Kes Influenza Makin Meningkat Kuatkan Imun Anak Dengan Tip Dari Doktor


Selain kenaikan kes Covid-19, kes serangan virus influenza juga dilihat semakin meningkat di negara kita. Sekolah menjadi tempat utama penyebaran pelbagai virus di kalangan anak-anak kita.

Atas dasar itulah, imun anak-anak semakin perlu ditingkatkan untuk menepis semua virus ini. Apa mak ayah nak buat?
Perkongsian dan tip tingkatkan imun dari Dr Mazliana Mazlan ini mak ayah perlu ikuti sebagai pencegahan awal. Usahakan untuk kekal sihat dan cergas.

Influenza. Siapa yang dah pernah kena je tahu betapa perit nak lalui kan, terutama kalau datang sekali dengan sakit sendi satu badan. Sekarang musimnya. Hati-hati ya korang, terutama anak kecil, yang ada asthma, ibu mengandung. Lima saranan untuk anak-anak.
1. Bila anak balik sekolah atau taska, bersihkan diri anak dulu. Mandi dan tukar baju baru.
Sentiasa ajar anak untuk jaga kebersihan diri. Sebelum makan kena basuh tangan. Buat rendaman magnesium setiap petang, atau 3 kali seminggu. Bukan je kuatkan imun anak, tapi juga bantu mudahkan tidur malam anak.
2. Kuatkan imun anak, dengan makanan berkhasiat dan berkualiti. Sup tulang, singgang, bone broth, kerapkan dalam seminggu.
Elakkan dan kurangkan makanan tinggi proses yang boleh tambahkan keradangan dalam tubuh anak. Roti, biskut, susu, makanan favourite anak ni, sebenarnya kurang sesuai ambil tiap hari.
Ambil makanan tambahan yang boleh beri kesan penyembuhan, contoh minyak kelapa, minyak zaitun, madu, habbatussauda’. 80% imun dari usus anak. Jaga usus, baiki usus, anak akan makin kuat imunnya.

3. Kerapkan bawa anak bermain di tanah, di bawah cahaya matahari. Bermain di luar, bukan je buat hormon happy anak meningkat, tapi imun anak pun makin kuat.
Kurangkan screen. Lebih banyak kesan buruk dari kesan baik untuk kesihatan tubuh, otak dan jiwa anak. Radiasi dan blue light beri kesan pada tubuh, ketagih dan sensori beri kesan pda otak, dan paling penting apa anak tengok dan dengar dari screen, membentuk jiwa dan hati mereka.
4. Bila anak tak sihat, demam, batuk, selsema, elakkan ke sekolah.
Antara simptom influenza; demam, sakit tekak, batuk, selsema, sakit kepala, sakit badan, letih, lemah. Bila demam panas dan suhu terlalu tinggi, atau demam berpanjangan, bawa anak ke klinik untuk pemeriksaan.
Batuk sampai berlekuk dada dan sesak nafas pun, jangan lengah ke klinik atau hospital. Magnesium mungkin membantu waktu ni, bukan sebagai ubat, tapi untuk bantu penyembuhan dan kurangkan komplikasi.
Baiki usus dan dalaman juga, dengan minyak kelapa, minyak zaitun, madu dan habbatussauda’, cari yang berkualiti untuk kesan yang optimum.

5. Bila diuji dengan influenza, doa Allah bantu kita redha dengan ujian yang diberi. Nabi kata, sedekah juga boleh jadi ubat. Banyakkan sedekah, niatkan untuk penyembuhan anak kita.
Sakit dan sihat itu dari Dia, bukan sebab kita jaga makan minum, amalkan gaya hidup sihat ataupun tidak. Tapi usaha jaga makan dan amalkan gaya hidup sihat, ini adalah dituntut dalam Islam.
Kuatkan imun anak, ini kuncinya. InsyaAllah risiko berjangkit makin kurang, penyembuhan dan kesan sampingan juga cepat beransur reda.
Kita usaha sama-sama ya.
Menarik: Mona Allen Selamat Bersalin Anak Kedua Timang Bayi Lelaki/
Dato Siti Nurhaliza Tak Fokus Hamil Lagi, Mahu Jaga Kesihatan, “Dulu Ada Masalah Uri Melekat”
“Baby Alhamdulillah Sihat” Leeyana Rahman Lega Nak Masuk Trimester Kedua, Idam Dapat Anak Lelaki/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
The post Kes Influenza Makin Meningkat, Kuatkan Imun Anak Dengan Tip Dari Doktor! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/kes-influenza-makin-meningkat-kuatkan-imun-anak-dengan-tip-dari-doktor/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Makanan Tinggi Proses Tak Elok Untuk Anak Makin Sihat Imun Makin Kuat

Makanan Tinggi Proses Tak Elok Untuk Anak Makin Sihat Imun Makin Kuat

papar berkaitan - pada 21/6/2024 - jumlah : 256 hits
Anak yang kerap demam dan tidak sihat selalu membuatkan kita resah dan bimbang Salah satu cara yang kita perlu perbetulkan adalah mengawal pemakanan anak Menurut perkongsian Dr Mazliana Mazlan makanan tinggi proses paling penting dielakkan ...
Tip Buat Anak Yakin Percaya Diri Berani Mencuba Mak Ayah Kena Bantu

Tip Buat Anak Yakin Percaya Diri Berani Mencuba Mak Ayah Kena Bantu

papar berkaitan - pada 27/6/2024 - jumlah : 145 hits
Bukan semua anak anak kita mempunyai keyakinan diri yang tinggi Ada sesetengahnya mula rasa tak yakin dan takut untuk mencuba Sebagai mak ayah kitalah yang perlu bertindak untuk membantu anak jadi berani mencuba Menurut perkongsian Mohd Fha...
Tip Macam Mana Nak Cari Pengasuh Yang Baik Untuk Anak

Tip Macam Mana Nak Cari Pengasuh Yang Baik Untuk Anak

papar berkaitan - pada 27/6/2024 - jumlah : 243 hits
Tip macam mana nak cari yang baik untuk anak Mencari yang tepat untuk anak anak anda adalah satu keputusan penting yang memerlukan pertimbangan yang teliti Tip Macam Mana Nak Cari Pengasuh Yang Baik Untuk Anak yang baik bukan sahaja dapat m...
Cara Paling Efisyen Bantu Anak Lambat Bercakap Pakar Kongsikan Tip Ni

Cara Paling Efisyen Bantu Anak Lambat Bercakap Pakar Kongsikan Tip Ni

papar berkaitan - pada 18/6/2024 - jumlah : 309 hits
Bukan sekadar bersembang kosong berinteraksi dengan anak adalah salah satu cara paling efisyen dan membuatkan anak lagi cepat bercakap Disebabkan itulah pentingnya penglibatan ibubapa dan orang dewasa dalam merangsang bahasa dan komunikasi ...
King Coco Kongsi Tip Bersalin Tanpa Koyak Teruk Anak Ketiga Berat 3 75 Kg

King Coco Kongsi Tip Bersalin Tanpa Koyak Teruk Anak Ketiga Berat 3 75 Kg

papar berkaitan - pada 28/6/2024 - jumlah : 284 hits
King Coco kongsi tip tanpa koyak teruk anak ketiga berat 3 75 kg King Coco mula dikenali ramai melalui platform media sosial seperti Instagram dan YouTube King Coco sering berkongsi tentang gaya hidup fesyen kecantikan dan juga pandangannya...
Inflasi Meningkat Nilai Ringgit Makin Jatuh Subsidi Diha Puskan

Inflasi Meningkat Nilai Ringgit Makin Jatuh Subsidi Diha Puskan

papar berkaitan - pada 7/7/2024 - jumlah : 426 hits
Inflasi bermaksud peningkatan secara beransur ansur dalam harga barang dan perkhidmatan di pasaran Contohnya jika harga makanan pakaian atau barangan lain naik dari masa ke masa ini adalah tanda inflasi Inflasi berlaku kerana beberapa sebab...
Pasangan Berkahwin Yang Memilih Tiada Anak

Pasangan Berkahwin Yang Memilih Tiada Anak

papar berkaitan - pada 25/6/2024 - jumlah : 179 hits
1 Ada pasangan yang berkahwin memilih untuk tidak ada anak atau childfree Mempunyai zuriat memang sangat sangat digalakkan dalam Islam tapi bukanlah jatuh wajib 2 Anak adalah anugerah dan rezeki yang sangat besar terutama ketika mereka masi...
Bagaimana Memulakan Perniagaan Kedai Runcit Sendiri

Perak Deputy Speaker Defends Nga Over Abuse Of Power Claims

Kedegilan Ibu Hamil Yang Berbahaya Bikin Doktor Stress

Take This Gowingo Check And You May See Your Struggles Literally

Madani Govt Finally Eyes Empathetic Ptptn Fix

Umno Seeks Court Order To Claim Seri Pacific Hotel Land Held In Trust By Dr Mahathir Daim And Two Others

Roundel Roundup 7 Custom Bmw Motorcycles To Inspire Your Project

Majlis Penyampaian Hadiah Bagi Kempen Double Treats Double Fortune Anjuran Elba Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Masuk Usia 40 An Ini 6 Perkara Penting Yang Kebanyakan Orang Cari

Buasir Otak Tv Roblox Lawan Alien Dalam Perang Dunia Live

Digital Double Meanings What Garden Gummies Say About Today S Social Media Culture

71 Peratus Rakyat Austria Sanggup Boikot Barangan As Tinjauan

7 Destinasi Bajet Mesra Di Kl Bamboo Playhouse Taman Botani Perdana 6 30 Pagi

Muhyiddin Shahidan Sah Hadir Majlis Pembukaan Kapsul Masa 2020 Di Menara Kl