Kes Buli Doktor Pelatih Kena Pukul Depan Pesakit


Oleh Suzalina Halid - Gambar hiasan KUALA LUMPUR: Pernah diherdik dengan perkataan bodoh, dipukul dengan fail di depan pesakit dan difitnah mempunyai masalah disiplin antara pengalaman buruk dilalui doktor pelatih ketika berkhidmat dalamsektor awam.
Lebih menyeksakan apabila ada juga dalam kalangan doktor berdepan situasi gangguan seksual sehingga menyebabkan mereka berasa gusar setiap kali ingin pergi ke tempat kerja.
Doktor pelatih yang hanya mahu dikenali sebagai Dr Zahra, 27, dipanggil dengan pelbagai kata tidak manis seolah-olah menjadi makanan harian yang perlu ditelan dan pengalaman itu bukan sahaja dirasainya namun juga dalam kalangan rakan sekerja lain.
Namun, Dr Zahra yang berasal dari ibu kota berkata, kebimbangan dan kegusaran itu hanya diperkatakan dalam kalangan mereka sahaja kerana tidak tahu pihak mana boleh dipercayai untuk diutarakan masalah sedemikian.
Disyorkan Untuk Anda 1,559 orang terbabit PKPD ILKKM Johor BahruDoktor pelatih manja, ponteng kerja - PERDIMHospital swasta mampu latih doktor pakarHatta teruja Yuna kongsi kisah kebaya di Vogue.com "Sebagai contoh ketika kita dalam pembentangan kes, kalau ada sedikit kesilapan terus akan diherdik dengan gelaran bodoh dan lembap. Benda ini diperkatakan dalam kalangan kami, tetapi tiada sesiapa yang mengambil tindakan.
"Bukan itu sahaja, ada juga doktor senior yang pernah memegang tangan saya ketika prosedur pembedahan, apabila saya ceritakan pada rakan sekerja, mereka juga melalui pengalaman sama seperti dibetulkan kolar baju dan menerima kata-kata pujian berbaur seksual, " katanya kepada BH di sini, semalam.
Pengalaman berbeza dilalui oleh Dr Leya, 26, yang pernah dipukul di kepala dengan fail di hadapan semua pesakit kerana tidak menjawab soalan dengan betul.
Katanya, perbuatan itu dilakukan oleh seorang pakar kardiologi di salah sebuah hospital awam di ibu negara.
Seorang lagi doktor yang sudah tidak berkhidmat dengan sektor awam, dikenali sebagai Dr Malisa, 38, berkata beliau pernah melalui pengalaman pahit enam tahun lalu dituduh melakukan kesalahan disiplin oleh doktor senior yang turut mempengaruhi rakan sekerjanya lain bagi mempercayai fitnah itu.
Beliau berkata, rentetan itu, dirinya dipanggil ke pejabat ketua jabatan di hadapan doktor senior yang lain dan diberi dua pilihan sama ada meletakkan jawatan atau cuti tanpa gaji yang dimohon, ditarik semula.
"Saya cuba mendapatkan bantuan pihak atasan, tetapi tiada siapa yang dapat membantu seorang doktor pelatih junior.
"Keadaan ini berlarutan sehingga akhirnya saya terpaksa meletakkan jawatan, dan terpaksa membayar denda kerana tidak menghabiskan tempoh kontrak berjumlah ratusan ribu sehingga sekarang," katanya.
Bagi doktor dikenali sebagai Dr Nur, 31, pula akibat perbuatan dipergunakan doktor senior, beliau akhirnya dipindahkan ke sebuah hospital di Terengganu kira-kira lima bulan lalu.
Katanya, pengalaman dibuli dilaluinya bukan sahaja ketika bergelar doktor pelatih, namun situasi itu berterusan hingga menjadi pegawai perubatan.
"Bayangkan sepanjang menjadi doktor pelatih, kita pergi kerja seawal jam 5.30 pagi hingga 10 malam dengan rasa penat sebab pelbagai kerja perlu dilakukan dan dimarah lagi.
"Memang ketika itu motivasi diri sangat terganggu, namun terpaksa diteruskan disebabkan inilah punca pendapatan. Ada juga dalam kalangan kami yang terpaksa berhenti kerana tidak tahan.
"Ketika saya bertugas sebagai pegawai perubatan pun situasi sama berulang di mana saya dipergunakan untuk merawat pesakit yang sepatutnya hanya boleh dilakukan oleh doktor pakar," katanya.
Timbalan Presiden, Persatuan Perubatan Islam Malaysia (PPIM), Dr Muhammad Munawar Mohamed Hatta.Sementara itu, Timbalan Presiden, Persatuan Perubatan Islam Malaysia (PPIM), Dr Muhammad Munawar Mohamed Hatta mengakui kewujudan kes buli dalam kalangan doktor pelatih, malah ia sudah berlarutan sekian lama.
Beliau yang juga Pakar Perunding Perubatan Kecemasan dan Pensyarah Kanan Fakulti Perubatan, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata, budaya membuli itu tidak sepatutnya berlaku dan harus dibanteras bukan sahaja pada pihak Kementerian Kesihatan (KKM), malah dalam kalangan doktor sendiri.
"Walaupun ia membabitkan soal kompetensi dalam kalangan doktor pelatih, itu bukan alasan untuk tindakan buli atau cara salah dilakukan doktor senior kerana air muka masing-masing perlu juga dijaga.
"Amat ironi apabila doktor menjaga kebajikan pesakit, namun ia tidak berlaku sesama rakan sekerja. Benda ini bukan baru, ia sudah berlarutan sejak 20 hingga 30 tahun lalu dan pelbagai tindakan juga sudah diambil.
"Sepatutnya kesalahan ini diambil tindakan bukan sahaja secara individu, malah dari sudut organisasi sendiri. Kita faham kadang-kala mereka kurang sabar berdepan kesilapan dilakukan doktor pelatih, namun ia bukan alasan untuk buli dilakukan," katanya.
Bagaimanapun, pakar kesihatan awam, Dr Hanafiah Bashirun, berkata layanan tegas mungkin dianggap buli oleh sesetengah doktor pelatih, tetapi ia sebagai persediaan untuk berdepan situasi sebenar apabila berkhidmat sebagai doktor kelak.
Beliau turut berkongsi pengalaman sendiri apabila pernah diketuk dengan instrumen di kepala, selain fail dicampakkan ke arah muka, namun menganggap ia sebahagian proses pembelajaran.
"Ketika menjadi pelatih, pengetahuan kita kosong dan kita perlu bersedia daripada ketahanan mental bagi melengkapkan diri.
"Di luar sana, kita berdepan pelbagai ragam lagi pesakit, termasuk kemungkinan dimarahi mereka juga tinggi," katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/12/kes-buli-doktor-pelatih-kena-pukul.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Siasat Dakwaan 66 Peratus Doktor Pernah Kena Buli

Siasat Dakwaan 66 Peratus Doktor Pernah Kena Buli

papar berkaitan - pada 28/12/2020 - jumlah : 199 hits
MALAYSIAKINI Kongres Kesatuan Pekerja pekerja Dalam Perkhidmatan Awam menggesa Kementerian Kesihatan mengambil perhatian serius berhubung gejala buli dalam kalangan petugas kesihatan termasuk doktor dan doktor pelatih di negara ini Presiden...
Panduan Doktor Buat Pesakit Covid 19 Kuarantin Sendiri Di Rumah Jika Diabaikan Kkm

Panduan Doktor Buat Pesakit Covid 19 Kuarantin Sendiri Di Rumah Jika Diabaikan Kkm

papar berkaitan - pada 4/1/2021 - jumlah : 653 hits
Membenarkan pesakit Covid 19 tanpa gejala terus tinggal di rumah masing masing sudah lama dilakukan di beberapa negara luar tetapi ia agak asing di negara ini bagaimanapun dengan peningkatan berterusan kes baru setiap hari pilihan yang ada ...
Peningkatan Kes Positif Covid 19 Di Kuantan Tidak Ada Kaitan Pesakit Di Kompleks Sukpa

Peningkatan Kes Positif Covid 19 Di Kuantan Tidak Ada Kaitan Pesakit Di Kompleks Sukpa

papar berkaitan - pada 19/12/2020 - jumlah : 261 hits
KUNATAN Peningkatan kes positif Covid 19 di daerah ini tiada kaitan dengan pesakit daripada Kluster Jalan Genting yang kini ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid 19 Stadium Tertutup Kompleks Sukan Pahang di sini Pejabat Kesihatan...
Rara Nafi Dakwaan Ummi Hafilda Beliau Akan Melangasungkan Perkahwinan Tahun Depan

Rara Nafi Dakwaan Ummi Hafilda Beliau Akan Melangasungkan Perkahwinan Tahun Depan

papar berkaitan - pada 31/12/2020 - jumlah : 456 hits
BENTONG Ahli Dewan Undangan Negeri Ketari Young Syefura Othman menafikan dakwaan dia akan melangsungkan perkahwinan pada tahun depan Tak betul Anyway happy new year jawabnya ringkas Young Syefura berkata demikian ketika ditanya mengenai han...
Sejuta Vaksin Covid 19 Akan Mula Diagih Dan Disuntik Bulan Depan

Sejuta Vaksin Covid 19 Akan Mula Diagih Dan Disuntik Bulan Depan

papar berkaitan - pada 3/1/2021 - jumlah : 393 hits
Vaksin Covid 19 fasa pertama akan mula diagih dan disuntik kepada kira kira satu juta rakyat negara ini bermula bulan depan lapor Harian MetroMenurut Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba vaksin Covid 19 bagi fasa pertama berkenaan aka...
Kucing Bunting Mati Dipukul Dengan Batang Besi Berang Depan Rumah Selalu Ada Najis Kucing

Kucing Bunting Mati Dipukul Dengan Batang Besi Berang Depan Rumah Selalu Ada Najis Kucing

papar berkaitan - pada 31/12/2020 - jumlah : 512 hits
Seorang wanita yang dipercayai terlibat dalam kes memukul seekor kucing yang bunting sehingga mati dan mencederakan seekor lagi haiwan itu dengan batang besi ditahan semalam Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Shafee Abd Samad berk...
Ph Bincang Idea Gabungan Besar Bulan Depan Kata Guan Eng

Ph Bincang Idea Gabungan Besar Bulan Depan Kata Guan Eng

papar berkaitan - pada 1/1/2021 - jumlah : 230 hits
JANUARI 1 201Lim Guan Eng berkata parti pembangkang perlu bersatu dan bekerjasama dalam menghadapi PRU15 GEORGE TOWN Pakatan Harapan akan mengadakan mesyuarat untuk membincangkan pembentukan gabungan besar yang merupakan kerjasama baru anta...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Sampai Nak Kena Bagitahu Anak Cacat Edry Kru Kesal Layanan Segelintir Masyarakat Terhadap Penghidap Autistik

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

60 Of Our Biggest Ai Announcements In 2024

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih