Kes Covid 19 Naik Mencanak Mana Silapnya
HASNURUL MOHAMED
KEBIMBANGAN melanda apabila kadar jangkitan Covid-19 di Malaysia mencapai 6,075 kes semalam walaupun rata-rata, kerajaan telah melakukan pelbagai usaha untuk mengekang penularan wabak tersebut di negara kita.
Dengan adanya prosedur standard operasi (SOP) dan norma baharu yang dipupuk untuk menjadi budaya hidup masyarakat hari ini sejak tahun lepas lagi, kes Covid-19 di setiap negeri menunjukkan angka turun naik sehingga ada yang mencatatkan kenaikan mencanak.
Kelmarin dan semalam, kiranya dua hari berturut-turut, nampak atau tidak kadar kematian Covid-19 adalah tertinggi iaitu 45 dan 47 kematian di negara kita dan hari ini, dikhabarkan 46 orang meninggal dunia kerana covid.
Agak pelik dan hairan apabila negara kita masih terus mencatat kes Covid-19 yang tinggi sedangkan kalau kita tinjau laporan daripada media negara-negara lain, mereka sudah kurang menulis atau melapor atapun bercerita tentang keadaan Covid-19 di negara mereka.
Apabila kurangnya cerita Covid-19 di negara-negara luar yang berkenaan, adakah keadaan di negara mereka sudah terkawal setelah setahun berlalu?
Satu perasaan yang sedih apabila kes di Malaysia semakin parah dengan kita sendiri tercari-cari, apakah kaedah yang berkesan untuk mengekang Covid-19 daripada terus melanda rakyat di negara ini.
Mahu masuk ke pejabat, rasa bimbang dijangkiti Covid-19 yang wabak ini tidak nampak dengan mata kasar. Kita tidak tahu ia datang dari mana? Jangkitan penyebaran melalui udara atau macam mana…
Namun hari ini ada lagi organisasi tempatan yang keluarkan kaji selitik yang mengatakan bawah Perdana Menteri, Tan Sri Muhyhiddin Yassin adalah pemimpin paling popular.
Beliau atas nama kerajaan PN bermurah hati menghantar sejuta Facemask Covid-19 ke Palestin dalam keadaan negara itu bergolak teruk diserang berterusan oleh Israel.
Rakyat tahu penghantaran bantuan kepada rakyat Palestine bukanlah mahu mengalih pandangan terhadap situasi Covid-19 yang memburuk di Malaysia sebaliknya apa yang dilakukan oleh Muhyiddin dan kerajaan adalah atas sokongan terhadap negara yang diserang itu.
Akan tetapi, isu dalaman amat penting kerana keadaan negara kita yang mencatat angka kes Covid-19 melebihi 6,000 harus dipandang serious.
Pihak KKM dan MKN perlu cari kata sepakat sama ada kawasan atau negeri yang teruk terjejas, wajar dilakukan total lockdown atau macam mana?
Kalau kita fikirkan ekonomi, memang sukar untuk melakukan total lockdown tetapi macam mana pula kesihatan rakyat? – SM
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://dialograkyat.blogspot.com/2021/05/kes-covid-19-naik-mencanak-mana-silapnya.html