Keriangan Dan Keseronokan Di Jurrasic Dinosaur Adventure Park Pavilion Bukit Jalil


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kalau sebelum ini anda hanya menonton filem-filem tentang DINOSAUR di pawagam dan sebagainya, kini anda boleh pergi sendiri melihat dan berinteraksi dengan dinosaur serta bermain pelbagai lagi tarikan menarik di Jurrasic Dinosaur Adventure Park, Pavilion Bukit Jalil

Baru-baru ini aku sendiri sempat melihat wajah-wajah keriangan anak-anak kecil dan juga ibu bapa mereka apabila mereka berseronok dengan segala permainan dan tarikan yang ada di Jurrasic Dinosaur Adventure Park, Pavilion Bukit Jalil

KERIANGAN DAN KESERONOKAN DI JURRASIC DINOSAUR ADVENTURE PARK, PAVILION BUKIT JALIL
Buat pertama kalinya di Malaysia, Jurassic Dinosaur Adventure Park dibuka khususnya kepada golongan kanak-kanak untuk mengalami taman permainan interaktif tertutup bersama pelbagai spesis dinosaur dari zaman prasejarah

Dinosaur amat popular di kalangan kanak-kanak, merupakan makhluk yang mempersonakan dan hanya boleh dijumpai di dalam buku dan filem. Oleh itu, KKday, sebuah peneraju platform pengalaman pelancongan Asia membawa Jurassic Dinosaur Adventure Park ke Malaysia untuk membawa para pengunjung ke era Jurassic


Taman tema ini menampilkan pelbagai jenis dinosaur animatronik dengan saiz yang sebenar, menggambarkan kehidupan di habitat mereka dan mampu bergerak serta menghasilkan bunyi yang menggerunkan. Para pengunjung juga dibenarkan untuk mengambil gambar bersama dinosaur-dinosaur ini

Dibuka sehingga 31 Ogos 2022, Jurassic Dinosaur Adventure Park bertempat di Pavilion Bukit Jalil menjemput semua orang dari semua peringkat umur untuk mengalami keriangan taman tema tersebut. Objektif utama taman tema ini adalah untuk menyediakan platform yang mencetus minat kanak-kanak untuk mempelajari lebih tentang makhluk prasejarah ini sambil bermain dengan pelbagai aktiviti dan sukan yang menyeronokkan

Taman tema tersebut direka untuk memberi pengalaman yang luar biasa dengan merangsangkan emosi, perhatian dan konsentrasi para pengunjung. Ianya turut dilengkapi dengan alat trampolin, permainan, alat tunggangan, pameran dinosaur yang banyak dan sebagainya yang akan membuatkan kanak-kanak teruja dengan pengalaman tersebut

TARIKAN MENARIK DI JURASIC DINOSAUR ADVENTURE PARK PAVILION BUKIT JALILHutan Pra-sejarah

Apabila anda melangkah masuk, anda akan kagum dengan pelbagai jenis dinosaur yang seakan-akan hidup dan menyambut anda dengan ngauman mereka! Anda juga dibenarkan untuk berswafoto tetapi waspada, jangan sampai digigit

Berinteraksi dengan Dinosaur yang seolah-olah bernyawa!
Dinosaur ini hidup! Lariiiii - tapi ambil gambar dulu

Tunggang dinosaur kegemaran anda
Alami tunggangan luar biasa dengan menunggang dinosaur kegemaran anda. Dengan pelbagai pilihan, pilih dinosaur kegemaran anda dan pegang erat-erat

Keretapi Express Dino
Semua naik! Choo Choo! Ini bukan keretapi biasa - dengan dino ekspress, ianya pengalaman luar jangkaan

Gelongsor Gunung Berapi
Keadaan hangat di gunung berapi! Bergelongsor di gelongsor 3meter untuk lari dari lahar yang mendidih! Lekas! Masa tidak banyak untuk lari

Jangan biar kaki anda tersentuh Lava Trampoline
Lahar memenuhi lantai! Permainan imaginasi zaman kanak-kanak menjadi realiti dengan ruang trampolin gunung berapi. Lihat setinggi mana anak anda (atau anda) boleh melompat mengelak lantai lahar

Ruang Permainan Menggali Tulang Dinosaur
Baiklah pengembara kecil, tiba masanya untuk anda mengambil penyodok dan gali! Kami perlu pertolongan anda untuk mencari tulang dinosaur. Adakah anda mampu mencari semuanya

Permainan Menembak Dino Hunting
Sedia, bidik, tembak! Uji bidikan anda dengan permainan menembak di taman tema kembara

Istana Belon Udara Dino Jungle
Menjelajah taman lantun Dino Jungle dan alami keriangan! Istana belon udara ini menyerupai muka bumi zaman pra sejarah

Ball Pit Interaktif
Siapa tidak suka ball pit yang menarik! Keistimewaan ball pit kami ialah ianya datang bersama skrin interaktif yang menggalakkan anda melontar bola ke arah gol di skrin

Gaung Teka Teki BinaanAlamak, anda terjatuh ke gaung! Kami perlukan bantuan anda menyelesaikan teka teki binaan untuk keluar

Gelongsor Keriangan Interaktif
Gelongsor Keriangan yang membuatkan anak anda tidak berhenti bermain

Maklumat Acara & TiketKKday merupakan pembekal tiket ekslusif Jurassic Dinosaur - Adventure Park Interactive Indoor Playground. Tiket masuk boleh dibeli melalui https://kkday.me/dinogcma

Jurassic Dinosaur – Adventure Park Interactive Indoor Playground🐫Lokasi : Pavilion Bukit Jalil, Lot 5.85.00, Level 5, Orange Zone🐫Tarikh dibuka : 1 Jun sehingga 31 Ogos 2022
🐫Waktu Operasi ;
Hari biasa: 10.00am - 8.30pm (Tutup dari 2:00pm - 3:30pm)[Pas sehari]
Hari minggu/Cuti Am/Malam Cuti Am/Cuti Sekolah: 10.00am - 9.40pm, 6 sesi sehari (10am, 12pm, 2pm, 4pm, 6pm, 8pm)100 minit / sesi
*Kemasukan akhir adalah pada pukul 8.00 malam
HARGA TIKET🎫Harga Hari Biasa : RM 55🎫Harga Hari Minggu : RM 60(termasuk cuti am, malam cuti am dan cuti sekolah)
*Harga untuk dewasa dan kanak-kanak adalah sama. Disarankan untuk kanak-kanak berumur 2 tahun ke atas**Tiket Hari Biasa adalah untuk sesi sehari, manakala Hari Minggu terhad kepada slot masa tersedia
Jimat sehingga RM28 dengan pakej pembelian 4 tiket
 🎫Harga Hari Biasa : RM 196 🎫Harga Hari Minggu : RM 212(termasuk cuti am, malam cuti am dan cuti sekolah)
Tiket Hari Minggu dan Hujung Minggu boleh di didapati dengan  diskaun 50% pada 8 dan 9 Ogos 2022 dengan menggunakan kod promosi DINO8. Pengunjung juga boleh menikmati diskaun 50% untuk Pas 1-Hari pada Hari Minggu dengan pembelian minimum sebanyak 4 tiket menggunakan kod promosi DINO50. Sah dari hari ini sehingga 31 Ogos 2022. Tiket boleh digunakan serta merta atau pada tarikh yang berlainan, sila pastikan anda manfaatkan promosi ini dengan menempah tiket anda dengan awal supaya dapat menikmati pengalaman jurassic yang luar biasa

*Tiket sah sehingga 31 Ogos 2022
Untuk pembelian, sila klik pautan https://kkday.me/dinogcma
Untuk informasi lebih lanjut, anda boleh layari ;
Laman Web : https://www.kkday.com/en-myFacebook : https://www.facebook.com/KKdayInstagram: https://www.instagram.com/kkdaymy/


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aerill.com/2022/08/jurrasic-dinosaur-adventure-park.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kunafa Viral Bukit Bintang

Kunafa Viral Bukit Bintang

papar berkaitan - pada 3/8/2022 - jumlah : 564 hits
Kunafa Viral Bukit BintangFood Review Kunafa Viral Bukit Bintang Assalamualaikum dan Salam Sejahtera guys Beberapa bulan ini nama Kunafa sering menjadi bualan pengguna di media sosial Terutamanya dekat aplikasi media sosial TikTok semakin h...
Cuba Shawarma Damascus Di Bukit Bintang Sedap Ke

Cuba Shawarma Damascus Di Bukit Bintang Sedap Ke

papar berkaitan - pada 5/8/2022 - jumlah : 416 hits
Sedap ke Shawarma Damascus di Bukit Bintang ni Hai assalamualaikum semua hari tu qaseh pergi ke Sungei Wang untuk buat spek mata baru cantik sangat spek mata baru i tau di nanti qaseh tunjuk okie Lepas tu waktu nak balik keluar dari Sungei ...
Selangor Govt Hauled To Court Over Degazettement Of Bukit Cherakah

Selangor Govt Hauled To Court Over Degazettement Of Bukit Cherakah

papar berkaitan - pada 6/8/2022 - jumlah : 237 hits
Two environmental groups have taken the Selangor government to court over the degazettement of part of Bukit Cherakah Forest Reserve The Shah Alam Community Forest Society and Khazanah Alam Malaysia filed the judicial review leave applicati...
Mala Hotpot Mini Di Pavilion Kl

Mala Hotpot Mini Di Pavilion Kl

papar berkaitan - pada 8/8/2022 - jumlah : 358 hits
Hi Korang Pernah dengar menu makanan Mala Mini Hotpot Kak lily baru tau hah ini pun sebab tengok kat Tik Tok nampak orang orang ni makan kan Seriously berselera sungguh bile kak lily tengok apa lagi terus weekend lepas pi Food Republic Pavi...
Pengalaman Hiking Bukit Batu Sawa Negeri Sembilan

Pengalaman Hiking Bukit Batu Sawa Negeri Sembilan

papar berkaitan - pada 8/8/2022 - jumlah : 402 hits
Salam to all my readers Pengalaman Hiking Bukit Batu Sawa Negeri Sembilan Boleh dikatakan lama jugalah aku tak pergi hiking until baru ini aku ada nampak posting seseorang dalam group hiking Dia pergi hiking solo ke Bukit Batu Sawa N9 View ...
Be Open To Maintaining Bukit St Paul S Original Name Govt Told

Be Open To Maintaining Bukit St Paul S Original Name Govt Told

papar berkaitan - pada 1/8/2022 - jumlah : 180 hits
Kota Laksamana assemblyperson Low Chee Leong today expressed his disappointment over the renaming of Bukit St Paul in the Malacca Legislative Assembly last week The hill is set to be renamed Bukit Melaka However in a statement today Low arg...
Bukit Aman To Record Statement From Apandi On Aug 1

Bukit Aman To Record Statement From Apandi On Aug 1

papar berkaitan - pada 1/8/2022 - jumlah : 221 hits
KUALA LUMPUR Police will record the statement of former Attorney General Tan Sri Apandi Ali in connection with a report lodged by Klang MP Charles Santiago over allegations of power abuse in the 1Malaysia Development Berhad case investigati...
Galeri Darurat Bukit Kepong Bukti Sejarah Keganasan Komunis Malaya

Galeri Darurat Bukit Kepong Bukti Sejarah Keganasan Komunis Malaya

papar berkaitan - pada 20/7/2022 - jumlah : 322 hits
Galeri Darurat Bukit Kepong dibina khusus bagi memperingati tragedi yang berlaku pada jam 5 pagi 23 Februari 1950 apabila segerombolan kira kira 200 pengganas komunis menyerang Balai Polis Bukit Kepong Ia juga sebagai tanda untuk menghargai...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah

Merayau Sampai Ke Jelebu

Makan Kek Di Maneh By Momo

Suasana Natal Di Luar Negeri Masing Masing Penjuru Dunia Punya Perayaan Unik

23 Disember Isnin 10 00 Pagi Dari Pahang Online Maya Penat Ditempat Kerja Rumah Bagaimana

Bodohnya Walaun Derma Duit Kepada Dap Bagi Duit Kat Kapiaq Woiiii