Kerja Cari Salah Orang Dibayar Pulak Tu
Sebenarnya dalam dunia ni ada satu pekerjaan yang mana kita ditugaskan untuk mencari kesalahan orang lain. Macam mana tu? Bukan saja-saja je cari salah orang, berbayar pulak tu. Jom kita citer.
Sebelum saya ke Australia 2 tahun lepas, saya berhenti kerja lebih kurang sebulan lebih awal daripada tarikh kami berlepas. Dalam masa itu saya cari apa peluang pekerjaan yang saya boleh buat di rumah secara online waktu di Australia nanti. Selain dari yang diceritakan dalam post Cerita 3 Minggu Sebagai Freelance, saya juga menyertai program web/apps testing dengan GAT (Global App Tester). Dalam masa sebulan saya buat kerja dengan mereka, dapatlah lebuh kurang RM800.00.
Selepas balik dari Australia, saya kerja di Dominant Energy Sdn. Bhd. selama 6 bulan (project based contract) dari bulan Februari hingga Ogos 2018. Sehingga sekarang, saya masih lagi tidak bekerja. Selama waktu di rumah, selain hantar dan ambik anak sekolah, untuk mengisi masa lapang, saya tambah lagi skill saya dengan belajar secara hands-on membangunkan aplikasi Android menggunakan Android Studio dan membangunkan game menggunakan Unity. Sempat jugaklah publish official apps Radiosenyap dan Laundry Finder Apps serta Mosquikill. Kemudian saya ada idea untuk membangunkan games berbentuk education tapi saya nak buat marketing study dulu. Saya compile game tu ke bentuk openGL dan park di website gforgravity (Concrete5, lembab sikit).
Berbalik pada topik kita, saya sekarang kembali ke kerja Apps/Web testing di samping buat marketing study untuk beberapa idea apps dan game. kerja testing ni sebenarnya kerja yang mudah sangat. Dengan kata lain, kerja cari salah orang. Macam mana nak join kerja ni?
Pertama sekali kita perlu berdaftar dengan agensi tester, saya akan senaraikan agensi tester yang saya join di penghujung post ni. Selepas register, biasanya mereka akan berikan beberapa maklumat mengenai tugas mereka dan tugas kita. Langkah seterusnya adalah belajar dan ambik test.
Ada agensi yang terus bagi reference untuk kita study kemudian dia akan bagi soalan-soalan kuiz bagi memastikan kita betul-betul serius dan layak untuk menjadi tester. Ada juga agensi yang bagi screening test dulu, hanya yang lulus screening test sahaja akan dipanggil untuk sesi seterusnya.
Untuk lulus dalam screening test dan ujian kelayakan, sila pastikan baca dahulu reference yang diberikan dan faham betul-betul apa yang diajar.
Selepas lulus ujian kelayakan, kita akan mula mendapat email jemputan untuk menyertai test cycle yang bersesuaian dengan requirement yang ditetapkan oleh client mereka. Antara requirement yang dikehendaki adalah negara, O.S dan browser. Ada yang nak test di negara tertentu sahaja, ada yang nak test dalam smartphone Android sahaja, ada yang nak test dalam Chrome sahaja.
Ada 2 jenis test yang paling utama iaitu Functional dan Usability. Functional ni memerlukan kita test semua fungsi yang terdapat dalam Apps/Web yang diuji contohnya navigation, button, crash, freezing. Usability lebih pada UX (User Experience) contohnya apps/website tu memerlukan banyak step untuk buat satu-satu perkara sedangkan boleh je buat dalam 3 step sahaja.
Ada juga agensi yang bagi test case, test case ni disediakan oleh engineer agensi yang mana kita perlu ikut step-step yang mereka dah tetapkan dan buat report sama ada step yang dibuat tu lulus atau gagal.
Setiap bugs yang kita laporkan mestilah disertakan dengan step yang kita ambil untuk menjadikan bugs tersebut berlaku, bukti sama ada bukti screenshot atau video dan logs untuk crash report.
Nak dapatkan bugs ni kita nak kena berfikir secara kreatif dan kritis. Kita kena bayangkan apa yang user sebenar akan lakukan dan test setiap fungsi yang ada.
Bayaran yang diberikan adalah berbeza bagi jenis bugs yang dilapor dan diluluskan. Yang paling rendah biasanya usability, yang paling tinggi adalah crash report. Ada jugak yang bagi bonus kalau client tu terkesima dan bugs yang ktia laporkan contohnya mereka tak terfikir pun user akan buat macam tu tapi kita dapat jumpa kalau user buat satu-satu step tu akan jadikan apps/web mereka crash.
Sesiapa sahaja layak untuk menjadi tester asalkan ada kemahuan dan ada sedikit kreatif dan pemikiran logik. Saya senaraikan beberapa agensi yang mana saya dah berdaftar dengan mereka.
Global Apps Testing – Agensi pertama saya sertai, waktu saya join sebelum ke Australia dalam seminggu wajib ada paling kurang satu test cycle. Dengan agensi nilah saya dapat RM800.00 untuk 3 minggu kerja. Sekarang agak sendu je.uTest – Dah lama saya join tapi tak pernah accept test cycle diorang zaman tu sebab waktu saya di Malaysia dulu takde job. Sekarang baru saya ada accept test cycle mereka. Dalam seminggu ada 1 job. Ada ujian kelayakan.Test.IO – Saya baru join. Takde test, tapi dia bagi reference dan terus bagi onboarding test (macam testing sebenar tapi tak dibayar) kena submit 3 bugs yang diluluskan selepas tu barulah dapat jemputan ke test cycle sebenar.Testlio – Baru join jugak. Ada 3 step ujian asas wajib lulus(boleh buat banyak kali) dan 2 ujian optional.
Pada student-student universiti atau sekolah menengah daripada duk main game atau layan instagram, tiktok ada baiknya join jadi tester ni. Di samping dapat inspirasi untuk buat apps, dapat jugak duit walau sikit-sikit. Pendapatan dari apps testing ni takde limit, lagi banyak kita submit bugs report lagi banyak duit kita dapat. Cuma nak kena cepatla, sebab kita tak boleh report bugs yang orang lain dah report.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.radiosenyap.com/2018/12/kerja-cari-salah-orang-dibayar-pulak-tu.html