Keringkam Lambang Mahkota Wanita Melayu Sarawak


IANYA dinobatkan sebagai antara pelengkap busana tradisional wanita Melayu Sarawak dari dahulu sehingga sekarang.  Ciri-cirinya yang unik sehingga boleh menampilkan keayuan dan kelembutan wanita Melayu sememangnya tidak boleh dinafikan.  Biar keringkam sudah lama menjadi sebahagian busana tradisi Melayu Sarawak sehingga sekarang ianya tetap menjadi dambaan semua biarpun kita sudah berada di era digital.
Keringkam merupakan selendang atau tudung ataupun skaf tradisional yang sinonim dengan wanita Melayu di Sarawak.  Kebiasaannya ia akan digayakan di ketika majlis-majlis khas seperti majlis perkahwinan, pertunangan ataupun menghadiri majlis makan malam bersama pembesar-pembesar negeri.  Dan untuk keringkam itu sendiri mempunyai dua jenis keringkam iaitu selayah dan selendang.
Yakni kedua-duanya dibezakan berdasarkan cara pemakaian dan ukuran yang mana selayah itu adalah yang akan digunakan untuk menutupi bahagian kepala sehingga ke bahu.  Ukuran selayah kebiasaannya 55 cm lebar dan 95 cm panjang.  Selendang pula adalah lebih besar dan panjang daripada selayah yang mana ianya digunakan untuk menutup bahagian kepala sehingga ke pinggang.  Ukuran untuk selendang adalah antara 77 cm lebar dan 158 cm panjang.
Menyelusuri sejarah keringkam itu amat unik kerana perkataan “keringkam” itu tiada di dalam slanga masyarakat Melayu di nusantara itu sendiri.  Adalah dipercayai bahawa perkataan “keringkam” itu adalah berasal dari penyatuan dua perkataan iaitu “keling” dan “kam”.  “Keling” adalah merujuk kepada saudagar atau mubaligh dari India yang pernah datang ke alam nusantara suatu waktu dahulu dan panggilan itu sememangnya sudah digunakan oleh masyarakat Melayu sebelum kedatangan Portugis, Belanda atau British lagi.  Dan berdasarkan kepada kajian adalah dipercayai penggunaan “keling” itu adalah kerana daripada saudagar-saudagar inilah yang menjadi pembekal kepada benang-benang emas untuk sulaman keringkam.
Sementara perkataan “kam” adalah dipercayai diambil dari bahasa Cambodia kuno yang bermaksud jenis-jenis kain.  Selain itu turut dinyatakan mungkin juga “kam” atau “kham” itu adalah pinjaman daripada bahasa Thai yang bermaksud emas atau apa sahaja yang nampak cantik dan baik.  Disini perkaitannya mungkin kerana suatu waktu dahulu setiap kain-kain yang menjadi alas kepada sulaman seperti jenis kain kasa rubiah didatangkan dari kedua-dua negara tersebut.  Dek kerana slanga masyarakat Melayu Sarawak, dua perkataan “keling” dan “kam” akhirnya lama-kelamaan digelar “keringkam” yang kita kenali sekarang. Al-maklum orang Sarawak memang utuh dengan perkataan “r” nya.
Dahulu iaitu ketika di zaman Sarawak sebagai tanah kuripan Kesultanan Brunei Darussalam dan kemudian pemerintahan Brooke, bukanlah semua Melayu Sarawak mampu memiliki keringkam.  Ini kerana kos pembuatan dan harganya terlalu mahal bagi rakyat biasa.  Sebaliknya keringkam itu hanya mampu dimiliki oleh golongan Melayu aristokrat.  Namun sejajar dengan waktu apabila pelengkap busana ini menjadi sebahagian daripada pengangkat kecantikan serta mempunyai nilai sentimental, ianya juga sudah meresapi di dalam pemakaian golongan rakyat jelata Melayu Sarawak.  Apabila ianya menjadi busana “wajib ada” sekaligus keringkam itu juga turut dijadikan sebagai harta pusaka yang diwariskan dari satu generasi ke generasi yang lain dalam keluarga Melayu Sarawak sehingga sekarang.
Signifikasi keringkam di dalam Melayu Sarawak bukanlah hanya sebagai pelengkap busana sebaliknya ianya turut menjadi salah satu material di dalam adat-istiadat perkahwinan Melayu Sarawak.  Contohnya sebelum sebelum rombongan  pengantin lelaki berarak ke rumah pengantin perempuan, keluarga pengantin perempuan akan menghantar tikar mengkuang atau digelar “tikar ngambik pengantin” yang dibalut dengan keringkam yang disulam dengan benang emas ke rumah pengantin lelaki. Penghantaran tikar mengkuang ini adalah sebagai isyarat bahawa pihak pengantin perempuan sudah bersedia menerima kedatangan rombongan dari pihak pengantin lelaki.
Bukanlah mudah sebenarnya untuk membuat sehelai keringkam lebih-lebih lagi setiap keringkam adalah “custom made”.  Kerana mempunyai spesifikasi yang khas berdasarkan kepada kehendak pemilik maka pembuatan keringkam sehingga sekarang lebih bercorak tradisional.  Dan sulamannya pula hanya akan mendapat sentuhan penyulam yang benar-benar kreatif serta memiliki tahap kesabaran yang tinggi kerana proses sulaman sahaja boleh memakan masa sehingga berbulan-bulan bergantung kepada saiz dan taburan sulaman.  Atas sebab inilah juga mengapa dan kenapa harga untuk sehelai keringkam itu sekarang boleh mencecah sehingga ribuan ringgit.

Keringkam mempunyai kelasnya yang tersendiri di kalangan masyarakat Melayu Sarawak dari dahulu hingga sekarang namun terselit rasa gusar apabila dikatakan semakin kurang penyulam-penyulam keringkam dari generasi baru yang benar-benar ingin mempelajari dan mengusahakannya sebagai mata pencarian.  Harapan setinggi gunung agar keringkam lambang “mahkota” wanita Melayu Sarawak boleh dipertahankan sampai bila-bila kewujudannya.  Sudah sampai masanya status keringkam tidak hanya berlegar di dunia nusantara sebaliknya harus dibawa sehingga ke pentas fesyen dunia di kota New York dan Paris.
Tidak kenal maka tidak cinta.
-HB-
#kameksayangsarawakbah!
Nota: Teaser artikel ini adalah selayah keringkam yang dipakai oleh Puan Zuraina Awang Basar, rakan rapat penulis.  Ianya menampilkan selayah bercorak bunga tabur bersulam benang emas.  Harga untuk selayah keringkam ini adalah berharga RM15 ribu di pasaran sekarang.
Rujukan:
The Sarawakian Series Tudung Keringkam by Kamil Salem, Pustaka Negeri Sarawak (2006)https://ift.tt/2PaDHtZ
Tesis bertajuk Applikasi Teknik Keringkam Ke Atas Kepelbagaian Material oleh Muhammad bin Zakaria, UNIMAS, 2015 (PDF)Star Online, 16 March 2018 by Sharon Ling – Making keringkam shine againhttps://ift.tt/2CYTVix
Borneo Post, 16 Oktober 2017, Sarawak Museum Holds Talk About Keringkamhttps://ift.tt/2PaDI11
Kosmo online, Sulaman tradisional Melayu Sarawakhttps://ift.tt/2D1xFo9

Buju Kurung Exclusive Untuk Wanita Berkerjaya

Terbongkar Cara Blogger Dapatkan Organic Traffic Unlimited.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://encikpenyu.blogspot.com/2018/11/keringkam-lambang-mahkota-wanita-melayu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Icerd Beri Kesan Pada Melayu Sabah Sarawak Kata Bekas Ketua Hakim

Icerd Beri Kesan Pada Melayu Sabah Sarawak Kata Bekas Ketua Hakim

papar berkaitan - pada 31/10/2018 - jumlah : 486 hits
October 30 2018 4 09 PMBekas ketua hakim negara berkata pengecualian tidak boleh dilakukan sebab ia bercanggah dengan tujuan asas ICERD PETALING JAYA Bekas ketua hakim negara berkata mengesahkan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan ...
Kolumnis Tuankah Melayu Jika Hanya Tinggal Nama Melayu

Kolumnis Tuankah Melayu Jika Hanya Tinggal Nama Melayu

papar berkaitan - pada 29/10/2018 - jumlah : 499 hits
Oleh Ridhuan Tee AbdullahISTILAH ketuanan Melayu heboh diperkatakan semula Bermula dengan seorang makcik tua bekas menteri bercakap kemudian disambut oleh menteri muda yang suka tayang body Mereka mahukan kesaksamaan bagi memastikan Malaysi...
Wow Genpi Maluku Utara Kini Punya Destinasi Digital Pasar Melayu

Wow Genpi Maluku Utara Kini Punya Destinasi Digital Pasar Melayu

papar berkaitan - pada 29/10/2018 - jumlah : 298 hits
Generasi Pesona Indonesia memang paten Kreativitasnya tak pernah berhenti Kalau gak percaya lihat saja aksi GenPI Maluku Utara yang telah meluncurkan destinasi digital Pasar Melayu Minggu Sedari pagi hingga petang serangkaian acara super he...
Quraysh Bangsa Tonggak Ketuanan Melayu

Quraysh Bangsa Tonggak Ketuanan Melayu

papar berkaitan - pada 29/10/2018 - jumlah : 725 hits
Quraysh Bangsa Tonggak Ketuanan Melayu 1 Setelah meninggalnya Rasulullah para sahabat berkumpul di Saqifah Bani Sa adah bagi melantik Khalifah baru sebagai pengganti Rasulullah Saat inilah berlaku perselisihan apabila kaum Ansar berkehendak...
Dap Berjaya Kesan Rancangan Tun M Risau Melayu Kuasai Ph Dap Tak Setuju Ph Terima Mp Umno

Dap Berjaya Kesan Rancangan Tun M Risau Melayu Kuasai Ph Dap Tak Setuju Ph Terima Mp Umno

papar berkaitan - pada 29/10/2018 - jumlah : 467 hits
Pengerusi DAP Tan Kok Wai NSTP Rosela IsmailKUALA LUMPUR DAP tidak bersetuju dengan tindakan mana mana parti komponen Pakatan Harapan menerima Ahli Parlimen UMNO yang mahu melompat parti Pengerusi DAP Tan Kok Wai berkata tindakan menerima A...
Masih Percaya Bersatu Perjuangkan Ketuanan Melayu

Masih Percaya Bersatu Perjuangkan Ketuanan Melayu

papar berkaitan - pada 29/10/2018 - jumlah : 482 hits
Ini bukan fitnah ini adalah kenyataan anda boleh dengar sendiri apa yang keluar dari mulut ketua pemuda Bersatu Disini disertakan video berdurasi lima minit untuk anda nilaikan sendiri apa yang dikatakan oleh ketua pemuda Bersatu itu Saya t...
Sebenarnya Guan Eng Tidak Tahu Adab Resam Melayu Islam

Sebenarnya Guan Eng Tidak Tahu Adab Resam Melayu Islam

papar berkaitan - pada 29/10/2018 - jumlah : 492 hits
MEMPELAJARI ADAB ADAB MELAYU ADALAH PENTING BAGI MENTERI PUSAT JANGAN BERCAKAP IKUT SUKA NAFSU KAMU DENGAN BERMUSLIHAT POLITIKSEPATUTNYA KAMU PERLU FAHAM ADAT DAN BUDAYA ORANG MELAYU SEBENARNYA RAMAI ORANG MELAYU MENILAI BAHASA KAMU SEPERTI...
Allahuakbar Jumlah Lelaki Gay Di Malaysia Kini 310 000 80 Adalah Melayu

Allahuakbar Jumlah Lelaki Gay Di Malaysia Kini 310 000 80 Adalah Melayu

papar berkaitan - pada 30/10/2018 - jumlah : 1215 hits
JUMLAH homoseksual di negara ini kini dianggarkan sebanyak 310 000 berbanding 173 000 pada lima tahun lalu kata seorang pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Statistik Kementerian Kesihatan pada 2013 menunjukkan terdapat kira kira 173 000...
Resipi Kari Ayam Kampung Kerala Yang Pekat Tips Buat Chapati Ori Mudah Di Rumah

When Boiling Eggs Does Adding Salt Really Do Anything Beneficial For The Eggs

Woman Who Tried To Hug Perak Ruler Charged With Assault

Blood Moon Draws Crowd To National Planetarium Despite Cloudy Skies

Buasir Otak Tv Budak Jumpa Duit Dalam Longkang Be Like

Unik Menarik Pameran Dari Taman Taman Sabah

Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas

Drama Korea Beyond The Bar


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bezanya Kotak Makanan Custom Dengan Paper Wrapper Panduan Usahawan F B

Hadiah Istimewa Gelang Tangan Silver Habib

Ultras Malaya Wira Tak Dijulang

Tak Boleh Dah Kata Quran Itu Kitab Suci Noran Zamini

Serang Dan Cungkil Mata Ibu Suspek Direman

Tuntutan Palsu Projek Lebuh Raya Mex Ii Abu Sahid Yap Akan Didakwa Lagi