Kerana Nurul Izzah Dr M Mengalah Jua Akhirnya





KERANA NURUL IZZAH, DR M MENGALAH JUA AKHIRNYA

Jika sebelumnya ini, Dr Mahathir Mohamad agak keras pendiriannya berhubung kedudukan jawatan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam (PAC), kekerasan hatinya kini nampaknya sudah mulai mengendur.

Dalam perkembangan terbaru, beliau menyatakan kesediaannya untuk menimbang melantik pengerusi baru PAC daripada pembangkang bagi menggantikan Ronald Kiandee yang kini telah menyertai Bersatu.

“Ya, kita akan menimbangkannnya. Kita akan mencari calon yang bagus.

“Ia adalah janji yang dibuat PH. Kita boleh laksanakannya bila-bila masa, kita akan berpegang kepada janji,” ujar beliau.

Sebelum ini, ketika mempertahankan kedudukan Ronald Kiandee, Dr Mahathir bertegas menyatakan tidak perlu bagi Ahli Parlimen Beluran itu meletakkan jawatannya.

Kata Dr Mahathir, PH sudah menunaikan janjinya apabila melantik Ronald Kiandee daripada Umno untuk jawatan Pengerusi PAC, tetapi apa yang boleh dilakukannya jika beliau kemudiannya memilih untuk melompat menyertai parti kerajaan.

Pendirian Dr Mahathir itu bukan saja pelik, malah dilihat jelik kerana ia jelas telah menodai janji PH sendiri.

Selain beberapa pemimpin PH melontarkan suara bantahan terhadap sikap Dr Mahathir itu, ia seterusnya mendorong Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Permatang Pauh meletakkan jawatannya sebagai Ahli PAC pada semalam.

Sudah tentu perubahan sikap Dr Mahathir ini adalah disebabkan tindakan Nurul Izzah itu.

Selepas mengumumkan pengunduran sebagai ahli PAC, Nurul Izzah juga memaklumkan bahawa ini adalah penggal terakhirnya berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Dilaporkan beliau menyatakan bahawa bukan sesuatu yang mudah untuk bekerja dengan Dr Mahathir.

Sebagaimana yang diketahui umum, Dr Mahathir adalah ahli politik yang licik dan boleh bertukar bila-bila masa setelah mendapat kuasa.

Sikap beliau, bukan saja kepada keluarga Anwar Ibrahim, malah kepada sesiapa juga boleh berbeza antara sebelum beroleh kuasa dengan setelah kuasa berada di tangannya.

Dengan sikapnya yang demikian itu, sesiapa saja boleh jadi bosan dan patah hati dengannya.

Bagaimanapun, dengan kesediaan beliau mengalah dalam soal kedudukan pengerusi PAC, ini secara tidak langsung bermakna, jika sikap dan pendirian Dr Mahathir dalam mengurus kerajaan yang dilihat bercanggah dengan agenda reformasi PH dibantah dengan cara yang betul, ia pasti akan beroleh kejayaan.

Kejayaan mengubah pendirian Dr Mahathir dalam soal perlantikan pengerusi PAC harus dilihat sebagai langkah permulaan bahawa pemimpin-pemimpin mesti berani bertindak lebih tegas dalam mempertahankan PH.

Mereka mesti sedar bahawa PH lebih besar dan utama berbanding Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri yang ada pelbagai kuasa ditangannya.

Jangan takut atau gentar menyanggah pendirian Tun Mahathir yang bertentangan dengan PH kerana nilai perjuangan yang disokong rakyat adalah lebih penting untuk dipelihara berbanding nikmat jawatan dan kedudukan yang memberi keselesaan dalam kehidupan.

Moganya lebih ramai pemimpin ada sikap seperti Nurul Izzah yang tidak sayang jawatan atau kedudukan demi memastikan agenda PH kekal terpelihara sampai bila-bila.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://bloglist-malaysia.blogspot.com/2019/03/tun-m-akhirnya-beralah-demi-nurul-izzah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Najib Sindir Nurul Izzah Merajuk Dengan Ph

Najib Sindir Nurul Izzah Merajuk Dengan Ph

papar berkaitan - pada 25/3/2019 - jumlah : 431 hits
Datuk Seri Najib Razak secara sinis berkata beliau menunggu Warkah Cordova untuk memujuk Nurul Izzah Anwar yang mengumumkan beliau tidak mahu bertanding dalam pilihan raya akan datang berikutan kecewa dengan pentadbiran PH Sementara waktu k...
Dr M Jawab Nurul Izzah Saya Pun Kecewa Dengan Mereka

Dr M Jawab Nurul Izzah Saya Pun Kecewa Dengan Mereka

papar berkaitan - pada 25/3/2019 - jumlah : 299 hits
Dr M jawab Nurul Izzah Saya pun kecewa dengan mereka PM membalas kenyataan Ahli Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar yang menzahirkan rasa kecewa dengan prestasi kerajaan PH
Nurul Izzah Patah Hati Tetapi Sudah Berani Kritik Mahathir Viralhancing

Nurul Izzah Patah Hati Tetapi Sudah Berani Kritik Mahathir Viralhancing

papar berkaitan - pada 25/3/2019 - jumlah : 433 hits
KUALA LUMPUR Nurul Izzah Anwar berkata beliau sedang menghabiskan penggal terakhirnya sebagai wakil rakyat kerana kecewa dengan Pakatan Harapan Secara jujurnya Nurul Izzah mengakui beliau patah hati dengan situasi politik semasa Selepas tig...
Azmin Kritik Nurul Izzah Tak Tahan Cabaran Jika Tak Mampu Tahan Panas Keluar Dapur

Azmin Kritik Nurul Izzah Tak Tahan Cabaran Jika Tak Mampu Tahan Panas Keluar Dapur

papar berkaitan - pada 25/3/2019 - jumlah : 480 hits
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilihat mengkritik Nurul Izzah Anwar sebagai budak merengek dipercayai susulan beberapa kenyataan ahli parlimen Permatang Pauh kebelakangan ini Negara ini memerlukan individu yang sanggup mendepani segala kegeti...
Saifuddin Nafi Ph Keluar Kenyataan Bersama Berkaitan Nurul Izzah

Saifuddin Nafi Ph Keluar Kenyataan Bersama Berkaitan Nurul Izzah

papar berkaitan - pada 25/3/2019 - jumlah : 304 hits
nbsp nbsp nbsp nbsp Foto oleh BernamaPUTRAJAYA Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail hari ini menafikan PH ada mengeluarkan kenyataan bersama seperti yang ditularkan hari ini susulan kenyataan yang dibuat oleh Ahli Parli...
Nurul Izzah Mahu Reformasi Azmin Sindir Budak Merengek

Nurul Izzah Mahu Reformasi Azmin Sindir Budak Merengek

papar berkaitan - pada 26/3/2019 - jumlah : 447 hits
Kekecewaan Ahli Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar terhadap pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan tidak dapat diselindung lagi Dalam wawancaranya bersama akhbar Singapura The Straits Times Nurul Izzah meluahkan rasa kecewanya dengan k...
Azmin Kritik Nurul Izzah Budak Merengek

Azmin Kritik Nurul Izzah Budak Merengek

papar berkaitan - pada 26/3/2019 - jumlah : 544 hits
TIDAK TAHAN GETIR AZMIN KRITIK NURUL IZZAH BUDAK MERENGEK Diterbitkan oleh Projek MM 2 jam yang lalu pada 25 March 2019KUALA LUMPUR 25 Mac Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilihat mengkritik Nurul Izzah Anwar sebagai budak merengek dipercayai s...
Rent A Mechanical Bull For The Ultimate Event Experience

Bufet Ramadan 2025 Bazar Citarasa Kita At Ballroom Palm Garden Hotel Putrajaya

Ulasan Entri Ke Empat Akhirat Dikejar Dunia Jangan Lupa

Home Office In Tashkent A Harmonious Fusion Of Functionality And Warmth

Abstaining From Vote Not The Same As Rejection Pn Mp Tells Govt

Rafizi Dedah Cerita Bagaimana Kerjasama Malaysia Arm Tercetus

Resepi Laksa Lemak Kedah Bahan Bahan 1 Tin Sardin Buang Sos Dan Cuci

Madani Gov T Sending Palestinian Kids To International School Are The Expenses Borne By M Sian Taxpayers


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Merentas Desa Tempat Ke 12

Cara Periksa Homestay Scammer

Leadership In Building A Startup

Menu Berbuka Puasa

Makan Berlebihan Itu Zalim Zalim Pada Diri Sendiri Tv Ppim 05 03 2025

Lirik Lagu Raudah Hafiz Hamidun