Keramaian Yang Hilang Keramatnya


 

Hari minggu lalu saya menghadiri dua majlis persandingan. Sabtu di majlis anak kawan saya dan pada Ahad pula majlis anak daripada kaum kerabat saya. Biasalah, umur-umur begini semestinyalah kita akan selalu menyaksikan kawan-kawan kita punya anak melangsungkan majlis perkahwinan. Bagai tak terasa waktu bergerak pantas, rasanya tak sampai sedekad yang lalu kita hadir majlis perkahwinan kawan dan saudara sebaya kita, tahu-tahu kini mereka sudah pun menyambut menantu pula.
Kopak! Kopak! Kopak!
Gebung! Gebung! Gebung!
Terkejut saya dari menungan bila terdengar bunyi kompang menandakan pengantin sudah sampai. Saya tersenyum sendirian. Huh! Bunyi kompang “recorded” rupanya. Ingatkan budak-budak yang main kompang. Apa nak buat, mana nak cari kumpulan kompang di kawasan bandar besar begini. Majlis pun dibuat di balai yang terletak di sebuah blok bangunan. Semua urusan kenduri disatukan dalam sebuah pakej khas yang menarik dan lengkap diistilahkan sebagai sebuah majlis. Ya, hidup yang serba moden ini kita hanya perlukan duit dan segalanya akan “bisa diatur” tanpa kita berpenat-lelah lagi. Semangat majlisnya tetap sama seperti dahulu tetapi kekeramatannya sedikit hilang dan dikorbankan atas faktor kemodenan tadi. Itulah tolak ansur yang harus kita pertimbangkan seperti bunyi kompang sintetik tadi. Saya kembali termenung apabila teringat sebuah rangkap dalam lagu Di Suatu Keramaian nyanyian kumpulan Kembara:
“Ibu-ibu sibuk di dapur
Menyediakan masakan yang istimewa
Kerana menyambut kunjungan
Menteri kemegahan mereka
Gadis-gadis menyusun bunga dan renda
Menghiasai balai raya sambil berbisik
Dan tersenyum riang.”
Aduh! Manisnya zaman itu. Ya, lagu itu mengisahkan persiapan orang kampung hendak menyambut kedatangan pak menteri tetapi suasananya itu sangat berbekas di ingatan saya. Semangat muafakat dan gotong-royong inilah kekuatan masyarakat kita dahulu. Hati nyamuk sama dicicah, hati gajah sama dilapah. Kerja kenduri-kendara dijayakan bersama. Kaum bapa mendirikan bangsal. Waktu malam sebelum kenduri esoknya anak muda tidur di bangsal menjaga lauk pauk sambil bermain daun terup. Tuan rumah belanja mereka sekarton rokok sebagai upah esok mengangkat hidangan dan membasuh pinggan. Kemeriahannya cukup terasa.
“Meriah betul, kan?” tanya saya kepada kenalan yang semeja dengan saya. Dia dan isterinya hanya senyum sambil meneruskan makan. Ah! Saya sekali lagi terlupa. Ini konsep kenduri zaman ini. Makan sahaja, jangan berbual banyak-banyak dengan rakan semeja dengan kita. Kita tidak saling mengenali, yang kenal kita hanya tuan rumah majlis sahaja. Maka itu, kita hanya menghadiri majlis dan menjamu selera sahaja bukan untuk berkenalan tanya itu dan ini. Di sini, di tempat ini – tidak menjadi peramah itulah sebaiknya. Terlalu mesra akan membuat orang lain tidak selesa.
Selesai makan saya dan isteri berjumpa tuan rumah majlis (walaupun bukan dibuat di rumah tapi kita gelarkan jugalah sebagai “tuan rumah”) iaitu ibu bapa kepada pengantin untuk mengucapkan tahniah sambil “salam kaut”. Selepas bergambar sekeping dua, kawan saya berkata pukul 3.30 petang majlis mesti ditutup. Dewan ini perlu dikemas dan dikosongkan.
“Sebagai persiapan untuk majlis orang lain pula sebelah malam nanti,” jelas dia.
Ya! Saya akur. Saya sekali lagi tidak menyalahkan sesiapa atau mana-mana pihak. Inilah hakikat hari ini. Kita kena pantas bersaing. Kenduri tetap kenduri tetapi ia juga terpaksa berdepan dengan hambatan saingan.
“Aku kena tempah dewan ni enam bulan lepas,” kata kawan saya. Huh!
Esoknya saya ke majlis handai-taulan yang dibuat di kampung pula. Benar! Tiada lagi anak-anak gadis melilit renda. Tiada juga belia-belia mengangkat jambar atau dulang. Di kampung juga sudah guna khidmat katering tetapi lauknya lebih sedap sedikit berbanding lauk katering bandar. Masih ada rasa masak ala gotong-royong kenduri. Ditambah pula tuan rumah turut menambah sejenis dua lauk masakan keluarga sendiri. Inilah syurga, gaissss! Daging lembu atau kerbau segar yang baharu ditumbangkan semalam. Masak rendang atau kari alangkah lazatnya. Itu belum kira malam semalam tu, tulangnya dibuat sup panas-panas. Aduh!
Kopak! Kopak! Kopak!
Gedebum! Gedebum! Gedebum!
Yahoo! Saya bagai hendak melompat gembira apabila melihat masih wujud pasukan kompang yang dianggotai bersama orang tua dan anak muda. Kampung ini bagus, puji saya.
“Alhamdulillah! Setakat ini masih ada. Ahli majlis dan geng mengaji kaum ibu pun aktif. Bukan sahaja kenduri-kendara tetapi menguruskan kematian pun kita ada ahli jawatankuasa.” jelas rakan yang semeja dengan saya. Sekali lagi saya gembira sebab ada seseorang yang senang diajak berbual. Saya pulang dengan gembira ketika acara menyanyi karaoke sedang berlangsung. Acara yang telah menggantikan “live band” kampung. Di sesetengah tempat, suasana majlis disulami dengan lagu-lagu nasyid dan berbentuk keagamaan. Ia berjalan mengikut kehendak tuan rumah, keluarga atau menurut kesesuaian sesuatu tempat.
Mungkin bagi sesetengah kita tidak kisah pun dalam bab perjalanan majlis kenduri-kendara ini. Kalau hendak berubah pun apa nak buat. Katering atau gotong-royong, di dewan atau di balai raya, ada kompang atau hanya pakai bunyi rakaman – yang penting majlis jalan. Memang bukan semua orang kisah apabila bunga telur tidak ada lagi untuk diberikan kepada tetamu yang datang sebaliknya diganti dengan gula-gula padahal orang kita dah lama kaji, telur adalah makanan paling berzat dan melambangkan kesuburan. Gula-gula? Ahai!
Kerana bagi sesetengah kita adat bukannya statik, ia bergerak seiring dengan zaman. Kitalah harus menyesuaikannya. Meriah atau tidak sesuatu majlis itu pun tidak perlu ada pihak lain menilaikan asalkan yang empunya diri bahagia. Tetapi sebaliknya pula jika sesuatu bangsa itu tidak kisah dengan adat budaya sendiri maka sesuatu bangsa itu sukar untuk maju ke hadapan dari pelbagai segi. Betulkah? - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2023/10/aa_676.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perabot Ada Kesan Calar Boleh Hilang Dengan Cara Ini Mudah Dan Murah

Perabot Ada Kesan Calar Boleh Hilang Dengan Cara Ini Mudah Dan Murah

papar berkaitan - pada 7/10/2023 - jumlah : 190 hits
Perabot Ada Kesan Calar Boleh Hilang Dengan Cara Ini Mudah Dan Murah Perabot kayu ada kesan calar Nah ini ada cara mudah dan murah nak hilangkannya Perabot kayu sangat sesuai dengan hampir semua bahagian dalaman moden Bagaimanapun goresan p...
2010 Kali Terakhir Dilihat Rapper Penerbit Dari Yg Entertainment Dilapor Dah 10 Tahun Hilang

2010 Kali Terakhir Dilihat Rapper Penerbit Dari Yg Entertainment Dilapor Dah 10 Tahun Hilang

papar berkaitan - pada 5/10/2023 - jumlah : 192 hits
Ada berita mengejut mengenai kehilangan seorang bekas rapper dan komposer dari YG Entertainment ARTIKEL BERKAITAN Terbaru satu hantaran bertajuk Komposer YG yang hilang selama 10 tahun telah dimuat di pelbagai laman komuti dalam talian Untu...
Sempat Buat Panggilan Video Minta Tolong Sebelum Lelaki Ini Hilang

Sempat Buat Panggilan Video Minta Tolong Sebelum Lelaki Ini Hilang

papar berkaitan - pada 7/10/2023 - jumlah : 215 hits
KOSMO Tangkap layar rakaman panggilan video terakhir Muhammad Daniel bersama tunangnya sebelum dia dilaporkan hilang PETALING JAYA Seorang lelaki dilaporkan hilang sejak 3 Oktober lalu selepas membuat penghantaran telefon bimbit jenis iPhon...
Hilang Duit Rp715 Juta Mantan Pembalap Nasional Ini Tertipu Trading Online Berjangka

Hilang Duit Rp715 Juta Mantan Pembalap Nasional Ini Tertipu Trading Online Berjangka

papar berkaitan - pada 10/10/2023 - jumlah : 175 hits
Nasib apes dialami Riski Andrian mantan pembalap nasional kelas 110 cc yang mengalami kerugian hingga ratusan juta rupiah
Penampakan Langit Biru Dan Pelangi Di Pekanbaru Saat Kabut Asap Hilang Diguyur Hujan

Penampakan Langit Biru Dan Pelangi Di Pekanbaru Saat Kabut Asap Hilang Diguyur Hujan

papar berkaitan - pada 11/10/2023 - jumlah : 205 hits
Saat ini kondisi langit di Pekanbaru yang awalnya disebut tidak sehat kini sudah biru dan status udara dinyatakan sehat
Algorithm Google October 2023 Berubah Pageviews Blog Merundum Dan Banyak Link Entry Hilang Dalam Carian Google

Algorithm Google October 2023 Berubah Pageviews Blog Merundum Dan Banyak Link Entry Hilang Dalam Carian Google

papar berkaitan - pada 10/10/2023 - jumlah : 218 hits
Merujuk kepada tajuk benda tu terjadi pada blog korang tak Saya perasan sejak minggu lepas kot kalau tak silap Pageviews blog mula merundum Boleh dikatakan menurun lebih dari 50 macam tu Tak ada ubah apa apa pun Tahu tahu menurun gitu je St...
Video Jejak Jejak Mentan Yasin Limpo Hilang Di Eropa Usai Rumah Digeledah Kpk Ini Kronologinya

Video Jejak Jejak Mentan Yasin Limpo Hilang Di Eropa Usai Rumah Digeledah Kpk Ini Kronologinya

papar berkaitan - pada 5/10/2023 - jumlah : 146 hits
Menteri Pertanian Syahrul Yasin Limpo sempat dikabarkan hilang usai KPK menggeledah rumah dinasnya di Kompleks Widya Chandra Jakarta Selatan
Video Tawa Jokowi Respons Kabar Mentan Syahrul Yasin Limpo Hilang Di Eropa

Video Tawa Jokowi Respons Kabar Mentan Syahrul Yasin Limpo Hilang Di Eropa

papar berkaitan - pada 5/10/2023 - jumlah : 118 hits
Presiden Joko Widodo meminta semua pihak menunggu kedatangan Syahrul Jokowi mengaku tidak tahu apakah Syahrul hilang kontak atau tidak
Viral Empat Sekeluarga Hilang Setelah Bercuti Di Pulau Perhentian Akhirnya Dijumpai Selamat

Viral Empat Sekeluarga Hilang Setelah Bercuti Di Pulau Perhentian Akhirnya Dijumpai Selamat

papar berkaitan - pada 4/10/2023 - jumlah : 139 hits
Ahli keluarga hilang secara tiba tiba menjadi satu mimpi buruk yang tak boleh dibayangkan dengan kata kata Tentunya misteri kehilangan tersebut ingin dirungkai secepat mungkin dan menemui jawapan yang pasti Namun inilah yang terjadi pada se...
When How Where Rm450k Linked To Tanjung Batu Rep

Cash And Bank Transfer Rm360k Linked To Tempasuk Rep

Cops Arrest Duo For Evading Roadblock Seize Drugs After Chase

Hidden Hunger In Malaysia The Silent Crisis Affecting Our Kids

Top Attractions In Port Dickson Why Weekday Travel Is Your Best Bet

Empat Cara Mengawal Kemarahan

Sembilan Daerah Selangor Yang Wajib Di Kunjungi

Resepi Tau Fu Fa Homemade Mudah Dan Cepat Hanya Guna 3 Bahan


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Caruman Kwsp Bekas Suami Bekas Isteri Boleh Ambil Untuk Nafkah

Migraine Sebelum Haid

Cetaphil Toner Bantu Kulit Flawless

Penganggur Dipenjara 12 Tahun Atas Kesalahan Merompak Dan Menyamar Sebagai Polis

Kejayaan Atlet Silat Sarawak Noktahkan Penantian Malaysia Menangi Kejohanan Dunia

Jalan Kampung Pun Ada Lampu Jalan Berbayar Tak Sedia Lampu Dr Akmal Tegur Syarikat Konsesi