Kerajaan Sedia Panggil Semula Doktor Sudah Bersara Jika Kes Covid 19 Naik Mendadak


KUALA LUMPUR, 19 Mac — Kerajaan bersedia memanggil semula doktor perubatan yang sudah bersara atau pegawai perubatan yang berkhidmat dalam angkatan tentera, sekiranya berlaku peningkatan mendadak kes COVID-19 di negara ini.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata langkah itu hanya akan dilakukan apabila perlu, bagi mengimbangi keperluan doktor perubatan sedia ada, dalam usaha meningkatkan sistem penjagaan kesihatan negara.
“Sekiranya berlaku pertambahan kes (COVID-19) seperti di negara luar yang (naik) mendadak, kita tidak ada alasan untuk (tidak) panggil balik doktor yang sudah pencen dan doktor angkatan tentera untuk bantu kita,” katanya ketika menjadi tetamu program Bicara Naratif bertajuk COVID-19: Ambil Tahu & Bertindak Segera yang disiarkan secara langsung di TV1.
Bagaimanapun, Dr Adham berkata negara kini masih mempunyai keupayaan doktor perubatan yang mencukupi bagi mengawal kes berkaitan COVID-19 dan masalah kesihatan yang lain.
Ia termasuk usaha kementerian menempatkan 1,000 doktor pelatih di 44 hospital kerajaan seluruh negara bagi membantu melicinkan operasi harian susulan penularan COVID-19, sekali gus meredakan bebanan doktor sedia ada.
Malah kementerian juga telah menambah 830 jururawat lantikan secara kontrak bagi menambah kapasiti petugas di 135 hospital kerajaan di seluruh negara memandangkan bilangan kes positif COVID-19 semakin ketara sejak minggu lepas.
Dalam pada itu, Dr Adham berharap Malaysia dapat menjadi salah sebuah negara yang mampu membangunkan vaksin termasuk COVID-19 bagi melindungi rakyat negara ini daripada wabak yang membawa maut.
“Kita akan menyertai WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia) supaya ada pakar kita akan sama-sama berinteraksi supaya kita boleh jadi salah satu negara yang membangunkan vaksin ini. Usaha ini bagi masa depan untuk kita lindungi rakyat kita,” katanya.
Dalam program siaran langsung itu, Dr Adham turut berkongsi demonstrasi cara mencuci tangan dengan betul menggunakan cecair pembasmi kuman, selain menasihati orang ramai untuk mengikuti arahan kerajaan sepanjang penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula semalam sehingga 31 Mac.
Terdahulu, dalam program Eksklusif Menteri Kesihatan menerusi siaran langsung Berita Perdana TV1 malam ini, Dr Adham berkata tanda-tanda bahawa jumlah kes COVID-19 di Malaysia akan stabil sudah ada dan berharap angkanya tidak akan meningkat lagi.
Bilangan kes baharu positif COVID-19 di negara ini mula menunjukkan trend mendatar dengan jumlah 125 kes direkodkan pada Isnin diikuti 120 kes (Selasa), 117 kes (Rabu) dan 110 kes hari ini.
Sumber: BERNAMA
The post Kerajaan Sedia Panggil Semula Doktor Sudah Bersara Jika Kes COVID-19 Naik Mendadak appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/03/20/kerajaan-sedia-panggil-semula-doktor-sudah-bersara-jika-kes-covid-19-naik-mendadak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Covid 19 Jangkitan Naik Mendadak Keseluruhan 197 Kes

Covid 19 Jangkitan Naik Mendadak Keseluruhan 197 Kes

papar berkaitan - pada 14/3/2020 - jumlah : 167 hits
SHAH ALAM 13 MAC Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan 39 kes baharu jangkitan Covid 19 hari ini menjadikan jumlah kumulatif positif wabak kepada 197 kes Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata sebanyak 38 kes hari ini...
Ngo Gesa Kerajaan Baharu Siasat Semula Kes Adib Dan Kes Berprofil Tinggi Yang Digugurkan

Ngo Gesa Kerajaan Baharu Siasat Semula Kes Adib Dan Kes Berprofil Tinggi Yang Digugurkan

papar berkaitan - pada 7/3/2020 - jumlah : 282 hits
KUALA LUMPUR Pertubuhan Pertubuhan Pembela Islam menuntut kerajaan baharu menyiasat semula kes berprofil tinggi yang telah digugurkan Pengerusinya Aminuddin Yahaya berkata ia termasuk kes bekas anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd K...
Hampir 500 000 Kes Covid 19 Di Seluruh Dunia Naik Lebih 120 000 Kes Dalam Tiga Hari

Hampir 500 000 Kes Covid 19 Di Seluruh Dunia Naik Lebih 120 000 Kes Dalam Tiga Hari

papar berkaitan - pada 26/3/2020 - jumlah : 290 hits
Peningkatan COVID 19 semakin serius di seluruh dunia dan kini mencecah 472 763 kes Dalam tempoh tiga hari sahaja sebanyak kira kira 120 000 kes dicatatkan di seluruh dunia berdasarkan data Kebanyakan daripada peningkatan mendadak itu meliba...
Doktor Di Italy Dedah Bagaimana Covid 19 Merebak Begitu Cepat

Doktor Di Italy Dedah Bagaimana Covid 19 Merebak Begitu Cepat

papar berkaitan - pada 23/3/2020 - jumlah : 344 hits
ITALY Pengarah Kesihatan San Francesco Hospital di Bergamo Italy Dr Sylvia Bignamini telah mendedahkan kepada wartawan Channel 4 News bagaimana Covid 19 merebak dengan begitu cepat di negara itu Menurutnya wabak covid 19 telah merebak denga...
Doktor Perubatan Mangsa Ke 9 Covid 19 Meninggal Dunia

Doktor Perubatan Mangsa Ke 9 Covid 19 Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 23/3/2020 - jumlah : 344 hits
Kementerian Kesihatan Malaysia mencatatkan 1 lagi kematian akibat Covid 19 hari ini menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 9 orang Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata kematian ke 9 itu merupakan kalangan kakitangan kesiha...
Risau Bawa Balik Covid 19 Doktor Berdiri Depan Rumah Lambai Anak2 Dari Jauh

Risau Bawa Balik Covid 19 Doktor Berdiri Depan Rumah Lambai Anak2 Dari Jauh

papar berkaitan - pada 22/3/2020 - jumlah : 316 hits
Menjadi seorang doktor dan juga petugas kesihatan dalam waktu waktu genting ini bukanlah sesuatu yang mudah Berdepan risiko jangkitan kerana berhubung dekat dengan para pesakit adalah cabaran terbesar mereka Risau bawa balik Covid 19 doktor...
Covid 19 Doktor Pakar Di Perlis Meninggal Dunia Al Fatihah

Covid 19 Doktor Pakar Di Perlis Meninggal Dunia Al Fatihah

papar berkaitan - pada 22/3/2020 - jumlah : 442 hits
Lagi berita sedih hari ni Seorang doktor pakar KKM di Perlis meninggal dunia selepas dimasukkan ICU akibat Covid 19 AL FATIHAH Baca selanjutnya Covid 19 Doktor Pakar di Perlis Meninggal Dunia AL FATIHAH
Kkm Sahkan Kematian Ke 4 Covid 19 153 Kes Baru

Kkm Sahkan Kematian Ke 4 Covid 19 153 Kes Baru

papar berkaitan - pada 22/3/2020 - jumlah : 267 hits
Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan kematian ke 4 bagi kes Covid 19 dengan 153 kes baru hari ini Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata kematian ke 4 melibatkan kes ke 238 yang merupakan lelaki berumur 50 tahun dari...
Kkm Jangka Lebih Banyak Kes Covid 19 Minggu Ini Depan

Kkm Jangka Lebih Banyak Kes Covid 19 Minggu Ini Depan

papar berkaitan - pada 22/3/2020 - jumlah : 312 hits
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah hari ini memberitahu pihaknya menjangkan peningkatan kes wabak Covid 19 pada minggu ini dan minggu depan Noor Hisham berkata cabaran utama pada masa ini adalah untuk mendapatkan ventilator wa...
China S President To Host Official Dinner For Anwar

Drama One Cent Thief 2 Lakonan Syafiq Kyle Azira Shafinaz

I Bought A Toy Like Vape Online Mp Tells Dewan Chamber

Unlocking Savings Expert Tips For Finding Discounted Cigarettes In Australia

Kips Bay Decorator Show House Dallas 2024 An Exquisite Showcase Of Design

India Secebis Kenangan Di India Random Photos

Anwar Slams Hypocritical Criticism Over His Response To Najib S Apology

A Sucker Punch For Rm1 000 What S The Value Of Dignity In Malaysia


echo '';
Biodata Terkini Penyanyi Illa Sabry Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Senyawa iQIYI Malaysia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Project Projek Exit Astro Originals

Pelajari Asal Usul Nama Makhluk Seram Kisah Fiksyen Barat Yang Terkenal

10 Fakta Filem Kahar Kapla High Council Yang Ramai Tak Tahu Prekuel Drama Project Projek High Council


Realiti Bila Ada Anak Kecil

Love Please Don T Let Me Go Angelina Jordan

Konsep Wadiah Pengertian Hukum Dan Rukun Dalam Perspektif Syariah

Sayonara Iza Arina

Build A Strong Team For A Startups

Simple Menu Untuk Dinner