Kereta Terbang Nampak Mudah Tapi Tidak


Dr Ahmad Samsuri Mokhtar   
ULASAN | Saya ditanya oleh rakan-rakan, apakah benar model skala kecil prototaip "kereta terbang” yang dipamerkan di LIMA 2019 adalah sesuatu yang benar atau hanya khayalan semata-mata.

Untuk berlaku adil, saya hanya menjawab dengan membuat analisis dari sudut kejuruteraan semata-mata terhadap model prototaip (berdasarkan model skala yang ditularkan) itu. Tiada maklumat lain.

Sekiranya saya menjawab di hadapan pelajar kejuruteraan saya, maka kaedah seperti prinsip Bernoulli, peraturan Newton, aerodinamik, aerotermodinamik, mekanik cecair, dan segala prinsip fizik akan terpaksa dijelaskan.

Saya akan meminta pelajar saya untuk mengkaji aspek sistem kuasa, saiz rotor dan reka bentuk, reka bentuk kenderaan dan intergriti stuktural, bahan-bahan, analisis kebisingan dan getaran, kemampuan bergerak (manoeuvrability), sistem kawalan, beban muatan, nisbah kuasa dan berat, pensijilan dan kelayakan, kestabilan dinamik dan sebagainya.

Saya akan meminta pelajar saya membuktikan menerusi computation fluid dynamics (CFD).
Bagaimanapun tentunya dalam tulisan ini saya tidak akan buat begitu.

Untuk maklumat kepada awam, saya memilih untuk menggabungkan jawapan ringkas saya ini berasaskan latar belakang saya sebagai saintis, jurutera, penyelidik dan ahli politik.

Cabaran dunia baru Maka saya akan cuba memberikan pandangan dalam bahasa yang paling mudah dan senang difahami.
Pertama, premis bahawa ianya dilabelkan sebagai “kereta terbang”adalah bersifat provokatif dan sensasi. Sains dan teknologi seharusnya bukan sensasi, bukan gimik, sebaliknya perlu berasaskan fakta tepat.

Tidak dinafikan juga mungkin sedikit kesilapan melabelnya akan membuka ruang pentafsiran yang salah.

Maka amat penting untuk pihak yang memperkenalkan cadangan prototaip “kereta terbang” itu - dan kementerian terbabit - untuk cepat membetulkan nama panggilannya supaya tidak menjadi momokan.
Itulah cabaran dunia baru.

Sebenarnya tidak ada apa-apa yang kurang pun sekiranya menteri atau timbalan menteri dengan pantas membetulkan label “kereta terbang” itu pada hari pertama dan menggelarnya dengan nama yang lebih sesuai.

Misalnya vertical take-off transporter, dron automobil, teksi dron, auto hover atau yang lain.
Nama yang tepat akan bergantung kepada prinsip bagaimana kenderaaan berkenaan akan mula berada di udara, sama ada menerusi vertical take-off (pelepasan menegak) - seperti dron yang ada di pasaran sekarang - atau pelepasan biasa seperti pesawat kecil yang mempunyai retractable wings.

Kedua, mungkin ada yang mula bertanya: adakah boleh wujud kenderaan sedemikian?

Ya, pada prinsipnya ia tidak berlawanan dengan kejuruteraan, dan memang sudah ada kenderaan yang mampu berada pada ketinggian tertentu - seperti dron - yang mampu membawa manusia sebagai bebannya.

Maka soalan berikutnya: adakah yang dipamerkan di LIMA 2019 itu sesuatu yang mungkin boleh terbang?

Ada apa dengan penutup berjaring Sekiranya reka bentuk dan pembinaannya menepati reka bentuk kejuruteraan dan segala prinsipnya, maka ia boleh berada di udara.

Saya percaya, tentunya syarikat berkenaan mempunyai pakar teknikal yang berkebolehan, tetapi dengan melihat reka bentuk prototaip tersebut, perjalanan masih jauh.

Pada hemat saya, sekiranya itulah reka bentuk cadangannya, maka cubaan yang lebih serius diperlukan bagi memastikan ia mampu berada di udara.

Sekiranya ia adalah projek pelajar saya, saya akan memberi komen awal terhadap reka bentuk pelik penutup berjaring di atas kipas, yang pada hemat saya akan mengurangkan daya dan kuasa tujahan untuk membolehkan kenderaan itu berada pada satu ketinggian tertentu di udara.
Faktor kritikal ialah mempunyai daya dan kuasa tujahan serta angkatan yang mempu mengatasi berat kenderaan serta bebanan yang dibawanya.

Penutup berjaring berkenaan hanya akan membolehkan angin keluar di bawah dalam keadaan seragam (uniform flows) tetapi tujahan pula mengurang (reduced thrust).

Ini akan menyukarkan lagi usaha mendapatkan daya tujahan bagi mengangkat kenderaan berkenaan.
Ketiga, pada zaman media baru ini, sering kali inisiatif kerajaan berdepan dengan kritikan daripada rakyat.

Pimpinan lain dalam masyarakat tentunya mempunyai pelbagai pandangan dan latar belakang.

Menteri atau timbalan menteri yang mengeluarkan kenyataan menyokong kenderaan berkenaan haruslah mengambil maklum bahawa kita sebagai pimpinan masyarakat hendaklah cuba (saya katakan cuba kerana - saya juga - tidak mudah untuk mengawal perasaan sendiri) untuk tidak bertindak balas dengan sindiran orang ramai.

Ambil maklum dan jelaskan dengan hati yang terbuka.

Apa salahnya kita menggunakan ayat seperti: “Saya memahami kritikan berkenaan, kami akan ambil maklum dan atasi apa jua masalah reka bentuknya”, atau katakan: “Kami akan berikan penjelasan pada satu masa nanti’, “penjelasan teknikalnya adalah seperti berikut…”, “ïtu adalah contoh saja, reka bentuk akhir tentunya berbeza, sesuai dengan objektif kenderaan berkenaan” dan sebagainya.

Mantan ketua pegawai eksekutif General Electric, Jack Welch, menyebut: “Orang ramai mesti yakin dengan anda, anda pula harus membina keyakinan orang ramai”.

Menarik bukan? Objektif nampak mudah tetapi mengusahakannya tidak semudah itu!
Semoga berjaya. Benediximus!

Dr Ahmad Samsuri Mokhtar ialah menteri besar Terengganu merangkap Adun Rhu Rendang. 

Beliau pernah berkhidmat sebagai pensyarah dalam bidang aeroangkasa.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/10/kereta-terbang-nampak-mudah-tapi-tidak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bukan Mudah Mencipta Kereta Terbang

Bukan Mudah Mencipta Kereta Terbang

papar berkaitan - pada 19/10/2019 - jumlah : 521 hits
Saya ditanya oleh rakan rakan apakah benar model skala kecil prototaip kereta terbang yang dipamerkan di LIMA 2019 adalah sesuatu yang benar atau hanya khayalan semata mata dan untuk berlaku adil saya hanya menjawab dengan membuat analisis ...
Kereta Terbang Kl P Pinang 1 Jam Bukan Lagi Mustahil

Kereta Terbang Kl P Pinang 1 Jam Bukan Lagi Mustahil

papar berkaitan - pada 18/10/2019 - jumlah : 461 hits
Foto Astro AwaniBukan nak cakap apa baca tajuk pun dah rasa nak ketawa terbahak Seriuslah KL ke Pulau Pinang sejam guna kereta terbangKUALA LUMPUR Pihak swasta usahawan dan pembekal teknologi tinggi dalam perbincangan untuk memendekkan masa...
Perdana Menteri Berpendapat Polis Trakfik Turut Terpaksa Terbang Jika Kereta Terbang Dijual

Perdana Menteri Berpendapat Polis Trakfik Turut Terpaksa Terbang Jika Kereta Terbang Dijual

papar berkaitan - pada 18/10/2019 - jumlah : 485 hits
Nampaknya harapan rakyat Malaysia untuk melihat kereta terbang pertama di Malaysia dan di dunia terpaksa ditangguhkan lagi apabila Tun Dr Mahathir Mohamad telah memberi bayangan ianya akan ditangguhkan Sebelum ini ada menteri yang menyataka...
Kereta Terbang Negara Kedua Sedang Dibangunkan Penerbangan Sulung Seawal Suku Ketiga 2020

Kereta Terbang Negara Kedua Sedang Dibangunkan Penerbangan Sulung Seawal Suku Ketiga 2020

papar berkaitan - pada 18/10/2019 - jumlah : 673 hits
Sebentar tadi kami melaporkan penerbangan sulung kereta terbang pertama negara ditangguh ke penghujung 2019 Tetapi tahukah anda pada waktu yang sama kereta terbang kedua negara juga kini sedang dibangunkan Jika kenderaan pertama negara diba...
Penerbangan Sulung Kereta Terbang Pertama Negara Ditangguhkan Ke Penghujung 2019

Penerbangan Sulung Kereta Terbang Pertama Negara Ditangguhkan Ke Penghujung 2019

papar berkaitan - pada 18/10/2019 - jumlah : 345 hits
Pada bulan Mac yang lalu negara diperlihatkan ketika acara LIMA 2019 Kenderaan yang dibangunkan oleh Aerodyne ini menjadi buat mulut ramai kerana merealisasikan impian yang selama ini hanya dilihat di dalam filem fiksyen sains Pada asalnya ...
Kl Ke Pulau Pinang Sejam Guna Kereta Terbang

Kl Ke Pulau Pinang Sejam Guna Kereta Terbang

papar berkaitan - pada 18/10/2019 - jumlah : 422 hits
KUALA LUMPUR Pihak swasta usahawan dan pembekal teknologi tinggi dalam perbincangan untuk memendekkan masa perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang selama sejam dengan menggunakan kereta terbang Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Seri M...
Kerajaan Rancang Bina Kereta Terbang Kedua Jangka Siap Tahun Depan

Kerajaan Rancang Bina Kereta Terbang Kedua Jangka Siap Tahun Depan

papar berkaitan - pada 18/10/2019 - jumlah : 425 hits
KERETA terbang kedua negara menggunakan teknologi yang berbeza daripada kereta terbang pertama akan membuat penerbangan pertamanya pada suku ketiga tahun depan kata Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof Beliau berkat...
Ini Jawapan Menteri Pembangunan Bila Ditanya Megapa Masih Tiada Kereta Terbang Seperti Dijanjikan

Ini Jawapan Menteri Pembangunan Bila Ditanya Megapa Masih Tiada Kereta Terbang Seperti Dijanjikan

papar berkaitan - pada 18/10/2019 - jumlah : 734 hits
Malam ni kita teruskan lagi perbincangan kita mengenai kereta terbang pertama Malaysia Rupanya ini alasan yang diberikan oleh Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof yang sebelum ini telah berjanji kepada semua untuk mela...
Tahniah Kerana Tak Tangguh Kereta Terbang Sindir Kj

Tahniah Kerana Tak Tangguh Kereta Terbang Sindir Kj

papar berkaitan - pada 18/10/2019 - jumlah : 354 hits
Anggota Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin dengan nada sindiran mengucapkan tahniah kepada Menteri Pembangunan Usahawan Redzuan Md Yusof kerana menunaikan impian rakyat Malaysia untuk melihat kereta terbang menjelang tahun 2020 Khairy berkat...
Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya