Kerana Penyelewengan Bomba Kini Dalam Bahaya


Sembilan Balai Bomba dan Penyelamat di seluruh negara boleh dianggap berdepan masalah kekurangan baju kalis api yang kritikal berikutan tiada pembelian baharu dibuat sejak 2017.

Ini menyebabkan anggota di balai berkenaan dikatakan terpaksa menggunakan baju kalis api ‘usang’ yang koyak ataupun berkongsi baju sama dengan rakan lain yang tidak bertugas jika berlaku kebakaran.

Difahamkan, sejak 2017, pembelian baju kalis api oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) terhenti berikutan urusan pembeliannya disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Penggunaan baju kalis api yang tamat tempoh bukan saja amalan tidak profesional tapi turut mengundang maut berikutan baju berkenaan gagal berfungsi sepenuhnya untuk menghalang sambaran atau bahang api ketika anggota bomba bertugas.

Difahamkan, baju kalis api yang digunakan seluruh pegawai dan anggota bomba seluruh negara kini berusia antara lima hingga 10 tahun. 

Selain menggunakan baju kalis api yang ‘nazak’, antara 30 peratus hingga 40 peratus anggota bomba di seluruh negara dilapor berkongsi baju kalis api itu dengan rakan mereka.

Terpalit masalah sama, rekrut bomba yang baru keluar dari pusat latihan.

Antara Balai Bomba yang kekurangan baju kalis api dan terpaksa berkongsi sesama mereka dilaporkan berlaku di Balai Bomba dan Penyelamat :

Jalan Hang Tuah dan Chow Kit, Kuala Lumpur;
Ipoh dan Tapah, Perak;
Shah Alam, Selangor;
Alor Setar, Kedah;
Seremban 2, Negeri Sembilan
Johor Bahru, Johor.

Sumber memberitahu Harian Metro, disebabkan siasatan yang dilakukan SPRM, tiada pembelian atau perolehan baju kalis api baharu boleh dibuat sejak 2017 sehingga kini.

Menurutnya, pada 2017, SPRM merampas 6,000 baju kalis api di stor bomba di Balai Bomba Salak Tinggi bernilai hampir RM13.5 juta bagi tender dikeluarkan pada 2016.
 
“JBPM ataupun kerajaan dilapor membayar 98 peratus kepada pembekal iaitu RM13.2 juta sebelum baju itu dirampas,” katanya.

Sumber itu berkata, rampasan dilakukan SPRM selepas agensi antirasuah itu menerima aduan mengenai masalah pada baju kalis api dibekalkan syarikat pembekal.

Menurutnya, pemeriksaan makmal juga mengesahkan pakaian dibekalkan itu menggunakan bahan asas daripada plastik (polyster) yang mudah terbakar.

Sejak kes disiasat SPRM, 3,800 baju kalis api dibatalkan pembeliannya pada 2017. Bagi 2018 pula, 6,000 baju kalis api yang setiap pasang berharga antara RM2,400 hingga RM2,500 turut dibatalkan pembelian. 

Pembatalan pembelian baju kalis api juga disebabkan kawalan pihak tertentu yang kini bertugas di JBPM dan kementerian kerana mahu menentukan syarikat mana akan dianugerahkan tender berkenaan katanya. 


Dalam perkembangan sama, sumber itu menjelaskan disebabkan kegagalan pembelian baju kalis api baharu anggota di kebanyakan balai bomba berkongsi baju itu sesama mereka.

“Boleh dikatakan satu pasang baju kalis api dikongsi antara tiga hingga empat anggota. Situasi itu berlaku hampir di semua balai di seluruh negara.

“Ia jauh berbeza berbanding jumlah ideal (sesuai) setiap anggota bomba perlu dibekalkan dua pasang baju seorang,” katanya.

Sumber itu berkata, amalan berkongsi baju kalis api juga menyebabkan anggota bomba terdedah kepada masalah kesihatan kerana kesan berpeluh pada baju merisikokan mereka kepada penularan penyakit kulit.

“Selain itu, baju bersaiz lebih besar berbanding badan si pemakai juga mendedahkan risiko berlakunya kemalangan. Anggota bomba boleh tersangkut ketika memadam api.

“Untuk makluman, jangka hayat baju kalis api adalah antara tiga hingga lima tahun, bergantung kepada penjagaan dan tahap pendedahan lapisan luar kepada api.

“Ia boleh juga menjangkau sehingga 10 tahun jika tidak digunakan langsung. Namun, penggunaan kerap akan mengurangkan jangka hayat baju kalis api itu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah JBPM Datuk Muhamad Hamdan Wahid ketika diminta menjelaskan perkara berkenaan berkata, pihaknya dalam proses perolehan bagi mendapatkan bekalan baju kalis api itu.

Katanya, perkara dibangkitkan adalah isu dalaman dan sepatutnya tidak perlu dimaklumkan kepada media.

“Beri tahu kepada saya saja tak perlu bangkitkan kepada pihak media. Baju kalis api dalam proses perolehan (pembelian) namun saya tidak boleh beri jaminan bila (pembelian boleh dibuat),” katanya.





 

Sumber : Harian Metro

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://laiyeker.blogspot.com/2019/01/kerana-penyelewengan-bomba-kini-dalam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Melayu Rare Macam Saya Kini Diancam Kepupusan Dan Ini Sudah Semestinya Sangat Bahaya Siti Kasim

Melayu Rare Macam Saya Kini Diancam Kepupusan Dan Ini Sudah Semestinya Sangat Bahaya Siti Kasim

papar berkaitan - pada 19/1/2019 - jumlah : 554 hits
Aktivis dan peguam Siti Kasim kecewa dengan prestasi 100 hari pentadbiran Pakatan Harapan yang tidak melakukan apa apa untuk menangai isu kaum dan agama Malah tambah beliau kerajaan tidak menggunakan kuasa yang ada pada mereka untuk menguba...
Dell Hadir Dengan Xps 13 Baru Kini Menyertakan Kamera Pada Bahagian Atas

Dell Hadir Dengan Xps 13 Baru Kini Menyertakan Kamera Pada Bahagian Atas

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 215 hits
Dell kini telah pun hadir dengan kemaskini Dell XPS 13 yang terbaru dimana mereka meneruskan rekaan premium nirbingkai bersama sama komputer riba ini Berbanding dengan rekaan sebelum ini Dell XPS 13 yang baru ini membawakan sedikit perubaha...
Buat Benda Baik Memang Susah Ds Shahida Akui Dulu Tak Sedia Ambil Anak Susuan Kini Harap Anak Berjaya

Buat Benda Baik Memang Susah Ds Shahida Akui Dulu Tak Sedia Ambil Anak Susuan Kini Harap Anak Berjaya

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 292 hits
Datin Sri Nurshahida ibu yang penyayang kini dua anak angkatnya telah pun menjadi anak susuan Kalau dulu tidak bersedia tapi hasil dorongan suami kini dia ibu yang sangat menyayangi malah berharap anak anaknya berjaya dunia akhirat Usahawan...
Isi Ulang E Money Bank Mandiri Kini Bisa Di Kantor Pos

Isi Ulang E Money Bank Mandiri Kini Bisa Di Kantor Pos

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 271 hits
SEVP Consumer and Transaction Bank Mandiri Jasmin mengatakan dengan kerjasama ini Bank Mandiri secara bertahap akan menempatkan mesin pembaca e money di loket loket Kantor Pos di seluruh Indonesia Rencananya layanan top up e money ini akan ...
Jom Beli Keropok Lekor Rara Kini Ada Yang Frozen

Jom Beli Keropok Lekor Rara Kini Ada Yang Frozen

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 1795 hits
Kepada penggemar keropor lekor original dari Terengganu boleh cuba keropok lekor RARARARA LEKOR RARA LEKOR RARA LEKOR Meh sini kakak abang makcik pakcik semua Jom pakat ramai ramai ke mari sini belaka meh SUKA MAKAN KEROPOK LEKOR PEMINAT TE...
Selepas Starbucks Kini Family Mart Pula Jadi Tempat Pilihan Pelajar Belajar

Selepas Starbucks Kini Family Mart Pula Jadi Tempat Pilihan Pelajar Belajar

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 454 hits
Selepas Starbucks Kini Family Mart Pula Jadi Tempat Pilihan pelajar Belajar Kalau sebelum ini pernah tular dengan budaya pelajar memilih Starbucks sebagai lokasi belajar dan dikecam teruk netizen kali ini Family Mart pula menjadi mangsa Tak...
Xiaomi Mi Mix 2s Dengan Snapdragon 845 6gb Ram Kini Boleh Didapati Pada Harga Rm1399

Xiaomi Mi Mix 2s Dengan Snapdragon 845 6gb Ram Kini Boleh Didapati Pada Harga Rm1399

papar berkaitan - pada 10/1/2019 - jumlah : 231 hits
Xiaomi sedia menawarkan Pocophone pada harga sangat kompetitif dan memberikan saingan sengit kepada pelbagai jenama lain Kini bersempena dengan Tahun Baru Cina menjelang tiba Xiaomi turut telah hadir dengan promosi potongan harga untuk Xiao...
Bekas Tunang Menyesal Dulu Gemuk Kini Slim Habis

Bekas Tunang Menyesal Dulu Gemuk Kini Slim Habis

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 684 hits
Kadangkala Kita dilahirkan didunia ini dari kecil sampai besar dengan berbagai bagai keadaan dari segi tubuh badan hitam putih cantik hodoh dan bermacam macam lagi Tapi Hakikatnya semua itu adalah anugerah yang Allah SWT berikan pada hamban...
Tarikh Pendaftaran Permohonan Atau Kemas Kini Bantuan Sara Hidup

Tarikh Pendaftaran Permohonan Atau Kemas Kini Bantuan Sara Hidup

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 693 hits
Tarikh Pendaftaran Permohonan Atau Kemas Kini Bantuan Sara Hidup Assalamualaikum Hari ini Cik Ash berkesempatan nak kongsikan dengan korang semua tentang tarikh pendaftaran atau kemas kini BSH untuk tahun 2019 ni Di bawah ni Cik Ash sertaka...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Resepi Spaghetti Seafood Marinara

Drama Skuad X Lakonan Imran Aqil Yusof Hashim

Enjoy The Rhythm Of Life A Nature Inspired Residence In Hefei China

Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Ikut Sop Tampal Lubang Jalan Dalam Tempoh 24 Jam Kkr Seru Syarikat Konsesi