Kes Baru Covid 19 Melonjak Lepasi 4 000






Malaysiakini 


Wabak Covid-19 di negara ini sekali lagi mencatatkan rekod tertinggi apabila lebih 4,000 kes baru dikesan sehingga jam 12 tengah hari tadi.


Dalam kenyataan dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini, secara keseluruhan sebanyak 4,029 kes dicatatkan dalam tempoh 24 jam sejak tengah hari semalam.


Daripada jumlah itu hanya lapan membabitkan kes import.  


Dalam tempoh itu juga sebanyak lapan kematian dicatatkan menjadikan jumlah kumulatif korban Covid-19 kini sebanyak 594 orang.


Selangor menjadi negeri penyumbang terbesar dengan 1,466 kes diikuti Johor (719 kes), Sabah (449 kes) dan Kuala Lumpur (347 kes).


Perlis yang tidak mencatatkan sebarang kes baru semalam, kali ini mencatat 14 kes.


Sebelum ini kes baru tertinggi yang direkodkan KKM ialah 3,337 iaitu pada 14 Jan lalu. Sebelum itu kes tertinggi yang dicatatkan ialah 3,309 kes.


Kes bagi negeri lain ialah:


Negeri Sembilan - 214 kes


Kedah - 195 kes


Kelantan - 141 kes


Pulau Pinang - 120 kes


Terengganu - 80 kes


Pahang - 65 kes


Sarawak - 69 kes


Perak - 54 kes


Melaka - 44 kes


Putrajaya - 35 kes


Labuan - 17 kes


Menurut ciapan akaun rasmi KKM, kes-kes yang dicatatkan hari ini adalah hasil aktiviti atau pergerakan sebelum 13 Jan 2021.


Kata KKM, sebanyak 2,148 kes sembuh bagi tempoh 24 jam lalu. 


Sebanyak 205 kes pula sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 79 kes memerlukan bantuan alat pernafasan.


Empat daripada mangsa yang meninggal dunia adalah pesakit di Sabah, manakala masing-masing seorang di Perak, Kuala Lumpur, Selangor dan Pahang.


Enam daripada mereka ialah lelaki masing-masing berusia 40, 59, 72 dan 78 tahun. Semua mereka adalah warganegara Malaysia.


Dua mangsa wanita pula merupakan bukan warganegara dan berusia 45 dan 61 tahun.


Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata setakat hari ini, terdapat 641 kluster dilaporkan termasuk enam kluster baru pada hari ini.


"Jumlah kluster yang tamat pula ialah sebanyak 356 termasuk lima kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Impian, Kluster Utama Rini, Kluster Kuala, Kluster Malawati, dan Kluster Tapak Bina Bulatan.


"Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau ialah sebanyak 285 kluster.


"Daripada jumlah tersebut, sebanyak 71 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini," katanya.


Menrut Noor Hisham lagi kluster yang melaporkan pertambahan kes baru tertinggi ialah Kluster Sungai Putus (336 kes), Kluster Bukit Pasir (189 kes), dan Kluster Senai Cyber (111 kes).


Berikut merupakan enam kluster baru yang direkodkan KKM:


KLUSTER SENAI CYBER


Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kulai di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-140377) dilaporkan positif Covid-19 pada 12 Jan hasil saringan individu bergejala.


Saringan bersasar yang dijalankan di beberapa kilang seterusnya mendapati seramai 113 lagi individu dikesan positif Covid-19. Nama kluster merujuk kepada lokaliti beberapa buah kilang berlaku penularan iaitu di Jalan Cyber 2, Senai Industrial Estate 3, Senai, Johor.


Sehingga 16 Jan, sejumlah 198 individu disaring, dengan 114 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.


KLUSTER TEMBOK NANAS


Kluster pusat tahanan ini melibatkan daerah Pontian di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-135241) merupakan seorang tahanan pendatang asing tanpa izin (Pati) yang dilaporkan positif Covid-19 pada 10 Jan hasil saringan sebelum dihantar pulang ke negara asal.


Saringan bersasar yang dijalankan seterusnya mendapati seramai 40 lagi Pati dikesan positif.


Nama kluster merujuk kepada tempat penularan berlaku iaitu di Depoh Tahanan Imigresen Pekan Nanas yang terletak di Taman Emas, Pekan Nanas, Johor.


Sehingga 16 Jan, 252 individu telah disaring dengan 41 kes dikesan positif dalam kluster ini.


KLUSTER JALAN SEMBRONG


Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kluang di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-116746) dilaporkan positif Covid-19 pada 2 Jan hasil saringan kontak rapat.


Saringan yang dijalankan di tempat kerja kes indeks seterusnya mendapati seramai 17 lagi individu dikesan positif.


Nama kluster merujuk kepada lokaliti asrama tempat tinggal kes-kes yang dilaporkan berlaku iaitu di Jalan Sembrong 3, Taman Perindustrian Sembrong, Kluang, Johor.


Setakat 16 Jan, sejumlah 52 individu telah disaring dengan 18 kes dikesan positif.


KLUSTER JALAN PERMATA


Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Seremban di Negeri Sembilan. Kes indeks bagi kluster (iaitu kes ke-127012) ini dilaporkan positif pada 7 Jan hasil saringan individu bergejala.


Saringan yang dijalankan ke atas kontak rapat seterusnya mendapati seramai 60 lagi individu dikesan positif Covid-19.


Nama kluster merujuk kepada lokaliti tempat kerja kebanyakan kes-kes yang dilaporkan berlaku iaitu di Jalan Permata 1/3, Arab Malaysian Industrial Park, Nilai.


Sehingga 16 Jan sejumlah 414 individu disaring dan 61 kes dikesan positif.


KLUSTER TAMAN JUTA


Kluster ini melibatkan daerah Hilir Perak di Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-133242) dilaporkan positif pada 9 Jan hasil saringan individu bergejala.


Nama kluster merujuk kepada lokaliti di mana kes-kes dalam kluster ini dilaporkan berlaku iaitu di Taman Juta Intan, Perak.


Sehingga 16 Jan sejumlah 48 individu disaring dengan 14 kes dikesan positif.


KLUSTER KAMPUNG LEBUKluster berkaitan kenduri perkahwinan dan tahlil ini melibatkan daerah Bentong dan Kuantan di Pahang. Kes indeks bagi kluster ini (kes ke-122732) dilaporkan positif pada 5 Jan hasil saringan kontak rapat.


Saringan yang telah dijalankan ke atas kontak rapat terutama ahli keluarga dan tetamu majlis seterusnya mendapati seramai 20 lagi individu dikesan positif.


Nama kluster merujuk kepada lokaliti majlis tersebut berlangsung iaitu di Kampung Lebu, Bentong.


Setakat 16 Jan seramai 80 individu disaring dan 21 kes dikesan positif.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/01/kes-baru-covid-19-melonjak-lepasi-4000.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terkini Covid 19 Paling Tinggi Lepasi Angka 4k Kkm Maklumkan 4 029 Kes Baharu Hari Ini

Terkini Covid 19 Paling Tinggi Lepasi Angka 4k Kkm Maklumkan 4 029 Kes Baharu Hari Ini

papar berkaitan - pada 17/1/2021 - jumlah : 327 hits
PUTRAJAYA 16 Jan Kes harian baharu COVID 19 kini sudah melepasi angka 4 000 apabila sebanyak 4 029 kes dilaporkan hari ini Kementerian Kesihatan menerusi laporan terkini memaklumkan jumlah kumulatif kes sudah meningkat ke 155 095 kes Dalam ...
Covid 19 3339 Kes Baru Hari Ini Dengan 7 Kematian

Covid 19 3339 Kes Baru Hari Ini Dengan 7 Kematian

papar berkaitan - pada 18/1/2021 - jumlah : 321 hits
Sebanyak 3 339 kes jangkitan baharu Covid 19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah itu sebanyak 3 324 kes adalah penularan tempatan manakala bakinya jangkitan di luar ne...
Kes Harian Covid 19 Boleh Cecah 8 000 Mac Ini

Kes Harian Covid 19 Boleh Cecah 8 000 Mac Ini

papar berkaitan - pada 8/1/2021 - jumlah : 254 hits
Oleh MAISARAH SHEIKH RAHIM NOOR HISHAM ABDULLAHPUTRAJAYA Malaysia boleh merekodkan kes harian Covid 19 sehingga 8 000 kes pada minggu ketiga Mac ini jika jangkaan unjuran kes dengan kadar kebolehjangkitan pada 1 2 Ketua Pengarah Kesihatan T...
Patuhlah Sop Jika Tak Mahu Kes Melonjak Hingga 8 000 Sehari

Patuhlah Sop Jika Tak Mahu Kes Melonjak Hingga 8 000 Sehari

papar berkaitan - pada 16/1/2021 - jumlah : 207 hits
Oleh Fazleen SafinaTak mustahil lebih banyak pesakit maut kerana tak dapat akses ke ICU BANGI Pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan bagi membendung penularan wabak COVID 19 wajar dan bertepatan ketika mana kes jangkitan melonjak se...
Rekod Baru 3 309 Kes Covid 19 Menjelang Pkp

Rekod Baru 3 309 Kes Covid 19 Menjelang Pkp

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 305 hits
PETALING JAYA Menjelang pelaksanaan perintah kawalan pergerakan sebanyak 3 309 kes baru Covid 19 dicatatkan dalam tempoh 24 jam lalu memecahkan rekod 3 027 kes pada 7 Jan lalu Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata seramai...
2 433 Kes Baru Covid 19 9 Kematian

2 433 Kes Baru Covid 19 9 Kematian

papar berkaitan - pada 10/1/2021 - jumlah : 325 hits
January 10 2021 6 57 PMPETALING JAYA Kementerian Kesihatan melaporkan 2 433 kes baru Covid 19 dalam tempoh 24 jam lalu dengan sembilan kematian Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah itu sebanyak 2 426 kes ...
Covid 19 Angka Korban Lepasi 2 Juta Jumlah Keseluruhan Kes Global Hampiri 100 Juta

Covid 19 Angka Korban Lepasi 2 Juta Jumlah Keseluruhan Kes Global Hampiri 100 Juta

papar berkaitan - pada 20/1/2021 - jumlah : 321 hits
Pandemik COVID 19 kini semakin meruncing dengan peningkatan kes positif dan kematian pada setiap hari
Covid 19 Udate Malaysia 3 027 Kes Baru

Covid 19 Udate Malaysia 3 027 Kes Baru

papar berkaitan - pada 7/1/2021 - jumlah : 275 hits
AKU dok kata dah KERAMITA PN memang CLUELESS Ingat kot smlm dah cukup tinggi Hari ni 3 027 kes baru lagi TINGGI Mau aku tak kata Clueless Hgpa galakkan org melancung berpusu2 mcm kat Jeti Langkawi tu nak jaga SOP taik myk apa Yg puak KAKI b...
Dr Noor Hisham Luah Kebimbangan Kes Kematian Akibat Covid 19 Semakin Tinggi

Dr Noor Hisham Luah Kebimbangan Kes Kematian Akibat Covid 19 Semakin Tinggi

papar berkaitan - pada 10/1/2021 - jumlah : 391 hits
Petugas kesihatan menguruskan jenazah yang mati akibat Covid 19 CYBERJAYA 8211 Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah melahirkan kebimbangan dengan pertambahan kes kematian akibat Covid 19 pada setiap hari Beliau berkata s...
Harvard Office For The Arts Celebrates Its 50th Anniversary

Metamask Security Warning

Putra Heights Pipeline Fire Jpj Issues 163 Free Vehicle Document Replacements For Affected Victims

Overcoming The Funding Challenges

Tular Tumbuk Pemandu Wanita Anggota Tentera Mengaku Tak Salah

Aktiviti Majlis Penghargaan Kepada Warga Pakistan Nekad Terjun Sungai Tragedi Putra Heights Ppim 06 04 2025

Lelaki Maut Dibelasah Penduduk Lepas Tikam Wanita Remaja

Harga Pasaran Makin Naik Wanita Ni Selamba Beli Emas Bernilai Rm2 5 Juta


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Nabila Maharani Hari Ini Engkau Disana Chord

Pbakl 2025 Peta Lokasi Acara Pesta Buku Antarabangsa Kl

Terdapat Mesej Whatsapp Zayn Hilang Lantaklah Nak Hidup Ke Nak Mati Milik Dua Individu Saksi

69 Rekomendasi Lagu Yang Cocok Dinyanyikan Untuk Pernikahan Teman Dan Sahabat

Berhari Raya Di Hari Raya Pertama

Hiburan Belum Diklasifikasi Sebagai Kes Jenayah Tiada Keperluan Dedah Identiti Kontraktor Kp Selangor