Kertas Putih Visa Kenal Pasti Empat Hala Tuju Untuk Giatkan Pertumbuhan Digital


Kertas Putih Visa Kenal Pasti Empat Hala Tuju Untuk Giatkan Pertumbuhan
Kuala Lumpur, 27 November 2025 – Visa Malaysia, pemimpin global dalam pembayaran digital, telah mendedahkan hasil penemuan kertas putih terbaharunya From Transaction to Transformation: Unlocking Malaysian MSMEs Potential (Daripada Transaksi ke Transformasi: Membuka Potensi PMKS di Malaysia) pada hari ini.  Tinjau selidik tersebut memaparkan empat hala tuju kritikal penting yang membolehkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) menggiatkan lagi pertumbuhan menerusi pendigitalan iaitu: meningkatkan produktiviti, mengukuhkan keselamatan siber, menambah baik aliran tunai dan pengurusan modal, serta mencari sumber hasil pendapatan baharu. 
 
PMKS merupakan nadi penggerak ekonomi Malaysia, mewakili 97% daripada semua perniagaan berdaftar, dengan menyumbang 38% daripada KDNK, dan menyediakan separuh daripada pekerjaan negara (48%). Dalam usaha Malaysia mencapai matlamat menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi yang berpacukan  teknologi menjelang 2030, PMKS bersedia memainkan peranan penting dalam transformasi ini.  Inisiatif kebangsaan seperti Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia, Dasar 4IR Negara, dan Rancangan Malaysia Ke-13 telah meletakkan batu asas bagi penggunaan digital. Kajian Visa mendedahkan bahawa lebih 80% daripada PMKS sudah mengambil langkah mendigitalkan operasi , meliputi bidang kewangan, perakaunan, pemasaran dan jualan. 
 
“Kejayaan PMKS Malaysia bukan sahaja kritikal kepada daya tahan ekonomi Malaysia, tetapi juga memperlihatkan kepesatan aliran dagangan ASEAN. Pada 2021, kios dan gerai jalanan Malaysia menjana jualan runcit berjumlah US$1.8 bilion — angka ini dijangka mencecah US$2.8 bilion menjelang 2026, berkembang pada kadar pertumbuhan terkompaun tahunan 8.8%. Momentum ini menekankan bahawa pendigitalan bukan lagi satu cita-cita masa depan — tetapi keperluan masa kini. Memandangkan ekonomi digital kian pesat, Visa terus komited untuk menyokong setiap perniagaan — tanpa mengira saiz — supaya masing-masing boleh mencapai kejayaan dalam dunia yang terhubung, berdaya saing dan semakin cenderung ke arah transaksi tanpa tunai,” kata Previn Pillay, Pengurus Negara, Visa Malaysia.
 
Pendigitalan berpotensi membantu PMKS berkembang maju, membuka pelbagai peluang penting seperti: 

Meningkatkan Produktiviti Pendigitalan semakin diiktiraf oleh PMKS Malaysia sebagai strategi yang boleh meningkatkan kecekapan operasi dan pertumbuhan perniagaan. Menurut tinjau selidik PMKS Visa, 45% daripada perniagaan menyebut produktiviti sebagai keutamaan untuk menceburi dunia digital. Bagaimanapun, pendigitalan masih tidak sekata – dengan hanya 46% PMKS kini menggunakan penyelesaian dalam talian bagi kewangan dan perakaunan, menunjukkan terdapat peluang besar untuk mencapai pertumbuhan. Penjaja jalanan, yang sering berniaga dengan sumber yang terhad, menunjukkan mereka jelas boleh memanfaatkan pembayaran digital. Sebanyak 98% melaporkan bahawa kelebihan menerima pembayaran digital mengurangkan kerumitan semasa waktu puncak, manakala 95% berkata ia membolehkan jualan lebih pantas dan pembayaran serta-merta. Penemuan ini menekankan potensi bagi penggunaan alat digital secara lebih luas untuk menyelaraskan operasi dan menambah baik perkhidmatan pelanggan. 
 
Visa menyokong PMKS dalam usaha mereka meningkatkan produktiviti menerusi penyelesaian seperti Visa Commercial Pay, sebuah platform sehenti yang membantu syarikat-syarikat perniagaan menyelaraskan operasi kewangan dan meningkatkan aliran tunai. Dengan antara muka yang intuitif, Visa Commercial Pay membolehkan PMKS untuk mengautomasi proses penyelarasan, menguruskan pengeluaran kad maya, dan mengakses data kewangan dalam masa sebenar — semuanya dalam persekitaran yang selamat.  Keupayaan ini mengurangkan kesilapan manual, menjimatkan masa dan memperkasakan pemilik perniagaan dengan memberikan kawalan lebih baik terhadap perbelanjaan dan operasi masing-masing. 

Mengukuhkan Keselamatan Siber Sambil PMKS mengguna pakai platform digital, mereka menghadapi pendedahan lebih besar kepada ancaman keselamatan siber. Lebih separuh daripada PMKS  Malaysia menarafkan keselamatan siber dan privasi data sebagai antara tiga kebimbangan utama –  memandangkan Malaysia merekodkan 19.62 juta serangan siber pada separuh pertama 2024. Walaupun menghadapi risiko, banyak PMKS kekurangan sumber untuk melabur untuk menyediakan infrastruktur keselamatan siber yang mantap. 
 
Visa membantu PMKS menangani cabaran ini melalui penyelesaian selamat seperti Visa Token Service dan Cybersource yang memanfaatkan pentokenan dan pengesanan penipuan lanjutan untuk melindungi transaksi. Dengan bekerjasama dengan pihak pengeluar dan pihak pemeroleh untuk mengintegrasikan teknologi ini, Visa membina ekosistem kewangan yang lebih selamat, melindungi penjual dan mengukuhkan  keyakinan pengguna terhadap perdagangan digital.

Menambah Baik Aliran Tunai dan Pengurusan Modal  Pengurusan kewangan kekal sebagai cabaran yang terus dihadapi oleh PMKS, dengan 31% daripada mereka mengenal pasti pengurusan modal kerja sebagai satu kebimbangan utama. Sebilangan besar, iaitu 75% daripada pemilik PMKS melaporkan menggunakan kad debit atau kredit peribadi untuk transaksi perniagaan, sering kali untuk pembelian terdesak. Walaupun ini memudahkan mereka, amalan ini menimbulkan ketidaktelusan dari segi kewangan dan perakaunan yang tidak cekap. 
 
Rangkaian penyelesaian Visa, termasuk Visa Commercial Pay dan kad maya, membolehkan PMKS untuk mengasingkan perbelanjaan peribadi dan perniagaan, mengautomasikan penyelarasan, dan mendapatkan gambaran lebih jelas tentang kedudukan kewangan mereka. Alat-alat ini amat berharga dalam langkah PMKS mempersiapkan perniagaan bagi pelaksanaan e-invois akan datang, yang akan memberi kesan kepada perniagaan menjelang 2026, dan berusaha meningkatkan akses kepada pembiayaan. Dengan jurang pembiayaan berjumlah US$21.5 bilion, dipacu sebahagian besarnya oleh sejarah kredit terhad, dan kesamaran data, alat kewangan digital boleh membantu PMKS membina ketelusan yang diperlukan untuk memanfaatkan peluang pembiayaan baharu. 

Mencari Sumber Hasil Pendapatan Baharu Pendigitalan bukan sekadar meningkatkan kecekapan, tetapi juga satu cara untuk menjana pertumbuhan. Hasil tinjau selidik Visa mendapati 32% daripada PMKS percaya pendigitalan membantu mereka mencipta sumber pendapatan baharu, manakala 29% berkata ia membolehkan mereka untuk mencapai segmen pelanggan baharu. Penjaja jalanan, yang sering diabaikan dalam segala program transformasi digital, secara tidak diduga didapati bijak menggunakan teknologi. Hasil tinjau selidik juga mendedahkan bahawa 64% telah mendigitalkan fungsi jualan mereka, 57% telah memindahkan pemasaran ke dalam talian dan 72% menggunakan perbankan dalam talian atau mudah alih untuk menguruskan hasil mereka. 
 
Walaupun dengan kemajuan yang dicapai setakat ini, 54% daripada penjaja jalanan masih amat bergantung kepada tunai, dengan menyebut halangan seperti kurang ilmu dan kos penggunaan yang tinggi. Penyelesaian Visa Accept menangani cabaran ini dengan membolehkan para peniaga menerima bayaran digital secara langsung menerusi telefon pintar, menepikan keperluan penggunaan terminal di tempat jualan yang mahal dan membolehkan perniagaan paling kecil sekalipun untuk turut serta dalam ekonomi digital Malaysia. 
 
PMKS Malaysia kini sedang memasuki fasa penting dalam perjalanan digital masing-masing. Seiring langkah lebih banyak perniagaan menerima pakai peralatan digital, mereka akan menikmati tahap kecekapan baharu, meluaskan capaian dan menyumbang kepada peralihan ekosistem yang lebih luas ke arah ketersediaan digital. Kertas putih Visa menunjukkan bahawa walaupun wujud cabaran, PMKS berada pada kedudukan yang kukuh untuk menggiatkan transformasi dan berkembang maju dalam ekonomi digital — berbekalkan sokongan kukuh daripada para peserta industri, inisiatif kerajaan dan penyedia teknologi.
The post Kertas Putih Visa Kenal Pasti Empat Hala Tuju Untuk Giatkan Pertumbuhan Digital appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/11/28/kertas-putih-visa-kenal-pasti-empat-hala-tuju-untuk-giatkan-pertumbuhan-digital/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mekanik Ajar 3 Cara Kenal Pasti Absorber Sudah Rosak Dalam Beberapa Saat

Mekanik Ajar 3 Cara Kenal Pasti Absorber Sudah Rosak Dalam Beberapa Saat

papar berkaitan - pada 19/11/2025 - jumlah : 152 hits
Mekanik Ajar 3 Cara Kenal Pasti Absorber Sudah Rosak Dalam Beberapa Saat Kereta merupakan kenderaan peribadi yang dimiliki sekurang kurangnya sebuah bagi setiap isi rumah di Malaysia Setiap pemilik kereta pastinya menginginkan agar kenderaa...
Jabatan Pendidikan Negeri Pahang Kenal Pasti 2 400 Daripada Keseluruhan 21 048 Calon Spm Berisiko Terjejas Banjir

Jabatan Pendidikan Negeri Pahang Kenal Pasti 2 400 Daripada Keseluruhan 21 048 Calon Spm Berisiko Terjejas Banjir

papar berkaitan - pada 25/11/2025 - jumlah : 194 hits
KUANTAN Jabatan Pendidikan Negeri Pahang sudah mengenal pasti seramai 2 400 daripada keseluruhan 21 048 calon Sijil Pelajaran Malaysia di negeri ini yang berisiko terkesan akibat banjir sepanjang tempoh peperiksaan yang bermula hari ini Pen...
Circle To Search Google Lens Kini Boleh Kenal Pasti Mesej Scam

Circle To Search Google Lens Kini Boleh Kenal Pasti Mesej Scam

papar berkaitan - pada 4/12/2025 - jumlah : 121 hits
Google kini menambah ciri baharu pada Circle to search dan Google Lens yang membolehkan pengguna mengenal pasti mesej scam atau penipuan Melalui Circle to Search pengguna hanya perlu tekan lama butang home atau bar navigasi pada peranti And...
Bnm Jangka Pertumbuhan Kdnk 2025 Berada Pada Jajaran Atas Julat Unjuran

Bnm Jangka Pertumbuhan Kdnk 2025 Berada Pada Jajaran Atas Julat Unjuran

papar berkaitan - pada 15/11/2025 - jumlah : 193 hits
BNM Jangka Pertumbuhan KDNK 2025 Berada Pada Jajaran Atas Julat Unjuran KUALA LUMPUR 14 Nov Bank Negara Malaysia menjangkakan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar 2025 berada pada jajaran atas julat unjuran 4 0 peratus hingga 4 8 peratus...
Golongan Rentan Mudah Terpengaruh Ideologi Berbahaya Dalam Ruang Digital Moden

Golongan Rentan Mudah Terpengaruh Ideologi Berbahaya Dalam Ruang Digital Moden

papar berkaitan - pada 4/12/2025 - jumlah : 144 hits
Kuala Lumpur Pengesanan awal kawalan kukuh dan pendidikan masyarakat dapat membendung pengaruh ideologi berbahaya Dalam dunia digital terus berkembang kesedaran dan tindakan bersama diperlukan bagi memastikan ruang komunikasi negara kekal s...
Setor Wa Tren Baru Pengelolaan Whatsapp Di Era Digital

Setor Wa Tren Baru Pengelolaan Whatsapp Di Era Digital

papar berkaitan - pada 29/11/2025 - jumlah : 250 hits
BloggerBorneo com Dalam satu dekade terakhir WhatsApp telah berkembang menjadi salah satu kanal komunikasi paling dominan di Indonesia Mulai dari komunikasi pribadi koordinasi pekerjaan hingga bisnis berskala besar semuanya memanfaatkan Wha...
Pertumbuhan Ahli Kwsp Meningkat Drastik 427 329 Ahli Baru Dalam 9 Bulan Pertama 2025

Pertumbuhan Ahli Kwsp Meningkat Drastik 427 329 Ahli Baru Dalam 9 Bulan Pertama 2025

papar berkaitan - pada 18/11/2025 - jumlah : 204 hits
Dalam sembilan bulan pertama tahun 2025 KWSP telah menerima 427 329 ahli baru menjadikan jumlah keseluruhan lebih dari 16 5 juta ahli Dari jumlah tersebut 9 07 juta adalah ahli aktif menunjukkan bahawa lebih daripada separuh tenaga kerja Ma...
Strategi Penurunan Tarif Langkah Ekonomi Malaysia Menuju Kestabilan Dan Pertumbuhan

Strategi Penurunan Tarif Langkah Ekonomi Malaysia Menuju Kestabilan Dan Pertumbuhan

papar berkaitan - pada 28/11/2025 - jumlah : 221 hits
Menurut pakar ekonomi dari Bank Dunia Malaysia seharusnya menurunkan tarif kepada semua rakan dagangnya secara seragam Beliau berpendapat bahawa jika tarif rendah hanya diberikan kepada satu negara seperti AS ia mungkin akan mengganggu kese...
Cara Daftar Saudi Visa Bio Untuk Bakal Haji

Tahniah Malaysia Menggapai Kecemerlangan Bersama

Sistem Semakan Keputusan Pentaksiran Cara Semak Pelaporan Pbd

Keadaan Mangsa Banjir Di Aceh Kritikal Bantuan Masih Diperlukan Utusan Melayu Plus 18 12 2025

Usman Awang Peranan Sasterawan Sebagai Patriot

Sabtu Kimchi Homemade Type M

Delicious Recipe Corned Beef Hash Casserole

Pendapatan Usdt Automatik Solusi Realistik Untuk Kewangan Masa Kini


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Pokok Cili Pelangi

The No Fluff Guide To Local Seo In Parker What Moves Rankings And What Wastes Money

Tragedi Serpentina Kisah Karl Patterson Schmidt Dan Satu Gigitan Fatal

Lebihan Dagangan Malaysia Merosot Drastik 58 8 Pada November 2025 Implikasi Ekonomi Dan Tindak Balas

Budi95 Jimat Rm800 Juta Sebulan Ke Mana Perginya Pm Anwar

Villa H Ark Architecture Tunisia