Kerajaan Pergiat Libat Urus Galak Aliran Masuk Dana Ke Pasaran Tukaran Asing


 
Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata BNM memaklumkan prestasi ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat terus bertambah baik.KUALA LUMPUR: Kerajaan dan Bank Negara (BNM) akan terus mempergiat libat urus dengan pihak korporat termasuk pengeksport, pengimport, syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk menggalakkan aliran masuk dana ke pasaran pertukaran asing tempatan.
Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, berkata semasa Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) Bilangan 2 Tahun 2024 diadakan hari ini, Gabenor BNM Abdul Rasheed Abdul Ghaffour memaklumkan prestasi ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) terus bertambah baik.
Anwar, yang juga menteri kewangan berkata ini adalah hasil pelbagai inisiatif diselaraskan antara kerajaan, BNM, GLIC dan GLC serta unjuran yang diumumkan oleh Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS) semalam.
Beliau berkata, unjuran tersebut menunjukkan kadar inflasi AS yang lebih terkawal dan pelan utuh normalisasi dasar monetarinya pada tahun ini akan mengekang kenaikan dolar AS.
“Sejak memulakan operasi bersama (inisiatif itu), nilai ringgit telah mengukuh sebanyak 1.4% kepada 4.7135 hari ini daripada 4.7773 pada 23 Feb 2024.
“Namun begitu, ketidaktentuan pasaran kewangan global akan terus mempengaruhi pergerakan mata wang ringgit selagi tindakan dasar monetari ekonomi-ekonomi maju masih tidak jelas,” katanya menerusi hantaran di laman sosial X rasminya.
Sementara itu, perdana menteri juga berkata kerajaan akan melaksanakan inisiatif “New Deal For Business” (NDFB) menerusi penambahbaikan kecekapan proses dan prosedur serta pelaksanaan reformasi struktur dalam menjalankan perniagaan.
Beliau berkata, mesyuarat MTEN hari ini juga meneliti secara mendalam cadangan NDFB itu yang bertujuan untuk meningkatkan kepercayaan pelabur serta melonjakkan pertumbuhan produktiviti, daya saing dan ekonomi negara.
“Justeru, Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (Pemudah) akan dipertanggungjawabkan memantau pelaksanaan semua inisiatif NDFB,” kata Anwar.
Sementara itu, beliau berkata mesyuarat tersebut turut membincangkan mengenai “Pengukuhan Kerangka Jaminan Pendapatan Usia Tua di Malaysia” yang menumpukan kepada isu penuaan serta kesannya, termasuk persediaan negara dalam menyediakan jaminan pendapatan usia tua.
Justeru, mesyuarat itu memutuskan satu kajian menyeluruh perlu dijalankan bagi menambah baik kerangka jaminan pendapatan usia tua di Malaysia agar lebih holistik, kata perdana menteri. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/03/kerajaan-pergiat-libat-urus-galak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ketirisan Pemantauan Lemah Punca Kurma Israel Masuk Pasaran Malaysia Ppim Harian Metro 14 03 2024

Ketirisan Pemantauan Lemah Punca Kurma Israel Masuk Pasaran Malaysia Ppim Harian Metro 14 03 2024

papar berkaitan - pada 14/3/2024 - jumlah : 183 hits
Kuala Lumpur Persatuan Pengguna Islam Malaysia menggesa kerajaan mengambil tindakan segera terhadap penjualan kurma yang didakwa dari Israel Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata pemantauan dan penguatkuasaan lebih menyeluruh perlu ...
Kerajaan Digesa Ambil Tindakan Segera Cegah Kartel Warga Asing Tentukan Harga Sayur

Kerajaan Digesa Ambil Tindakan Segera Cegah Kartel Warga Asing Tentukan Harga Sayur

papar berkaitan - pada 19/3/2024 - jumlah : 175 hits
Mahani Ishakmahani bh com myPendatang asing mampu bentuk kartel kuasai rantaian bekalan Foto hiasanKUALA LUMPUR Kebun sayur diusahakan pendatang asing yang didakwa semakin meluas sama dengan penguasaan golongan itu dalam rantaian perbekalan...
Kerajaan Terengganu Pimpinan Pas Gagal Urus Belanja Mereka

Kerajaan Terengganu Pimpinan Pas Gagal Urus Belanja Mereka

papar berkaitan - pada 19/3/2024 - jumlah : 217 hits
HarapandailyPemerhati politik Liyana Marzuki mendedahkan bahawa kerajaan Terengganu pimpinan Pas gagal menguruskan perbelanjaan mereka meskipun jumlah penduduk kurang daripada Selangor Terengganu populasi 1 2 juta belanja RM1 86 b Beza Sela...
Pindaan Akta 355 Libat Urus Dengan Negeri Selesai Kata Menteri Agama

Pindaan Akta 355 Libat Urus Dengan Negeri Selesai Kata Menteri Agama

papar berkaitan - pada 24/3/2024 - jumlah : 170 hits
Menteri Hal Ehwal Agama Mohd Na im Mokhtar berkata libat urus berhubung penambahbaikan Akta Mahkamah Syariah penting memandangkan perkara berkaitan agama Islam merupakan hak negeri negeri berdasarkan Perlembagaan PETALING JAYA Libat urus an...
Aktiviti Sesi Libat Urus Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bersama Masyarakat Ppim 09 03 2024

Aktiviti Sesi Libat Urus Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bersama Masyarakat Ppim 09 03 2024

papar berkaitan - pada 11/3/2024 - jumlah : 170 hits
9 Mac 2024 Program Sesi Libat Urus Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman CP Dato Sri Mohd Suhaily Bin Mohd Zain bersama masyarakat Berlangsung di Dewan Pusat Komuniti TTDI Kuala Lumpur Program ini bertujuan memberi peluang kepada mas...
Kerajaan Komited Kurangkan Pekerja Asing Banteras Imigran Berniaga

Kerajaan Komited Kurangkan Pekerja Asing Banteras Imigran Berniaga

papar berkaitan - pada 12/3/2024 - jumlah : 147 hits
Jumlah pekerja asing tidak berkemahiran di Malaysia yang mencecah 3 3 5 juta orang menyebabkan bukan sahaja peluang pekerjaan kepada rakyat terbatas tetapi juga para imigran tersebut terlibat dalam perniagaan Menurut Menteri Ekonomi Rafizi ...
Tiga Wanita Antara Empat Ditahan Pecah Masuk Rumah Pempengaruh

Tiga Wanita Antara Empat Ditahan Pecah Masuk Rumah Pempengaruh

papar berkaitan - pada 11/3/2024 - jumlah : 186 hits
PETALING JAYA Awas kepada pempengaruh yang gemar bersiaran langsung di TikTok untuk menunjukkan kemewahan kerana anda mungkin akan menjadi sasaran penjenayah kes pecah rumah Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad ...
Beli Macam Macam Tapi Akhirnya Masuk Tong Sampah Cuba 4 Tips Strict Ini Kalau Nak Jimat Di Bazar Ramadan

Beli Macam Macam Tapi Akhirnya Masuk Tong Sampah Cuba 4 Tips Strict Ini Kalau Nak Jimat Di Bazar Ramadan

papar berkaitan - pada 12/3/2024 - jumlah : 227 hits
Selain beribadah dan menambah pahala bazar Ramadan adalah antara yang dinanti nantikan oleh masyarakat kita apabila tibanya bulan yang mulia ini Setiap orang mempunyai makanan kegemaran yang pasti akan dibeli setiap kali berkunjung di bazar...
Renungan Ayat 25 Ayat Ayat Ini Menunjukkan Masuk Surga Itu Karena Amal

Renungan Ayat 25 Ayat Ayat Ini Menunjukkan Masuk Surga Itu Karena Amal

papar berkaitan - pada 13/3/2024 - jumlah : 312 hits
Ayat menyebutkan bahwa masuk surga disebabkan amal yang telah kita kerjakan pada hari hari yang telah lalu Apa kita masuk surga benar karena amal kita
Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

Bufet Ramadan 2025 Di Le Meridien Petaling Jaya

How A Parent S Affection Shapes A Child S Happiness For Life

Surat Al Isra Ayat 1 Arti Dan Tafsir Ayat Isra Mi Raj

Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan Bagi Tahun 2025

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Menu Egg Stra Ong Kembali Di Marrybrown

Rumc Your Gateway To A World Class Medical Degree In Malaysia

Surat Al Baqarah Ayat 284 286 Arti Perkata Dan Hukum Tajwid

Arief Ujian Rindu Chord

Luqman Podolski Tiba Tiba Chord

Court Fines Senior Citizen Rm1 600 For Slapping Puspakom Staff