Kerajaan Sabah Batal Pelaksanaan Pss


MALAYSIAKINI



Ketua Menteri Sabah Mohd Shafie Apdal mengumumkan keputusan kerajaan negeri untuk membatalkan pelaksanaan Pas Sementara Sabah (PSS).

Shafie berkata keputusan itu dibuat selepas Warisan tewas dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis yang memberi isyarat rakyat menolak pelaksanaan pas berkenaan.

“Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini telah memutuskan supaya PSS dibatalkan setelah melihat dan mendengar suara rakyat.

"Kerajaan negeri akan memaklumkan keputusan ini kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN),” katanya dalam satu sidang media di Kota Kinabalu, hari ini.

Pada 6 Sep tahun lalu, kerajaan mengumumkan untuk melaksanakan PSS yang akan dikeluarkan kepada warga asing yang memegang dokumen IMM13, Kad Burung-Burung dan Sijil Banci di Sabah berkuat kuasa 1 Jun 2020.

Keputusan kerajaan untuk melaksanakan PSS dibuat berdasarkan saranan Jawatankuasa Pengurusan Warga Asing pada 6 Sept 2019.

Pemegang IMM13 ialah pelarian Filipina yang melarikan diri ke Sabah pada 1970-an. Ia terjadi ketika meningkatnya keganasan puak pemisah di rantau Mindanao yang menyaksikan ramai pelarian daripada rejim Marcos.

Pendatang ekonomi, sebaliknya diberikan Kad Burung-Burung pada tahun 1980-an. Selebihnya, diberikan kad Sijil Banci oleh Pasukan Petugas Khas Persekutuan pada 1990-an.

IMM13 dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen, manakala kad Burung-Burung oleh Jabatan Ketua Menteri (JKM) dan sijil banci oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

BN dalam PRK Kimanis menggunakan PSS sebagai modal ketika mereka berkempen sehingga berjaya mempengaruhi pengundi menolak calon Warisan, Karim Bujang.

Sementara itu Shafie berkata, keputusan untuk membatalkan PSS membuktikan kerajaan pimpinannya mendengar suara rakyat.

"Kita mendengar suara rakyat negeri Sabah, (makan) kabinet negeri Sabah memutuskan supaya kita memaklumkan kepada KDN selaku kementerian bertanggungjawab membatalkan rancangan untuk meneruskan pelaksanaan PSS ini.

"Mendegar apa yang rakyat suarakan bukan hanya setakat Kimanis, malah daripada pihak tertentu," katanya lagi.

Ditanya mengenai kaedah lain yang akan digunakan bagi menggantikan PSS, Shafie menyerahkan kepada KDN untuk menentukannya.

Katanya, kerajaan negeri pimpinannya akan meneruskan usaha untuk menangani kehadiran pendatang tanpa izin (PTI) di negeri itu.

Dalam pada itu, Shafie berkata keputusan mutlak untuk membatalkan pelaksanaan PSS hanya akan ditentukan oleh KDN.

Jelasnya lagi beliau dijangka akan mengadakan pertemuan dengan pihak KDN minggu depan.

Shafie bagaimanapun menolak tanggapan bahawa pelaksanaan PSS akan membawa kepada "projek IC" di negeri itu.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/01/kerajaan-sabah-batal-pelaksanaan-pss.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Negeri Sabah Akhirnya Batalkan Pas Sementara Sabah Pss

Kerajaan Negeri Sabah Akhirnya Batalkan Pas Sementara Sabah Pss

papar berkaitan - pada 22/1/2020 - jumlah : 431 hits
Kerajaan Negeri Sabah membuat keputusan membatalkan pelaksanaan Pas Sementara Sabah Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata keputusan pembatalan itu akan dimaklumkan kepada pihak Kementerian Dalam Negeri Beliau dalam satu sidang ...
Kdn Ambil Pendirian Sama Dengan Kerajaan Sabah Berhubung Pembatalan Pss

Kdn Ambil Pendirian Sama Dengan Kerajaan Sabah Berhubung Pembatalan Pss

papar berkaitan - pada 24/1/2020 - jumlah : 357 hits
THE MALAYSIAN TIMES PUTRAJAYA Kementerian Dalam Negeri mengambil pendirian yang sama dengan kerajaan negeri Sabah berhubung pembatalan Pas Sementara Sabah menurut kementerian itu KDN dalam kenyataan hari ini berkata ia mengambil maklum kepu...
Jadikan Pss Pengajaran Kerajaan Jangan Ego

Jadikan Pss Pengajaran Kerajaan Jangan Ego

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 314 hits
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein KUALA LUMPUR Isu PSS perlu menjadi pengajaran paling berguna kepada kerajaan hari ini dan Pakatan Harapan supaya jangan jadi ego Ahli Parlimen Sembrong Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata PSS atau Pas...
Pss Iktiraf Pti Berkahwin Beranak Pinak Dan Diberi Hak Sama Seperti Rakyat Sabah

Pss Iktiraf Pti Berkahwin Beranak Pinak Dan Diberi Hak Sama Seperti Rakyat Sabah

papar berkaitan - pada 18/1/2020 - jumlah : 982 hits
Impian Kerajaan Warisan sejak 20 bulan lalu nampaknya tercapai bulan jun 2020 ini Pelarian IMM13 PTI Kad Banci dan Burung burung kini sudah boleh menetap sepanjang hayat hanya perlu sambung 3 tahun sekali PSS juga dapat hak sama dengan raky...
Pss Ibarat Bom Jangka Yang Akan Musnahkan Masa Depan Rakyat Sabah Jamal Nerubi

Pss Ibarat Bom Jangka Yang Akan Musnahkan Masa Depan Rakyat Sabah Jamal Nerubi

papar berkaitan - pada 13/1/2020 - jumlah : 835 hits
Ketua UMNO bahagian Papar Jamal Nerubi berkata Pas Sementara Sabah ini ibarat bom jangka yang akab meletop pada bila bila masa sahaja Jelas beliau sekiranya isu ini tidak ditentang maka ia akan membawa musibah kepada anak bangsa Sabah akan ...
Kerajaan Hong Kong Isytihar Darurat Virus Batal Semua Acara Rasmi Tahun Baru Cina

Kerajaan Hong Kong Isytihar Darurat Virus Batal Semua Acara Rasmi Tahun Baru Cina

papar berkaitan - pada 26/1/2020 - jumlah : 488 hits
Hong Kong telah bertindak mengisytiharkan darurat virus serta membatalkan semua sambutan Tahun Baru Cina susulan penularan wabak koronavirus dari Wuhan Pada hari ini saya mengisytiharkan darurat di negara ini ujar pemimpin eksekutif Hong Ko...
Apa Jaminan Pss Menjamin Keselamatan Rakyat Sabah

Apa Jaminan Pss Menjamin Keselamatan Rakyat Sabah

papar berkaitan - pada 12/1/2020 - jumlah : 482 hits
Bekas menteri pertahanan Hishammuddin Hussein kesal dengan kenyataan Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin yang mendakwa pas sementara Sabah tiada kaitan dengan isu keselamatan seperti pencerobohan di Lahad Datu beberapa tahun lalu Beliau y...
After Defeat In Kimanis Sabah Govt To Take Another Look At Pss

After Defeat In Kimanis Sabah Govt To Take Another Look At Pss

papar berkaitan - pada 20/1/2020 - jumlah : 756 hits
Chief Minister Shafie Apdal accompanied by Sabah Rural Development Minister Ewon Benedick being greeted by guests in Kota Belud today KOTA KINABALU Chief Minister Shafie Apdal said he will take another look at the Sabah Temporary Pass a day...
Warisan Didesak Batal Pss Selepas Tewas Prk Kimanis

Warisan Didesak Batal Pss Selepas Tewas Prk Kimanis

papar berkaitan - pada 19/1/2020 - jumlah : 429 hits
Ahli Parlimen Kimanis Datuk Mohamad Alamin beramah mesra dan mengucapkan terima kasih kepada peniaga dan penduduk pada hari pertama sebagai Ahli Parlimen Kimanis selepas menang Pilihan Raya Kecil P 176 Kimanis di Pasar Tamu Pekan Membakut K...
Lirik Lagu Untuk Yang Bersamanya Mahalini

Austrian Avalanche Our 7 Favorite Custom Ktm Motorcycles

Sarapan Sa Pagi Ini Jumaat 19 Dec 2025

Penyakit Jantung Iskemia Terus Jadi Punca Utama Kematian Di Malaysia Selangor Catat Jumlah Tertinggi

Diskaun Tol 50 Hari Krismas 2025 Tarikh Waktu Pelaksanaan

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pahang Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pahang Perhebat Usaha Cegah Rasuah

Kejayaan Mihas Shanghai Jualan Melonjak Melebihi Jangkaan

Paper Cup Viral Kenapa Rekaan Simple Lebih Menarik Pelanggan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


The Lodge Maribaya Bandung Lokasi Aktiviti Menarik Dan Spot Bergambar Cantik

Anugerah Rekod Nilam

Reset Hidup Untuk Tahun 2026 Cara Mulakan Semula Tanpa Tekanan

The Roi Of A Coffee

Fungsi Sleeve Paper Cup Dalam Industri Kafe F B

Kedudukan Akhir Futsal Lelaki Sukan Sea 2025 Sorotan Pencapaian Dan Keputusan