Kes Covid 19 Meningkat Jangan Abai Gejala Seperti Selesema Mma


malaysiakini.com
Alyaa Alhadjri
Diterbitkan: Dec 7, 2023 6:31 PM
Peningkatan kes Covid-19 dengan kebanyakan pesakit dilapor mengalami gejala ringan menimbulkan kebimbangan bahawa ramai pesakit mungkin mengabaikan prosedur yang boleh mengelakkan wabak itu daripada merebak, kata Persatuan Perubatan Malaysia (MMA)

Presiden MMA, Dr Azizan Abdul Aziz dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini mengingatkan dua langka penting untuk diambil bagi mereka yang mengalami simptom Covid-19 iaitu menjalani ujian dan kuarantin kendiri.

"Mereka yang mengalami simptom seperti selesema, walaupun ringan, harus mengambil langkah bertanggungjawab dalam ujian kendiri dan segera mengasingkan diri untuk tempoh yang ditetapkan jika didapati positif Covid-19.

"Kita masih perlu melindungi mereka yang rentan yang berisiko mengalami Covid-19 yang teruk.

"Individu berisiko tinggi perlu memastikan mereka memakai pelitup muka apabila berada di hadapan orang lain dan mempertimbangkan untuk mengambil do penggalak (booster) yang disyorkan," katanya.

Ahad lalu, Kementerian Kesihatan dilaporkan berkata jumlah kes baru Covid-19 meningkat sebanyak 57.3 peratus kepada 3,626 kes minggu lepas berbanding 2,305 kes yang dicatatkan minggu sebelumnya.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Muhammad Radzi Abu Hassan juga berkata 48 peratus daripada kes itu melibatkan mereka yang berumur antara 20 dan 40 tahun, dengan lebih 98 peratus daripadanya hanya mengalami simptom ringan.

Menurut Radzi, empat varian Omicron baru dilaporkan dalam tempoh sama, yang kesemuanya merupakan varian yang membimbangkan.

Tahun lepas, formulasi vaksin Covid-19 telah dikemas kini kepada formulasi bivalen yang menyasarkan varian Omicron serta strain asal yang pertama kali dikesan di Wuhan, China.

Formulasi tahun ini dikemas kini dengan formulasi monovalen berdasarkan varian XBB.1.5.

Di peringkat global, Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengesyorkan vaksinasi semula untuk melindungi diri daripada varian Omicron - dalam tempoh enam hingga 12 bulan selepas dos sebelum ini - terutamanya bagi individu dalam kalangan populasi sasaran, termasuk kakitangan kesihatan dan individu lemah imun.

Ditanya sama ada ketiadaan formulasi vaksin Covid-19 baru yang dikemas kini di Malaysia turut menjadi punca kebimbangan tersebut, Azizan berkata peratusan mereka yang belum mengambil dos penggalak masih tinggi.

"Mereka yang tergolong dalam kumpulan ini harus mempertimbangkan untuk mengambil dos penggalak kerana ia masih melindungi daripada Covid-19 yang teruk," tegasnya.

Sementara itu, dua pakar kesihatan awam lain menyuarakan pandangan serupa bahawa langkah waspada berhubung protokal kesihatan perlu diambil berikutan peningkatan kes Covid-19 di dalam dan luar negara.

Pensyarah Utama Perubatan Jabatan Kesihatan Awam UiTM, Dr Khalid Ibrahim berkata jumlah kes Covid-19 akan terus meningkat dan menurun dalam "gelombang kecil", justeru lonjakan kes jangkitan sepatutnya telah dijangka.

“Ini kerana virus itu terus bermutasi.

"Sekali-sekala, akan ada varian baru yang dapat mengelakkan imuniti tubuh sedia ada," kata Khalid kepada Malaysiakini.

Ketika kemuncak pandemik Covid-19, sejumlah kes dicatatkan di negara-negara ketika memasuki musim dingin yang sering dikaitkan dengan penyakit pernafasan.

"Sesetengah negara mengaitkan lonjakan (sekarang) ini dengan varian baru BA 2.86. Saya setakat ini belum tahu mengenai Malaysia," katanya sambil menambah kajian berkaitan akan dijalankan oleh bahagian virologi Institut Penyelidikan Perubatan.

“Biasanya genome typing akan dijalankan apabila hospital mengesyaki varian baru dengan tahap virulensi berbeza daripada varian sedia ada,” katanya.

[Baca berita penuh]

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/12/kes-covid-19-meningkat-jangan-abai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kes Covid 19 Di Malaysia Semakin Meningkat

Kes Covid 19 Di Malaysia Semakin Meningkat

papar berkaitan - pada 13/12/2023 - jumlah : 201 hits
Kementerian Kesihatan Malaysia dalam satu siaran media melaporkan kes Covid 19 di Malaysia semakin meningkat naik kepada 6 796 untuk minggu epidemiologi ke 48 Kadar kemasukan pesakit COVID 19 termasuk pesakit yang dis
Kes Covid Meningkat Semula

Kes Covid Meningkat Semula

papar berkaitan - pada 14/12/2023 - jumlah : 212 hits
tak ada mood nak kemaskini blog betul ni menulis semula sebab dapat khabar buruk dari rakan sekerja didoakan semoga izzan cepat sihat dari wabak korona jahat Pakai Pelindung Mulut Muka akhir akhir ini berita memaparkan kes covid yang mening...
Kes Covid 19 Meningkat 57 3 Peratus Pada 19 Hingga 25 Nov

Kes Covid 19 Meningkat 57 3 Peratus Pada 19 Hingga 25 Nov

papar berkaitan - pada 4/12/2023 - jumlah : 165 hits
malaysiakini comSebanyak 3 626 kes COVID 19 dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke 47 iaitu dari 19 hingga 25 Nov lepas meningkat 57 3 peratus berbanding 2 305 kes yang direkodkan pada minggu sebelumnya Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muh...
Covid Meningkat Kkm Mungkin Keluar Arahan Ambil Booster Ke 3

Covid Meningkat Kkm Mungkin Keluar Arahan Ambil Booster Ke 3

papar berkaitan - pada 14/12/2023 - jumlah : 139 hits
PUTRAJAYA Kementerian Kesihatan mungkin mengeluarkan arahan baharu untuk pengambilan dos penggalak Covid 19 tidak lama lagi terutama bagi mereka yang lebih rentan terhadap komplikasi jangkitan virus itu Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad ber...
Kasus Covid 19 Di Indonesia Kembali Meningkat

Kasus Covid 19 Di Indonesia Kembali Meningkat

papar berkaitan - pada 7/12/2023 - jumlah : 175 hits
mengonfirmasi tren kasus mingguan Covid 19 di Indonesia kembali mengalami peningkatan
Kasus Covid 19 Kembali Meningkat Idi Minta Masyarakat Pakai Masker Lagi

Kasus Covid 19 Kembali Meningkat Idi Minta Masyarakat Pakai Masker Lagi

papar berkaitan - pada 7/12/2023 - jumlah : 225 hits
PB IDI mengimbau masyarakat untuk menerapkan lagi protokol kesehatan seperti memakai masker dan menghindari kerumunan
Video Warga Desak Anies Di Pasar Sentil Pembangunan Tak Merata Dan Jangan Seperti Ikn

Video Warga Desak Anies Di Pasar Sentil Pembangunan Tak Merata Dan Jangan Seperti Ikn

papar berkaitan - pada 14/12/2023 - jumlah : 117 hits
Anies mengatakan pembangunan harus dilakukan secara merata Anies kemudian menyentil pembangunan IKN
Pengurusan Kes Positif Dan Kontak Rapat Kepada Kes Covid 19

Pengurusan Kes Positif Dan Kontak Rapat Kepada Kes Covid 19

papar berkaitan - pada 8/12/2023 - jumlah : 337 hits
Kes positif COVID 19 perlu menjalani pengasingan atau isolasi selama 5 hari dari tarikh bermula gejala Kes juga dinasihati untuk mengambil langkah langkah pencegahan seperti memakai pelitup muka ketika keluar dari rumah elak berada di tempa...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran

No Malaysians Involved In Kazakhstan Plane Crash