Kes Fitnah Yb Mastura Perspektif Guaman


Zulkarnain Lokman










Baru-baru ini dilaporkan bahawa YB Kepala Batas, Dr Siti Mastura Muhammad telah kalah saman kepada Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Teresa Kok. Ramai juga yang telah beri komen tentang hal ini.


Komen dalam tulisan ini hanyalah berkaitan perspektif peguam sahaja yang pernah beberapa belas kali mewakili plaintif atau defendan dalam kes berkaitan saman fitnah. Apabila seseorang menerima kes berkaitan saman fitnah maka peguam akan lihat sama ada cukup elemen fitnah. 


Ada 3 elemen besar dalam kes saman fitnah:


1. Plaintif perlu buktikan perkataan yang diadu itu merujuk kepada plaintif. 
2. Perkataan yang diadukan itu telah disebarkan atau diterbitkan kepada pihak ketiga.
3. Perkataan yang diadukan itu adalah tidak benar dan pada kaca mata orang awam akan menjatuhkan reputasi plaintif. 


Apabila melihat kepada perkataan yang disebut oleh YB Mastura itu nampaknya kesemua elemen itu sudah dipenuhi oleh ketiga-tiga plaintif kerana YB Mastura itu secara jelas telah menyebut nama LKS, LGE dan Teresa.


Perkataan yang diadukan itu pula sudah tersebar luas apabila petikan video pendek ucapan YB Mastura itu telah direkodkan dan disebarkan secara meluas. Walaupun dikatakan ucapan itu dibuat di dalam program parti namun dalam program itu ada pihak ketiga.


Perkataan itu juga jelas tidak benar apabila LKS pernah membuat satu sidang media pada tahun 2017 yang menafikan beliau adalah sepupu Chin Peng. Perkataan itu juga pada kaca mata orang awam akan menjatuhkan reputasi LKS, LGE dan Teresa kerana mengaitkan mereka dengan komunis.


Selepas itu, peguam akan lihat pula sama ada wujud satu pembelaan. Dalam kes saman fitnah ini agak aneh kerana walaupun perkataan itu adalah fitnah namun jika ada pembelaan maka saman fitnah itu boleh ditolak. Kebiasaanya pembelaan itu adalah bersifat justifikasi, komen yang adil (fair comment) atau keistimewaan bersyarat (qualified privilege). Umumnya, untuk pembelaan ini terpakai kenyataan itu hendaklah tiada elemen niat jahat, sudah ada usaha untuk pastikan kebenaran fakta, kenyataan itu berasal daripada sumber yang sahih dan lain-lain lagi. 


Namun, pemerhatian hakim dalam kes ini mendapati YB Mastura telah cuai kerana hanya bergantung kepada buku propaganda politik yang disebut Comms Barisan Nasional tanpa dia sendiri dapat mengenal pasti siapakah penerbit, penulis dan tiada nombor ISBN/ISNN. Tambahan lagi, YB Mastura itu adalah seorang pemegang ijazah kedoktoran yang sepatutnya sudah mendapat disiplin yang tinggi dalam hal akademik dan penulisan.


Satu lagi, sepatutnya YB Mastura juga memfailkan prosiding pihak ketiga ke atas BN kerana beliau telah bergantung kepada buku yang dikeluarkan oleh Comms BN itu. Jika ada satu prosiding ketiga maka YB Mastura boleh nanti mendapatkan indemniti. Namun, cara ini juga berisiko jika pihak BN menafikan buku itu adalah terbitan mereka. 


Jadi, sebagai peguam jika kita melihat fakta-fakta seperti ini lazimnya peguam akan menasihati anakguam untuk memohon maaf. Ada plaintif yang bersetuju dengan permohonan maaf tanpa apa-apa bayaran. Ada juga yang memohon maaf dengan bayaran untuk kos guaman. Ada juga yang hanya menarik balik penerbitan artikel tanpa permohonan maaf. Pendek kata pelbagai cara boleh dibuat bagi menyelesaikan kes itu.


Dalam kes YB Mastura ini, sesi mediasi telah dibuat namun YB Mastura tetap tidak mahu memohon maaf. Jika YB Mastura tidak begitu berkeras maka barangkali YB Mastura hanya perlu bayar kos guaman sekitar RM10-15 ribu sahaja. Bagi peguam jika anakguam tidak mahu memohon maaf maka itu terpulang kepada anakguam. Kerja peguam adalah untuk menasihati anakguam dari segi perundangan. Keputusan akhir di tangan anakguam.


Akhirnya, apabila kes ini sudah dibicarakan dan diputuskan maka YB Mastura telah menerima satu penghakiman yang sangat berat iaitu perlu membayar gantirugi dan kos berjumlah RM825,000. Bayangkan betapa mahalnya harga satu perkataan ‘sepupu’ itu yang terpaksa dibayar kelak. Meskipun YB Mastura itu masih boleh merayu kepada Mahkamah Rayuan namun lazimnya Mahkamah Rayuan tidak akan campur tangan daripada segi dapatan fakta.


Jika dilihat dapatan fakta ini tiada apa-apa perkara yang boleh dikatakan memihak kepada YB Mastura. Satu lagi risiko yang dihadapi oleh YB Mastura jika merayu adalah kemungkinan pihak plaintif itu akan memasukkan rayuan balas seperti yang berlaku ke atas MB Kedah dalam kes saman fitnah Dato’ Mahfuz yang mana hakim rayuan telah menaikkan lagi kadar gantirugi daripada RM50 ribu kepada RM120 ribu.


Justeru, ambillah pengajaran daripada bidalan kata orang Melayu, ‘Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa’. Kata-kata ini penuh hikmah walaupun sememangnya pulut itu sedap dimakan dengan santan jika ada durian atau mangga tetapi kalau salah cara simpan santan itu maka keseluruhan pulut itu tidak dapat dimakan apabila santan masam telah dicampurkan ke dalam pulut.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/12/kes-fitnah-yb-mastura-perspektif-guaman.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kes Saman Fitnah Anwar Ibrahim Menang Di Makhamah

Kes Saman Fitnah Anwar Ibrahim Menang Di Makhamah

papar berkaitan - pada 3/12/2024 - jumlah : 115 hits
1 Kalau menang kes Man Kastam Kes kuat untuk dimenangi 2 Dapat saman MP Alor Setar Ketua Pemuda Pas 3 Kes Sanusi 4 Radzi Jidin JUMLAH KEMENANGAN LEBIH BESAR 1 2013 Khairy Jamaludin bayar RM210K2 2013 TV3 di arah bayar RM1 1 juta3 2013 Utusa...
Siti Mastura Kalah Saman Fitnah Apa Maksudnya

Siti Mastura Kalah Saman Fitnah Apa Maksudnya

papar berkaitan - pada 7/12/2024 - jumlah : 108 hits
Siti Mastura kalah saman fitnah apa maksudnya HarapandailyDecember 7 2024 Ghaznawi Muhammad Umum sudahpun mengetahui bahawa MP Kepala Batas Siti Mastura Muhammad telah kalah dalam saman fitnah yang difailkan pimpinan DAP Apa signifikannya k...
Ini Senarai 26 Kes Pemimpin Penyokong Pas Kalah Saman Fitnah Wajib Anda Tahu

Ini Senarai 26 Kes Pemimpin Penyokong Pas Kalah Saman Fitnah Wajib Anda Tahu

papar berkaitan - pada 6/12/2024 - jumlah : 91 hits
Harapandaily1 22 Jun 2016 Yang Dipertua Pas Padang Serai Shaharuddin Ibrahim memohon maaf kepada DAP dan kerajaan Pulau Pinang berhubung kenyataannya yang mendakwa akan berlaku larangan azan di masjid masjid sekiranya DAP memerintah 2 11 Ok...
Atas Nasihat Semua Yang Ambil Berat Dituduh Fitnah Bekas Suami Azzahra Ahmad Buat Cover Report

Atas Nasihat Semua Yang Ambil Berat Dituduh Fitnah Bekas Suami Azzahra Ahmad Buat Cover Report

papar berkaitan - pada 9/12/2024 - jumlah : 77 hits
Pelakon Azzahra Ahmad tampil memberitahu bahawa dia membuat laporan polis sebagai bukti bahawa kenyataan yang dikeluarkan mengenai dia menjadi mangsa keganasan rumah tangga bekas suaminya Jay Iswazir adalah benar var currentUrlTwo
Sebar Fitnah Petik Ayat Quran Ingat Semua Orang Bodo Ka Tak Bawa Apa Perubahan Pun Dalam Negara

Sebar Fitnah Petik Ayat Quran Ingat Semua Orang Bodo Ka Tak Bawa Apa Perubahan Pun Dalam Negara

papar berkaitan - pada 7/12/2024 - jumlah : 98 hits
ketika meminta maaf atas fitnah RM94 juta telah ayat Quran dengan menyebutkan erti ayat dari surah al Insyirah yang bermaksud Oleh itu maka bahawa sesungguhnya tiap tiap kesukaran disertai kemudahan Sebenarnya Pendang salah petik tu Bukan a...
10 Perspektif Baru Tentang Jualan Ia Bukan Sekadar Tentang Keuntungan

10 Perspektif Baru Tentang Jualan Ia Bukan Sekadar Tentang Keuntungan

papar berkaitan - pada 1/12/2024 - jumlah : 159 hits
Apa yang terlintas difikiran anda apabila dengar perkataan Jualan Mungkin bila dengar perkataan jualan ataupun sales ada yang akan terus terbayang sesuatu yang kurang menarik dan kurang menyenangkan betul tak Kalau anda pun rasa macam tu se...
Jom Lihat Senarai Panjang Pemfitnah Parti Islam Malaysia Mereka Kalah Dalam Saman Fitnah

Jom Lihat Senarai Panjang Pemfitnah Parti Islam Malaysia Mereka Kalah Dalam Saman Fitnah

papar berkaitan - pada 6/12/2024 - jumlah : 106 hits
Ini senarai 26 kes pemimpin penyokong PAS kalah saman FITNAH wajib anda tahu HarapandailyDecember 6 20241 22 Jun 2016 Yang Dipertua Pas Padang Serai Shaharuddin Ibrahim memohon maaf kepada DAP dan kerajaan Pulau Pinang berhubung kenyataanny...
Abu Lubabah Sahabat Teladan Tobat

Re Mashalat Business Collaboration Funding For Reezqeenos Babi Blogger Com

Pulanglah Wahai Sahabat

Things To Ponder Self Reflection 7

Food Hunting Di Penang 20 Pilihan Tempat Makan Terbaik

In Los Angeles Hotels Become A Refuge For Fire Evacuees

Explore The Advantages Unlimited Postpaid Plans Offer

Butterworth Folk Push For Cross Channel Lrt Link To Start First


echo '';
Biodata Liya Maisarah Dato Sri Ismail Yang Kahwin Bersuamikan Vokey Imran Rosli Gamer PUBG

Biodata Azqa Aziz Pelakon Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Astro Ria Gandingan Evertts Gomes Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Usahawan Inspirasi Siapa Ezwan Zain Owner Kueh Cafe

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Ishiba Pilih Malaysia Sebagai Negara Pertama Lawatan Rasmi Hubungan Dua Hala Terus Diperkukuhkan

Ban Untuk Miniatur Bus Skala 1 19 1 20

Mengandung Di Usia 40 An Bahaya Ke Tak

Hongkong456 Hongkong456 Co 30 2568 Pgslot Casino Online Hongkong456 Top 39 By Georgetta

Mangsa Banjir Johor Melonjak Lagi 5 Daerah Terjejas

Letupan Misteri Di Seri Kembangan Polis Tak Terima Laporan