Kes Gisbh Hassan Karim Takiyuddin Tak Setuju Guna Sosma


freemalaysiatoday.com
Mohamad Fadli
-15 Oct 2024, 05:22 PM
Ahli Parlimen PKR dan PAS senada berhubung penggunaan Sosma ke atas individu berkait kes GISBH.

Hassan Karim dan Takiyuddin Hassan mahu menteri menjelaskan penggunaan Sosma ke atas individu berkait kes GISBH.
KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Parlimen PKR dan PAS senada apabila tidak bersetuju dengan penggunaan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) atau Sosma ke atas individu berkait kes Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH).

Di Dewan Rakyat hari ini, Hassan Karim (PH-Pasir Gudang) dan Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) mahu Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail menjelaskan justifikasi Sosma digunakan ke atas individu terkait syarikat itu, yang disyaki terlibat dalam kegiatan eksploitasi kanak-kanak serta agama.

Hassan berkata negara mempunyai undang-undang lain untuk menangani dakwaan-dakwaan yang timbul, seperti akta berkaitan kanak-kanak, penderaan dan serangan seksual, pemburuhan, percukaian, dan agama.

Sosma adalah undang-undang berkaitan dengan ancaman kekerasan, keganasan, keselamatan negara. Soalnya adakah penyelewengan ajaran agama (dakwaan) GISBH ini termasuk kesalahan keselamatan? katanya, meminta penjelasan daripada menteri.

Pada 10 Okt lepas, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Mohd Shuhaily Mohd Zain, memaklumkan seramai 58 individu ditahan di bawah Sosma.

Sosma memperuntukkan langkah-langkah khas yang berkaitan dengan kesalahan terhadap negara untuk mengekalkan ketenteraman dan keselamatan awam, dan semua perkara yang berkaitan.

Undang-undang itu digubal di bawah peruntukan Perlembagaan yang menyediakan kuasa luas terhadap subversi, ancaman kepada ketenteraman awam, tindakan keganasan, sabotaj dan pengintipan.

Antara lain, subseksyen 4(5) membenarkan polis menahan seseorang yang disyaki terlibat dalam aktiviti keganasan bagi tempoh tidak melebihi 28 hari untuk siasatan, tanpa perintah mahkamah.

Atas dasar apa Sosma digunakan dalam penahanan suspek di bawah GISBH, kata Takiyuddin di Dewan Rakyat, selepas Hassan menuntut penjelasan.

Pada Feb tahun lepas, Saifuddin dilapor berkata Sosma adalah undang-undang berbentuk prosedur yang digunakan untuk kesalahan-kesalahan keselamatan spesifik, yang diperincikan jadual pertama undang-undang itu.

Katanya, polis masih memerlukan undang-undang berkenaan agar tindakan segera boleh diambil untuk mengelakkan sebarang kegentaran awam dan ancaman kepada kedaulatan negara dan kesejahteraan rakyat.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2024/10/kes-gisbh-hassan-karim-takiyuddin-tak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Guna Sosma Sebab Kes Gisbh Jenayah Serius Saifuddin Nasution

Guna Sosma Sebab Kes Gisbh Jenayah Serius Saifuddin Nasution

papar berkaitan - pada 16/10/2024 - jumlah : 259 hits
KUALA LUMPUR Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata Akta Kesalahan Keselamatan 2012 digunakan dalam kes GISB Holdings Sdn Bhd kerana ia melibatkan jenayah serius seperti pemerdagangan orang Beliau berkata jumlah t...
16 Gisbh Officials Including Ceo Rearrested Under Sosma Say Cops

16 Gisbh Officials Including Ceo Rearrested Under Sosma Say Cops

papar berkaitan - pada 11/10/2024 - jumlah : 169 hits
Bukit Aman CID director Shuhaily Zain at the press conference in Pulapol today He said police have also obtained information on 23 assets worth RM52 4 million under GISBH in 10 countries KUALA LUMPUR Sixteen officials from Global Ikhwan Ser...
Tiada Keperluan Pertikaikan Penggunaan Sosma Ke Atas Pemimpin Gisbh

Tiada Keperluan Pertikaikan Penggunaan Sosma Ke Atas Pemimpin Gisbh

papar berkaitan - pada 16/10/2024 - jumlah : 148 hits
Tiada Keperluan Pertikaikan Penggunaan SOSMA Ke Atas Pemimpin GISBH Beberapa tindakan polis menahan ahli kumpulan GISBH di bawah Akta Kesalahan Keselamatan Langkah Langkah Khas 2012 Takiyuddin Hassan menyifatkan tindakan seumpama itu tidak ...
Hadapilah Dengan Tenang Shamsul Iskandar Cuma Berterus Terang Hassan Karim

Hadapilah Dengan Tenang Shamsul Iskandar Cuma Berterus Terang Hassan Karim

papar berkaitan - pada 18/10/2024 - jumlah : 147 hits
PKR diseru menghormati cerita Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin mengenai keputusan Pilihan Raya Umum ke 15 bagi Parlimen Bagan Datuk Hal ini meskipun tindakan terus terang Setiausaha Politik kanan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim itu menim...
Mufti Perlis Kes Gisbh Ini Bukan Saja Soal Sesat Tetapi Soal Bodoh

Mufti Perlis Kes Gisbh Ini Bukan Saja Soal Sesat Tetapi Soal Bodoh

papar berkaitan - pada 9/10/2024 - jumlah : 172 hits
Mahani Ishakam hmetro com myKuala Lumpur Perilaku jijik kumpulan GISB Holdings Sdn Bhd yang melakukan jenayah seks dan kezaliman terhadap kanak kanak bukan disebabkan kepercayaan tetapi berpunca daripada kepatuhan mutlak terhadap pemimpin M...
Johor Tak Mundur Jika Cuti Kekal Jumaat Sabtu Hassan

Johor Tak Mundur Jika Cuti Kekal Jumaat Sabtu Hassan

papar berkaitan - pada 8/10/2024 - jumlah : 193 hits
JOHOR BAHRU Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim menegaskan Johor tidak akan menjadi mundur jika cuti hujung minggu dikekalkan pada Jumaat dan Sabtu seperti yang diamalkan sekarang Bekas Pengerusi Parti Keadilan Rakyat Johor itu be...
Part 1 Akta 342 Diluluskan Tapi Ramai Rakyat Yang Tidak Setuju Tv Ppim 21 10 2024

Part 1 Akta 342 Diluluskan Tapi Ramai Rakyat Yang Tidak Setuju Tv Ppim 21 10 2024

papar berkaitan - pada 22/10/2024 - jumlah : 340 hits
Pada 14 Oktober lalu Dewan Rakyat telah meluluskan pindaan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 yang bertujuan untuk meningkatkan kesiapsiagaan negara dalam menangani ancaman penyakit berjangkit Isu ini amat menarik perha...
Don T Rock The Boat In Democracy S Name Karim Tells Sarawak Pkr

Don T Rock The Boat In Democracy S Name Karim Tells Sarawak Pkr

papar berkaitan - pada 9/10/2024 - jumlah : 341 hits
Sarawak state minister Abdul Karim Rahman Hamzah said GPS will judge the top PH leadership based on their actions blessings and support for Sarawak PH s electoral ambitions PETALING JAYA A senior Gabungan Parti Sarawak leader has warned Sar...
Adam Shah Tak Setuju Nafkah Rm1 000 Untuk Anak Fatin Afeefa Syukur Suami Sudi Bantu Alasan Dia Sebab

Adam Shah Tak Setuju Nafkah Rm1 000 Untuk Anak Fatin Afeefa Syukur Suami Sudi Bantu Alasan Dia Sebab

papar berkaitan - pada 15/10/2024 - jumlah : 200 hits
Pelakon Fatin Afeefa luah rasa kecewa apabila bayaran nafkah diberikan bekas suaminya aktor Adam Shahz dianggap tidak mencukupi untuk menanggung kos persekolahan anak mereka Ivy Sophea Kata Fatin dia hanya meminta RM1 000 daripada Adam untu...
Anthony Loke Trolled With Call To Resign Racist Slur After 2nd Major Heavy Vehicle Fatality In A Month

Rethinking Seato A New Maritime Pact For Asean

Protect What You Love Why Luxury Bag Insurance Matters With Aeg

5 Ways To Grow Your Truck Repair Business Online

Paya Indah Discovery Wetlands Tarikan Utama Tiket Masuk

Understanding Insurance Estimates For Car Repairs A Comprehensive Guide

Jantung Berdebar Debar Dan Bengkak

Nahas Bas Penuntut Upsi Pelajar Dakwa Rayu Pemandu Perlahankan Kenderaan Tapi Tak Dipeduli


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mbi Debacle Why Did It Take So Long

Hukum Mengunduh Dan Mengambil Manfaat Dari Buku Elektronik Padahal Tertulis Hak Cipta Dilindungi

Petua Untuk Menghilangkan Kesan Karat Pada Pakaian

Nasi Tomato Ayam Masak Merah Ketupat Rendang

Tips Dapur Buat Pesakit Sle

Dunia Masih Perlukan Hadi Awang Bukan Pas Sahaja Sanusi Nafi Dakwaan Presiden Pas Bakal Berundur