Kerana Jari Tengah Driver Abang Botak Naik Angin Kena Penjara


Seorang pembantu stor yang digelar 'abang botak' oleh warganet terpaksa menyambut Aidilfitri di dalam penjara selepas Mahkamah Majistret Petaling Jaya di sini hari ini menjatuhi hukuman penjara 12 bulan kerana melakukan khianat dengan memecahkan cermin sebuah kereta.

Majistret, Nur Shahira Abdul Salim membuat keputusan itu terhadap Danial Abdullah Tan selepas menerima pengakuan salah tertuduh.

Hukuman tersebut berkuat kuasa dari tarikh tangkap iaitu semalam.

Danial,31, mengaku melakukan khianat terhadap pemandu kereta Produa Alza milik Siew Chean Voon,58, dengan mengetuk kereta itu menggunakan topi keledar.

Kesalahan itu dilakukan di Jalan Kasturi, Seksyen 12, Taman Bukit Serdang, di sini, jam 5.30 petang, Selasa lalu.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Ketika ditanya oleh Majistret punca dia bertindak sedemikian, Danial berkata, pemandu kenderaan itu hampir melanggarnya dua kali sehingga memaksanya menghimpit semula kereta tersebut.

"Saya himpit semula sebab nak ajak berbincang, tetapi dia telah tunjuk jari kepada saya.

"Itu yang menyebabkan saya bertindak sebegitu. Saya minta maaf," katanya dalam keadaan sebak.

Terdahulu, peguam Nur Rafiuddin Naswari yang mewakili Danial memohon hukuman denda atas alasan anak guamnya merupakan penyara tunggal keluarga.

"Kesalahan ini adalah kesalahan pertama dan tertuduh mempunyai dua orang anak berusia setahun dan tiga tahun," katanya.

Menurutnya, kesalahan dilakukan Danial bukanlah dirancang tetapi spontan.

"Anak guam telah dikecam oleh masyarakat apabila kad pengenalan, alamat pekerjaan, alamat rumah tular di media sosial," katanya.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Hairuliqram Hairuddin memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal agar menjadi pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat.

"Kes pembuli jalanan ini kerap berlaku dan hukuman berbentuk pengajaran perlu diberikan," katanya.

Dalam satu rakaman video berdurasi 3.01 minit yang tular semalam memaparkan dua lelaki menunggang dua motosikal sambil berbual di hadapan kereta itu.

AstroAwani

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://bankami.blogspot.com/2019/05/kerana-jari-tengah-driver-abang-botak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Abang Botak Naik Angin Pecahkan Cermin Kereta Orang

Abang Botak Naik Angin Pecahkan Cermin Kereta Orang

papar berkaitan - pada 30/5/2019 - jumlah : 732 hits
SEORANG penunggang motosikal berang selepas dihon oleh sebuah kereta di belakangnya kerana menghalang laluan Menerusi video yang viral di media sosial lelaki berkepala botak itu dilihat sedang menunggang di sebelah seorang rakannya sambil b...
Perghhh Abang Botak Dipenjara 12 Bulan Dia Tunjuk Jari Kepada Saya

Perghhh Abang Botak Dipenjara 12 Bulan Dia Tunjuk Jari Kepada Saya

papar berkaitan - pada 1/6/2019 - jumlah : 467 hits
Abang botak dipenjara 12 bulan Dia tunjuk jari kepada saya Danial dijatuhi hukuman penjara 12 bulan SEORANG pembantu stor yang digelar abang botak oleh warganet terpaksa menyambut Aidilfitri di dalam penjara selepas Mahkamah Majistret Petal...
Abang Botak Hentak Cermin Kereta Raya Di Penjara Majistret Khilaf Peguam

Abang Botak Hentak Cermin Kereta Raya Di Penjara Majistret Khilaf Peguam

papar berkaitan - pada 1/6/2019 - jumlah : 480 hits
Peguam Syahredzan Johan yang juga setiausaha politik kepada MP Iskandar Puteri Lim Kit Siang menggesa hukuman khidmat masyarakat terhadap kesalahan setimpal Ini selepas mahkamah menjatuhkan hukuman penjara setahun terhadap Danial Abdullah T...
Buat Macam Jalan Bapak Dia Abg Botak Naik Angin Kena Horn Habis Cermin Keta Dia Hentaak

Buat Macam Jalan Bapak Dia Abg Botak Naik Angin Kena Horn Habis Cermin Keta Dia Hentaak

papar berkaitan - pada 31/5/2019 - jumlah : 826 hits
Dalam bulan ramadan ini selain dari menahan diri dari makan dan minum kita juga harus banyak bersabar nak mengawal kemarahan Bulan bulan puasa ni walaupun setan banyak kena ikat tetapi dugaan yang datang memang banyak Buat Macam Jalan Bapak...
Abang Botak Road Bully Sambut Syawal Dalam Penjara

Abang Botak Road Bully Sambut Syawal Dalam Penjara

papar berkaitan - pada 1/6/2019 - jumlah : 502 hits
SHAH ALAM Seorang pembantu stor yang digelar abang botak oleh warganet terpaksa menyambut Aidilfitri di dalam penjara selepas Mahkamah Majistret Petaling Jaya di sini hari ini menjatuhi hukuman penjara 12 bulan kerana melakukan khianat deng...
Saya Nak Ajak Bincang Tapi Dia Sebab Sebenar Abang Botak Hentak Cermin Kereta

Saya Nak Ajak Bincang Tapi Dia Sebab Sebenar Abang Botak Hentak Cermin Kereta

papar berkaitan - pada 1/6/2019 - jumlah : 907 hits
Saya Nak Ajak Bincang Tapi Dia Sebab Sebenar Abang Botak Hentak Cermin Kereta Selepas tular di media sosial mengenai seorangi individu yang memecahkan cermin kereta sebuah produa Axia pihak polis telah bertindak menahan lelaki tersebut yang...
Abang Botak Tidak Sangka Jadi Begini

Abang Botak Tidak Sangka Jadi Begini

papar berkaitan - pada 2/6/2019 - jumlah : 393 hits
Seorang pembantu stor yang digelar abang botak oleh warganet terpaksa menyambut Aidilfitri di dalam penjara selepas Mahkamah Majistret Petaling Jaya di sini hari ini menjatuhi hukuman penjara 12 bulan kerana melakukan khianat dengan memecah...
Naik Mobil Double Cabin Anies Disambut Tabuh Bedug Dan Gema Takbir Di Tanah Abang

Naik Mobil Double Cabin Anies Disambut Tabuh Bedug Dan Gema Takbir Di Tanah Abang

papar berkaitan - pada 5/6/2019 - jumlah : 298 hits
Kehadiran Anies menyedot perhatian masyarakat Ratusan warga nampak langsung berkerumun mendekati kendaraan yang dinaiki Anies
Polis Buru Abang Botak Samseng

Polis Buru Abang Botak Samseng

papar berkaitan - pada 31/5/2019 - jumlah : 329 hits
SUSULAN kejadian seorang lelaki berkepala botak menghentak cermin kereta sehingga pecah pemilik kereta telah membuat laporan polis untuk tindakan lanjut Sehubungan itu pihak polis kini sedang giat mencari suspek untuk ditahan mengikut mengi...
Pengerusi Dap Pahang Dakwa Tutup Kasino Genting Jejaskan Ekonomi Mata Pencarian Umat Islam

5 Best Electric Pickup Trucks That Will Break The Market In 2025

Gsk Lancar Shingrix Vaksin Kayap Untuk Rakyat Malaysia

Saifuddin Lepas Jawatan Setiausaha Agung Pkr Fuziah Ambil Alih

Kereta Bergoyang Di Kawasan Parkir Rupanya Janda Dan Suami Orang Sedang Bercucuk Tanam Didalamnya

Zulries D Pojok

Wanita Makan Kucing Hidup Hidup

Wanita Diuji Bila Lelaki Tak Punya Apa Apa Lelaki Diuji Bila Punya Segalanya Betul Ke


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

Biodata Acap S Peserta Muzikal Lawak Superstar 2024 Musim 4 Yang Juga Personaliti Tiktok Live Viral

Senarai Peserta Muzikal Lawak Superstar 2024 Musim 4 Astro Warna

Info Dan Sinopsis Filem How To Make Millions Before Grandma Dies 2024 Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

10 Fakta Biodata Reedzwann Penyanyi Lagu Tercipta Satu Senyuman Cinta Pandang Pertama Yang Terpalit Kemalangan


Menteri Dap Buat Hal Lagi M Sia S Pura Israel

Taquari House By Est Dio Empena In Brasilia Brazil

Malaysia Day Message From Sam The Ceo

Emulate The Spirit Of Social Cohesion Of Sabah And Sarawak

Man Cendol Outing

Generating Boutique Names