Kerajaan Ph Perak Tukar Kereta Rasmi Exco Kerana Lebih Jimat


Keputusan kerajaan Perak untuk membelanjakan RM1.74 juta bagi perolehan 16 kereta Toyota Camry baru dibuat berdasarkan jangkaan kos penyelenggaraan yang lebih rendah dan keselamatan yang lebih baik kepada ahli exco kerajaan negeri (exco).
Adun Pasir Pinji, Howard Lee, yang juga Exco Belia, Sukan danPembangunan Modal Insan Perak berkata langkah itu sejajar dengan dasar kerajaan negeri sedia ada yang membolehkan menukar kenderaan pada setiap lima tahun.
“Penggantian kenderaan rasmi dilakukan berdasarkan pengurusan keselamatan dan fiskal, seperti pengurangan kos penyelenggaraan.
“Saya fikir ia merupakan keputusan pengurusan yang sangat logik dan sangat mudah.
“[…] Tiada pelanggaran undang-undang dan tidak ada dasar yang tidak dipatuhi,” katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi hari ini.
Lee berkata kereta lama yang diwarisi daripada pentadbiran terdahulu tidak lagi di bawah jaminan, selalu dihantar untuk dibaiki dan kos penyelenggaraan menjadi mahal.
Kerajaan negeri BN sebelum ini membeli kereta Proton Perdana untuk exco pada tahun 2014.
Terdahulu, China Press melaporkan kerajaan negeri telah membelanjakan RM109,000 bagi setiap model Toyota Camry – kira-kira RM90,000 kurang daripada harga runcit biasa.

Lee menjelaskan kerajaan telah membeli kenderaan tersebut secara langsung daripada Toyota dan perolehan tersebut mendapat pengecualian cukai.
“Kami membelinya secara besar-besaran dan terdapat diskaun untuk kerajaan,” katanya.
Sementara itu, Exco Kesihatan, Hal Ehwal Pengguna, Integrasi Nasional dan Sumber Manusia A Sivanesan mengesahkan kepada Malaysiakini bahawa beliau telah menerima kereta barunya sebelum sambutan Hari Raya Aidilfiltri.
Seperti Lee, Sivanesan yang juga Adun Sungkai berkata pertukaran kenderaan diperlukan kerana ia membolehkan kerajaan negeri memberi perkhidmatan kepada rakyat dengan lebih baik.
“Kereta lama tidak berada dalam keadaan baik, selalu sangat rosak.
“Kos pembaikan itu satu perkara tetapi (masalahnya) temu janji kami terpaksa ditangguhkan dan kadangkala kami terpaksa sampai lambat kerana kereta buat hal,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Ditanya mengenai kritikan pengguna media sosial supaya exco negeri perlu menggunakan dan menyokong kereta kebangsaan, Sivanesan berpendapat Toyota Camry sebagai pilihan yang boleh dipercayai.
“Kosnya ditambah sedikit, tidak banyak, tetapi berbaloi untuk (jumlah) perjalanan yang kami lakukan,” katanya.


Sumber: kulihatlangitbiru.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/06/kerajaan-ph-perak-tukar-kereta-rasmi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Aziz Bari Sedia Jika Di Gugurkan Sebagai Exco Kerajaan Perak

Aziz Bari Sedia Jika Di Gugurkan Sebagai Exco Kerajaan Perak

papar berkaitan - pada 28/5/2019 - jumlah : 325 hits
IPOH Naib Pengerusi DAP Perak Dr Abdul Aziz Bari bersedia jika digugurkan daripada barisan Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri Perak Pengerusi Jawatanakuasa Pendidikan Sains Teknologi dan Alam Sekitar negeri itu berkata sehingga hari i...
Kerajaan Bn Pun Tukar Kereta Setiap Lima Tahun Asmuni Awi

Kerajaan Bn Pun Tukar Kereta Setiap Lima Tahun Asmuni Awi

papar berkaitan - pada 9/6/2019 - jumlah : 585 hits
PEMBELIAN 16 kereta Toyota Camry oleh kerajaan negeri Perak dengan harga keseluruhan kira kira RM1 74 juta dibuat berdasarkan jangkaan kos penyelenggaraan yang lebih rendah selain memberi keselamatan lebih baik kepada Anggota Majlis Mesyuar...
Senarai Kereta Jimat Minyak Terbaik Di Malaysia

Senarai Kereta Jimat Minyak Terbaik Di Malaysia

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 608 hits
Senarai Ranking Kereta Jimat Minyak Terbaik di Malaysia berdasarkan fuel consumption di MalaysiaPasti banyak yang bermain dengan fikiran rakyat Malaysia apabila memikirkan kenaikan harga minyak di Malaysia Pasti seboleh bolehnya mencari car...
Facebook Membuka Pejabat Rasmi Di Malaysia Lebih Banyak Inisiatif Dirancang Untuk Pasaran Tempatan

Facebook Membuka Pejabat Rasmi Di Malaysia Lebih Banyak Inisiatif Dirancang Untuk Pasaran Tempatan

papar berkaitan - pada 29/5/2019 - jumlah : 314 hits
Facebook merupakan perkhidmatan media sosial yang terbesar di dunia Rata rata wargabumi memiliki akaun Facebook atau setidak tidaknya mengetahui akan kewujudannya walaupun tidak menggunakannya Setelah beberapa tahun beroperasi di Malaysia p...
Lebih Ganas Selepas Kes Abang Botak Seorang Lagi Pembuli Jalan Dirakam Hayun Parang Ke Cermin Kereta Mangsa

Lebih Ganas Selepas Kes Abang Botak Seorang Lagi Pembuli Jalan Dirakam Hayun Parang Ke Cermin Kereta Mangsa

papar berkaitan - pada 5/6/2019 - jumlah : 717 hits
Rakaman kamera dashcam menunjukkan pemandu kereta Honda Civic itu menghayunkan parang ke cermin kereta mangsa NAMPAKNYA kes membabitkan Abang Botak masih tidak menjadi pengajaran kepada pemandu di negara ini Kes terbaharu yang berlaku bukan...
Tukar Imam Punca Kereta Dr Asri Dibakar

Tukar Imam Punca Kereta Dr Asri Dibakar

papar berkaitan - pada 25/5/2019 - jumlah : 404 hits
Tukar imam punca kereta Dr Asri dibakar Posted By on May 25 2019Pemecatan 25 imam di Perlis oleh pihak berkuasa agama negeri awal tahun ini menjadi motif jenayah khianat membakar kereta Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin kata polis Moh...
Umno Buat Peraturan Umno Sendiri Langgar Exco Perak

Umno Buat Peraturan Umno Sendiri Langgar Exco Perak

papar berkaitan - pada 27/5/2019 - jumlah : 403 hits
Umno buat peraturan Umno sendiri langgar Exco PerakPosted By on May 26 2019Umno Perak melanggar peraturan dan syarat mengenai kawalan mengadakan ceramah dan tazkirah di masjid yang mereka perkenalkan semasa Barisan Nasional jadi kerajaan ka...
Sedia Digugurkan Daripada Barisan Exco Perak Aziz Bari

Sedia Digugurkan Daripada Barisan Exco Perak Aziz Bari

papar berkaitan - pada 28/5/2019 - jumlah : 270 hits
foto sumber internetIPOH 27 Mei Naib Pengerusi DAP Perak Abdul Aziz Bari bersedia jika digugurkan daripada barisan Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri Perak Pengerusi Jawatanakuasa Pendidikan Sains Teknologi dan Alam Sekitar negeri itu...
Dewi Perssik Cinta Merah Jambu Chord

Motosikal Jadi Kapal Selam Redah Banjir

1mdb Najib Razak Tak Bersalah

Monday Morning In Tanah Rata Cameron Highland

Mancing Bukan Sekadar Dapat Ikan

Carian Popular Motosikal 2025

How Thoughtful Labeling Can Promote Responsibility In Young Children

Spinning Gripping Painting The Creative Versatility Of Robotic Arms


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


2 Resipi Daging Korban Memang Best Dicuba Simple Dan Sedap

Mendaki Bukit Keluang Di Besut

Kekurangan Jururawat Menteri Kkm Dedah Jawatan Ada Tapi Tiada Yang Mahu

Mayat Wanita Ditemui Lebih 200 Km Dari Lokasi Dilaporkan Hilang

Miqat Haji

Kari Ikan Chef Anand