Kerajaan Naik Insentif Bajak Rm60 Per Hektar Tuaian Rm50 Diperkenal


 Insentif pembajakan kepada pesawah sebelum ini adalah RM100.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan perkenal bantuan baharu, insentif penuaian padi pada kadar RM50 per hektar bermula tahun ini. (Gambar Bernama) KUALA LUMPUR: Kerajaan setuju melaraskan kadar insentif pembajakan kepada pesawah (IPKP) daripada RM100 kepada RM160 per hektar bagi setiap musim, bermula tahun ini
Menurut Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) pelaksanaan insentif itu akan dilaksana secara berperingkat bagi memastikan penyampaian yang cekap dan berkesan kepada pesawah.
“Pelaksanaan insentif pembajakan kepada pesawah itu melibatkan dua kaedah agihan utama, iaitu pembayaran tunai tambahan sebanyak RM60 per hektar kepada pesawah yang telah selesai membuat kerja-kerja pembajakan dan telah membuat tuntutan kerja-kerja pembajakan bagi penanaman pada musim pertama 2025.
“Pembayaran RM160 per hektar mengikut mekanisme sedia ada di bawah Skim Insentif Pengeluaran Padi (SIPP), iaitu melalui penyedia perkhidmatan atau pemilik jentera bagi penanaman padi musim kedua tahun 2025,” menurut kenyataan kementerian.
Untuk bayaran insentif tambahan RM60 per hektar kepada pesawah yang telah menanam pada musim pertama tahun ini, kementerian sedang memuktamadkan senarai nama pesawah yang layak berdasarkan tuntutan dikemukakan pemilik jentera dan penyedia perkhidmatan.
“Ia akan dibayar sebaik sahaja senarai nama tersebut dimuktamadkan. Ia akan mengambil sedikit masa memandangkan terdapat tuntutan oleh pihak penyedia perkhidmatan yang telah selesai membuat kerja-kerja membajak, tetapi belum selesai mengemukakan tuntutan kepada agensi,” menurut kenyataan itu.
KPKM turut memperkenalkan insentif baharu, iaitu insentif penuaian padi pada kadar RM50 per hektar bermula tahun ini.
Pembayaran insentif itu akan dibuat setelah kerja-kerja penuaian selesai dilaksanakan dan dituntut oleh pemilik jentuai atau penyedia perkhidmatan yang berdaftar dengan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) atau Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK), bermula musim kedua tahun ini.
“Pada masa ini agensi sedang melaksanakan proses pendaftaran jentuai bagi membolehkan proses pembayaran dilaksanakan apabila kerja-kerja penuaian selesai dilaksanakan kelak,” jelas KPKM.
Kementerian turut mengambil maklum isu kelewatan pembayaran insentif dan kini sedang giat melaksanakan proses pembayaran secara berperingkat kepada pesawah. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2025/08/kerajaan-naik-insentif-bajak-rm60-per.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Walaun Jom Demo Rega Air Dah Naik Zalim Air Anugerah Tuhan Kerajaan Kamu Bagi Naik Woiiiii

Walaun Jom Demo Rega Air Dah Naik Zalim Air Anugerah Tuhan Kerajaan Kamu Bagi Naik Woiiiii

papar berkaitan - pada 1/8/2025 - jumlah : 296 hits
Zainuddin OmarWalaun SG4 minta Anwar TURUN tetiber kadar harga air negeri negeri SG4 NAIK mendadak Nasiblah korang Ahaks Ini yang korang patut berhimpun dan bantah
Air Naik Kat Negeri Pembangkang Tiba Semua Jadi Bisu Tahap

Air Naik Kat Negeri Pembangkang Tiba Semua Jadi Bisu Tahap

papar berkaitan - pada 6/8/2025 - jumlah : 276 hits
Man Toba Kuala Lumpur Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini selamba koyak dalam diam bila dia sindir satu fenomena pelik berlaku di Malaysia Bila empat negeri pembangkang Perlis Kedah Kelantan Terengganu naikkan tarif air tiba t...
Bukan Bising Biasa Ini Bingit Fila Amir Naik Angin Bila Anak Terkejut Bunyi Ekzos

Bukan Bising Biasa Ini Bingit Fila Amir Naik Angin Bila Anak Terkejut Bunyi Ekzos

papar berkaitan - pada 6/8/2025 - jumlah : 268 hits
Bila tinggal di kota besar bunyi bising memang dah jadi perkara biasa Tapi macam mana kalau bunyi tu sampai buat anak kecil terkejut dan gelisah Itulah yang dilalui pempengaruh dan usahawan terkenal Fila Amir apabila anaknya Assara Adama Ca...
Kedah Lelaki Baru Dua Hari Kahwin Ditemui Tidak Bernyawa

Bot Bawa 300 Imigran Karam Di Sempadan Thailand Malaysia 11 Mangsa Termasuk Seorang Maut Ditemui Di Langkawi

Doa Malam 9 Nov 2025

Delicious Recipe Beef Marinade Tenderizer

Orang Bodoh Bicara Untuk Menang Orang Bijak Bicara Untuk Faham

Talking The Indian Girder Concept With Ola Steneg Rd

Welcome To The Age Of Autonomy How Ai Is Quietly Taking Over The World

Tiba Tiba Semua Orang Nak Kurus Rahsia Menjadi Sihat Tanpa Diet Dan Senaman


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Flow Bangi Smoke Brew Bandar Baru Bangi

Manfaat Kunyit Untuk Kesihatan Kecantikan Kesuburan

Nasi Goreng Simple Dan Pengalaman Musim Luruh

Bahaya Guna Barang Expired Jangka Hayat Produk Dan Alat Kecantikan Yang Patut Korang Tau

Late Lunch

From Classic Tools To Smart Innovation What Makes Microsoft Office 2024 Stand Out