Kerja Kuat Untuk Menang 5 10 Kerusi Christina Liew






Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Sabah, Datuk Christina Liew Chin Jin percaya KEADILAN dalam posisi terbaik untuk menang lebih daripada lima kerusi DUN dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada 26 September ini.

Berucap dalam majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya KEADILAN Sabah malam tadi, katanya, dengan bantuan rakan-rakan dari seluruh negara tidak mustahil sasaran tersebut akan dicapai.

"Saya percaya dengan kedatangan presiden (Datuk Seri Anwar Ibrahim), kita boleh menang lebih dari 5 ke 10 kerusi kali ini.

"Saya amat berharap agar presiden dan kerajaan-kerajaan negeri yang diterajui KEADILAN, iaitu Selangor dan Negeri Sembilan dapat membantu kami dari segi kepakaran teknikal dan taktikal.

"Kita perlu kembalikan mandat rakyat yang cuba dirampas menyebabkan Dewan Undangan Negeri Sabah dibubar.

"Kerajaan Sabah, KEADILAN, Warisan, DAP dan Amanah amat penting dan menjadi harapan rakyat Sabah.

"Kita tidak mampu bersendirian (dalam PRN) dan perlu meneruskan kerjasama (bersama parti lain) untuk memastikan kemenangan besar," katanya.

Christina juga berharap dengan kerusi yang lebih banyak, KEADILAN mampu memberi sumbangan lebih besar dalam kerajaan Sabah yang diterajui Warisan.

"KEADILAN perlu jadi kerajaan dan berada dalam kerajaan agar parti ini terus relevan memacu agenda reformasi dan dapat melaksanakan (perubahan) dalam kerajaan negeri Sabah.

"Pada pilihan raya kali ini kita perlu perlu bekerja keras memberitahu pengundi bahawa kita sentiasa berkhidmat untuk mereka," katanya.

Bagaimanapun, beliau memberi amaran kepada jentera KEADILAN agar jangan leka dengan strategi licik musuh. Katanya, musuh telah mula memainkan fitnah kononnya KEADILAN tidak melakukan apa-apa sepanjang pemerintahan sejak 2 tahun lalu maka rakyat tidak perlu lagi memilih parti itu pada kali ini.

"Sesetengah parti sudah mula kempen kotor. Mereka menabur pelbagai fitnah ke atas KEADILAN, termasuk saya sendiri. Kononnya saya tidak melakukan apa-apa dalam kerajaan.

"Ini adalah satu propaganda tidak benar dan tidak adil.

"KEADILAN Sabah telah melakukan banyak khidmat dan program untuk rakyat. Tidak berhenti dan sentiasa turun padang bersama-sama rakyat. Anda boleh rujuk website parti KEADILAN Sabah dan media sosial untuk mengetahui lebih lanjut pembohongan mereka, yang mengatakan KEADILAN tidak buat kerja di Sabah," katanya lagi.

Dalam Pilihan Raya Umum ke 14, KEADILAN bertanding 8 kerusi DUN bagaimanapun hanya menang 2 kerusi. Namun dengan semangat menolak pengkhianatan kali ini, KEADILAN mensasarkan untuk mendapat sekurang-kurangnya 5 kerusi bagi menguatkan kerajaan Pakatan Harapan - Warisan yang bakal dibentuk.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/09/kerja-kuat-untuk-menang-5-10-kerusi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prn Sabah Keadilan Tidak Pernah Minta Sampai 25 Kerusi Christina Liew

Prn Sabah Keadilan Tidak Pernah Minta Sampai 25 Kerusi Christina Liew

papar berkaitan - pada 9/9/2020 - jumlah : 536 hits
KEADILAN Sabah mendedahkan bahawa parti itu tidak pernah meminta sehingga 25 kerusi untuk bertanding di Pilihan Raya Negeri Sabah Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Sabah Christina Liew mengakui parti mahu bertanding lebih daripada l...
Pejuang Bakal Jadi Kingmaker Tun Mahathir Letak Sasaran Pejuang Menang 36 Kerusi Parlimen

Pejuang Bakal Jadi Kingmaker Tun Mahathir Letak Sasaran Pejuang Menang 36 Kerusi Parlimen

papar berkaitan - pada 3/9/2020 - jumlah : 410 hits
1 080 total views 1 080 views today Tun Dr Mahathir Mohamad meletak sasaran Parti Pejuang Tanah Air yang ditubuhkannya untuk memenangi 36 kerusi Parlimen dalam pilihan raya akan datang Tun Mahathir berkata walaupun jumlah berkenaan secara d...
Pru15 Muafakat Nasional Selangor Tumpu Menang Kerusi Parlimen

Pru15 Muafakat Nasional Selangor Tumpu Menang Kerusi Parlimen

papar berkaitan - pada 3/9/2020 - jumlah : 450 hits
SHAH ALAM Muafakat Nasional Selangor akan memberi tumpuan terhadap program turun padang ke kawasan Parlimen di negeri ini dalam strategi memenangi Pilihan Raya Umum ke 15 Pengerusi UMNO Selangor Tan Sri Noh Omar berkata program pengurusan M...
Jangan Gelak Pejuang Sasar Menang 35 Kerusi Parlimen Dalam Pru15 Kata Dr M

Jangan Gelak Pejuang Sasar Menang 35 Kerusi Parlimen Dalam Pru15 Kata Dr M

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 376 hits
PUTRAJAYA Parti Pejuang Tanah Air menyasarkan memenangi 36 kerusi pada pilihan raya umum ke 15 kata pengasasnya Dr Mahathir Mohamad Beliau berkata walaupun jumlah itu tidak cukup untuk parti itu membentuk kerajaan ia akan membolehkan Pejuan...
Prn Sabah Pkr Sasar Menang 5 10 Kerusi

Prn Sabah Pkr Sasar Menang 5 10 Kerusi

papar berkaitan - pada 6/9/2020 - jumlah : 531 hits
Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Sabah Datuk Christina Liew Chin Jin percaya KEADILAN dalam posisi terbaik untuk menang lebih daripada lima kerusi DUN dalam Pilihan Raya Negeri Sabah pada 26 September ini Berucap dalam majlis Pelan...
Hiburan Petanda Allah Suruh Rehat Kerja Terlalu Kuat Amyza Aznan Jatuh Sakit

Hiburan Petanda Allah Suruh Rehat Kerja Terlalu Kuat Amyza Aznan Jatuh Sakit

papar berkaitan - pada 2/9/2020 - jumlah : 469 hits
Pelakon senior Amyza Aznan dilaporkan telah dimasukkan ke hospital setelah jatuh sakit ketika berada di salah sebuah set penggambaran Menurutnya dia kini semakin sihat dan hanya perlu berehat sepenuhnya Amyza kini difahamkan sedang sibuk me...
Bersatu Hanya Boleh Menang 3 Kerusi

Bersatu Hanya Boleh Menang 3 Kerusi

papar berkaitan - pada 27/8/2020 - jumlah : 336 hits
KUALA LUMPUR Kurang tiga minggu lagi penamaan calon pili han raya negeri Sabah 12 September depan namun parti parti yang akan bersaing masih belum mencapai kata sepakat dari segi pengagihan bilangan kerusi yang akan ditan dingi Baik Barisan...
Maritim Malaysia Aktifkan Operasi Carilamat Mangsa Bot Karam Di Perairan Langkawi

Belum Terlewat Untuk Fam Kembali Ke Pangkal Jalan

Kejayaan Arsitektur Dan Warisan Budaya Di Paw Singa Sigiriya

Senarai Pemain Skuad Harimau Malaysia Untuk Pertandingan Terkini

From Romans Learn Shipbuilding From Malays To Flying Malays Top 10 Mockeries Levelled At Prof Sambal Belacan

Trust Legal Process Says Ex Rep After Ewon S Premature Resignation

4 Hari Test Drive Hyundai Tucson Hybrid Ini Perkara Luar Biasa Berlaku Kat Aku

Kedah Lelaki Baru Dua Hari Kahwin Ditemui Tidak Bernyawa


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Indonesia Plans Rupiah Redenomination Bill

Resipi Ayam Masak Madu Suri Hati Dan Moist Kek Cinnamon Roll Omggg

Delicious Authentic Indian Beef Curry Recipe With Coconut Milk

Lorong Seni Dan Pelancongan Kkb

Masjid Jamek Ar Rahimah

Lily By Alan Walker A Reminder Of Fear And Curiosity