Kerajaan Kata Bekalan Telur Cukup Peniaga Kata Stok Tak Banyak


bharian.com.my
Oleh Ainal Marhaton Abd Ghani
[email protected]
 - Disember 26, 2022 @ 10:01am
Bahagian yang menempatkan bekalan telur ayam kosong di sebuah pasar raya di Batu 3, Jalan Gambang, Kuantan. - Foto NSTP/Ainal Marhaton Abd Ghani
KUANTAN: Bekalan telur ayam yang masih tidak menentu merunsingkan orang ramai walaupun kerajaan memberi jaminan bekalan mentah itu mencukupi di seluruh negara.

Tinjauan di beberapa pasar raya dan kedai runcit sekitar Sungai Lembing, Indera Mahkota, KotaSAS, Balok, Sungai Soi dan Batu 6 mendapati telur ayam masih sukar diperoleh.

Kebanyakan pasar raya menjual telur ayam jenis Omega 30 biji pada harga antara RM17.90 hingga RM20, manakala saiz telur, A, B, C dan D dijual dalam pek 10 biji.

Pengguna yang ditemui mempersoalkan kerajaan yang kerap membuat kenyataan bekalan telur ayam mencukupi malah menasihatkan rakyat tidak membuat pembelian panik.

Peniaga, Mohd Sukhri Mat Yaki, 38, berkata kenyataan kerajaan seperti bercanggah dengan situasi semasa.

"Apabila kerajaan kata telur cukup, bermakna masalah bekalan sepatutnya sudah selesai tetapi perkara sebaliknya terus berlaku.

"Pengguna terutama peniaga kecil seperti kami berdepan kesukaran untuk mendapatkan bekalan malah terpaksa 'meniti' kedai ke kedai untuk mendapatkannya," katanya ketika ditemui di Balok dekat sini, hari ini.

Suri rumah, Siti Noor Hasmah Tahir, 40, berkata penduduk berdepan kesukaran mendapatkan bekalan telur sejak tiga bulan lalu.

Katanya, ada peniaga kedai runcit hanya menjual 10 biji kepada pelanggan untuk berlaku adil.

"Kami hairan kerajaan kata bekalan telur mencukupi, tetapi peniaga kata stok tak banyak.

"Memang susah untuk mendapatkan telur 30 biji sepapan di sini," katanya yang menetap di Sungai Lembing.

Peniaga kedai runcit Pasar Besar Kuantan, G Padmi, 64, pula berkata jika sebelum krisis bekalan telur ayam berlaku lebih tiga bulan lalu, dia memperoleh 70 sarang daripada pembekal tetapi kini hanya 10 atau 20 sarang sahaja setiap kali penghantaran.

"Turun sahaja daripada lori, pembeli sudah tunggu. Dalam tempoh satu atau dua jam, telur dah habis terjual.

"Pembekal pula hanya datang dua kali seminggu dan bekalan telur diagihkan berdasarkan permintaan peniaga. Memang tidak mencukupi," katanya yang sudah berniaga hampir 40 tahun.

Jumaat lalu, Pengarah Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pahang, Datuk Mark Ujin, dilaporkan berkata bekalan telur ayam di Pahang masih mencukupi dan bekalan akan sampai mengikut jadual.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/12/kerajaan-kata-bekalan-telur-cukup.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isu Keterjaminan Makanan Kerajaan Digesa Pastikan Bekalan Cukup Bangunkan Infrastruktur Samudera My 15 12 2022

Isu Keterjaminan Makanan Kerajaan Digesa Pastikan Bekalan Cukup Bangunkan Infrastruktur Samudera My 15 12 2022

papar berkaitan - pada 16/12/2022 - jumlah : 217 hits
KUALA LUMPUR 15 Disember 2022 Kerajaan Malaysia digesa untuk memastikan bekalan barang keperluan asas mencukupi di pasaran sekali gus membangunkan infrastruktur luar bandar bagi menangani isu keterjaminan makanan dalam negara Portal berita ...
Import Telur Hanya Sementara Ini Punca Sebenar Mengapa Sudah Berbulan Bekalan Telur Tidak Cukup

Import Telur Hanya Sementara Ini Punca Sebenar Mengapa Sudah Berbulan Bekalan Telur Tidak Cukup

papar berkaitan - pada 17/12/2022 - jumlah : 237 hits
Malaysia dikenali sebagai negara pengeksport telur Pengeluaran telur negara pada waktu dahulu telah melebihi 100 peratus sehingga boleh dieksport Namun pandemik Covid 19 dan PKP telah menyebabkan permintaan telur menurun dengan mendadak ker...
Mana Janji Kerajaan Bekalan Telur Ayam Pulih Di Pasaran Soal Radzi Jidin

Mana Janji Kerajaan Bekalan Telur Ayam Pulih Di Pasaran Soal Radzi Jidin

papar berkaitan - pada 16/12/2022 - jumlah : 191 hits
CYBERJAYA 8211 Kerajaan digesa menyelesaikan dengan segera isu kekurangan telur ayam di pasaran yang masih berlarutan hingga kini seperti seolah olah tiada tindakan diambil Naib Presiden Bersatu Datuk Dr Radzi Jidin berkata isu tersebut sem...
Shahidan Kata Mp Kerajaan Tak Pakai Tali Leher Macam Singapura Israel

Shahidan Kata Mp Kerajaan Tak Pakai Tali Leher Macam Singapura Israel

papar berkaitan - pada 21/12/2022 - jumlah : 158 hits
DATUK Seri Shahidan Kassim menyifatkan etika kod pemakaian Ahli Parlimen yang dibenarkan tidak memakai tali leher mirip etika kod pemakaian Ahli Parlimen di Singapura dan Israel Ahli Parlimen Arau dari Perikatan Nasional itu berkata kedua d...
Pindah Kuasa Kawal Selia Bekalan Gas Langkah Realisasi Ma63 Kata Hajiji

Pindah Kuasa Kawal Selia Bekalan Gas Langkah Realisasi Ma63 Kata Hajiji

papar berkaitan - pada 21/12/2022 - jumlah : 261 hits
KEPUTUSAN kerajaan persekutuan memindahkan kuasa kawal selia bekalan gas kepada Sabah adalah satu langkah ke hadapan ke arah merealisasikan Perjanjian Malaysia 1963 kata Ketua Menteri Hajiji Noor Ketika mengalu alukan keputusan yang diumumk...
Masa Kau Jaga Ptptn Kau Antara Yang Banyak Buat Kegagalan Zaman Dia Berada Dalam Kerajaan Semua Barang Harga Dinaikkan

Masa Kau Jaga Ptptn Kau Antara Yang Banyak Buat Kegagalan Zaman Dia Berada Dalam Kerajaan Semua Barang Harga Dinaikkan

papar berkaitan - pada 26/12/2022 - jumlah : 183 hits
KENAPA AKU BODOHsinarharian com myKerajaan tiada idea tangani kenaikan kos sara hidupSHAH ALAM Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia Datuk Wan Saiful Wan Jan menyifatkan bahawa kerajaan diterajui Pakatan Harapan dan BN ketika ini ...
Pengajuran Hppk2022 Bukti Penghargaan Dan Pengiktirafan Kerajaan Kepada Golongan Penjaja Dan Peniaga Kecil

Pengajuran Hppk2022 Bukti Penghargaan Dan Pengiktirafan Kerajaan Kepada Golongan Penjaja Dan Peniaga Kecil

papar berkaitan - pada 22/12/2022 - jumlah : 255 hits
Hi Korang Konvensyen Hari Penjaja dan Peniaga Kecil Peringkat Kebangsaan Tahun 2022 bertempat di Putrajaya International Convention Centre hari ini di sambut meriah dengan kehadiran YAB Dato Seri Anwar bin Ibrahim Perdana Menteri Malaysia y...
Nurul Izzah Admits Hajj Trip With Hubby Is Self Funded After Backstabbing By Own Pkr Member

Meet The Malaysian Couple On The Forbes 30 Under 30 Asia 2025 List

Baru Saya Faham Kenapa Orang Merentan Pasal Pak Mat Western Individu Kongsi Pengalaman Tak Best Ketika Ke Restoran Pmw

Daqmie Korbankanlah Chord

Nasihat Perihal Solat Dan Kematian

Filem Martabat Misi Berdarah

Hari Lautan Sedunia Jangan Bawa Balik Kulit Siput Jika Ke Pantai

Bukan Tak Nak Cakap Melayu Tapi Memang Mak Bapak Aku Tak Ada Darah Melayu Nak Buat Macam Mana Ameera Khan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Destinasi Pelancongan Yang Wajib Anda Kunjungi Semasa Ke Kelantan

Protect What You Love Why Luxury Bag Insurance Matters With Aeg

Death Thought Legacy

Ke Segar Amat Lane Bersama Anak Anak Buah

Resipi Sayur Lemak Putih Kelantan Menu Kampung Sedap Pancing Selera

June 10 2025