Kes Altantuya Razak Baginda Ada Beri Sampel Tulisan Tangan


ISMA WEB Pegawai polis beri keterangan dalam kes saman sivil RM100 juta
Bapa mendiang Altantuya, Dr Shaariibuu Setev Shaariibuu (kiri) memfailkan saman sivil RM100 juta terhadap empat defendan, termasuk Kerajaan Malaysia.
SHAH ALAM– Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu, penganalisis politik Abdul Razak Abdullah Baginda ada memberikan sampel tulisan tangannya kepada pegawai polis pada 14 dan 15 November 2006.
ASP Ahmad Abu Bakar, 47, yang memberi keterangan pada perbicaraan kes saman sivil difailkan keluarga model Mongolia yang mati dibunuh pada 2006, Altantuya Shaariibuu, berkata beliau adalah individu yang bertanggungjawab mengambil sampel tulisan tangan Abdul Razak selama dua hari berturut-turut pada tarikh itu.
Ahmad yang kini bertugas di Bahagian Kajian Kes, Jabatan Integriti Dan Pematuhan Standard Bukit Aman berkata, beliau diarahkan oleh Timbalan Pegawai Turusnya ketika itu, DSP Gan Tack Guan pada 14 November 2006 jam 3 petang sebelum berjumpa dengan seorang pegawai lain, DSP Zainuddin untuk memberitahu tujuannya mendapatkan sampel tulisan tangan itu.
Kata Ahmad, sampel tulisan tangan berkenaan diambil daripada Abdul Razak di bilik soal siasat dalam bilik tahanan di Bukit Aman.
Ketika ditanya peguam keluarga Altantuya, Harshaan Zamani, apa yang berlaku selepas menerima arahan itu, Ahmad berkata, beliau berjumpa DSP Zainuddin dan diserahkan sehelai salinan faks bertulisan tangan yang dirampas oleh ASP Zulkarnain.
Harshaan Zamani: Apa yang berlaku selepas kamu ditunjukkan salinan faks itu?
Ahmad: Selepas itu, ASP Zulkarnain menulis semula sebahagian salinan faks berkenaan yang ada tertulis nama ‘Abdullah’, alamat rumah, Hotel Malaya Jalan Hang Lekir dan nama ‘Amina’.
Selepas dapat tulisan itu, saya jumpa Abdul Razak pada hari sama di bilik soal siasat untuk ambil tulisannya.
Harshaan Zamani: Bagaimana kamu arahkan Abdul Razak semasa mengambil sampel tulisannya? Adakah sehelai salinan atau beberapa?
Ahmad: Saya berjumpa Abdul Razak dan memberitahu tujuan saya. Beliau bersetuju. Saya bacakan perkataan yang ditulis oleh DSP Zainuddin dan Abdul Razak menulisnya di atas kertas bersaiz A4. Ada lima salinan atas dan bawah.
Harshaan Zamani: Kamu ambil sepuluh salinan?
Ahmad: Ya betul. Selain tu saya minta Abdul Razak tandatangan setiap helai kertas itu di depan saya dan saya juga tandatangan setiap helai kertas berkenaan.
Saksi kesepuluh plaintif itu memberi keterangan pada perbicaraan saman RM100 juta yang difailkan bapa Altantuya, Dr Shaariibuu Setev Shaariibuu, isterinya Altantsetseg Sanjaa dan dua cucu lelaki mereka – Mungunshagai Bayarjargal dan Altanshagai Munkhtulga pada 4 Jun, 2007.
Mereka menamakan Azilah dan seorang lagi bekas anggota polis Sirul Azhar Umar, Abdul Razak serta kerajaan Malaysia sebagai defendan-defendan.
Bagaimanapun, nama Altanshagai Munkhtulga digugurkan daripada senarai plaintif berikutan kematiannya dua tahun lepas.
Ahmad berkata beliau kemudian menyerahkan sampel tulisan tangan Abdul Razak kepada pegawai penyiasat kes pembunuhan Altantuya, ASP Tony Lunggan pada 17 Nov 2006.
Terdahulu, prosiding perbicaraan itu turut mendengar permohonan peguam plaintif, Sangeet Kaur Deo untuk mendapatkan dokumen berkaitan dengan kes perbicaraan pembunuhan Altantuya sebelum ini daripada pihak Peguam Negara dan Ketua Bahagian Pendakwaan.
Pihak Plaintif antara lain menuntut sesalinan semua pernyataan yang diambil oleh polis dalam siasatan kes itu termasuk pihak yang tidak menjadi Saksi Pendakwaan; sesalinan asal kesemua eksibit yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan; butir nombor kad pengenalan, termasuk nama serta alamat pihak disiasat sama ada dipanggil sebagai saksi pendakwaan atau sebaliknya dan atau yang ditawarkan kepada pihak pembelaan.
Selain itu, plaintif turut memohon sesalinan kesemua pernyataan, sama ada dalam bentuk bertulis atau rakaman yang diambil oleh polis dalam proses siasatan dan pendakwaan Defendan Pertama, Kedua dan Ketiga.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Vazeer Alam Mydin Meera bersambung esok dan beliau menetapkan permohonan itu diputuskan pada Khamis. – Bernama



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/05/kes-altantuya-razak-baginda-ada-beri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Polis Ambil Contoh Tulisan Tangan Razak Baginda

Polis Ambil Contoh Tulisan Tangan Razak Baginda

papar berkaitan - pada 15/5/2019 - jumlah : 467 hits
Perbicaraan saman keluarga mendiang Altantuya Shaariibuu Foto Sinar Harian Asisten Superintendan Ahmad Abu Bakar memberitahu Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini beliau mengambil sampel tulisan tangan penganalisis politik Abdul Razak Baginda ...
Go Ahead Do What You Want Aide Heard Razak Baginda Telling Altantuya

Go Ahead Do What You Want Aide Heard Razak Baginda Telling Altantuya

papar berkaitan - pada 13/5/2019 - jumlah : 320 hits
A secretary to political analyst Abdul Razak Baginda today told the High Court about a meeting between her boss and Altantuya Shaariibuu days before her brutal murder in 2006 Siti Aisyah Mohd Azlan also said her boss had only asked policema...
Perbicaraan Kes Saman Rm100 Juta Keluarga Altantuya Ditangguh Ke 11 Jun

Perbicaraan Kes Saman Rm100 Juta Keluarga Altantuya Ditangguh Ke 11 Jun

papar berkaitan - pada 16/5/2019 - jumlah : 333 hits
THE MALAYSIAN TIMES SHAH ALAM Perbicaraan kes saman sivil RM100 juta difailkan keluarga model Mongolia yang mati dibunuh pada 2006 Altantuya Shaariibuu ditangguhkan ke 11 Jun ini Penangguhan itu dibuat di dalam kamar Hakim Datuk Vazeer Alam...
Tapak Tangan Lima Jari Hancur Angkara Mercun Bola

Tapak Tangan Lima Jari Hancur Angkara Mercun Bola

papar berkaitan - pada 21/5/2019 - jumlah : 1692 hits
BESUT Seorang pelajar lelaki Tingkatan 1 sebuah sekolah menengah di Alor Lintang parah di bahagian pergelangan tangan dengan semua jari dan telapak tangan hancur akibat bermain mercun di Kampung Kubang Ikan di Kampung Raja di sini petang ta...
Ingat Tak Bahaya Tapi Macam Mercun Pula Ibu Cemas Tangan Anak Melecur Bunga Api Meletup

Ingat Tak Bahaya Tapi Macam Mercun Pula Ibu Cemas Tangan Anak Melecur Bunga Api Meletup

papar berkaitan - pada 20/5/2019 - jumlah : 950 hits
Bahaya ada di mana mana Bunga api yang disangka tidak berbahaya rupanya boleh meletup Ibu ini tidak menjagka bunga api boleh menyebabkan kecederaan pada anaknya Hati hati mama papa Dalam kejadian yang berlaku malam Jumaat lalu ibu Intan Dia...
Malaysian Embassy In Bangkok Sealed After Myanmar Quakes

Melaka Has Been Attracting Visitors For More Than Half A Millennia

Business With Limited Resources

Trouble At Kl Tower Fahmi Fadzil Government And Lim Seong Hai Capital Subsidiary Sued For Rm1 Billion

Blogspot Migrate Ke Wordpress

Minister Be Civil When Posting On 3r Issues

Lawatan Presiden Cina Kominis

Lina Nak Dengar Sangat Suara Abah Anak Oku Ini Cuba Berkomunikasi Dengan Ayahnya Bikin Sebak


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Balik Kampung

Gempa Myanmar 694 Maut 1 670 Cedera 68 Hilang

Pasang Langsir Raya

Inspirasi Kisah Pengasas Silat Gayong Bakal Beraksi Di Pawagam

Cara Simpan Daun Palas Supaya Tahan Lama 1 Pertama Basuh Daun Palas Dengan

Pempengaruh Ayunie Beli 15kg Emas Netizen Naik Risau Bawa Wang Berjuta Dalam Luggage