Kerana Pemandu Grab Perlu Lesen Psv Dan Permit



Sukar dapat Grab; kekurangan pemandu kerana pemandu perlu mendapatkan lesen PSV dan permit

Ia berikutan pelaksanaan peraturan Lesen Kenderaan Pengangkutan Awam (PSV). Ramai pengguna perkhidmatan e-hailing terpaksa mencari pengangkutan alternatif hari ini, apabila terpaksa menunggu lebih sejam untuk mendapatkan perkhidmatan itu.Ia berikutan pelaksanaan peraturan Lesen Kenderaan Pengangkutan Awam (PSV) dalam perkhidmatan e-hailing yang berkuat kuasa hari ini. Ramai pengguna terpaksa beralih kepada perkhidmatan lain seperti teksi, bas dan pengangkutan tren selepas terpaksa menunggu lama.Pengumuman Menteri Pengangkutan Anthony Loke petang ini bahawa peraturan tersebut akan ditangguhkan tiga bulan lagi telah melegakan para pengguna. Loke berkata keputusan itu diambil berikutan ramai pemandu e-hailing sedang menjalani proses mendapatkan PSV dan Permit Kenderaan E-hailing (eVP).Peraturan baharu itu juga memberikan kadar komisen yang lebih tinggi terhadap pemandu e-hailing iaitu sehingga maksimum 20 peratus, dan pemandu teksi yang beroperasi melalui aplikasi e-hailing pada kadar maksimum 10 peratus. Meskipun Grab menerusi laman webnya pada Khamis telah memberi peringatan mengenai akan wujudnya kekurangan perkhidmatan pemandunya, tinjauan Bernama di sekitar ibukota mendapati ramai pengguna masih memilih untuk menggunakan perkhidmatan tersebut walaupun terpaksa menunggu begitu lama.Selain tambang perjalanan yang meningkat contohnya pada kebiasaan tambang dari Wisma Bernama ke Suria KLCC adalah dalam lingkungan RM5 ke RM7, namun hari ini meningkat kepada RM9 hingga RM11, dan di waktu puncak boleh mencapai kepada RM17.Pelajar Universiti Sains Malaysia, Muhammad Amir Aiman, 22, berkata beliau agak terkejut dengan kenaikkan tambang Grab yang mendadak hari ini.“Harga sangat berbeza, hampir 50 peratus peningkatan, memang mahal. Kebiasaannya dari rumah ke Stesen Komuter Bandar Tasik Selatan hanya RM11 atau masa ‘peak hour’ (waktu puncak) dalam RM15, tetapi hari ini lebih RM20,” katanya.Sementara jurujual, Nur Atiqah Romli, 24, berkata gara-gara gagal mendapat perkhidmatan Grab beliau nyaris lambat ke tempat kerjanya.“Setiap hari saya akan keluar rumah untuk pergi bekerja pada jam 9 pagi dan sampai ke tempat kerja kira-kira jam 9.15 pagi. Tetapi hari ini lewat dari kebiasaannya kerana gagal mendapatkan Grab. Lebih 30 minit baru dapat Grab. Nasiblah sempat,” katanya.Sementara itu, pemandu Grab yang hanya mahu kenali sebagai Zakir, 40-an berkata pelaksanaan peraturan baharu itu agak menyusahkan mereka.“Bagi mendapatkan Lesen Kenderaan Pengangkutan Awam (PSV) kami perlu menjalankan pemeriksaan kesihatan, kursus selama enam jam dan ujian. “Tidak semua yang membawa Grab ini pandai Saya pilih bawa Grab kerana gagal mendapatkan kerja yang baik kerana tidak mempunyai kelulusan, bawa Grab tidak perlukan semua itu,” katanya.Berbeza pula dengan Lai Koh Heng, 40-an, yang menyambut baik pelaksanaan peraturan baharu itu dan menyifatkan ia sebagai sebahagian daripada kewajipan tugasnya sebagai pemandu Grab.“Ia macam kita buat perniagaan, apa perniagaan yang kita buat kita perlu melabur dari segi kewangan dan masa.“Ujian itu tidak sepatutnya menjadi masalah jika kita membuat ulang kaji dan memahami peraturan sebaiknya…pemeriksaan kesihatan itu juga tidak menyusahkan hanya pemeriksaan asas sahaja,” katanya. — Bernama


Lihat lagi..Ini Peluang Kerja Dan Jadi Usahawan. (1)Hanya 30 Hari, Dapat Kerja Dan Boleh Jadi Usahawan...(2)Pembelanjaran Gunting Rambut Secara Ringkas..(3)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2019/07/kerana-pemandu-grab-perlu-lesen-psv-dan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Tidak Akan Desak Pemandu E Hailing Untuk Dapatkan Lesen Psv

Kerajaan Tidak Akan Desak Pemandu E Hailing Untuk Dapatkan Lesen Psv

papar berkaitan - pada 2/7/2019 - jumlah : 485 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Pemandu Grab Malaysia Akan Berkurangan Selepas 12 Julai 2019

Pemandu Grab Malaysia Akan Berkurangan Selepas 12 Julai 2019

papar berkaitan - pada 11/7/2019 - jumlah : 576 hits
Hits 4Sudah kecoh isu panas ramai pemandu Grab di Malaysia sejak akhir tahun lepas tentang perlaksanaan E Hailing kepada pemandu Grab Malaysia Ramai yang buat part time sebagai pemandu Grab sudah malas nak sertai Grab Sebab E Hailing Pemand...
Anthony Loke Keperluan Lesen Psv Tidak Akan Meningkatkan Tanda Harga Perkhidmatan Seru Pandu

Anthony Loke Keperluan Lesen Psv Tidak Akan Meningkatkan Tanda Harga Perkhidmatan Seru Pandu

papar berkaitan - pada 3/7/2019 - jumlah : 431 hits
Menjelang 12 Julai kelak semua pemandu perkhidmatan seru pandu seperti Grab MyCar EzCab dan sebagainya akan diwajibkan mendapatkan lesen PSV sebelum mereka boleh memandu untuk syarikat syarikat tersebut Menjawab pertanyaan mengenai jika kep...
Dia Cantik Gila Pemandu Grab Teruja Sajat Jadi Penumpang Kereta

Dia Cantik Gila Pemandu Grab Teruja Sajat Jadi Penumpang Kereta

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 725 hits
Seorang gadis yang merupakan seorang pemandu Grab secara sambilan berkongsi perasaan teruja bersama pengikutnya di laman sosial Twitter apabila penyanyi dan usahawan kosmetik Nur Sajat menaiki keretanya sebagai penumpang BACA Fitnah Bekas S...
Kisah Warga Bangladesh Dan Pemandu Grab Yang Meruntun Hati

Kisah Warga Bangladesh Dan Pemandu Grab Yang Meruntun Hati

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 363 hits
Apabila bercakap sahaja tentang warga Bangladesh yang bekerja di negara ini pasti ramai yang akan mengaitkan mereka dengan masalah bau badan yang kurang menyenangkan lalu seorang pengguna Facebook Fadhli Sahar yang merupakan seorang pemandu...
256 Oku Hadir Ujian Dapatkan Lesen Psv Peluang Tingkatkan Pendapatan

256 Oku Hadir Ujian Dapatkan Lesen Psv Peluang Tingkatkan Pendapatan

papar berkaitan - pada 2/7/2019 - jumlah : 386 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Grab Berhasrat Untuk Mendapatkan Lesen Bank Maya Digital Di Malaysia

Grab Berhasrat Untuk Mendapatkan Lesen Bank Maya Digital Di Malaysia

papar berkaitan - pada 8/7/2019 - jumlah : 362 hits
Dengan perkembangan arena teknologi sektor perbankan turut mengalami pelbagai perubahan Selari dengannya arena bank maya digital turut menjadi fokus ramai dan beberapa pihak kini sedang menantikan lampu hijau daripada pihak berkuasa sebelum...
Sikap Biadap Pemandu Grab Memukul Warga Emas

Sikap Biadap Pemandu Grab Memukul Warga Emas

papar berkaitan - pada 16/7/2019 - jumlah : 508 hits
Tidak dinafikan lagi servis Grab adalah sangat bagus dalam memberikan kemudahan kepada ramai untuk bergerak ke mana sahaja Namun kebelakangan ini kita sering menerima berita yang tidak baik yang melibatkan penumpang dan pemandu Baru baru in...
Suspek Kes Bunuh Pemandu Grab Dirujuk Ke Hospital

Suspek Kes Bunuh Pemandu Grab Dirujuk Ke Hospital

papar berkaitan - pada 14/7/2019 - jumlah : 622 hits
Seorang lelaki tempatan berumur 24 tahun yang didakwa bersama dengan seorang warga Filipina dalam kes bunuh seorang pemandu Grab dirujuk ke Hospital Mesra Bukit Padang Majistret Jessica Ombou Kakayun pada Khamis membuat keputusan itu terhad...
Tale Of Two Presidents Parallels From Lbj S Vietnam War Visit

Plot Twist As Legal Eagle Casts Doubt If Rhb Bank Has Pursued Right Procedures In Axing Hardcore Pas Staff

Hawkers Small Traders Key To Economic Growth Says Anwar

Anwar Cancels Pahang Trip Due To Back Pain Doctors Recommend Rest

Johor Bahru Residents Bathe In Rain And Mosques As River Pollution Cuts Water To Nearly 2 Million

Klang Valley Johor And Pahang Under Thunderstorm Warning Metmalaysia Urges Caution Amid Flash Flood Risks

Angkara Dendam Pekebun Cedera Di Perut Ditikam Kenalan

Deputy Comms Minister Hopes Malaysian Media Council S First Agm Will Boost Professionalism And Dispute Mechanisms


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rasa Gembira Makan Borenos Di Keningau

Irresistible Healthy Yogurt Recipes For Breakfast

Semoga Allah Melindungi Kita

Aktiviti Perjumpaan Ketua Aktivis Ppim Bersama Pengerusi Mais Ppim 28 10 2025

Aktiviti Lawatan Ke Pusat Raudhoh Tahfiz Al Quran Ppim 02 11 2025

Drama Saat Aku Tahu