Kes Covid 19 Tertinggi Direkodkan Bukan Masa Tuding Jari


KUALA LUMPUR:Perkara dibimbangi rakyat terhadap impak daripada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, akhirnya tercetus apabila kes baharu positif COVID-19 pada Isnin melonjak kepada angka 432, sejak kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac lepas.Ibarat ‘bah’ melanda, kes positif baharu yang dikesan, hari demi hari bagaikan tiada henti terus merekodkan peningkatan selepas PRN berakhir pada 26 September, daripada hanya 58 kes positif COVID-19 di seluruh negara semasa hari proses penamaan calon pada 12 Sept lalu, kepada 432 kes.
Mengikut rekod Kementerian Kesihatan (KKM), sehingga semalam sebanyak 235 kes positif wabak itu dikesan mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah sejak 20 Sept dengan 29 kes terbaharu semalam. Buat pertama kali juga, kes positif semalam turut melibatkan menteri Kabinet iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang juga mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah.
Desas-desus perkara itu mula tular di media sosial sejak pagi semalam apabila dua sidang media yang sepatutnya diadakan semalam oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dibatalkan sehingga menimbulkan pertanyaan.
Ia diikuti kenyataan akhbar oleh Dr Noor Hisham yang memaklumkan seorang individu yang menghadiri satu mesyuarat di Jabatan Perdana Menteri pada 3 Okt, positif COVID-19, sebelum persoalan itu terjawab apabila Dr Zulkifli sendiri memuat naik kenyataan menerusi media sosial mengesahkan dirinya kini sedang menerima rawatan berikutan wabak itu.
Berikutan itu Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengeluarkan kenyataan bahawa semua kontak rapat termasuk menteri Kabinet semasa mesyuarat berkenaan diberikan surat perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah (HSO) selama 14 hari dari 3 Okt selain turut dipakaikan gelang pengawasan.
Muhyiddin juga memaklumkan beliau sendiri menjalani kuarantin kendiri selama dua minggu mengikut nasihat KKM.
Ismail Sabri dalam kenyataan menerusi akaun Facebooknya malam tadi pula memaklumkan langkah membatalkan sidang media itu dilakukan untuk mengelak risiko jangkitan kepada media yang membuat liputan setelah beliau mengetahui keadaan Dr Zulkifli sebaik selesai mempengerusikan Mesyuarat Khas Menteri-Menteri, semalam.
Selain Dr Zulkifli, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kampung Tunku Lim Yi Wei dan ADUN Kota Damansara Shatiri Mansor, masing-masing menerusi media sosial dan kenyataan akhbar semalam turut mengesahkan dijangkiti COVID-19 setelah kembali dari Sabah pada 27 Sept.
Pada masa sama, Media Prima Berhad juga memaklumkan seorang kakitangan editorialnya yang membuat liputan PRN Sabah, positif COVID-19 setelah kembali dari Sabah pada 30 Sept dan kini sedang dirawat di sebuah hospital kerajaan.
Bagaimanapun melihat kepada ujian getir dihadapi negara ketika ini, ia bukan masa sesuai untuk menuding jari kepada mana-mana pihak kerana ada juga kluster-kluster baharu yang dikesan melibatkan kealpaan rakyat.
Mereka didapati terus berdegil untuk mengamalkan kebiasaan baharu dalam menghadapi peningkatan kes akibat pandemik itu walaupun nasihat demi nasihat dinyatakan setiap hari.
Semalam sahaja, menurut Ismail Sabri seramai 979 individu ditahan kerana enggan mematuhi SOP dengan kesalahan gagal mematuhi penjarakan fizikal paling banyak direkodkan selain tidak memakai pelitup muka.
Sehubungan itu, seperti kata Dr Noor Hisham, terus patuhi saranan serta nasihat kesihatan yang sering ditekankan, jadikan ia kebiasaan baharu dalam kehidupan harian dan jangan keluar rumah jika tiada keperluan.
Kasihanilah petugas kesihatan, jangan biarkan air mata dan peluh mereka selama ini hanya sia-sia, bersama-samalah kita memainkan peranan melandaikan lekuk jangkitan pandemik COVID-19.
BERNAMA
The post Kes COVID-19 tertinggi direkodkan: Bukan masa tuding jari appeared first on MySuara.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mysuara.net/berita/semasa/kes-covid19-meningkat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kes Baharu Covid 19 Tertinggi Direkodkan Hari Ini 3 337 Kes Dengan 15 Kematian

Kes Baharu Covid 19 Tertinggi Direkodkan Hari Ini 3 337 Kes Dengan 15 Kematian

papar berkaitan - pada 14/1/2021 - jumlah : 302 hits
93 total views 93 views today Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan bahawa terdapat 3 337 kes baharu covid 19 yang dilaporkan pada hari ini Menurut KKM kes yang dicatatkan pada hari ini adalah paling tinggi pernah direkodkan Terkini Ke...
Covid 19 287 Kes Dilaporkan Hari Ini Tertinggi Sejak Pkp

Covid 19 287 Kes Dilaporkan Hari Ini Tertinggi Sejak Pkp

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 249 hits
PUTRAJAYA Penularan COVID 19 di Malaysia kian membimbangkan apabila angka jangkitan baharu terus melonjak dengan 287 kes dilaporkan hari ini iaitu yang tertinggi sejak Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sr...
Terkini 2 451 Kes Positif Baharu Covid 19 Selangor Sabah Dan N Sembilan Catat Kes Tertinggi Hari Ini

Terkini 2 451 Kes Positif Baharu Covid 19 Selangor Sabah Dan N Sembilan Catat Kes Tertinggi Hari Ini

papar berkaitan - pada 10/1/2021 - jumlah : 269 hits
Sebanyak 2 451 kes jangkitan Covid 19 dicatatkan hari ini sekaligus menjadikan jumlah kes positif di Malaysia adalah sebanyak 133 559 kes setakat Sabtu jam 12 tengahari
Covid 19 Johor Tertinggi 1 870 Kes Positif Baharu

Covid 19 Johor Tertinggi 1 870 Kes Positif Baharu

papar berkaitan - pada 31/12/2020 - jumlah : 255 hits
Petugas barisan hadapan memanggil para penghuni untuk melakukan ujian saringan berikutan peningkatan kes penularan wabak Covid 19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Central Spectrum Klang Selangor foto HAZROL ZAINAL KUALA LUMPUR Seba...
3 027 Kes Baharu Covid 19 Tertinggi Setakat Ini

3 027 Kes Baharu Covid 19 Tertinggi Setakat Ini

papar berkaitan - pada 7/1/2021 - jumlah : 252 hits
bharian comOleh Januari 7 2021 5 27pmKUALA LUMPUR Malaysia mencatat angka harian tertinggi dengan 3 027 jangkitan baharu COVID 19 hari ini Menurut Kementerian Kesihatan pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif mencecah 128 465 jangkitan ...
Covid 19 2 433 Kes Baharu Selangor Catat Kes Harian Tertinggi

Covid 19 2 433 Kes Baharu Selangor Catat Kes Harian Tertinggi

papar berkaitan - pada 11/1/2021 - jumlah : 245 hits
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah ketika sidang media perkembangan terkini Covid 19 di Kementerian Kesihatan Malaysia Putrajaya foto AFIQ HAMBALI PUTRAJAYA Negara terus menyaksikan rekod penularan jangkitan C...
Dr Noor Hisham Luah Kebimbangan Kes Kematian Akibat Covid 19 Semakin Tinggi

Dr Noor Hisham Luah Kebimbangan Kes Kematian Akibat Covid 19 Semakin Tinggi

papar berkaitan - pada 10/1/2021 - jumlah : 329 hits
Petugas kesihatan menguruskan jenazah yang mati akibat Covid 19 CYBERJAYA 8211 Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah melahirkan kebimbangan dengan pertambahan kes kematian akibat Covid 19 pada setiap hari Beliau berkata s...
Covid 19 Malaysia Catat 2 451 Kes Baharu

Covid 19 Malaysia Catat 2 451 Kes Baharu

papar berkaitan - pada 10/1/2021 - jumlah : 550 hits
KUALA LUMPUR 25 Jamadilawal 1442H Sabtu Kes harian baharu COVID 19 di Malaysia terus mencatat empat angka dengan 2 451 kes baharu dilaporkan hari ini manakala 1 401 kes sembuh dan masing masing lima kluster baharu dan kematian direkodkan Ke...
Tinggal Bersama Kes Positif Covid 19 Ini Adalah 7 Cara Untuk Mencegah Penularan Covid 19 Di Rumah

Tinggal Bersama Kes Positif Covid 19 Ini Adalah 7 Cara Untuk Mencegah Penularan Covid 19 Di Rumah

papar berkaitan - pada 9/1/2021 - jumlah : 414 hits
Tinggal Bersama Kes Positif Covid 19 Ini adalah 7 cara untuk mencegah penularan Covid 19 Di Rumah Twitter Kementerian Kesihatan Malaysia telah berkongsi beberapa langkah pencegahan yang wajib dilakukan sekiranya kita tinggal serumah dengan ...
Lesson In Economics From Hawkers Rebellion

Masverse Unveils Groundbreaking Blockchain Platform

Banjir Besar Dubai 2024 Ustaz Azhar Idrus

Lirik Lagu Cinta Setandan Pisang Eda Ezrin Den Manjo

Too Soon To Tell Analyst Says On Mipp S Prospects In Pn

Puasa Tarwiyah 2024 Maksud Hari Tarwiyah Hukum Berpuasa

Govt Opposition Should Agree On Redelineation Formula Says Bersatu Man

Kuala Kubu Baharu Of Fortress On Estuary And Lee S Legacy



Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023


Mb S Son Five Others Remanded In Rm600 000 False Claim Probe Under Macc

Dilema Calun Prk Kkb Melayu Atau Cina

Beli Rak Rempah 3 Tingkat

The Friendly S Music Pub By Kvadrat Architects In Astana Kazakhstan

Kunjung Marhaban Aidilfitri 2024

Muda Slams Pro Israel Us Professor S Remark At Local Varsity Talk