Kerajaan Perlu Cari Jalan Haramkan Penjualan Arak
Haji Aminuddin Yahaya Perlukah tunggu wakil rakyat kemalangan baru ambil tindakan?     

KES-KES pemandu mabuk yang kita baca di media-media sebegini memang menyakitkan hati dan menimbulkan amarah
Lebih-lebih lagi apabila menyebabkan kematian pengguna jalanraya lain yang tidak bersalah
Saya masih ingat lagi peristiwa  Allahyarham Korporal Safwan yang meninggal dunia kerana dirempuh pemandu  mabuk, ketika beliau menjalankan tugasnya sebagai anggota polis di  tengah-tengah pagi buta, tatkala musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)  baru-baru ini
Peristiwa-peristiwa sebegini berulang  lagi ketika bulan Ramada,n sehinggalah sewaktu kita menyambut Syawal dan  ianya sangat mengecewakan kita kerana seolah-olah tindakan yang diambil  oleh pihak berkuasa tidak berkesan, untuk menghalang manusia-manusia  durjana yang tidak bertanggungjawab sebegini untuk terus mabuk dan  memandu
Saya yakin, apa yang bermain di fikiran  masyarakat ialah apakah hukuman yang sedia ada tidak cukup berat dan  menggerunkan manusia dari melakukannya
Atau lebih teruk lagi apabila masyarakat  sendiri tidak yakin dengan undang-undang yang sedia ada dan akhirnya  mengambil jalan untuk mengambil tindakan sendiri di luar jangkaan kita
Saya sangat bimbang akan perkara ini
Saya merasakan bahawa kerajaan perlu  mengambil tindakan yang drastik secara holistic, untuk menyelesaikan isu  ini kerana kita tidak mahu lebih banyak nyawa yang tidak bersalah  dipertaruhkan lagi
Saya lebih risau kerana tidak mustahil peristiwa berdarah sebegini boleh berlaku pada ahli keluarga kita sendiri
Atau adakah kita perlu tunggu apabila  tragedi sebegini berlaku kepada menteri-menteri, wakil-wakil rakyat dan  orang kenamaan baru tindakan drastik mahu diambil
Banyak langkah yang boleh diambil oleh  kerajaan dan sebenarnya sudah banyak dibincangkan dan disuarakan oleh  rakyat marhaen di dalam pelbagai sesi diskusi, wacana,  penulisan-penulisan dan pelbagai platform lain
Namun, masih tidak ada penambahbaikan yang diambil oleh pihak kerajaan
Antara langkah mudah yang kerajaan boleh  lakukan dalam masa yang singkat ini ialah mengawal ketat premis  penjualan arak kepada umum secara terbuka
Contohnya, haramkan terus penjualan arak  di tempat terbuka seperti pasaraya, kedai-kedai runcit dan seumpamanya  untuk sekurang-kurangnya di kawasan majoriti penduduk muslim
Malah, lebih baik jika diharamkan terus  penjualan secara terbuka supaya arak ini tidak mudah didapati dan secara  perlahan-lahan mengurangkan kadar peminuman arak dalam masyarakat ke  arah sifar peminum alkohol dalam masyarakat
Seterusnya, kita mendesak supaya  undang-undang sedia ada ini dipinda dari segi hukuman-hukuman yang  dikenakan atas pesalah, penguatkuasaan serta peraturan-peraturan yang  berkenaan peminum dan industri arak ini secara keseluruhannya
Insya-Allah, segala cadangan khususnya  dari segi undang-undang ini akan kami perhalusi dan bentangkan kepada  masyarakat dan pihak kerajaan sendiri
Saya menyeru supaya rakyat dari semua  latarbelakang untuk bangkit menyuarakan kekesalan kita di platform,  ruang lingkup dan kemampuan masing-masing supaya pihak kerajaan  memandang serius akan perkara ini
Ingatlah, ini bukan permainan politik  kerana ini adalah isu kita bersama yang akan menyelamatkan nyawa-nyawa  yang tidak bersalah. Insya-Allah, kami, badan-badan bukan kerajaan  (NGO-NGO) Islam akan memperjuangkan isu ini habis-habisan demi  kepentingan kita bersama
Ayuh kita perangi gejala arak ini bersama-sama
Sumber: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/lelaki-maut-dilanggar-pemandu-mabuk-melawan-arus-di-kuantan-244329
*Haji Aminuddin Yahaya
Presiden ISMA / Pengerusi PEMBELA
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
http://dialograkyat.blogspot.com/2020/05/kerajaan-perlu-cari-jalan-haramkan.html