Kerajaan Ph Perlu Utamakan Reformasi Institusi Kembalikan Kestabilan Politik




Artikel ini terbit pada 15 Januari.By Aliran admin -19 Jan 2020139 Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) menyeru kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk mengotakan janji mereka kepada rakyat dan segera mengutamakan janji manifesto untuk mereformasikan institusi utama negara agar untuk menjadi benar-benar bebas serta berfungsi sebagai badan semak dan imbang yang berkesan kepada kerajaan yang mungkin menjadi kleptokratik dan menyalahgunakan kuasa pada masa akan datang.Telah hampir 19 bulan sejak PH mengambil kerajaan dan kita masih belum melihat mereka memenuhi janji Teras 2 manifesto untuk mereformasi institusi dan struktur politik negara ini. Daripada memenuhi hasrat rakyat dalam era Malaysia Baharu, kita disajikan dengan politik kotor, pergelutan kuasa, intrik politik serta retorik agama dan kaum yang boleh menyahstabilkan negara serta menyebabkan pudarnya harapan pengundi yang mengundi untuk perubahan.Bersih 2.0 sedia maklum bahawa kerajaan PH telah membawa era baharu untuk kebebasan, kedaulatan undang-undang, libat urus dan akses awam semenjak mengambil pejabat. Media menjadi lebih bebas dan ada lebih toleransi terhadap suara yang kritikal daripada kerajaan dan gerakan sivil.Sejauh pemerhatian kami, institusi seperti judisiari, Suruhanjaya Pengcegahan Rasuah Malaysia dan Suruhanjaya Pilihan Raya berfungsi dengan lebih bebas daripada campurtangan eksekutif.Dengan penubuhan 10 jawatankuasa khas parlimen, Parlimen sedang mengalami reformasi dalaman yang memperkasakannya untuk berkhidmat sebagai badan semak dan imbang yang berkesan kepada eksekutif.Support the struggle to build a New Malaysia based on Justice, Freedom, Solidarity:Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or bothMake a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948Schedule an auto donation to Aliran every month or every quarterBecome an Aliran memberMelalui pembentukan jawatankuasa khas seperti Majlis Penasihat Kerajaan, Jawatankuasa Pembaharuan Institusi dan Jawatankuasa Pembaharuan Sistem dan Undang-Undang Pilihan Raya, kerajaan PH sedang mendepa tangan kepada maklum balas dan libat urus orang ramai untuk sektor yang memerlukan reformasi. Walaupun kebebasan baru ini, pengasingan kuasa dan keterbukaan sangat dialu-alukan, namun ianya masih tidak cukup melainkan pindaan undang-undang dibuat dan reformasi ini diinstitusikan. Undang-undang baharu juga diperlukan untuk mengukuhkan institusi dan pentadbiran negara, serta sesetengah undang-undang perlu dimansuhkan.Namun reformasi struktur ini tidak akan berjaya sekiranya kestabilan politik tidak dikembalikan oleh kerajaan PH yang mencadangkan dan menjanjikan agenda reformasi kepada negara. Sebarang konfigurasi semula oleh parti pemerintah akan mencairkan agenda reformasi atau langsung membatalkannya dan perkara ini perlu ditolak. Orang ramai mengundi untuk kerajaan baharu dan perubahan berdasarkan janji dalam manifesto PH, dan sebarang usaha untuk melarikan diri daripada reformasi akan mengkhianati kehendak rakyat. Berdasarkan penerangan di atas, Bersih 2.0 ingin mencadangkan tindakan berikut kepada kerajaan PH untuk dilaksanakan pada tahun 2020. Memenuhi janji reformasi institusiMemenuhi janji reformasi institusiDaripada 19 janji di bawah Teras 2 manifesto PH untuk reformasi institusi dan politik, kebanyakannya tidak dipenuhi dan paling baik pun hanya dipenuhi secara minima. Janji utama yang kritikal untuk pengasingan kuasa adalah had penggal dan kuasa perdana menteri (Janji 12), reformasi SPRM (Janji 14), pengasingan peguam negara dan pendakwa raya (Janji 15), mengembalikan kewibawaan Parlimen (Janji 16), reformasi sistem pilihan raya (Janji 17), menggubal undang-undang pendanaan politik (Janji 18), mengembalikan keyakinan awan terhadap institusi kehakiman dan judisial (Janji 19), membebaskan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) daripada naungan politik (Janji 22), mengembalikan semangat federalisme (Janji 24), mengukuhkan demokrasi tempatan (Janji 25) dan memansuhkan undang-undang menindas (Janji 27).Banyak daripada reformasi ini dapat dicapai tanpa pindaan Perlembagaan Persekutuan yang memerlukan majoriti dua-pertiga, dan di mana pindaan perlembagaan diperlukan, pihak pembangkang juga perlu diyakinkan untuk menyokongnya kerana sebarang reformasi yang boleh menyeimbangkan kuasa kerajaan adalah untuk kepentingan mereka juga.READ MORE:  Open select committee meetings way to goReformasi institusi ini tidak memerlukan sumber kewangan bagi memenuhinya dan di mana sumber yang diperlukan untuk kebebasan institusi, wang ini akan disalurkan bagi memastikan tiada kerajaan dapat merompak kekayaan negara. Memanjangkan tempoh sidang ParlimenSupaya tempoh Parlimen cukup untuk menjalankan pindaan, pemansuhan dan penggubalan undang-undang baru yang diperlukan, Bersih 2.0 mencadangkan Dewan Rakyat untuk bersidang minimum 100 hari dalam setahun, dan sekurang-kurangnya untuk tiga tahun pertama kerajaan PH untuk melaksanakan reformasi perundangan. Ini adalah jelas dalam Janji 16 manifesto, namun Parlimen masih bersidang hanya 68 hari pada tahun 2019.Tetapkan prose dan tarikh peralihan perdana menteri2019 kita telah menyaksikan kebangkitan politik kotor dengan penularan video seks yang dikatakan pelakunya adalah Menteri Ekonomi Azmin Ali dan seorang lagi pasangannya. Ianya adalah rahsia terbuka bahawa adanya pergelutan kuasa untuk siapa yang akan menggantikan Perdana Menteri Mahathir, 94, apabila beliau turun daripada jawatannya atau kekal sehingga ke akhirnya. Bersih 2.0 sekali lagi menekankan seruan kami pada April 2019 untuk mengembalikan kestabilan politik agar reformasi dapat terus berada di landasan dan tidak dilencong oleh politik yang berlebihan. Kami berpandangan bahawa dalam sistem demokrasi berparlimen ala Westminster, bukannya tugas PM untuk menentukan pewaris jawatannya atau menentukan tarikh peralihan tetapi ianya tugas parti-parti dalam gabungan parti kerajaan untuk membuat keputusan.Oleh itu, majlis presiden PH perlu mengembalikan kestabilan politik dengan mengumumkan pelan peralihan kuasa yang jelas dengan tarikh yang tetap. Mereka juga perlu menegaskan kembali komitmen untuk memenuhi janji manifesto PH dan agenda reformasi dengan menjelaskan garis masa untuk memenuhinya dalam tempoh sepenggal pemerintahan PH. Kesan tidak mempuntai pelan peralihan yang jelas dan mengunjurkan komitmen kepada agenda reformasi adalah buruk. Pergelutan kuasa politik, teori-teori konspirasi, berita dan khabar angin palsu sedang membentuk iklim ketidakstabilan dan ketidaktentuan, dan ino menghakis keyakinan terhadap kerajaan memerintah. Pelabur asing dan pelabur tempatan serta penjawat awam sedang mengambil pendirian tunggu dan lihat, menjangkakan PH akan menjadi kerajaan sepenggal sekaligus menyekat sokongan dan kerjasama mereka. Bersih 2.0 ingin mengingatkan kerajaan PH bahawa masa kian suntuk untuk mereka mengotakan janji mereka, dan sekiranya mereka tidak mengutamakan reformasi institusi pada 2020, mereka akan terlepas peluang keemasan untuk membaiki kerosakan institusi utama negara dan meninggalkan Malaysia terdedah kepada kerajaan kleptokrat yang lain. Satukan tenaga, Malaysia baru!Jawatankuasa pemandu Bersih 2.0

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/01/kerajaan-ph-perlu-utamakan-reformasi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Sila Laksanakan Reformasi Segera

Kerajaan Sila Laksanakan Reformasi Segera

papar berkaitan - pada 20/1/2020 - jumlah : 192 hits
Bekas pengerusi Bersih 2 0 Ambiga Sreenevasan menggesa kerajaan Pakatan Harapan segera melaksana reformasi dan pembaharuan utama dalam pentadbiran Tegasnya rakyat tidak teragak agak untuk turun ke jalan sekali lagi bagi menuntut perubahan i...
Indeks Rasuah Malaysia Bukti Kejayaan Reformasi Institusi Ph

Indeks Rasuah Malaysia Bukti Kejayaan Reformasi Institusi Ph

papar berkaitan - pada 24/1/2020 - jumlah : 251 hits
Biar pun dicaci oleh pembangkang kononnya kerajaan Pakatan Harapan tidak melakukan apa apa dalam setahun setengah pemerintahan namun badan dunia berkenaan ketelusan Transparency International berpendapat sebaliknya TI dalam kenyataan terbah...
Turki Mula Hantar Tenteranya Ke Libya Pastikan Kestabilan Kerajaan Yang Sah

Turki Mula Hantar Tenteranya Ke Libya Pastikan Kestabilan Kerajaan Yang Sah

papar berkaitan - pada 17/1/2020 - jumlah : 184 hits
ANKARA 17 Jan Turki mengerahkan tenteranya ke Libya untuk menyokong Kerajaan Perpaduan Negara yang diiktiraf Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu berpangkalan di Tripoli kata Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan pada Khamis lapor agensi berita X...
Video Duit Kerajaan Pusat Bagi Beri Bonus Lantikan Politik

Video Duit Kerajaan Pusat Bagi Beri Bonus Lantikan Politik

papar berkaitan - pada 6/1/2020 - jumlah : 293 hits
Nizam akaDuit One Of RM400 JUTA yang disumbang oleh Kjaan Pusat adalah duit drp pembayar pembayar cukai seluruh negara bukan duit drp mana mana parti politik Oleh itu jika wang itu digunakan untuk membayar bonus kepada lantikan lantikan pol...
Penangkapan Ahli Politik Kerajaan Berkaitan Dengan Parti Dadah Adun Dengkil

Penangkapan Ahli Politik Kerajaan Berkaitan Dengan Parti Dadah Adun Dengkil

papar berkaitan - pada 13/1/2020 - jumlah : 1049 hits
Berita politik Malaysia dikejutkan lagi dengan penangkapan ahli politik kerajaan berkaitan dengan kes dadah Sedang riuh parti politik melakukan kempen untuk PRK Kiminis kini timbul pula berita sedemikian Penangkapan yang berlaku di kondomin...
Hanya Anwar Boleh Kembalikan Keyakinan Rakyat Kepada Kerajaan Ronnie Liu Mahu Peralihan Kuasa Pm Pada Mei

Hanya Anwar Boleh Kembalikan Keyakinan Rakyat Kepada Kerajaan Ronnie Liu Mahu Peralihan Kuasa Pm Pada Mei

papar berkaitan - pada 16/1/2020 - jumlah : 283 hits
Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Pelek Ronnie Liu mahu peralihan kuasa Perdana Menteri antara Tun Dr Mahathir dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim berlangsung pada Mei ini Menurutnya beliau berharap Dr Mahathir menghormati tempoh masa yang tela...
Tiada Kestabilan Politik Indonesia Jauh Meninggalkan Malaysia Shamsul

Tiada Kestabilan Politik Indonesia Jauh Meninggalkan Malaysia Shamsul

papar berkaitan - pada 14/1/2020 - jumlah : 273 hits
Shamsul Anuar NasarahKUALA LUMPUR Indonesia semakin jauh meninggalkan Malaysia daripada aspek ekonomi kerana kestabilan politiknya sekarang Ketua Penerangan UMNO Malaysia Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata berbanding semasa zaman keraja...
Zahid Dakwa Pakatan Utamakan Isu Hiasan Tahun Baru Cina Berbanding Tulisan Jawi

Zahid Dakwa Pakatan Utamakan Isu Hiasan Tahun Baru Cina Berbanding Tulisan Jawi

papar berkaitan - pada 12/1/2020 - jumlah : 465 hits
Zahid dakwa Pakatan utamakan isu hiasan Tahun Baru Cina berbanding tulisan Jawi Dikemas kini 13 minit yang lalu Diterbitkan p
Takkan Jatuh Maruah Seorang Suami Kalau Utamakan Isteri

Takkan Jatuh Maruah Seorang Suami Kalau Utamakan Isteri

papar berkaitan - pada 7/1/2020 - jumlah : 585 hits
Gambar Sekadar HiasanSeorang isteri biasanya inginkan perhatian sepenuhnya suami terhadap dirinya Isteri akan susah hati apabila anda mula beri perhatian selain dirinya terutama apabila anda memuji wanita wanita lain Seorang isteri inginkan...
Tattoos Raised And Itchy

Tattoos Portland Maine

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Flexibility In Business Operations

Kawan Kawan Cik B Sebaya Dato Seri Vida

Umno Youth To Protest Extra Hours For Civil Servants Working Shifts

Kempen Hartanah Bumiputera Khas Untuk Pembeli Bumiputera Mendapatkan Rumah Dengan Tawaran Giler Menarik

Biodata Hael Husaini 2 Kali Juara Ajl Dan Perjalanan Dalam Industri Seni


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Jangan Risau Jika Tak Terkenal

Company Director Scammed Of Over Rm1mil By Inspector Harun

Bila Pn Buat Pusingan U

Let S Not Return To The Old Ways Of Tight Media Control

Bank Islam Berwajah Baru Melalui Aplikasi Dan Web

Lava168 1