Kerajaan Sepenggal Ph Berbalah Disebabkan Mahathir Juga




Menyedari kemerosotan sokongan rakyat kepada kerajaan terus berlaku, Tun Mahathir Mohamad memberi amaran bahawa PH tidak mustahil hanya menjadi kerajaan selama sepenggal saja.“Kita kalah lima pilihanraya kecil dan mereka masih tidak faham.“Saya beritahu mereka, dalam demokrasi kamu perlu sokongan kuat orang ramai.“Tetapi sebaliknya, mereka bergaduh sesama sendiri dan pecah belahkan rakyat.“Mereka tidak akan menang kecuali mereka ubah cara,” katanya.Peringatan tentang kerajaan sepenggal ini sebenarnya bukanlah perkara baru kerana ia telah diperkatakan lama sebelum ini dan saya sendiri sudah menulis mengenainya dalam blog ini lebih setahun yang lalu.Di media sosial pula sudah ramai yang menulis dan memperkatakannya.Berkaitan hal ini, Tun Mahathir barangkali paling terlewat dalam menyedari tentang kelemahan kerajaan yang sedang dipimpinnya yang mungkin hanya mampu bertahan selama sepenggal saja.(Dalam perkembangan terbaru, Tun Mahathir dilaporkan telah membuat pembetulan berhubung kenyataannya bahawa mungkin jadi kerajaan sepenggal dengan mengatakan ia hanya akan berlaku jika perbalahan dalaman tidak segera ditangani)Meski demikian, walau amaran Tun Mahathir itu adalah sesuatu yang baik, tetapi yang tidak baiknya ialah beliau seolah-olah tidak menyedari bahawa sebahagian besar punca perbalahan dalam PH adalah disebabkan dirinya sendiri.Bermula dengan melantik Azmin Ali sebagai menteri, walaupun tidak dicalonkan oleh PKR lantaran sudah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor, mudah menerima bekas Ahli-Ahli Parlimen UMNO ke dalam Bersatu, secara sulit mengadakan pertemuan dengan pemimpin pembangkang untuk menguatkan kedudukannya dan berdolak-dalik tentang janji menyerahkan kuasa adalah antara punca utama yang menyebabkan perbalahan berlaku dalam PH.Jika tidak berlaku semua perkara di atas, PH dan parti-parti di dalamnya pada hakikatnya aman-aman saja dan kerajaan boleh berfungsi dengan lebih baik dalam menunaikan janji kepada rakyat serta melaksanakan reformasi seperti yang dijanjikan.Tetapi, barangkali kerana niat awal Tun Mahathir memang tidak ikhlas dalam menyertai PH, apalagi untuk menunaikan janji menyerahkan jawatan kepada Anwar Ibrahim, maka sebab itulah sejak awal dan satu demi satu pergolakan politik dicetuskannya.Tujuannya ialah tidak lain supaya rakyat turut sama terbuai dan menghabiskan lebih banyak masa dengan politik, lalu dengan pemusatan kuasa yang masih terkumpul di tangannya, beliau dalam pada itu mampu bertahan lebih lama dan melengah-lengahkan peralihan kuasa.Seharusnya, jika Tun Mahathir benar-benar ikhlas mahu mengelakkan PH daripada menjadi kerajaan sepenggal, beliau yang seharusnya menunjukkan perubahan terlebih dahulu.Ini tidak, beliau meminta orang lain berubah dan tidak berbalah, sedangkan perbalahan itu sendiri dicetuskan oleh permainan yang diaturnya.Apakah perubahan yang mesti dilakukan oleh Tun Mahathir?Pertama, beliau mesti kembali menyelak Buku Harapan dan berusaha menunaikan segala janji manifesto sebagaimana yang telah dijanjikan.Kedua, Tun Mahathir mesti berhenti bermain politik, mengatur itu dan ini, memperkuatkan kedudukannya secara sulit atau masih cuba menubuhkan kerajaan lain sama ada melalui pintu belakang, pintu tepi atau melalui tingkap sekali pun.


Beliau harus sedar mandat yang diterimanya adalah menerusi PH dan kemahuan rakyat terhadap reformasi, maka sewajibnya beliau mengekalkan pilihan rakyat ini sehingga PRU seterusnya pada 2023 akan datang.Ketiga, Tun Mahathir mesti segera menetapkan tarikh penyerahan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar supaya ketidaktentuan tidak lagi berterusan dan semua orang selepas ini boleh fokus kepada kerja-kerja membina negara dan menjaga kebajikan rakyat.Tidakkah Tun Mahathir sedar, banyak perbalahan dalam PH, termasuk dalam PKR, adalah berkaitan isu peralihan kuasa dan sebab akibat yang tercetus daripada percaturan yang sengaja ditimbulkannya?Jika hari ini Azmin masih Menteri Besar Selangor misalnya, percayalah bahawa PKR tidak akan bergolak seperti yang ada sekarang dan begitu juga jika Tun Mahathir sendiri tidak sibuk-sibuk memperkuatkan dirinya sendiri dengan membelakangkan PH atas semua perbuatannya.Kesimpulannya, dalam Tun Mahathir memberi amaran tentang kemungkinan PH menjadi kerajaan sepenggal kerana kononnya asyik berbalah, apakah beliau sebenarnya semakin jarang menatap cermin atau cermin sudah tiada di rumahnya? (ShahbudinHusin 20/01/2020)





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/01/kerajaan-sepenggalph-berbalah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Berubah Atau Pakatan Harapan Jadi Kerajaan Sepenggal Dr Mahathir

Berubah Atau Pakatan Harapan Jadi Kerajaan Sepenggal Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 20/1/2020 - jumlah : 372 hits
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata gabungan pemerintah boleh menjadi kerajaan sepenggal jika ia tidak melakukan beberapa perubahan Pakatan Harapan yang dipimpin Mahathir menewaskan gabungan Barisan Nasional yang sudah lama...
Tun Mahathir Sudah 5 Prk Kalah Ubah Sikap Atau Ph Jadi Kerajaan Sepenggal

Tun Mahathir Sudah 5 Prk Kalah Ubah Sikap Atau Ph Jadi Kerajaan Sepenggal

papar berkaitan - pada 20/1/2020 - jumlah : 512 hits
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata gabungan pemerintah boleh menjadi kerajaan sepenggal jika ia tidak melakukan beberapa perubahan Pakatan Harapan yang dipimpin Mahathir menewaskan gabungan Barisan Nasional yang sudah lama...
Tiada Majoriti Dua Pertiga Dalam Dewan Sukar Kerajaan Penuhi Manifesto Dr Mahathir

Tiada Majoriti Dua Pertiga Dalam Dewan Sukar Kerajaan Penuhi Manifesto Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 25/1/2020 - jumlah : 225 hits
KUALA LUMPUR 25 Jan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan Pakatan Harapan menghadapi kesukaran dalam memenuhi tuntutan manifestonya yang memerlukan pindaan undang undang berkaitan Perlembagaan kerana ia tidak mempunyai du...
Apa Tawaran Pembangkang Jika Ph Kerajaan Sepenggal

Apa Tawaran Pembangkang Jika Ph Kerajaan Sepenggal

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 342 hits
Oleh Siti Hafidah Abd Ghaffar Negara takkan berganjak era baru jika orang lama ambil alih AminuddinBANGI Mungkin sudah tiba masa untuk pembangkang mengetengahkan barisan pimpinan negara dan tawaran yang mahu diberikan kepada rakyat saran Pr...
Ph Boleh Jadi Kerajaan Sepenggal Tun M

Ph Boleh Jadi Kerajaan Sepenggal Tun M

papar berkaitan - pada 20/1/2020 - jumlah : 311 hits
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata gabungan pemerintah boleh menjadi kerajaan sepenggal jika ia tidak melakukan beberapa perubahan Pakatan Harapan yang dipimpin Mahathir menewaskan gabungan Barisan Nasional yang sudah lama...
Ph Kerajaan Sepenggal Boleh Jadi Kenyataan Jika Kabinet Tak Dirombak Kata Penganalisis

Ph Kerajaan Sepenggal Boleh Jadi Kenyataan Jika Kabinet Tak Dirombak Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 363 hits
Penganalisis politik percaya bayangan kerajaan sepenggal boleh jadi kenyataan bagi pentadbiran Pakatan Harapan jika Kabinet tidak dirombak segera Kamarul Zaman Yusof dari Universiti Utara Malaysia berkata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad...
Siap Siaplah Ambil Alih Kerajaan Sepenggal

Siap Siaplah Ambil Alih Kerajaan Sepenggal

papar berkaitan - pada 20/1/2020 - jumlah : 268 hits
PRK P 176 Isyarat PH kerajaan sepenggal SYUKUR ke hadrat Allah S W T kerana dengan keizinanNya sekali lagi Gagasan Muafakat Nasional menjadi pilihan rakyat pada Pilihan Raya Kecil Kimanis Sabah yang berlangsung pada 18 Januari lalu Justeru ...
Ph Boleh Jadi Kerajaan Sepenggal Kata Dr M

Ph Boleh Jadi Kerajaan Sepenggal Kata Dr M

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 440 hits
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata gabungan pemerintah boleh menjadi kerajaan sepenggal jika ia tidak melakukan beberapa perubahan Pakatan Harapan yang dipimpin Mahathir menewaskan gabungan Barisan Nasional yang sudah lama...
Patut Pun Pn Terkucil Lagi

Pn Tersungkur Analisa Keputusan Prk Ayer Kuning

Ucapan Selamat Hari Tldm Ke 91 Dari Agong Zahir

Deliciious Feat Nakalness Tahan Chord

Ayer Kuning Voters Reject Politics Of Fear And Hatred Says Asyraf

Tribute To 40 Years Of Music What To Look Forward To At Amy Search S Solo Concert This Saturday

Sarapan Pengantin Rumah Terbuka Aidilfitri Mengopi Di Hari Sabtu

Pope Francis Laid To Rest As 400 000 Mourners Honour His Legacy With Open Heart


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kisah Seorang Apeque Yang Menjual Sebuah Basikal Kepada 5 Orang Yang Berbeza

Kashmir Kembali Bergolak Pada Tahun 2025

Koleksi Mikrokontroller

10 Pantang Larang Orang Dulu Dulu Yang Macam Merepek Tapi Ada Logiknya Juga

Sign Up Money Strategies Turning Bonuses Into Bankable Wins

Lelaki China Melompat Dari Tingkap Hotel Dan Melarikan Diri Selepas Bergaduh Dengan Kekasihnya