Kerana Pubg Suami Sanggup Tarik Rambut Isteri Mengandung Jatuhkan Ke Lantai Bila Dijawab Kepala Dihentak Lagi


Foto sekadar hiasan..
Saya telah berkahwin selama 3 tahun dan telah mengenali suami saya selama 6 tahun. Suami merupakan seorang lelaki yang baik, bertanggungjawab dan sentiasa menyediakan keperluan saya. Namun, semua itu berubah apabila beliau mula bermain permainan PUBG.
Semuanya bermula apabila saya diposting ke pedalaman dan bekerja sebagai seorang guru. Disebabkan risau akan keselamatan saya, suami berhenti bekerja sebagai technician dan mengikut saya ke pedalaman.
Pada mulanya, beliau agak sukar menyesuaikan diri kerana di pedalaman, beliau tidak mempunyai kerja. Beliau sering merungut kebosanan serta malu apabila hanya saya seorang bekerja menyara kami berdua.
Pernah sekali beliau mengambil keputusan untuk bekerja kembali di tempat beliau memandangkan saya tidak mempunyai banyak masalah di pedalaman, tetapi apabila rumah jiran kami dimasuki pencuri, beliau memadamkan niat untuk tinggalkan saya berseorangan di pedalaman. Kerana kasihan melihat keadaan suami yang kebosanan apabila saya ke sekolah untuk mengajar, saya mengambil pakej wifi dengan kuota yang besar untuk beliau melayari internet dimasa lapang.
Pada mulanya, semua berjalan seperti biasa. Suami merupakan seorang yang sangat mengambil berat. Suami menyediakan makanan apabila saya kembali dari sekolah, dan menyediakan pakaian untuk saya sebelum pergi kesekolah.
Pendek kata, suami lah yang melakukan kerja-kerja di rumah yang sepatutnya dibuat oleh seorang isteri. Satu hari, beliau memuat turun permainan PUBG setelah di ajak oleh sepupu beliau. Ketika itulah perangai beliau berubah sedikit demi sedikit. Daripada suami yang penyayang kepada suami yang panas baran. Beliau sering berteriak ketika bermain permainan tersebut serta menghentak tangan, kaki serta marah apabila beliau tidak berjaya menyelesaikan misi.
Pernah juga beliau membawa saya bermain permainan tersebut, dan sebagai seorang isteri, saya cuba untuk menyokong beliau asalkan beliau gembira. Saya mencuba permainan tersebut, namun tidak berkekalan kerana konsep permainannya yang ganas dan bahasa yang dituturkan oleh pemain lain tidak berpatutan. Pada suatu hari, suami diajak bermain permainan PUBG secara berkumpulan bersama rakan sepupu suami. Saya menyedari terdapat seorang pemain wanita kerana saya terdengar melalui percakapan mereka.
Saya bertanya kepada suami, adakah beliau mengenali pemain wanita tersebut, dan beliau menjawab tidak kenal dan hanya mengatakan wanita tersebut rakan kepada sepupu suami. Pada mulanya, saya agak janggal kerana suami memakai earphone, dan saya cuba mendengar perbualan mereka melalui earphone tersebut dan ternyata suara wanita itu agak manja dan kedengaran seperti suara yang gedik.
Saya cuba untuk tidak menghiraukan perasaan saya kerana tidak ingin bergaduh dengan suami. Tetapi hari demi hari, saya melihat suami saya kerap bermain PUBG bersama wanita tersebut. Dan apabila saya bercakap dengan suami, beliau akan memtikan fungsi ‘mic’ di game tersebut. Saya mula curiga dan berasa tidak sedap hati. Saya meminta suami untuk membuka fungsi ‘mic’ di game tersebut walaupun saya tengah bercakap kerana itu merupakan satu petunjuk bahawa saya merupakan isteri beliau.
Oleh kerana tidak ingin bergaduh, beliau turutkan saja. Namun, apabila saya seringkali bertanyakan suami, ‘pemain ******** tu juga ke? kenapa selalu sangat main dengan dia, tak ada pemain lelaki ke?”, suami mentertawakan saya dan saya juga turut mendengar suara ketawa wanita dari headphone tersebut. Saya pendamkan saja perasaan saya kerana tidak ingin bergaduh. Lagipun suami seringkali mengatakan itu hanyalah rakan di alam permainan.
Satu hari saya disahkan mengandung. Saya dan suami berasa sangat gembira kerana itulah cahaya mata yang ditunggu-tunggu setelah sekian lama. Saya juga membuat permohonan pindah dari pedalaman agar suami dapat bekerja. Saya berharap dengan bayi yang bakal lahir dan suami bekerja, beliau dapat mengurangkan masa bermain permainan PUBG. Saya juga meminta beliau untuk kurangkan bermain PUBG bersama pemain wanita tersebut. Tetapi beliau memarahi saya kerana tidak ‘sporting’.
Saya menegaskan bahawa saya bukanlah melarang suami bermain PUBG, tetapi melarang beliau bermain bersama pemain wanita tersebut. Suami menurut kata kerana tidak ingin bergaduh memandangkan keadaan saya yang sedang berbadan dua. Selepas itu, suami bermain PUBG hanya dengan sepupu dan rakan lelaki yang lain. Walaupun beliau masih tidak berubah dengan sikap baran ketika bermain PUBG, saya bersyukur kerana suami tidak lagi bermain dengan pemain wanita tersebut.
Bak kata orang, disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Satu hari, ketika berada disekolah, saya terlupa satu barang yang perlu saya kembalikan kepada rakan guru. Memandangkan terlanjur berjanji, saya pulang ke rumah untuk mengambil barang tersebut memandangkan jarak dari sekolah ke rumah tidaklah jauh sangat. Sesampainya saya dirumah, saya terdengar suami berbual sambil ketawa dan dari perbualan tersebut, saya tahu suami sedang bermain PUBG.
Apabila saya buka pintu rumah, suami terkejut hinggakan telefon yang ada ditangannya terlepas. Suami cuba untuk mengambil telefon tersebut dan cuba untuk memtikan PUBG namun saya sempat melihat nama pemain yang bermain bersama beliau. Dan nama pemain itu adalah wanita tersebut. Saya berasa sangat marah dan terkilan kerana tidak sangka suami masih bermain bersama wanita itu di PUBG. Walaupun ia kedengaran lucu, namun ia boleh jadi punca keretakan rumahtangga. Saya bertanya kepada suami kenapa masih bermain dengan wanita itu?
Suami meninggikan suara dan bertanya semula, ‘kenapa saya tak boleh bermain dengan kawan saya sendiri?” Saya menjawab, saya cemburu kerana apabila beliau berbual dan bergurau dengan wanita itu di PUBG, sepertinya mereka sedang bertelefon, cuma platformnya adalah PUBG. Suami mula marah dan berteriak. Beliau katakan bahawa beliau tidak mempunyai kebebasan.
Saya katakan bahawa saya tidak pernah melarang beliau bermain PUBG, namun bukan dengan wanita itu. Saya menegaskan lagi bergurau bermain berduaan dalam PUBG memang tidak nampak dimata masyarakat, tapi bunyinya tidak sesuai untuk suami orang bergurau senda apa lagi suara wanita tersebut bermanja-manja dengan beliau.
Kerana tidak tahan saya bercakap, suami menarik rambut saya dan menjatuhkan saya ke lantai. Beliau menolak kepala saya ke lantai dan menekannya dengan keras. Saya hanya mampu menangis dan memegang perut saya kerana risau jika terjadi apa-apa terhadap zuriat kami. Beliau berteriak dan mengatakan saya tidak memberinya kebebasan. Apa kebebasan lagi yang suami minta? Saya tidak pernah melarang suami bermain PUBG.
Apabila saya menjawab, suami menghentakkan kepala saya ke lantai. Saya tidak dapat berfikir benda lain, melainkan kemtian di tangan orang yang paling saya sayangi. Apabila suami menarik rambut untuk bercakap dengan saya, saya rasa kesakitan yang amat sangat. Saya tidak pernah sangka suami akan buat begini terhadap saya kerana sepanjang perkahwinan kami, suami tidak pernah memukul saya. Dan beliau mengatakan jika saya berani bercakap tentang PUBG lagi, beliau akan ceraikan saya.
Kemudian, suami berdiri dan menuju kedalam bilik sambil mengambil telefon, mengunci diri sendiri di dalam bilik tersebut. Saya tidak mampu buat apa-apa melainkan menangis teresak-esak. Saya tersentak, terkejut dan trauma. Perkataan ‘cerai’ terngiang-ngiang dikepala saya. Spontan saya memegang perut memikirkan tentang nasib anak ini jika kami bercerai. Sedih tidak terkata apabila perangai suami berubah hanya kerana PUBG.
Selepas pergaduhan itu, saya mengambil alternatif untuk berdiam diri. Tetapi pada masa yang sama, saya bersedia andai suami ingin membawa haluan masing-masing. Saya wanita yang bekerjaya, kuat dan mampu berdiri sendiri andai suami pergi bersama wanita lain.
Kepada suamiku,
Tidak pernah terdetik dihati sayang untuk abang bertindak begini. Jauh disudut hati, sayang sangat sayangkan abang. Abang lelaki yang baik, cuma abang terpengaruh dengan mainan dunia. Sayang cuba untuk mengubah abang, tapi apakan daya jika kekerasan yang abang gunakan, sayang tidak boleh melawan. Sayang sentiasa berdoa semoga abang berubah dan kembali seperti yang dulu.
Kepada bakal/suami-suami gamers diluar sana,
Rendahkanlah ego anda seandainya isteri meminta anda untuk berhenti/kurangkan bermain PUBG, Mobile Legend dan seangkatan. Mungkin kerana isteri anda nampak perubahan sikap anda yang anda tidak sedari. Fahamilah bahawa syurga akhirat itu lebih bernilai daripada syurga dunia. Ada insan yang lebih perlukan anda didunia realiti berbanding dunia alam maya.
Kepada wanita games diluar sana,
Saya tidak salahkan anda jika tujuan anda hanya ingin mengisi hari anda dengan bermain game. Namun, fahamilah sempadan anda diantara suami orang walaupun hanya dialam maya. Dan cubalah bercakap menggunakan suara formal untuk berkomunikasi kerana saya juga wanita, tahu membezakan suara formal dan suara manja. Dan ingatlah andaikata ada wanita yang berniat buruk, karma itu wujud. Apa yang dibina dengan airmata, tidak akan berkekalan.
Antara komen netizen :
Fatimah Harun –Hentikan langganan internet.. kesilapan terbesar anda ialah menanggung lelaki, manakala wanita yang bekerja. Lelaki, bila mereka tiada tanggungjawab, akan menjadi lelaki paling teruk dan sampah. Sila pulangkan semula tanggungjawab mencari nafkah kepada suami..
Nurul Nur Aziela –Ni kang baby menagis masa dia main pubg tu mau dia tekup baby ngan bantal..dah la bini keje..tinggal ngan anak je..ish..
Mumu El Qadarawi –Kalau sy suruh awk bercerai sbb awk mampu tanggung diri n ank tu org ckp akk kejam..n bg nasihat yg meruntuhkan masjid So akk nasihat awk bertahanlah untuk terus bela biawak bernyawa x sedar diri sampai bila² bila kena pukul jng risau talian NUR ada.. Pilihan di tangan anda..
Kay Rokiah –Bodohlah laki kau tu, kau angkat kaki cabut je lah kak, aku main gak pubg, tp time buat kerja, buat kerja, time solat, solat, takdelah hadap fanatik sgt dgn game tu, dia nk sgt pompuan tu, haa lantak dia kak, kau angkat kaki blah, tgklah nnt, dia meroyan gila talak dgn kau.
Harith Faisal –Saya ni memang jenis lelaki yang tak main game, apatah lagi game macam PUBG, Mobile Legend tu.
Saya rasa masa yang saya ada tu, lebih baik saya penuhkan dengan aktiviti lain yang lebih bermanfaat.
Jadi, saya tak dapat nak komen seteruk mana ketagihan orang lain kat game macam tu.
Cumanya, saya boleh kata yang suami confessor tu macam ada affair dengan player wanita tu.
Saya setuju dengan confessor, walaupun hanya game, tapi bila berkomunikasi dengan wanita tu, siap suara manja-manja, memang patutlah confessor jeles.
Samalah macam isteri dengar suami dia call pompuan lain, siap suara gedik-gedik. Tak boleh bayangkanlah betapa remuk hati si isteri. Macam suami dia kantoi curang!!
Hazirah Hj Hamzah –Lelaki bila banyak sangat masa lapang, dia memang akan buat masalah. Sebab lelaki ni sifatnya sukakan cabaran.. Biar lelaki sibuk bekerja daripada ada masa lapang begini. Suami tugasnya menyara keluarga mencari nafkah.
Bila tak bekerja, lain jadinya. Sepatutnya kena cari alternatif untuk keselamatan. Tinggal di rumah bujang ke, jiran2 semua kawan sekerja ke.. Atau suruh juga suami cari kerja di kawasan tersebut. Sekarang ni dh makin gawat keadaannya. Si suami pun tak sedar yang isteri yg menangung hidupnya. Ada hati nak cerai isteri lagi . Tak malukah hidup dengan duit isteri?
Apa kata anda? Jangan lupa like komen dan share ya. Tq
– Laila via iiumc

The post Kerana PUBG , suami sanggup tarik rambut isteri mengandung, jatuhkan ke lantai. Bila dijawab, kepala dihentak lagi appeared first on MFADHLY.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mfadhly.net/2019/05/04/kerana-pubg-suami-sanggup-tarik-rambut-isteri-mengandung-jatuhkan-ke-lantai-bila-dijawab-kepala-dihentak-lagi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Yang Ni Layak Kena Viral Kepala Anak Retak Dihentak Ke Lantai Apabila Ditanya Ini Jawapan Pengasuh

Yang Ni Layak Kena Viral Kepala Anak Retak Dihentak Ke Lantai Apabila Ditanya Ini Jawapan Pengasuh

papar berkaitan - pada 6/5/2019 - jumlah : 356 hits
Yang Ni Layak Kena Viral Kepala Anak Retak Dihentak Ke Lantai Apabila Ditanya Ini Jawapan Pengasuh Isu penderaan kanak kanak bukanlah perkara baru Malah ada pengasuh yang tergamak mendera sehingga membawa kes kematian Rasa sayu dan sebak me...
Kalau Sakit Mengandung Melahirkan Zuriat Itu Suami Yang Tanggung Pasti Tiada Yang Sia Siakan Isteri

Kalau Sakit Mengandung Melahirkan Zuriat Itu Suami Yang Tanggung Pasti Tiada Yang Sia Siakan Isteri

papar berkaitan - pada 25/4/2019 - jumlah : 1200 hits
Viral kisah seorang ustaz selebriti yang menceraikan isterinya yang sedang hamil 7 bulan demi mengahwini seorang janda anak satu PU Abu menjadi bualan hangat netizen kerana tergamak memperlakukan isterinya sedemikian rupa Keputusan untuk me...
Isteri Tuntut Cerai Kerana Suami Tak Benarkan Main Pubg

Isteri Tuntut Cerai Kerana Suami Tak Benarkan Main Pubg

papar berkaitan - pada 30/4/2019 - jumlah : 365 hits
The ReporterSeorang wanita berusia 20 an menuntut cerai dari suaminya kerana lelaki itu tidak membenarkan dia bermain permainan popular PlayerUnknown s Battlegrounds lapor Pengarah di Pusat Sosial Kapten Wafa Khalil Al Hosani berkata pihakn...
Hanya Kerana Terlupa Membeli Ayam Goreng Isteri Sanggup Tikam Suami

Hanya Kerana Terlupa Membeli Ayam Goreng Isteri Sanggup Tikam Suami

papar berkaitan - pada 22/4/2019 - jumlah : 653 hits
Gara gara Terlupa Membeli Ayam Goreng Isteri Tergamak Bunuh Suami Menurut ibu mangsa anak lelakinya yang dikenali sebagai Wu pulang ke rumah dengan tangan kosong hingga menyebabkan berlaku pertengkaran bersama isterinya Ibu Terdengar Foto H...
Suami Tak Benarkan Main Pubg Isteri Bengang Minta Cerai

Suami Tak Benarkan Main Pubg Isteri Bengang Minta Cerai

papar berkaitan - pada 1/5/2019 - jumlah : 360 hits
Gara gara tidak dibenarkan bermain permainan PlayerUnknown s Battlegrounds seorang wanita berang dan menuntut cerai dari suaminya BACA Menurut laporan pengarah di Pusat Sosial Kapten Wafa Khalil Al Hosani memberitahu pihaknya menerima satu ...
Pu Abu Mengaku Cerai Isteri Sarat Mengandung

Pu Abu Mengaku Cerai Isteri Sarat Mengandung

papar berkaitan - pada 21/4/2019 - jumlah : 923 hits
MALAYSIAKINI Selepas kekecohan mengenai kontroversi rumah tangganya baru baru ini Abu Sufyan mengaku dengan dakwaan yang mengatakan dia menceraikan isterinya yang sarat mengandung tujuh bulan Abu atau dikenali sebagai PU Abu yang menjadi pe...
Isteri Guna Simpati Kematian Suami Vivian Wong Kempen Peralatkan Kubur Islam

Isteri Guna Simpati Kematian Suami Vivian Wong Kempen Peralatkan Kubur Islam

papar berkaitan - pada 29/4/2019 - jumlah : 841 hits
DAP akan lakukan apa sahaja Bermula gula gula peruntukan Sandakan Isteri mendiang Datuk Stephen Wong guna kematian sebagai simpati manakala anaknya calon DAP kempen lawat kubur orang Islam untuk simpati SANDAKAN Seperti dijangka isteri mend...
Kau Pu Syaitan Pu Abu Sufyan Dikecam Kerana Ceraikan Isteri Sarat Mengandung Guna Whatsapp

Kau Pu Syaitan Pu Abu Sufyan Dikecam Kerana Ceraikan Isteri Sarat Mengandung Guna Whatsapp

papar berkaitan - pada 21/4/2019 - jumlah : 1297 hits
SOSMED Kisah rumahtangga artis dan selebriti seringkali menjadi perhatian netizens apatah lagi jika ia melibatkan skandal kecurangan dan poligami paksa Terbaru Pencetus Ummah PU Abu Sufyan diserang pelbagai lapisan netizens yang bengang gar...
Benda Boleh Baiki Jangan Diganti Kita Suami Jangan Asyik Cari Kesalahan Isteri Pandang Perempuan Lain

Benda Boleh Baiki Jangan Diganti Kita Suami Jangan Asyik Cari Kesalahan Isteri Pandang Perempuan Lain

papar berkaitan - pada 27/4/2019 - jumlah : 940 hits
Terlalu banyak kisah yang viral tentang layanan suami terhadap isteri yang tidak dapat diterima akal dan tidak berperikemanusiaan Isteri yang sedang mengandung diceraikan demi perempuan lain isteri yang penat menjaga anak anak dijandakan de...
Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Lirik Lagu Hati Meraung Danial Ismail

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Some 2018 Cases Rushed Flawed And Tainted By Venom Enmity Pm

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Lirik Lagu Mesin Waktu Budi Doremi


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Resepi Nasi Ayam Pandan Yang Mudah Dan Sedap

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Tremendous Nadi Collaboration

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions