Kes Demam Denggi Di Terengganu Meningkat Pasca Pkpb


Dr Nor Azimi Yunus (kiri) meninjau keadaan lokaliti wabak di Lorong Seri Tanjung, pagi tadi.KUALA TERENGGANU, 11 Jun - Sebanyak 84 kes demam denggi telah didaftarkan di Terengganu dengan peningkatan ketara dapat dilihat bermula awal Mei sehingga 6 Jun sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac sehingga 6 Jun.

Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Nor Azimi Yunus berkata, ia berikutan terdapat peningkatan pergerakan di kalangan masyarakat dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) menggantikan PKP.

Katanya, sehingga 6 Jun lalu, kejadian kes denggi di negeri Terengganu adalah sebanyak 176 kes berbanding 318 kes pada tahun 2019 dalam tempoh yang sama, penurunan sebanyak 44.5% (142 kes).

"Berbanding tahun lepas, kes denggi menunjukkan penurunan. Namun terdapat kenaikan pada graf kes bermula awal tahun ini terutama selepas PKP berakhir dan digantikan dengan PKPB.

Dr Nor Azimi Yunus."Memandangkan fasa PKPB telah beralih ke fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), akan terdapat lebih banyak pergerakan di kalangan masyarakat dan kebarangkalian untuk dijangkiti denggi akan meningkat," jelasnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas tinjauan ke lokaliti wabak di Lorong Seri Tanjung, Kuala Terengganu di sini hari ini.

Menurutnya, daerah yang mencatatkan bilangan kes denggi tertinggi merupakan daerah Kuala Terengganu (99 kes) diikuti dengan daerah Kemaman (19 kes), Kuala Nerus (17 kes), Besut (14 kes), Dungun (11 kes), Marang (8 kes), Hulu Terengganu (5 kes), dan Setiu (3 kes).


Semua daerah menunjukkan penurunan kes kecuali daerah Kemaman yang menunjukkan peningkatan kes berbanding tempoh yang sama pada tahun 2019. Sehingga 6 Jun 2020, tiada kes kematian denggi yang dilaporkan di negeri Terengganu.

Sehingga 6 Jun 2020, beliau memaklumkan, sebanyak tiga belas (13) episod wabak telah berlaku di negeri Terengganu iaitu sepuluh (10) episod di daerah Kuala Terengganu, dua (2) episod di daerah Hulu Terengganu dan satu (1) episod di daerah Kuala Nerus.

Bagaimanapun semua wabak merupakan wabak terkawal dengan lima (5) episod wabak masih aktif dan semua wabak aktif tersebut adalah di daerah Kuala Terengganu.

Justeru katanya, orang ramai diingatkan supaya mengambil langkah-langkah pencegahan demam denggi.

"Saya ingatkan semua bahawa 'vaksin' utama denggi adalah memperkasakan tingkah laku masyarakat menjaga kebersihan rumah masing-masing. Amalkan gotong-royong kendiri di samping mematuhi Prosedur Operasi Standard yang ditetapkan oleh kerajaan.

"Luangkan masa 10 minit setiap minggu untuk aktiviti cari dan musnah tempat pembiakan Aedes (bekas menakung air) di dalam dan di luar rumah masing-masing serta di tempat kerja jika anda sudah kembali bertugas.

"Dan juga rumah-rumah yang telah lama ditinggalkan kerana PKP perlu dibersihkan dengan segera kerana boleh menyumbang kepada pembiakan nyamuk Aedes jika terdapat bekas-bekas yang menakung air," tegasnya.

Sumber: teganukita.net

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/06/kes-demam-denggi-di-terengganu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kkm Jangka Peningkatan Kes Demam Denggi Gelombang Kedua Jun Hingga September Ini

Kkm Jangka Peningkatan Kes Demam Denggi Gelombang Kedua Jun Hingga September Ini

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 257 hits
Putrajaya 8 Jun Kementerian Kesihatan menjangkakan peningkatan kes denggi gelombang kedua antara Jun hingga September ini Dalam kemaskini di Twitter sebentar tadi berkata ramalan itu adalah berdasarkan tren kes denggi dalam tempoh lima tahu...
Covid19 Belum Reda Kes Denggi Pula Meningkat Tinggi

Covid19 Belum Reda Kes Denggi Pula Meningkat Tinggi

papar berkaitan - pada 9/6/2020 - jumlah : 259 hits
Kes demam denggi dijangka meningkat Kementerian Kesihatan menjangkakan peningkatan kes demam denggi gelombang kedua bermula awal bulan ini hingga September ini Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata jangkaan itu berd...
Kes Covid 19 Di Iran Meningkat Lebih 9 000 Kematian Direkod

Kes Covid 19 Di Iran Meningkat Lebih 9 000 Kematian Direkod

papar berkaitan - pada 17/6/2020 - jumlah : 286 hits
TEHRAN 24 Syawal 1441H Selasa Kes kematian akibat COVID 19 di Iran mencecah 9 000 orang selepas lebih 100 korban dicatatkan selama tiga hari berturut turut Jurucakap Kementerian Kesihatan Sima Sadat Lari berkata angka berkenaan boleh mening...
Hati Hati 11 Kes Wabak Denggi Dicatat Dalam Kawasan Gunung Keriang

Hati Hati 11 Kes Wabak Denggi Dicatat Dalam Kawasan Gunung Keriang

papar berkaitan - pada 30/5/2020 - jumlah : 439 hits
ALOR SETAR 30 Mei Kawasan Gunung Keriang di sini yang sebelum ini diisytiharkan sebagai kawasan wabak denggi mencatatkan 11 kes penyakit itu bermula 20 Mei lalu sehingga semalam Pengarah Kesihatan Negeri Kedah Dr Mohd Fikri Ujang bagaimanap...
Pkpb Aktiviti Ziarah Kubur Di Terengganu Tidak Digalakkan Exco

Pkpb Aktiviti Ziarah Kubur Di Terengganu Tidak Digalakkan Exco

papar berkaitan - pada 31/5/2020 - jumlah : 310 hits
Mohd Nor Hamzah KUALA TERENGGANU 30 Mei Kerajaan Terengganu tidak menggalakkan orang ramai melakukan aktiviti ziarah kubur semasa tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan Dakwah dan P...
Kes Rampas Melarikan Mayat Covid 19 Meningkat Di Indonesia

Kes Rampas Melarikan Mayat Covid 19 Meningkat Di Indonesia

papar berkaitan - pada 15/6/2020 - jumlah : 332 hits
Kes rampas melarikan mayat COVID 19 meningkat di IndonesiaIni kurang disenangi saudara mara mangsa terutama yang beragama Islam kerana tidak boleh memandikan dan mengkafankan jenazah sebelum dikebumi mengikut tuntutan agama Kes rampas mayat...
757 Kes Denggi Di Selangor Tiada Kematian

757 Kes Denggi Di Selangor Tiada Kematian

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 214 hits
SHAH ALAM 2 JUN Sebanyak 757 kes denggi direkodkan di Selangor bagi minggu epidemik ke 22 iaitu pada 24 hingga 30 Mei lalu kata EXCO kesihatan Dr Siti Mariah Mahmud berkata angka itu mencatatkan penurunan 5 1 peratus dan tiada kes kematian ...
Covid 19 Dua Mukim Tiada Kes Aktif Jumlah Zon Hijau Meningkat Kepada 31

Covid 19 Dua Mukim Tiada Kes Aktif Jumlah Zon Hijau Meningkat Kepada 31

papar berkaitan - pada 31/5/2020 - jumlah : 716 hits
SHAH ALAM 30 MEI Jumlah mukim yang diisytihar sebagai zon hijau di Selangor hari ini meningkat kepada 31 susulan tiada lagi kes aktif Covid 19 direkodkan di Jeram dan Pasangan di Kuala Selangor Pasukan Petugas Pencegahan Covid 19 Selangor b...
Covid 19 Sifar Kes Aktif Terengganu Kini Negeri Zon Hijau

Covid 19 Sifar Kes Aktif Terengganu Kini Negeri Zon Hijau

papar berkaitan - pada 29/5/2020 - jumlah : 327 hits
Nor Azimi KUALA TERENGGANU 29 Mei Terengganu menjadi negeri terbaharu bebas daripada wabak COVID 19 dan dikategorikan sebagai negeri zon hijau pandemik terbabit Pengarah Kesihatan negeri Dr Nor Azimi Yunus berkata ia berikutan pesakit terak...
Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Penang S Mega Transport Plans Where Is The State Going To Find Rm25bn

Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri

Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Drama Teratak Kasih Salina

Sibu Boy Tiong Shines Light On City In Visit Malaysia Campaign

Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini

Senarai Cawangan Bank Simpanan Nasional Di Negeri Kelantan


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia


5 Pelajaran Berharga Daripada Surah Al Mulk

Akmal Must Reflect On Why Non Malays Dislike Him Says Mca Veep

Civil Servants Advised To Exercise Caution With Quick Loans

Ahmad Fadzli Suk Selangor Baharu

Free Sample Libresse Knowyourv

Cara Order Di Website Dealer Orodesign