Tiga model Xpeng P7 dilancarkan dengan lapan konfigurasi berbeza. Kesemuanya mempunyai jarak perjalanan di antara 568-706 kilometer dengan sekali caj. Teknologi pengecasan yang digunakan mampu memberikan jarak perjalanan sehingga 120 km selepas dicas selama 10 minit. Prestasi kenderaan pula ialah 0-100 kmj dalam masa 4.3 saat.
Sistem XPILOT 3.0 yang digunakan pula memberikan kemampuan swapandu sehingga tahap tiga dengan perancangan menyokong swapandu tahap empat menjelang 2022. Komputer NVIDIA Drive AGX Xavier dipadankan dengan 14 kamera, 12 sensor ultrasonik dan 5 radar gelombang milimeter. Menurut Xpeng ini membolehkan P7 dipandu dengan selamat walaupun di dalam situasi berkabus yang biasanya mengehadkan pemandangan pemandu manusia.
Seperti kereta elektrik lain di pasaran, bahagian pemuka pemandu didominasi oleh skrin sesentuh gergasi pada bahagian dengan skrin sekunder di belakang stereng yang memaparkan maklumat pemandu seperti kelajuan serta tahap pengecasan.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |