Kerap Gagal Bisnes Hutang Puluh Ribu Wanita Ini Kembali Tersenyum Kedai Vendor Jual Dessert Sukses


Orang kata, jiwa orang bisnes ni kental. Nampak ada betul kenyataan ini apabila pemilik nama Asmidar Hanan yang berasal dari Kelantan, tidak pernah serik berniaga walau banyak kali tersadung sehingga menanggung hutang puluhan ribu.
Pernah aktif berniaga dalam syarikat yang membuka bisnes sistem ejen namun dia kurang berpuas hati. Pernah juga membuka syarikat menyediakan servis menghantar parcel, namun entah di mana silapnya, kos ditanggung tidak berbaloi dengan untung.
“Saya pernah juga cuba jadi pemborong dan pengedar telur ayam tapi tak tahan dengan turun naik harga serta permintaan tidak menentu. Susah nak untung. Akhirnya, inilah yang saya buat iaitu menyediakan lokasi jualan bagi vendor di sekitar kawasan kediaman iaitu Hanan Khadeeja Vendors. Kedai saya ini lokasinya strategik. Justeru mudah menarik perhatian pelanggan asalkan produk yang dijual menarik hati pembeli. Selebriti Yoe Parey pun dah pernah sampai sini,” ujar Asmidar Hanan yang selesa dipanggil As.
Yoe Parey ialah jejaka dari Kelantan yang terkenal dengan lawak jenaka bersahajanya.
CEREWET DENGAN KUALITISebelum mengambil produk vendor, As mengakui mencuba dulu produk tersebut. Jika kena dengan selera dia dan insan terdekat, barulah dia buat keputusan meletakkan produk itu di dalam kedainya.
Semakin hari, kedainya semakin mendapat perhatian masyarakat sekitar. Jualan produk-produk vendor semakin laris.
“Saya sangat bersyukur kerana ada vendor yang dah rasa duit bisnes lebih daripada gaji yang mereka dapat ketika bekerja dulu. Ada suri rumah yang mengakui pada awalnya hanya nak pendapatan sampingan saja. Namun nilai jualan banyak daripada yang disangka,” tambah As seronok berkongsi rezeki.
As mempunyai perancangan untuk Hanan Khadeeja Vendors.
PELBAGAI DESSERT DAN PRODUK FROZENMenjadikan produk pencuci mulut atau dessert dan makanan sejuk beku sebagai daya tarikan, As ingin menjadikan Hanan Khadeeja Vendors sebagai one stop centre untuk masyarakat sekeliling mencari produk sedemikian.
Pelbagai kek dan manisan lain.
Meriah!
“Hanan Khadeeja Vendors mempunyai pelbagai kerepek ubi, biskut raya, kuih kapit, kerepek nangka, kerepek sayur, cocojar, sambal garing, popcorn dan baulu rangup. Pelbagai variasi kuih-muih untuk sarapan dan minum petang juga ada,” katanya yang mengakui kedainya ini lubuk makanan bagi sesiapa sahaja yang lapar.
Makaroni bakar.
Gebu betul!
Buat minum petang syok ni kan?
Haaaa pilih, pilih!
Tagline Dea masuk tok jupo jale tubik! sangat mencuit hati kerana membayangkan pelanggan yang masuk pasti terpesona dengan produk makanan yang dijual. Semuanya dijual menggunakan sistem pack and go, memudahkan pembeli untuk membawa pulang makanan yang dibeli.
“As turut menjual pelbagai produk sejuk beku misalnya kambing perap, popia carnonara dan keropok losong. Akan datang, As bercadang tambah freezer untuk meletakkan karipap frozen pula,” ceritanya yang mengimpikan lebih banyak freezer dalam kedainya untuk meletakkan lebih banyak produk jualan.
Mak oii sedap ni!
Pelbagai produk sejuk beku.
Yummy!
Durian crepe sentiasa jadi pujaan ramai.
ADA PEMBANTU CEMERLANGSebagai empunya binses, As akui pentingnya mempunyai pekerja atau pembantu yang bagus. Menurut As, dia bersyukur kerana mempunyai pekerja yang sangat membantu urusan kedainya.
“Saya suka ambil pekerja yang ada pendidikan tinggi sekurang-kurangnya diploma atau ijazah. Ini kerana saya boleh nampak beza cara mereka bekerja dan menyelesaikan task yang diberikan. Pekerja As sanggup susah payah dengan As. Alhamdulillah, kerjasama ini sangat memberangsangkan. Daripada As hanya mampu bayar gaji hari, kini As boleh bayar gaji bulan,” tambah As.
As mempunyai perancangan jangka panjang terhadap Hanan Khadeeja Vendor. Telah melalui banyak kegagalan, As tidak mahu mengulangi kesilapan demi kesilapan yang pernah menghantui dirinya lagi.
“As banyak tanggung hutang atas kesilapan bisnes lampau. As ingin selesaikan sedaya upaya dan jadikan Hanan Khadeeja Vendors ni lokasi bisnes terbaik dengan bisnes yang betul. Pengalaman lalu membuatkan As tak meletakkan harapan kepada sesiapa pun. Banyak kecewa. Kini As hanya letakkan segala harapan dan kebergantungan kepada Allah. Hasilnya As lebih tenang walau ada hutang puluhan ribu. As tahu Allah akan tolong As langsaikan hutang selagi As berusaha,” tambahnya menutup bicara.

HANAN KHADEEJA VENDORS
ALAMAT:
Lot 3829 Hadapan Petronas Manal 1,
17500 Tanah merah kelantan
(Menghadap Petronas Manal 1)
WAKTU OPERASI:
Buka setiap hari dari pukul 10 pagi – 8 malam
Sumber: facebook Asmidar Hanan dan Hanan Khadeeja Vendors
The post Kerap Gagal Bisnes, Hutang Puluh Ribu, Wanita Ini Kembali Tersenyum Kedai Vendor Jual Dessert Sukses appeared first on RASA.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://rasanakmasak.blogspot.com/2022/11/kerap-gagal-bisnes-hutang-puluh-ribu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wanita Umno Kecewa Bn Gagal Terjemah Kuota 30 Peratus Calon Wanita

Wanita Umno Kecewa Bn Gagal Terjemah Kuota 30 Peratus Calon Wanita

papar berkaitan - pada 3/11/2022 - jumlah : 99 hits
malaysiakini comDiterbitkan Nov 3 2022 11 38 AMWanita Umno membangkitkan rasa tidak puas hati dengan senarai calon Barisan Nasional bagi kerusi Parlimen pada pilihan raya umum ke 15 kali ini susulan kegagalan pucuk pimpinan parti menterjema...
Ditemui Kurus Keliru Wanita Tunggu Ibu Dua Bulan Di Airport Tak Muncul Muncul

Ditemui Kurus Keliru Wanita Tunggu Ibu Dua Bulan Di Airport Tak Muncul Muncul

papar berkaitan - pada 23/10/2022 - jumlah : 195 hits
Pihak berkuasa Thailand kini perlu menguruskan kes seorang wanita yang dilapor telah menunggu ibunya untuk menjemputnya di Lapangan Terbang Suvarnabhumi sejak dua bulan lalu
Sedang Buat Persiapan Agensi Sahkan Hyeri Bakal Kembali Dalam Rancangan Hiburan

Sedang Buat Persiapan Agensi Sahkan Hyeri Bakal Kembali Dalam Rancangan Hiburan

papar berkaitan - pada 10/11/2022 - jumlah : 86 hits
Hyeri bakal kembali dalam rancangan hiburan ARTIKEL BERKAITAN Terbaru agensi Hyeri Creative Group ING mengumumkan bahawa Hyeri kini sedang membuat persiapan di samping penerbit Lee Tae kyung untuk rancangan hiburan tvN terbaru yang akan dis...
Wanita 10 Tahun Menanti Anak Minta Gambar Diedit Hasil Kerja Netizen Buat Ramai Sebak

Wanita 10 Tahun Menanti Anak Minta Gambar Diedit Hasil Kerja Netizen Buat Ramai Sebak

papar berkaitan - pada 23/10/2022 - jumlah : 133 hits
Sedihnya baca Mempunyai anak setelah mendirikan rumah tangga adalah impian setiap suami dan isteri malah kehadiran cahaya mata juga nyata menambah seri dan menyempurnakan lagi sesebuah keluarga
Pasangan Eur Usd Dolar Semakin Lemah Manakala Euro Kembali Pulih Memaksa Pelabur Tertanya Tanya Sama Ada Mata Wang Itu

Pasangan Eur Usd Dolar Semakin Lemah Manakala Euro Kembali Pulih Memaksa Pelabur Tertanya Tanya Sama Ada Mata Wang Itu

papar berkaitan - pada 9/11/2022 - jumlah : 188 hits
Berikutan keputusan dagangan Jumaat mata wang AS menunjukkan penurunan satu hari yang paling kukuh sejak November 2015 Indeks USD kehilangan hampir 2 jatuh kepada 110 60 mata Permintaan untuk dolar sebagai aset perlindungan telah menjejaska...
6 Senaman Terbaik Untuk Wanita Hamil

6 Senaman Terbaik Untuk Wanita Hamil

papar berkaitan - pada 23/10/2022 - jumlah : 231 hits
Assalamualaikum wbt Senaman adalah cara yang baik untuk wanita hamil di mana mana peringkat kehamilan untuk kekal cergas dan melahirkan bayi yang sihat Bersenam semasa kehamilan membantu mengelakkan penambahan berat badan berlebihan mengura...
Video Wanita Bawa Senjata Terobos Kawasan Istana Negara Digagalkan Polisi

Video Wanita Bawa Senjata Terobos Kawasan Istana Negara Digagalkan Polisi

papar berkaitan - pada 25/10/2022 - jumlah : 151 hits
Senjata yang dibawa wanita itu berjenis FN Hingga saat ini belum diketahui motif wanita tersebut Wanita itu sudah diamankan untuk proses lebih lanjut
Pembunuh Wanita Dalam Plastik Punya Trauma Masa Kecil Sering Alami Kekerasan

Pembunuh Wanita Dalam Plastik Punya Trauma Masa Kecil Sering Alami Kekerasan

papar berkaitan - pada 25/10/2022 - jumlah : 148 hits
Hal itu diketahui saat penyidik melakukan mewawancara pada Rudolf untuk mengetahui kondisi psikologisnya Christian Rudolf Tobing ditangkap ketika menjual laptop milik korban di kawasan Pondok Gede
Wanita Berjaya Gali Kubur Selepas Ditanam Hidup Hidup Oleh Suami

Wanita Berjaya Gali Kubur Selepas Ditanam Hidup Hidup Oleh Suami

papar berkaitan - pada 24/10/2022 - jumlah : 116 hits
AgensiWashington Seorang wanita yang dikatakan ditikam diikat dan ditanam hidup hidup oleh suaminya berjaya menggali semula kubur berkenaan untuk menyelamatkan diri Malah dia dikatakan sempat menggunakan peranti Apple Watch untuk menghubung...
Politikus Merosakkan Nama Raja Raja Melayu

Awak Solat Tak 5 Waktu Jika Tidak Awak Balik Saja

The Hardest Singing Show

Beyond Pregnancy And Weight Loss Maryland Breast Augmentation Solutions

Anwar Mahu Saman Individu Sebar Fitnah Isu Kasino

Jkn Pahang Rampas Produk Ubat Tidak Berdaftar Kosmetik Tiada Notifikasi Bernilai Rm1 Juta

Cerita Foto Sepanjang Minggu

Drama Puaka Cuti Semester Lakonan Mark Adam Zaki Azeman



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Resepi Udang Berempah Kurma

The Debut Of Huawei Pura 70 Series

Exploring The Impact Of Aluminum In Contemporary Design

Sustainability And Metal Buildings A Data Driven Approach To Eco Friendly Construction

Jakim Sets Up Special Hotline To Channel Complaints Regarding Insults To Islam

Targeted Tourist Arrival Figures Mostly Hits Or Misses