Kerja Dalam Aircond Dan Mandi Peluh Cabaran Dan Keseronokkan
Assalamualaikum, Cik Puan dan En yang baik hati. Terima kasih sudi singgah blog InspektorMama ini. Semalam sebenarnya hari yang superb busy. Permulaan pagi, starting dengan tak berapa bagus. Kringgggg… kringggg (Bunyi jam 500pagi) Tapikan, aduilah dek kerana penat sangat, Un dan suami terlena dan terus tersedar pada jam 645pagi. Terus kejut suami dan Un bergegas turun ke bawah, dan mandi serta solat subuh. Nak jadi cerita, semalam UN kena hadir awal ke IPD. Lawatan Ketua Polis Selangor Selepas bersilat pagi semalam, mandi dan solat dalam masa 15 minit selesai dengan make up, pakai full set uniform kerja. Gila memang penat, sebab mesti sampai IPD sebelum 745pagi. UN jenis yang akan pastikan sampai awal, biar kita tunggu boss , bukan boss tunggu kita. Tapi itulah, adoiilah, boleh pula terjaga lambat. Alhamdulillah masih sempat subuhd an selamat sampai IPD. Lagipun cuti sekolah, jalan pun agak lengang berbanding hari biasa. 745pagi dah terpacak depan gate IPD Kajang. Kami setia menunggu tetamu yang terdiri daripada orang IPK Selangor. Ramai ketua jabatan yang hadir. KJSPT Supt Azman pun hadir juga semalam. Kehadiran Timbalan KP Selangor, Dato Rashid memang awal. Tunggu punya tunggu KP Selangor YDH Dato Mazlan yang yang dapat hadir untuk pengerusikan mesyuarat. Beliau sibuk dengan insiden di Seafield, Subang Jaya. Hishh..kalau UN la, pening juga dengan isu masyarakat inikan. Macam-macam isu. Tahniah YDH Dato, memang layak memegang tampok pemerintahan tinggi dalam PDRM. Lawatan Kebajikan ke Rumah Dato Tajuddin , Bekas Timb Pengarah 1 Narkotik ; 2006 Selesai sessi mesyuarat, diadakan sessi bergambar dan juga jamuan ringan. Selepas tu, UN bergerak dengan anggota wanita UN ke rumah Dato Tajuddin untuk prepare lawatan kebajikan KP Selangor. Seronok dan enjoy walaupun cuaca panas dan terik. Selesai event semalam pun dah jam 2petang. Balik daripada lawatan kebajikan, flat terus.Dulukan, duduk Hq kerja dalam aircond. Sesekali sahaja turun padang. Di ibu pejabat mesyuarat, lepas satu, satu lagi. Event pun sama, bersambung event ke event. Penat, tapi meriah dengan sambutan. Berbeza bila kerja di IPD, task memang banyak, tapi enjoy.💃. Rasa lebih dekat dengan masyarakat. Malah, dengan team kerja pun lebih close. Seronok bila kita bekerja dengan jiwa, walaupun hakikatnya penat dan bermandi peluh.😄. Lepas tu UN balik mandi dan rehat bagi masuk tugas bilik gerakan pula pada jam 1700hrs sampai lah pagi ini. ehm… ada yang sanggup kerja macam ini ke? Kalau tak sanggup jangan jadi polis tau.. apa pun syukur kita ada kerja dan pendapatan untuk meraikan kehidupan sementara. Okaylah. Bye..catatan memori semalam setakat ini dahulu. BYE
The post Kerja dalam aircond dan mandi peluh ; cabaran dan keseronokkan appeared first on UmmiNani.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://umminani.com/2018/11/kerja-dalam-aircond-dan-mandi-peluh/