Kerajaan Tidak Kompromi Keselamatan Rakyat Di Media Sosial Fahmi




KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak boleh memberikan lebih masa untuk pelesenan media sosial dalam usaha menangani jenayah di platform tersebut, termasuk pedofilia dan aktiviti penipuan, tegas Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata, isu keselamatan rakyat, terutama kanak kanak dan keluarga di media sosial yang semakin berleluasa tidak boleh dikompromi.
“Pihak Meta meminta lebih banyak masa untuk membanteras kumpulan-kumpulan di akaun media sosial, tetapi sejujurnya, kita (kerajaan) tidak boleh memberikan lebih masa.
“Kita menerima aduan daripada orang awam mengenai kewujudan kumpulan pedofilia dalam Facebook, yang jumlahnya telah mencecah puluhan ribu orang kerana beroperasi bertahun-tahun lamanya.
“Jadi, saya tidak faham mengapa mereka (Meta) mahu mempertahankan kumpulan scammer dan pedofilia ini. Kita sudah mengarahkan supaya platform media sosial dilesenkan, jadi berikan sahaja lesen itu,” katanya ketika ditemui media di Majlis Rumah Terbuka Deepavali Madani 2024 di sini hari ini.
Fahmi mengulas pertemuannya bersama pihak Meta semalam, di mana beliau menegur syarikat tersebut kerana masih gagal menangani jenayah pedofilia dan pengantunan kanak-kanak (sexual grooming), khususnya di platform Facebook.
Mengulas lanjut hari ini, Fahmi berkata, perbincangan mengenai langkah menangani jenayah pedofilia dan pengantunan kanak kanak telah dilakukan sejak awal tahun, dan beliau sendiri telah pergi ke Singapura untuk bertemu dengan pihak Meta.
“Untuk mengatakan kita tidak pernah berbincang dengan mereka adalah satu penipuan. Kita sudah berbincang, dan saya telah turun ke Singapura untuk bertemu mereka, tetapi mereka memberikan pelbagai alasan.
“Bagi saya, keselamatan rakyat Malaysia, terutama kanak-kanak dan keluarga, tidak boleh kita kompromi dalam hal ini,” katanya.
Pada Ogos, Fahmi memaklumkan berdasarkan garis panduan yang dibina bersama dan mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, mana-mana platform yang tidak mempunyai lesen selepas 1 Jan 2025 boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 126 akta tersebut.
Beliau berkata, kerajaan menegaskan pelesenan media sosial hanya terpakai untuk pengendali platform dan bukannya kepada pengguna atau pempengaruh.
Mengenai sambutan Deepavali, Fahmi berharap ia dimanfaatkan untuk merapatkan hubungan silaturahim dan ukhuwah yang telah lama terjalin antara rakyat.
Katanya walaupun terdapat perbezaan agama, fahaman dan pandangan politik, ia tidak bermaksud rakyat di negara ini tidak boleh bersatu hati.
“Kita lihat ramai daripada pelbagai kaum dan agama hadir untuk meraikan dan menyambut bersama perayaan ini dalam suasana yang harmoni, aman damai dan permai. Inilah semangat perpaduan yang kita ingin pupuk di seluruh negara,” katanya. – Bernama


Source link
The post Kerajaan tidak kompromi keselamatan rakyat di media sosial – Fahmi appeared first on Edisi Viral Plus.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://plus.edisiviral.com/kerajaan-tidak-kompromi-keselamatan-rakyat-di-media-sosial-fahmi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Media Sosial Kawan Atau Musuh

Media Sosial Kawan Atau Musuh

papar berkaitan - pada 30/10/2024 - jumlah : 295 hits
Siapa yang tak ada media sosial hari ini Dari Instagram hingga TikTok semua orang seolah olah terhubung dalam satu dunia digital yang serba cepat Namun pernahkah kita terfikir tentang pengaruh media sosial terhadap gaya hidup dan kesihatan ...
Polis Siasat Kumpulan Aktiviti Pengantunan Seksual Di Media Sosial

Polis Siasat Kumpulan Aktiviti Pengantunan Seksual Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 28/10/2024 - jumlah : 207 hits
BernamaKUALA LUMPUR Polis sudah memulakan siasatan mengenai dakwaan kewujudan kumpulan yang menjalankan aktiviti pengantunan seksual kanak kanak di media sosial Ketua Polis Negara Razarudin Husain berkata siasatan dilakukan selepas menerima...
Gen Z Personal Branding Pelajari Cara Membangunnya Di Media Sosial

Gen Z Personal Branding Pelajari Cara Membangunnya Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 26/10/2024 - jumlah : 252 hits
BloggerBorneo com Di era digital yang serba cepat ini media sosial telah menjadi alat yang sangat powerful bagi siapa saja terutama generasi Z untuk memperkuat personal branding Personal branding bukan lagi sekadar tren melainkan strategi y...
Tips Hidup Di Era Digital Hati Hati Bahaya Sosial Media Dalam Kehidupan Cinta

Tips Hidup Di Era Digital Hati Hati Bahaya Sosial Media Dalam Kehidupan Cinta

papar berkaitan - pada 24/10/2024 - jumlah : 201 hits
Disadari atau tidak sosial media pasti berpengaruh pada kehidupan kita terutama kehidupan cinta kita Apa sih pengaruhnya
Pembentangan Resolusi Task Force Rakyat Sidang Media Ppim 23 10 2024

Pembentangan Resolusi Task Force Rakyat Sidang Media Ppim 23 10 2024

papar berkaitan - pada 23/10/2024 - jumlah : 351 hits
Sesi pembentangan Resolusi Task Force Rakyat hasil daripada Persidangan Meja Bulat NGO Task Force Rakyat yang berlangsung pada 7 September yang lalu Resolusi Task Force Rakyat yang dibentangkan ini adalah satu inisiatif penting untuk menang...
Tip Elak Aura Negatif Bila Melayari Media Sosial

Tip Elak Aura Negatif Bila Melayari Media Sosial

papar berkaitan - pada 31/10/2024 - jumlah : 181 hits
Media sosial memang seronok kan Tempat kita semua berkongsi cerita gambar dan pendapat Tapi kadang kadang ia juga boleh jadi medan drama yang penuh kata kata negatif Bagi yang mungkin selalu rasa terpengaruh atau termakan dengan posting yan...
Kajian Tentang Teknik Humblebrag Di Media Sosial

Kajian Tentang Teknik Humblebrag Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 5/11/2024 - jumlah : 236 hits
Terdapat sebuah kajian di universiti awam tentang teknik humblebrag seorang tokoh perniagaan merangkap instafamous influencer Berikut adalah hasil rumusan yang dibuat oleh ChatGPT tentang kajian humblebrag tersebut
Contoh Poster Selamat Menyambut Deepavali Yang Beredar Di Sosial Media 2024

Contoh Poster Selamat Menyambut Deepavali Yang Beredar Di Sosial Media 2024

papar berkaitan - pada 1/11/2024 - jumlah : 262 hits
Kemeriahan Pesta Cahaya lebih bermakna dengan seluruh negara diterangi sambutan yang menyemarakkan keharmonian dan perpaduan rakyat apabila segenap lapisan masyarakat tanpa mengira kaum turut berkongsi kegembiraan meraikan perayaan berkenaa...
Sin Chew Daily Apologises For Jalur Gemilang Error

Bagaimana Usahawan Wanita Di Malaysia Mencapai Kejayaan

Ww Koleksi Pokok Bunga Orkid

Pro Madani Cytro Gets Ticked Off For Over Eagerly Portraying Pmx As A Forgiving Compassionate Soul

Thai Woman Nabbed At Klia With Rm1 05m Cocaine Stash Hidden In Handicraft Bag

Ron95 Subsidy Khalid Tells Anwar To Take A Page From Najib S Slogan

Insurance With No Medical Exam Simplified Coverage For Peace Of Mind

Loud And Rowdy Stg Tracker Scrambles The Yamaha Xv920r


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Keluarga Dah Sayang Sophia Albarakbah Bakal Kahwin Jejaka Dikenali Sejak Usia 14 Tahun

The Mystery Of The Missing Moon Another Newspaper S Error With The Malaysian Flag

Jalur Gemilang Silap Polis Tahan Ketua Editor Timbalan Ketua Penyunting Sin Chew

Ibu Syed Saddiq Sebak Lihat Perjuangan Anak Harap Golongan Muda Tak Takut Bersuara Demi Kebenaran

Telefon Pintar Acer Kembali Dengan Super Zx Dan Super Zx Pro

Essential Survival Skills Every Adventurer Should Master