Bella dan Cece
Chris menulis huruf B iaitu tempat dia memasukkan mayat Bella di tangki kiri mana mayat Cece di tangki bersebelahan ditandakan sebagai huruf C

Proses mengeluarkan mayat CeceProses mengeluarkan mayat BellaProses menyedut minyak keluar dari kedua-dua tangki
Polis menggunakan drone untuk menjejaki mayat Shanann yang ditanam di kawasan berdekatan 2 tangki minyak tersebut

Kain cadar yang digunakan untuk membungkus mayat Shanann
Gambar cerapan drone menunjukkan kain cadar yang digunakan Chris untuk membungkus mayat Shanann. Cadar tersebut sama dengan corak cadar yang dijumpai di dalam tong sampah di rumah Chris. Tidak jauh dari kain cadar tersebut terdapat kesan tanah berselerak, tempat mayat Shanann ditanam

Bekas tanah yang baru ditimbus
Mayat Shanann ditanam dalam satu lubang yang cetek. Polis menggali kawasan tersebut dan menjumpai mayat Shanann dalam keadaan mengiring seperti sedang memaut lutut

Bekas mayat Shanann
PERBICARAAN & HUKUMAN CHRIS WATTS
Pada 21 Ogos 2018, Chris telah didakwa di Mahkamah terhadap 5 kesalahan pembunuhan tahap pertama (first degree murder) iaitu menyebabkan kematian anak yang belum cukup umur 12 tahun sedangkan dia adalah orang yang dipercayai untuk melindungi kanak-kanak tersebut, membunuh anak dalam kandungan Shanann dan 3 kesalahan melupuskan mayat

Chris Watts semasa perbicaraan
Pada 6 November 2018, Chris mengaku bersalah manakala 19 November 2018 Mahkamah telah menjatuhkan hukuman kepada Chris iaitu 4 kali penjara seumur hidup tanpa pembebasan bersyarat. Hukuman mati tidak dijatuhkan ke atas Chris atas permintaan keluarga Shanann kerana mereka tidak mahu melihat ada lagi nyawa yang terkorban

Ayah Shanann membacakan perutusan dari keluarganya kepada Mahkamah
PENGAKUAN SEBENAR CHRIS WATTS SELEPAS DIJATUHKAN HUKUMAN 
Selepas Chris dibawa ke penjara, pihak polis ada menemuinya dan bertanya kepada Chris apa sebenarnya yang berlaku? Chris bersetuju untuk berterus terang kerana takde sebab lagi mengapa dia perlu menyembunyikan perkara sebenar yang terjadi

Chris memberitahu bahawa pada pagi tersebut selepas Shanann pulang dari business trip, dia ada bertengkar dengan Shanann. Chris ada mengatakan kepada Shanann bahawa dia ingin menceraikan Shanann. Shanann marah dan mengatakan kepada Chris bahawa dia tidak akan melihat anak-anak mereka lagi sekiranya sudah bercerai. Perkara tersebut menyebabkan Chris naik angin dan bertindak mencekik Shanann. Apabila Shanann sudah tidak bernyawa, Chris panik dan berusaha untuk membungkus mayat Shanann menggunakan kain cadar. Ketika dia sedang tergesa-gesa, Bella berdiri di muka pintu biliknya memandang perbuatan Chris. 
Cece (kiri) dan Bella (kanan)
Bella bertanya kepada Chris apa yang ayah lakukan kepada ibu? Chris menjawab kepada  Bella bahawa ibu tidak sihat. Dia membawa mayat Shanann yang dibungkus dengan kain cadar ke trucknya dan membawa bersama Bella dan Cece. Menurut Chris, Bella ada bertanya ke mana dia ingin membawa mereka. Chris hanya mendiamkan diri manakala Cece hanya diam kerana masih mengantuk

Apabila tiba di tempat kejadian iaitu Anadarko Petroleum, Chris menekup mulut Cece yang ketika itu di sebelah Bella dengan kain selimut kegemarannya hingga mati dan membawa mayat Cece naik ke tangki minyak tersebut. Mayat Cece dimasukkan ke dalam tangki minyak disaksikan oleh Bella dari dalam truck

Lubang tangki minyak sebesar 8 inci
Ketika Chris kembali ke truck untuk mendapatkan Bella. Chris memberitahu bahawa Bella seolah-olah merayu kepadanya dalam ketakutan sambil berkata : "Please daddy, please don't do to me what you just did to Cece." Namun Chris terus menekup mulut Bella hingga Bella tidak bernyawa lagi. Dia kemudian memasukkan mayat Bella ke tangki bersebelahan mayat Cece. Selepas itu dia menanam mayat Shanann. Chris turut mengatakan bahawa dia sangat menyesal dengan perbuatannya

Ketika Chris menjalani tempoh hukuman, Nichol langsung tidak melawatnya. Menurut Pegawai Penyiasat, mereka ada menyoal siasat Nichol. Nichol mengatakan bahawa dia tidak mahu berhubung lagi dengan Chris memandangkan Chris telah berbohong kepadanya semasa mereka menjalinkan hubungan. Chris juga tidak berterus terang dengannya tentang kandungan Shanann

Chris kini sedang menjalani hukuman penjara seumur hidup di Waupun, Wisconsin

PENDAPAT UMUM
Ada antara pendapat mengatakan bahawa sikap Shanann yang mendominasi keluarga menyebabkan Chris sebagai ketua keluarga tidak boleh membuat keputusan melainkan hanya mengikuti kehendak Shanann. Apabila dia berkenalan dengan Nichol yang mempunyai perwatakan manja dan memahami dia terus membuat keputusan hingga sanggup membunuh untuk menyingkirkan Shanann. Tak kurang juga ada yang mengatakan bahawa Chris seorang psychopath. Perbuatan Chris merupakan jenayah yang sangat kejam dan tidak dapat diterima fikiran manusia normal

Wallahualam.. Begitulah kisah jenayah yang menyayat hati di mana seorang bapa sanggup membunuh isteri dan anak-anak disebabkan hubungan sulit dengan kekasih gelap. Semoga kita terhindar dari perkara yang tidak diingini. In shaa Allah, jika ada iman di dada kita akan dilindungiNya  selalu

Sekian, sahaja perkongsian saya kali ini. Terima kasih sudi singgah.. Until next time.. byee.


Regards,

Loading...


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ladyinredplanner.blogspot.com/2020/04/kes-jenayah-kisah-pembunuhan-keluarga.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Foto Remaja 13 Tahun Meninggal Seorang Diri Di Hospital Keluarga Dikuarantin Noh Salleh Kongsi Kisah Duka

Foto Remaja 13 Tahun Meninggal Seorang Diri Di Hospital Keluarga Dikuarantin Noh Salleh Kongsi Kisah Duka

papar berkaitan - pada 5/4/2020 - jumlah : 314 hits
Selebriti popular Noh Salleh hari ini telah berkongsi kisah menyayat hati di laman Instagram miliknya tentang pemergian seorang pesakit COVID 19 Noh telah memuat naik perkongsian Yahya Adel Ibrahim mengenai kematian seorang remaja berusia 1...
Kisah Seram Askar Diganggu Langsuir Ketika Operasi

Kisah Seram Askar Diganggu Langsuir Ketika Operasi

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 880 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar rakan rakan dan pembaca kisah seram semua Bagaimana hari anda Kembali lagi dalam episod seterusnya dalam rancangan Kisah Seram Apa Minggu Ini Episod kali ini aku nak kongsikan dengan anda semua ...
Kisah Wabak Justinian Yang Meragut Nyawa Sahabat Rasulullah Saw

Kisah Wabak Justinian Yang Meragut Nyawa Sahabat Rasulullah Saw

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 354 hits
Dalam lipatan sejarah manusia tidak sah jika tamadun tamadun manusia diuji dengan pelbagai cabaran dari peperangan hinggalah penularan wabak penyakit dan antara penularan wabak paling berbahaya dalam sejarah ialah Black Death Flu Sepanyol W...
Kisah Kedai Gunting Rambut Macamana Nak Selesai Nih

Kisah Kedai Gunting Rambut Macamana Nak Selesai Nih

papar berkaitan - pada 11/4/2020 - jumlah : 270 hits
SGT SETUJU FB Reeya HalimCOPY AND PASTEMcm mana nak saring pelanggan yang berbilang kaum termasuk orang asing masuk kedai gunting rambut Peralatan gunting kena nyah kuman tiap kali digunakan Kain yang selimut badan tu eiiiik berulang kali g...
Kisah Dodo Pengemudi Ojek Online Diusir Dari Kontrakan Dan Tidur Di Pinggir Ruko

Kisah Dodo Pengemudi Ojek Online Diusir Dari Kontrakan Dan Tidur Di Pinggir Ruko

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 157 hits
Seorang pengemudi ojek online bernama Dodo diusir dari kontrakannya karena menunggak pembayaran selama tiga bulan lamanya Bersama istri dan kedua anaknya yang masih balita Dodo harus tinggal di halaman ruko pada Selasa malam Namun saat Dodo...
Kisah Bernas

Kisah Bernas

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 261 hits
MAT SAMAN KATIHari ni aku nak kelentong sikit pasal BERNAS ni Ramai budak budak yang baru nak up ni masa Bernas ditubuhkan depa pun tak lahir lagi Kat sekolah pun tak ada modul Bernas ni dalam matapelajaran sejarah Sebelum tahun 1996 Bernas...
Kisah Lagu Hari Raya Ciptaan Baru

Kisah Lagu Hari Raya Ciptaan Baru

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 676 hits
Semalam saya berkunjung ke pasaraya The Store Sungai Buloh untuk membeli juadah berbuka puasa untuk anak bongsu 8 tahun yang beria ia nak berbuka dengan Pizza Hut hmm walaupun tekak orang tua seperti saya dah tak boleh terima tapi untuk tek...
Ahli Parlimen Pembangkang Cadang Kerajaan Sedia Pulau Tempatkan Pelarian

Apakah Kewujudan Jho Low Sudah Di Anggap Hearsay

Makna Dan Jobbie Meraikan Pink Wobbly Breast Odyssey Di Kpj Damansara 2

Curang Itu Pilihan Tapiiii

Five Fast Customs Selling Now On The Bike Exif Classifieds

Lelaki Maut Dihempap Batu Kuari

Yang Nak Berpeluang Miliki Microsoft Surface Pro Terpakai Jangan Lepaskan Peluang Ni

Israel Mahu Kebebasan Serang Lubnan Selepas Gencatan Senjata


echo '';
Senarai 10 Finalis Anugerah Juara Lagu AJL 39 2025 Keputusan Separuh Akhir Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024

Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 39 Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024 Persaingan Merebut Tiket Ke AJL Anugerah Juara Lagu

Biodata Terkini Fairuz Selamat Q Face Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Izinkanlah

Biodata Terkini Arrora Salwa Salwa Razak Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Ahmad

Biodata Terkini Penyanyi Liza Aziz Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Adik Beradik Kepada Azlina Aziz


Persediaan Tamadhan Dan Raya

Choosing The Perfect Plants To Brighten Up Dark Spaces

Graft Videos Aimed At Weakening My Govt Says Hajiji

Skuad E Sukan Malaysia Cipta Sejarah Muncul Juara Dunia Di Riyadh

Make Your Business Standout

Cekodok Pisang Comel