Kerana Politik Jaga Kuasa Nasib Bangsa Dan Agama Tak Berubah


Siti Hafidah Ketika pembangkang berani, dah jadi kerajaan bayang pun hilang BANGI – Kemenangan calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Slim semalam, hanyalah mukadimah drama politik dimainkan oleh politikus yang sudah usang dan gersang dalam konteks perjuangan bangsa dan agama.
Presiden gerakan Islam, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Haji Aminuddin Yahaya berkata, sekiranya betul mereka pejuang agama dan bangsa, mereka dicabar untuk ke Raub dan pertahankan tanah kerajaan serta mengembalikan Tanah Rizab Melayu.
Katanya, mereka juga perlu membela nasib Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, berjuang menghapuskan sekolah vernakular dan sebagainya seperti mana ketika mereka menjadi pembangkang dulu.
“Jika tidak, kemenangan di Slim hanyalah satu mukadimah kepada drama kerakusan kuasa yang akan terus bermaharajalela melalui seruan-seruan retorik membela agama dan bangsa sahaja.
“Lagi satu, jika benar kemenangan di DUN Slim – di bawah Parlimen Tanjung Malim – ini menunjukkan sokongan kaum bukan Melayu terhadap kerajaan, pastinya tiada masalah untuk parti-parti politik Melayu meletakkan calon di kerusi Parlimen Tanjung Malim.
“…yang kononnya menjadi kerusi tradisi MCA di mana majoriti pengundinya adalah orang Melayu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Haji Aminuddin menjelaskan bahawa saranan itu diusulkan susulan seringkali mendengar alasan ‘kerusi tidak cukup untuk perjuangkan agenda Melayu dan Islam di Parlimen’.
“Apakah kerusi ini akan hanya menjadi kuota ‘safe seat’ bagi MCA untuk ke Parlimen? Kita tunggu dan lihat sahajalah gelagat mereka ini,” katanya.
Pada perkembangan sama, Haji Aminuddin berkata, kemenangan BN semalam – majoriti 10,945 undi – tiada apa yang nak disorakkan sangat bahkan hanya kemenangan politik untuk menjaga kuasa.
“Selain daripada itu saya tak nampak ianya akan merubah sikap BN kepada semakin membela nasib bangsa dan agama negara. Mungkin ada yang marah dengan saya tapi saya tidak kisah kerana saya sudah melihat begitu banyak keadaan nasib bangsa dan agama tak berubah-ubah, tidak kira siapapun yang memerintah.
“Ya, satu aspek kita merasa lega kerana kini negara diperintah oleh ‘kerajaan Melayu’ tetapi apakah itu akan diterjemahkan dalam realiti membangunkan dan membela orang Melayu? Saya agak sangsi.
“Lihat sahaja kes Adib, kes judi haram, kes pencerobohan tanah haram, kes penghapusan tanah melayu, kes sekolah vernakular, kempen BMF, kes tulisan Jawi, kes UEC, kes arak dan banyak lagi yang merupakan antara sebahagian kes yang melihatkan gelagat parti-parti Melayu dalam kerajaan,” katanya.
Haji Aminuddin berkata, beliau tidak nampak kelibat parti ‘Melayu’ dan ‘Islam’ bangun membela sebagaimana mereka bangkit ketika menjadi pembangkang dahulu.
“Ketika menjadi pembangkang memang kita nampak keberanian mereka tetapi rupa-rupanya bila sudah memerintah jangankan taring dan belang hilang, bayang pun sudah tidak nampak.
“Saya tidak tahu mengapa, dan ini sangat mengecewakan,” katanya kesal.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/08/kerana-politik-jaga-kuasa-nasib-bangsa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Urus Pertamina Malah Jadi Rugi Mantan Terpidana Kasus Penghinaan Agama Ini Diminta Kembali Ke Dunia Politik

Urus Pertamina Malah Jadi Rugi Mantan Terpidana Kasus Penghinaan Agama Ini Diminta Kembali Ke Dunia Politik

papar berkaitan - pada 25/8/2020 - jumlah : 291 hits
Kehadiran mantan terpidana kasus penghinaan agama Basuki Tjahaja Purnama alias Ahok di tubuh PT Pertamina dianggap tidak bermanfaat Hal itu dikarenakan Pertamina mengalami kerugian mencapai 767 92 juta dolar AS atau setara Rp 11 33 triliun ...
Penguat Kuasa Perlu Amanah Jaga Integriti

Penguat Kuasa Perlu Amanah Jaga Integriti

papar berkaitan - pada 18/8/2020 - jumlah : 278 hits
GARA GARA video pendedahan Asri Janggut seorang Pengarah Jabatan Penguat kuasa Manjlis Bandaraya Shah Alam dan tujuh penguat kuasa MBSA Cawangan Sungai Buloh ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia kerana disyaki menerima rasuah bagi...
Ingatkan Banser Wasekjen Mui Anda Sok Kuasa Jaga Adab Terhadap Ulama Tidak Boleh Kyai Dibentak Bentak

Ingatkan Banser Wasekjen Mui Anda Sok Kuasa Jaga Adab Terhadap Ulama Tidak Boleh Kyai Dibentak Bentak

papar berkaitan - pada 24/8/2020 - jumlah : 459 hits
Kasus penggerudukan yang dilakukan Banser Ansor ke salah satu lembaga pendidikan di Rembang Pasuruan Jawa Timur mendapat sorotan dari Majelis Ulama Indonesia Pusat Wakil Sekjen MUI Nadjamuddin Ramli mengingatkan kepada Banser Ansor untuk me...
Hotman Paris Dikabarkan Bangkrut Gimana Nasib Mobil Mewahnya

Hotman Paris Dikabarkan Bangkrut Gimana Nasib Mobil Mewahnya

papar berkaitan - pada 28/8/2020 - jumlah : 263 hits
Beredar kabar pengacara kondang Hotman Paris Hutapea mengalami kebangkrutan Pria nyentrik yang lekat dengan kemewahan dan perempuan cantik ini dikabarkan menjual murah sejumlah asetnya Kekayaan berlimpah Hotman diketahui tidak hanya dalam b...
Nasib Balita Yang Dicekoki Miras Fahira Idris Negara Harus Bertanggung Jawab

Nasib Balita Yang Dicekoki Miras Fahira Idris Negara Harus Bertanggung Jawab

papar berkaitan - pada 25/8/2020 - jumlah : 315 hits
Khalayak netizen dibuat berang oleh video seorang pemuda yang diduga memberi minuman keras berupa anggur merah Dalam video balita dicekoki miras itu seorang pemuda memberikan miras berjenis anggur merah kepada seorang bocah yang usianya dit...
Siswa Smp Tewas Dibunuh Saat Ulang Tahun Jasad Dibuang Ke Sungai Kini Nasib Pelaku

Siswa Smp Tewas Dibunuh Saat Ulang Tahun Jasad Dibuang Ke Sungai Kini Nasib Pelaku

papar berkaitan - pada 1/9/2020 - jumlah : 775 hits
Kasus pembunuhan bocah bernama Nick Wilson alias Dimas menemui titik terang Pelaku pembunuhan yang bernama Masri akhirnya ditangkap polisi Diketahui korban yang merupakan siswa SMP Negeri 2 Galang ditemukan tewas di aliran sungai di Desa Se...
Alat Pengehad Kelajuan Mula Berkuat Kuasa 1 Oktober 2025 Loke

Ketua Bersatu Pahang Dikatakan Mahu Sertai Pas

Sarang Warga Asing Kampung Madura Diserbu Pati Beranak Pinak Dicekup

Kontroversi Hutang Intan Najuwa Giliran Rizman Ruzaini Pula Bersuara Saya Tak Tahu Menahu Pasal Tu

Pekasam Puyu

Visit Malaysia 2026 To Make Malaysia A Destination The World Remembers Says Tourism Minister

Are Detractors Claiming 300 Litre Mth Budi95 Ain T Enough Going On Trans Continental Expeditions

Pahang Bersatu Chief Denies Plans To Join Pas


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sepasang Telekung Siti Khadijah

Sedapnya Paru Goreng Kunyit

Apakah Hukum Membaca Surah Al Sajdah Dalam Solat Subuh Setiap Jumaat

Xiaomi 17 17 Pro 17 Pro Max Dilancarkan Secara Rasmi

Cara Mohonan Mykasih 2025 Syarat Kelayakan Kadar Bantuan

Cekodok Pisang Rangup Di Luar Dan Tanda Kematian