Kes Covid 19 Menular Semula Rakyat Makin Cemas Abah Kau Seronok Main Golf



Bermula dari 1 Oktober 2020, 3 hari berturut-turut, kes baharu Covid-19 di seluruh negara mencatatkan angka melebihi 200.
1 Oktober mencatatkan 260 kes baharu, 2 Oktober 2020 mencatatkan 287 kes baharu dan semalam, 3 Oktober 2020 mencatatkan jumlah kes yang tertinggi dalam negara, 317 kes baharu.
Keadaan ini menimbulkan kebimbangan di kalangan rakyat.

Ibubapa, terutamanya yang berada di Kedah dan Selangor merasa bimbang dengan keselamatan anak mereka kerana Kedah dan Selangor adalah antara negara yang mencatatkan kes baharu Covid-19 yang tinggi di Malaysia.
Dalam keadaan begini, pasti rakyat ternanti-nanti tindakan tegas dan pantas dari kerajaan untuk mengisytiharkan langkah-langkah yang perlu diambil bagi membendung penularan semula pandemik Covid-19 yang dahulunya telah hampir berjaya kita kawal.
Tetapi, amat mengejutkan, bila di saat kritikal begini, di saat ekonomi negara dilihat mungkin akan terkesan sekali lagi, di saat rakyat dilanda kebimbangan, di saat pemilik syarikat besar, sederhana dan kecil tidak lelap tidur bila memikirkan apakah syarikat yang mereka usahakan selama bertahun-tahun itu mampu untuk bertahan, di saat ibubapa menghantar anak-anak mereka ke sekolah dengan penuh kebimbangan, di saat penjaja dan peniaga pasar malam merasa bimbang dengan nasib keluarga mereka seandainya pandemik Covid-19 kembali mengganas, orang terpenting untuk kerajaan membuat satu-satu keputusan, Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin hilang dari radar!!!

Kemana perginya Muhyiddin di saat yang cukup kritikal ini?
Muhyiddin dilapurkan meninggalkan Putrajaya dan berada di selatan tanah air.
Untuk apa?

Khabarnya untuk bermain golf bersama-sama rakan-rakannya dalam Tan Sri Muhyiddin Charity Golf (TSMCG)!!!
Kalau ikut dari apa yang diiklankan, ianya adalah untuk tujuan kebajikan, tapi kebajikan apa dan untuk siapa?
Dan dalam keadaan kritikal yang sedang negara hadapi sekarang, apakah program itu tidak boleh ditangguhkan?
Keselamatan dan nyawa rakyat lebih penting atau program kebajikan itu yang lebih penting?
Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh (Ku Li) yang tidak ada dalam kabinet juga telah batalkan program beliau di Ipoh, Perak, kenapa Perdana Menteri, Muhyiddin, tidak boleh tangguh atau batalkan program bermain golf itu?

Tapi khabarnya pagi semalam, Muhyiddin mempengerusikan mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN), berkenaan Covid-19.

Baguslah kalau begitu, cuma, kenapa selepas dapat kecaman dari netizen baharu Muhyiddin 'teringatkan' tanggungjawab dia sebagai Perdana Menteri Malaysia???
Muhyiddin bukan Ketua JKK atau Ketua Lorong di taman perumahan yang tidak ada penasihat.
Sebagai Perdana Menteri, Muhyiddin dikelilingi oleh penasihat-penasihat seperti Setiausaha Sulit, Setiausaha Politik, Setiausaha Media dan pelbagai penasihat lagi.
Atau apakah Muhyiddin sekarang sudah besar kepala dan sudah tidak boleh dinasihatkan lagi?

Tapi tidak apa, lepas ini Setiausaha Media Muhyiddin bolehlah arahkan RTM ker, Media Prima ker atau Astro untuk siarkan video klip Muhyiddin dengan muka yang ala-ala sedih serta kusyuk dan tawaduk tengah mengaji atau pun baca doa untuk pikat balik hati rakyat sebab PRU 15 pun dikatakan tidak lama lagi...
Bukan admin hendak tuduh Muhyiddin pemimpin yang menunggang ugama untuk kepentingan politik beliau, tapi fikirkanlah sendiri.
Lagi pun, keupayaan Muhyiddin menaikkan ekonomi negara masih belum lagi terbukti, yang sudah terbukti ialah Muhyiddin dengan senang hati membelanjakan duit RM2 trilion dari rezab negara peninggalan dari DS Najib sewaktu menjadi Perdana Menteri.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://theunspinners.blogspot.com/2020/10/kes-covid-19-menular-semula-rakyat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ketika Kes Covid Paling Tinggi Betulkah Pm Pergi Main Golf

Ketika Kes Covid Paling Tinggi Betulkah Pm Pergi Main Golf

papar berkaitan - pada 4/10/2020 - jumlah : 459 hits
MALAYSIA DATELINE Ketika penyebaran Covid 19 berada di tangga paling puncak Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dikatakan menyertai Tan Sri Muhyiddin Yassin Charity Golf di sebuah hotel terkemuka di Johor Kain pemidang program TSMCG di...
287 Kes Baharu Malaysia Masih Pkpp Abah Dijangka Pengerusi Mesyuarat Khas Covid 19 Hari Ini

287 Kes Baharu Malaysia Masih Pkpp Abah Dijangka Pengerusi Mesyuarat Khas Covid 19 Hari Ini

papar berkaitan - pada 3/10/2020 - jumlah : 294 hits
Kementerian Kesihatan Malaysia semalam memaklumkan sebanyak 287 kes baharu positif Covid 19 yang merupakan penularan tempatan Jumlah itu menjadikan jumlah kes positif Covid 19 di Malaysia adalah sebanyak 11 771 kes Negeri Kedah mencatatkan ...
Covid 19 Kes Naik Mendadak Rakyat Mula Luahkan Kekecewaan Terhadap Politikus

Covid 19 Kes Naik Mendadak Rakyat Mula Luahkan Kekecewaan Terhadap Politikus

papar berkaitan - pada 3/10/2020 - jumlah : 404 hits
Pengorbanan kami selama ini menjadi sia sia kerana kerakusan ahli politik dalam berebut kuasa Entah apa yang ada didalam akal fikiran mereka apabila meletakkan rakyat dalam keadaan yang sangat teruk Jika PKP dilaksanakan semula kita semua d...
Covid 19 Kes Baharu Meningkat Semula

Covid 19 Kes Baharu Meningkat Semula

papar berkaitan - pada 3/10/2020 - jumlah : 443 hits
Assalamualaikum semuaSihat Sheila tak berapa sihat sangat Selsema batuk Tapi insyaAllah minta dijauhkan dari virus Covid Bukan apa sekarang kes dah semakin naik semula Semalam saja ada 260 kes baru Kebanyakannya dari mereka mereka yang baru...
Dr Adham Lapor Polis Fitnah Main Golf Ketika Covid 19 Meningkat

Dr Adham Lapor Polis Fitnah Main Golf Ketika Covid 19 Meningkat

papar berkaitan - pada 4/10/2020 - jumlah : 269 hits
on CYBERJAYA Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba hari ini membuat laporan polis selepas difitnah menyertai program bermain golf ketika kes jangkitan Covid 19 meningkat di negara ini Beliau memaklumkan perkara itu menerusi Facebook Fr...
Kes Covid 19 Meningkat Mb Perak Gesa Rakyat Berhenti Tunding Jari Terhadap Ahli Politik

Kes Covid 19 Meningkat Mb Perak Gesa Rakyat Berhenti Tunding Jari Terhadap Ahli Politik

papar berkaitan - pada 7/10/2020 - jumlah : 404 hits
Kes Covid 19 meningkat MB Perak gesa rakyat berhenti tunding jari terhadap ahli politikDi kala ramai yang masih menyalahkan ahli politik yang didakwa menjadi penyumbang utama peningkatan kes posifit Covid 19 di negara Menteri Besar Perak Da...
Astagfirullah Makin Ngeri Covid 19 Menular Lewat Udara Makin Kuat

Astagfirullah Makin Ngeri Covid 19 Menular Lewat Udara Makin Kuat

papar berkaitan - pada 6/10/2020 - jumlah : 199 hits
Pusat Pengendalian dan Pencegahan Penyakit AS merevisi panduannya terkait virus corona Dalam aturan baru itu lembaga ini seperti menegaskan bahwa virus penyebab penyakit Covid 19 itu memang dapat menyebar di udara di mana virus bisa terting...
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof


echo '';
Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Tips Hartanah Pocket Calculator Cara Mengumpul Deposit Untuk Beli Rumah

Drama Lara Kasih Lakonan Fikry Ibrahim Chacha Maembong

Rose Number One Girl Chord

Cinnamon Rolls Klasik Kini Dengan Lotus Biscoff Dan Set Minuman Terbaharu Dari Cinnabon

Creating A Cozy Farmhouse Look Timeless Decor Tips

Will Artificial Intelligence Disappoint