Kerap Sakit Bawah Abdomen Sebelum Masuk 37 Minggu Jumpalah Doktor Jangan Bertangguh


Adakah wanita yang hamil merasa sakit di bahagian abdomen bawah dikira normal? Ramai wanita yang hamil mengadu sakit perut. Bayangkan dengan penambahan berat bayi beberapa kilogram di dalam abdomen, sudah tentu ianya akan memberikan suatu keadaan yang tidak selesa dan tidak menyenangkan.
Selalunya ‘ketidakselesaan’ ini tidak merbahaya, namun adakalanya ianya adalah tanda awal kepada masalah yang besar. Ianya boleh jadi berkaitan dengan kehamilan, namun ada juga kesakitan yang tiada kaitan langsung dengan kehamilan. Ini bermakna wanita yang tidak hamil juga mengalaminya.
Namun begitu jika ‘ketidakselesaan’ ini atau kesakitan pada abdomen ini berpanjangan, jangan dibiarkan. Bukan saja ia mungkin boleh menyebabkan bahaya kepada ibu yang hamil, malah kepada bayi yang berada dalam kandungan.
Agaknya kesakitan yang bagaimana dikatakan merbahaya dan yang mana pula dikatakan tidak merbahaya? Ini penjelasan oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad 
Saya cuba menyusun beberapa tanda kesakitan perut berserta dengan keluhan lain yang mungkin merbahaya. Antaranya ialah kesakitan abdomen berserta dengan sakit yang memulas-mulas yang berulang-ulang dan berlarutan beberapa lama, pendarahan dari faraj sama ada sedikit (darah bercampur lendir atau spotting) atau darah yang banyak, sakit perut berserta demam dan menggigil, keluar lendiran banyak yang keluar dari faraj, atau kesakitan abdomen ketika kencing serta rasa loya dan muntah.

Adakah ia tanda serius?
Antara sebab ketidakselesaan di bahagian abdomen yang merbahaya ialah kelahiran pra matang. Keadaan begini berlaku tanpa sebab, apabila rahim mula mengecut (contraction) dan pangkal rahim (cervix) mula mengembang dan membesar sebelum umur kelahiran 37 minggu. Jika tidak dikawal, ini menyebabkan bayi di dalam rahim akan keluar sebelum tiba masanya.
Maka jika anda merasakan ‘ketidakselesaan’ atau kesakitan pada umur kehamilan sebelum 37 minggu , eloklah segera berjumpa doktor.
Pengalaman saya bekerja di wad bersalin, jika kesakitan abdomen itu berterusan terutama di bahagian bawah (ari-ari atau suprapubic), maka wanita hamil itu dinasihatkan untuk rehat di wad untuk pemerhatian. Jika keadaan terkawal, kehamilan bayi dapat diperpanjangkan. Jika tidak kelahiran pramatang tidak dapat dielakkan.
Tanda-tanda awal bagi kelahiran sebegini ialah sakit di bahagian abdomen bawah. Ianya boleh saja sakit yang menggganggu atau hanya terasa penuh dan tidak selesa. Kadang-kala ianya melarat menjadi sakit seperti senggugut dan berpanjangan. Ada yang menceritakan seolah-olah memulas-mulas 4-5 kali setiap jam. Ada juga yang merasakan kesakitan itu melarat hingga ke pinggang.
Tanda lain bagi kelahiran pramatang ialah keluarnya lendiran dari faraj (vaginal discharge) sama ada ianya berbentuk lender pekat, cecair yang cair atau bercampur dengan darah.
Asalkan lendir itu keluar dari faraj pada wanita yang hamil, ianya merupakan tanda yang tidak baik. Apatah lagi darah yang keluar merupakan darah yang merah (fresh blood), ianya lebih membimbangkan.
Satu lagi kes yang serius ialah keadaan yang dinamakan sebagai “Placental abruption”. Ianya amat serius kerana uri (placenta) mula berpisah dari dinding rahim sebelum proses kelahiran bermula.
Placental abruption ini berlaku secara tidak semena-mena menyebabkan pendarahan yang banyak ketika hamil. Cuba bayangkan seorang wanita yang hamil, sedang berjalan tiba-tiba terjatuh dan pendarahan yang banyak keluar melalui farajnya. Ininya mungkin tanda placenta abruption.
Namun begitu jika uri yang berpisah dari dinding rahim secara perlahan-lahan, pendarahannya mungkin hanya sedikit atau mungkin hanya lendir bercampur dengan darah saja yang keluar dari faraj.
Pendarahan itu boleh berkumpul dalam airtuban, dan mula disedari apabila selaput airtuban itu pecah ketika melahirkan bayi.
Masalah dengan Placenta Abruption ini bukan saja kehilangan darah pada wanita yang mengandung itu, tetapi nyawa anak yang dikandung. Keadaan anak yang dikandung dapat diteliti dan diperiksa dengan menggunakan ultrasound untuk melihat pergerakan bayi dan degupan jantungnya.
Jangkitan kuman pada pundi kencing juga sering berlaku pada wanita yang hamil. Perlu disedari bahawa jangkitan kuman ini amat mudah berlaku pada wanita yang hamil akibat kesan dari hormon dan saluran kencing (urethra) mereka yang pendek. Hormone estrogen menyebabkan juga lubang kencing mereka relax, tidak ditutup rapat dan mudah dimasuki kuman.
Wanita yang bermasalah begini kadang kalanya merasakan pedih ketika kencing. Mereka mengadu seperti rasa terbakar di bahagian abdomen bawah, atau mungkin hanya tidak selesa di bahagian itu.
Doktor akan melakukan ujian air kencing dan selalunya menamakan sebagai ‘kencing kotor’. Pesakit juga mungkin tidak dapat hendak mengawal kencing dan rasa tidak puas selepas kencing. Warna iair kencing mungkin kuning pekat, keruh, berbau busuk dan kadang kalanya bercampur darah.
Jika tidak dirawat dengan betul, ianya mungkin melarat sehingga menyebabkan jangkitan kuman di ginjal.
Faktor-faktor lain
Banyak juga punca sakit perut yang tidak berkaitan dengan kehamilan. Ianya mungkin berpunca dari jangkitan kuman dari makanan akibat food poisoning, atau sakit di sebelah kanan bawah iaitu appendicitis, batu karang di ginjal, jangkitan virus hepatitis, kesakitan di bahagian kanan atas akibat jangkitan pundit hempedu, jangkitan kuman pancreatitis, dan juga masalah usus yang tersumbat (bowel obstruction).
Mungkin juga kesakitan itu tidak merbahaya, namun harus berjumpa dengan doktor untuk memastikan bahawa ianya bukannya satu keadaan merbahaya dan kecemasan.
Masalah perut berangin dan kembung perut akibat terkumpulnya gas berlaku kerana hormon semasa mengandung melambat proses penghadaman. Rahim yang membesar juga menyebabkan tekanan pada usus dan perut, memburukkkan lagi keadaan.
Sembelit juga memberikan rasa tidak selesa di bahagian abdomen bawah. Ianya dapat diatasi apabil najis yang telah lama berkumpul keluar melalui lubang najis. Jika memakan banyak serat tidak membantu, bolehlah membeli ubat di farmasi atau klinik.
Di dalam bahagian pelvis, ada stuktur yang dinamakan sebagai “Round ligament”. Ligamen ini yang ‘memegang’ rahem agar berada pada kedudukan yang stabil. Salah satu punca yang menyebabkan rahem ‘turun’ apabila ligament ini tidak lagi kuat.
Apabila kandungan kehamilan bertambah, berat yang harus ditanggung oleh stuktur untuk mengekalkan posisi rahem telah menyebabkannya menjadi keras, tebal dan regang (stretch).
Akibatnya wanita yang hamil akan merasa tidak selesa atau kemungkinan rasa sakit seperti ditikam/dicucuk-cucuk untuk sementara waktu atau ‘sakit yang sukar diceritakan’ di kedua-dua belah abdomen bawah. Kesakitan ini mula dirasakan apabila pesakit bangun dari posisi duduk atau mencangkung, batuk yang kuat atau mengangkat barang dari lantai.

Atau ianya dapat dirasakan setelah lasak bekerja dan mengemas rumah. Kesakitan begini dinamakan Round Ligament Pain. Sukar untuk mendiagnosanya dan tiada ubat yang spesifik untuk kesakitan sebegini. Banyakkan rehat dan berhenti dari melakukan kerja-kerja yang berat. Dapatkan pendapat doktor jika kesakitan atau ketidakselesaan itu berlarutan walaupun setelah berehat.
Ada juga yang mengadu kesakitan di bahagian abdomen bawah di umur kehamilan menjejaki 30 minggu. Ia dirasakan seperti rahem mengeras dan dinamakan Braxton-Hicks contractions. Sebelum umur kehamilan 37 minggu ianya tidak merbahaya, namun biasanya ianya tidak berapa sakit dan tidak kerap.
Kesakitan ini bukannya suatu petanda kelahiran tetapi mungkin akibat pergerakan bayi di dalam rahem yang merangsangkan pengecutan rahem. Harus diingat keadaan sebegini tidak seharusnya disertai dengan keluarnya darah atau cecair dari faraj.
Terus kuat untuk bayi dalam kandungan
Bagi wanita yang mengalami kesakitan atau ketidakselesaan pada bahagian abdomen bawah, dan telah menjalani ujian dan pemeriksaan doktor, saya nasihatkan agar banyak bersabar.
Seperti mana yang saya selalu tuliskan, dengan bersabar, minda kita akan mudah menerima ujian Allah ini dan tubuh kita akan lebih mudah menerima kesakitan ini.
Jangan banyak berfikir tentang kesakitan dan ketidakselesaan itu, amalkan membaca al Quran dan zikir yang sahih. Semoga Allah memberikan kita kekuatan untuk bersabar dan berjuang untuk terus menjalani kehidupan.
Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad
The post Kerap Sakit Bawah Abdomen Sebelum Masuk 37 Minggu, Jumpalah Doktor. Jangan Bertangguh! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/kerap-sakit-bawah-abdomen-sebelum-masuk-37-minggu-jumpalah-doktor-jangan-bertangguh/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Senyap Senyap Masuk Dapur Tak Sedar Banyak Bahayanya Mak Ayah Jangan Leka

Anak Senyap Senyap Masuk Dapur Tak Sedar Banyak Bahayanya Mak Ayah Jangan Leka

papar berkaitan - pada 29/4/2020 - jumlah : 535 hits
Ada waktunya kita sendiri tidak sedar anak kecil kita mengekori kita ke dapur Malah ada juga yang mula merangkak dan bertatih hingga ke dapur Mak ayah tolong jangan biarkan dan biasakan bayi dan anak kecil kita di dapur Jika terbiasa anak m...
Anak Lemah Mengadu Sakit Perut Mak Ayah Jangan Paksa Kalau Anak Tak Larat Nak Puasa

Anak Lemah Mengadu Sakit Perut Mak Ayah Jangan Paksa Kalau Anak Tak Larat Nak Puasa

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 454 hits
Semua ibu bapa sememangnya merasa cukup bangga bila anak kecil seusia lima atau enam tahun sudah pandai berpuasa Namun sedarkah mereka si kecil yang terpaksa mencuba berpuasa seharian itu lemah dan mengalami kesakitan sepanjang hari Jangan ...
Bnpb Jangan Kaget Kasus Covid 19 Naik Banyak Minggu Depan

Bnpb Jangan Kaget Kasus Covid 19 Naik Banyak Minggu Depan

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 355 hits
Pelaksana tugas Deputi II Badan Nasional Penanggulangan Bencana Dody Ruswandi meminta masyarakat tidak kaget menghadapi kemungkinan kasus positif virus corona mengalami kenaikan yang banyak pada pekan depan Menurutnya kenaikan tersebut dila...
10 Tips Doktor Cara Elak Sakit Gastrik Semasa Puasa

10 Tips Doktor Cara Elak Sakit Gastrik Semasa Puasa

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 815 hits
10 Tips Doktor Cara Elak Sakit Gastrik Semasa Puasa Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua Sesiapa yang ada penyakit gastrik mesti risau kan kalau masuk bulan Ramadan sebab kena puasa menahan lapar dan dahaga tak makan minum dari Subuh...
Kenali Corona Doktor Jelaskan Personaliti Virus Dengan Terperinci

Kenali Corona Doktor Jelaskan Personaliti Virus Dengan Terperinci

papar berkaitan - pada 2/5/2020 - jumlah : 358 hits
Apa itu Corona Kenapa dipanggil COVID 19 pula Adakah Corona ini virus yang sama ketika wabak jangkitan SARS dulu Mungkin ada di antara kita masih terkeliru dengan perkara ini Seorang pengguna Twitter Nimelesh berkongsi tweet mengenai pengke...
Doktor Ini Nasihatkan Ibu Bapa Mengenai Penggunaan Bedak Talkum Pada Muka Bayi

Doktor Ini Nasihatkan Ibu Bapa Mengenai Penggunaan Bedak Talkum Pada Muka Bayi

papar berkaitan - pada 5/5/2020 - jumlah : 446 hits
Sudah menjadi satu norma dalam kebanyakan ibu bapa berkenaan mengenakan bedak talkum ke atas muka bayi selepas sahaja selesai memandikan mereka Namun begitu tahukah anda bahawa sebenarnya tindakan itu boleh menjejaskan kesihatan bayi terseb...
Doktor Sedia Umum Kematian Saya Selepas Dibawa Ke Icu Kata Pm Uk

Doktor Sedia Umum Kematian Saya Selepas Dibawa Ke Icu Kata Pm Uk

papar berkaitan - pada 4/5/2020 - jumlah : 277 hits
Doktor sedia umum kematian saya selepas dibawa ke ICU kata PM UK Boris Johnson pada mulanya dalam penafian mengenai keadaannya dan tidak mahu pergi ke hospital tetapi dipaksa doktor yang berkeras tahap oksigennya rendah
Doktor Ditemui Mati Selepas Beberapa Hari Gagal Dihubungi Tunangnya

Doktor Ditemui Mati Selepas Beberapa Hari Gagal Dihubungi Tunangnya

papar berkaitan - pada 2/5/2020 - jumlah : 368 hits
Selepas gagal dihubungi beberapa hari seorang daoktor lelaki akhirnya ditemui mati di bilik sewanya di Kampung Nyior Sepohon Jalan Sultan Mahmud Kuala Terengganu Mohd Muaz Mohd Sabri 30 an ditemui pada pukul 10 40 malam selepas anak pemilik...
Doktor Frontliner New York Bunuh Diri Stress Tangani Pesakit Covid 19

Doktor Frontliner New York Bunuh Diri Stress Tangani Pesakit Covid 19

papar berkaitan - pada 30/4/2020 - jumlah : 473 hits
Doktor Frontliner New York Bunuh Diri Stress Tangani Pesakit COVID 19Dr Lorna M Breen bekerja sebagai pengarah perubatan di jabatan kecemasan Hospital NewYork Presbyterian Allen tinggal bersama keluarganya di Charlottesville Virginia ditemu...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Rubber Hose Maintenance And Troubleshooting Expert Tips From Passionhose

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Remaja Panjat Pagar Curi Tabung Surau

Pentingnya Memilih Kawan Yang Betul Untuk Masa Depan Yang Cemerlang

Dua Lagi Lelaki Serang Warga Singapura Guna Parang Diburu

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Sibu Boy Tiong Shines Light On City In Visit Malaysia Campaign

Mont Kiara Traffic A Nightmare

Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini

Celebrate Love At Pavilion Hotel Kuala Lumpur

Nasi Briyani Adabi

Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri