Kerajaan Jangan Bagi Muka Ngo Peguam Wakili Warga Bangladesh Md Rayhan




Tindak Balas Keluarga Rayhan...Peguam dan Kedutaan Bangladesh Akan Ambil Tindakkan Terhadap Kerajaan.

Susulan penangkapan dan penahanan Md Rayhan Kabir, keluarga warga Bangladesh itu telah melantik perwakilan undang-undang.

Peguam K Sumitha Shaanthinni dan C Selvaraja akan mewakili pemuda 25 tahun itu.

“Polis dan imigresen dimaklumkan melalui e-mel hari ini. Dalam surat kami, kami meminta tarikh untuk bertemu dengan anak guam kami.

“Kami akan berada di Bukit Aman pada hari Isnin (27 Julai) jam 2 petang untuk bertemu dengan anak guam kami,” kata Sumitha dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini.

Imigresen mula memburu Rayhan setelah dia muncul dalam dokumentari Al Jazeera “Locked Up in Malaysia’s Lockdown”.

JABATAN ITU JUGA TELAH MANARIK BALIK PERMIT KERJANYA...

Polis menahan Rayhan semalam dan akan menyoal siasatnya sebagai sebahagian daripada siasatan ke atas dokumentari tersebut.

Ketua Pengarah Imigresen, Khairul Dzaimee Daud berkata Rayhan akan diusir dari negara dan “menyenarai hitam” dia dari memasuki Malaysia pada masa akan datang.

Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin, yang memantau jabatan polis dan imigresen, mengatakan Rayhan akan direman selama 14 hari di pusat tahanan imigresen.

Rayhan menegaskan bahawa dia bercakap benar ketika ditemu ramah oleh Al Jazeera mengenai dakwaan penganiayaan terhadap pendatang tanpa izin oleh pihak berkuasa Malaysia semasa tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP)

Ketika dihubungi, Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh Md Shahidul Islam (gambar) memberitahu bahawa dia telah meminta maklumat mengenai Rayhan dari pihak berkuasa Malaysia melalui “saluran diplomatik”.

“Inisiatif diambil langkah demi langkah sesuai keperluan,” katanya, yang enggan mengulas lanjut.

Shahidul kemudian memberitahu akhbar Bangladesh, Bangla Tribune bahawa suruhanjaya tinggi itu meminta kebenaran untuk membolehkan pegawai kedutaan berbincang dengan Rayhan.

Sementara itu, Al Jazeera dalam kenyataan di Twitter mengulas penangkapan Rayhan dengan berkata:”Al Jazeera mendapati adalah sangat mengganggu apabila pekerja asing Bangladesh Md Rayhan Kabir telah ditangkap.

Ini kerana dia memilih untuk bercakap tentang beberapa pengalaman golongan yang tidak mempunyai suara”.

Al Jazeera juga menyorot bahawa Rayhan juga mengalami gangguan secara dalam talian.

NGO MAHU PASTIKAN KESELAMATAN KETIKA DALAM TAHANAN..

Dua NGO hak asasi manusia sejak itu menegaskan agar Rayhan diadili di mahkamah dan bukannya “dideportasi secara sewenang-wenang” sebelum dibuktikan bersalah.

Pengarah eksekutif Inisiatif Utara-Selatan Adrian Pereira mendesak Peguam Negara Idrus Harun untuk memastikan kedaulatan undang-undang ditegakkan dalam kes ini.

“Peguam Negara harus memastikan peraturan undang2 dan bukan peraturan menurut undang2 bagaimana Jabatan Imigresen menuduh Rayhan.

“Rayhan mesti diberi perbicaraan yang adil untuk membolehkannya menjelaskan dirinya sendiri dan tidak dihantar pulang secara sewenang-wenang,” katanya kepada Malaysiakini.

Pereira juga mendesak kerajaan untuk memastikan keselamatan Rayhan ketika dalam tahanan.

“Apa yang berlaku dalam tahanan adalah sesuatu yang dikhuatiri oleh banyak aktivis dan badan sivil.

“Setelah ditahan, kerajaan harus memastikan keselamatannya,” tegasnya.

Pereira juga menggesa reformasi undang-undang imigresen untuk memastikan para pendatang tidak akan menjadi korban atau dideportasi setelah mereka membuat aduan.

NGO DAN PEGUAM AKAN AMBIL TINDAKAN TERHADAP KETAJAAN MALAYSIA...

Peguam Charles Hector Fernandez dari NGO Malaysia Against Death Penalty and Torture (Madpet) juga bersetuju bahawa mahkamah harus memutuskan sama ada Rayhan perlu dihantar pulang atau tidak.

Dia tidak setuju bahawa pengusiran diputuskan melalui keputusan “pentadbiran”.

“Sekiranya pengusiran itu tidak dihentikan, kebimbangannya adalah banyak pihak yang percaya bahawa Malaysia hanya berusaha untuk mengelakkan perbicaraan yang adil.

“Sekiranya Malaysia benar-benar yakin bahawa dia melakukan jenayah, maka tuduh dan bicara di mahkamah Malaysia sesuai dengan undang-undang Malaysia.

“Untuk menunjukkan bahawa Rayhan bersalah hanya kerana dia muncul di dokumentari tersebut, mungkin tidak masuk akal,” kata Fernandez dalam satu kenyataan

BAPA MULA BERSUARA...

Md Rayhan Kabir, yang ditahan semalam oleh Jabatan Imigresen kerana terlibat dalam dokumentari kontroversi yang dihasilkan Al Jazeera, menegaskan dia tidak berbohong dalam wawancara itu.

Rayhan menghantar pesanan Whatsapp kepada wartawan media Bangladesh, The Daily Star semalam, dengan mengatakan bahawa polis akan menangkapnya.

“Saya tidak melakukan jenayah. Saya tidak berbohong. Saya hanya bercakap mengenai diskriminasi terhadap pendatang asing.

Saya mahu maruah migran dan negara saya terjamin. Saya percaya semua pendatang asing dan Bangladesh akan bersama saya,” katanya kepada media itu .

IBU JATUH SAKIT...

Sementara itu, bapa Rayhan, Shah Alam meminta rakyat Bangladesh untuk menyokong anaknya.

“Ibu Raihan sakit sejak sebulan lalu. Anak saya ditangkap kerana memprotes diskriminasi dan eksploitasi.

“Saya percaya anak saya tidak melakukan kesalahan. Saya mahu Bangladesh berdiri bersamanya”.

Shah Alam, yang bekerja di sebuah kilang pakaian, berkata setelah Rayhan memperoleh Sijil Menengah Tinggi dari Tolaram College pada tahun 2014, dia berangkat ke Malaysia dan lulus Sarjana Muda Sastera di sini.

Kenyataan Pemuda Bangladesh Ini Kepada Al-Jazeera, Guris Hati Rakyat Malaysia.

Difahamkan pemuda Bangladesh yang sudah empat tahun menetap di Chow Kit Kuala Lumpur itu mencetus rasa kurang senang rakyat Malaysia selepas mendakwa dia tidak dilayan dengan baik ketika Perintah Kawalan Pergerakan( PKP) yang lalu.

Paparan skrin temuramah tersebut kemudiannya menjadi viral dan rata-rata warganet menyelar tindakan warga asing tersebut yang dilabel sebagai kacang lupakan kulit.

Ada juga yang menganggap pendatang tanpa izin (PATI) itu tidak berterima kasih kepada kerajaan yang telah menyelamatkan nyawanya daripada menjadi mangsa virus pembunuh, Covid-19.

Menerusi temuramah bersama Al-Jazeera, pemuda Bangladesh tersebut seolah-olah menggambarkan kerajaan Malaysia melayannya dengan kejam kerana tidak mengendahkan permintaan untuk bertemu rakan-rakan di luar.

“Saya menangis di pagar. Tolong benarkan saya jumpa kawan-kawan,” katanya ketika ditemu ramah wartawan Al-Jazeera.

Terdahulu, Al Jazeera didakwa menyiarkan laporan tidak betul apabila mengatakan Malaysia mengamalkan perkauman dalam menangani isu PATI ketika wabak Covid-19 menerusi laporan video bertajuk ‘Dipenjara ketika Lockdown Malaysia: Kami menyiasat mengapa pandemik Covid-19 memaksa pekerja asing – tulang belakang ekonomi Malaysia – untuk bersembunyi’.

Menurut laporan tersebut, selama bertahun-tahun pekerja asing telah melakukan kerja berbahaya dan kotor untuk Malaysia.

Bagaimanapun, ketika pelaksanaan PKP, pekerja asing yang tidak mempunyai dokumen perjalanan sah terpaksa hidup dalam ketakutan di sini.

*Note : Taip "HALAU" Untuk Menunjukkan Sokongan Kita Pada Kerajaan Malaysia...

#PenyokongSetiaUmnoPas...
#AnakNegeriPahangDarulMakmur...
#AdieyraAlmyErdieyanaEllyArdieyana..


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/07/kerajaan-jangan-bagi-mukango-peguam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Keluarga Rayhan Lantik Peguam Ngo Gesa Perbicaraan Adil

Keluarga Rayhan Lantik Peguam Ngo Gesa Perbicaraan Adil

papar berkaitan - pada 26/7/2020 - jumlah : 380 hits
Susulan penangkapan dan penahanan Md Rayhan Kabir keluarga warga Bangladesh itu telah melantik perwakilan undang undang Peguam K Sumitha Shaanthinni dan C Selvaraja akan mewakili pemuda 25 tahun itu Polis dan imigresen dimaklumkan melalui e...
Suami Isteri Bergaduh Jangan Sampai Tarik Muka Rendahkan Ego Anak Akan Perhatikan

Suami Isteri Bergaduh Jangan Sampai Tarik Muka Rendahkan Ego Anak Akan Perhatikan

papar berkaitan - pada 29/7/2020 - jumlah : 515 hits
Dalam rumah tangga ni kalau bertengkar tu biasa la Asam garam dalam rumah tangga kan Lidah sendiri pun kadang kadang tergigit apatah lagi duduk serumah dengan pasangan yang baru kita kenal Tetapi kalau bertengkar jangan sampai keluarkan kat...
Warga Asing Belum Boleh Masuk Masjid Lelaki Bangladesh Ini Minta Tolong Guru Tahfiz Sedekah Rm5 Untuk Tabung Masjid

Warga Asing Belum Boleh Masuk Masjid Lelaki Bangladesh Ini Minta Tolong Guru Tahfiz Sedekah Rm5 Untuk Tabung Masjid

papar berkaitan - pada 15/7/2020 - jumlah : 251 hits
Sebagai insan yang dilahirkan dalam Islam dan negara yang aman kadang kita terleka dengan nikmat yang Tuhan berikan kepada kita sebagai ummat di muka bumi ini Kekadang kita hampir terlupa untuk bersedekah Ya sikap selalu bersedekah ini patu...
Warga Boleh Pakai Pistol Netizen Jangan Ngawur Mau Seperti Amerika

Warga Boleh Pakai Pistol Netizen Jangan Ngawur Mau Seperti Amerika

papar berkaitan - pada 3/8/2020 - jumlah : 289 hits
Ketua MPR Bambang Soesatyo memberikan pandangan terkait Peraturan Kapolri Nomor 18 Tahun 2015 tentang Perizinan Pengawasan Dan Pengendalian Senjata Api Nonorganik Polri TNI untuk Kepentingan Bela Diri Bamsoet sapaan akrab Bambang Soesatyo i...
Warga Bangladesh Ditemubual Al Jazeera Akan Diusir Disenarai Hitam

Warga Bangladesh Ditemubual Al Jazeera Akan Diusir Disenarai Hitam

papar berkaitan - pada 25/7/2020 - jumlah : 234 hits
Md Rayhan Kabir KUALA LUMPUR Lelaki warganegara Bangladesh yang ditemubual agensi berita Al Jazeera dalam dokumentari tentang pendatang asing 101 East Locked Up in Malaysia s Lockdown akan diusir keluar dan disenarai hitam daripada memasuki...
Pelitup Muka Ngo Dakwa Kompaun Rm1 000 Terlalu Drastik

Pelitup Muka Ngo Dakwa Kompaun Rm1 000 Terlalu Drastik

papar berkaitan - pada 2/8/2020 - jumlah : 383 hits
KUANTAN Tindakan kompaun RM1 000 terhadap individu yang tidak memakai pelitup muka di tempat awam dianggap terlalu drastik oleh Pertubuhan Kebajikan Kemanusiaan Antarabangsa Presidennya Datuk Seri Zuhairi Ab Kadir berkata kerajaan seharusny...
Warga Asing Rayhan Kabir Yang Diburu Jabatan Imigresen Malaysia Sudah Ditahan Hari Ini

Warga Asing Rayhan Kabir Yang Diburu Jabatan Imigresen Malaysia Sudah Ditahan Hari Ini

papar berkaitan - pada 25/7/2020 - jumlah : 302 hits
PUTRAJAYA 24 Julai Lelaki warganegara Bangladesh Rayhan Kabir yang diburu Jabatan Imigresen Malaysia ditahan hari ini Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendakwaan dan Undang undang Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman SAC Mior Farid Alatrash ...
Sikap Lewa Kerajaan Pn Jangan Kita Menyesal Lepas Ni

Sikap Lewa Kerajaan Pn Jangan Kita Menyesal Lepas Ni

papar berkaitan - pada 19/7/2020 - jumlah : 229 hits
Kerajaan memaklumkan 707 warga Malaysia telah pulang ke tanah air semalam dari 11 buah negara melalui KLIA dan KLIA2 Dari 707 orang itu 706 warga diarahkan untuk menjalani kuarantin wajib di rumah manakala seorang lagi dihantar ke hospital ...
Gerai Stimbot Kebab Warga Bangladesh Dan Indonesia Diserbu

Gerai Stimbot Kebab Warga Bangladesh Dan Indonesia Diserbu

papar berkaitan - pada 17/7/2020 - jumlah : 293 hits
DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur menyerbu penjaja warga Bangladesh dan Indonesia yang menjual stimbot dan kebab tanpa kebenaran di sekitar Wangsa Maju Kuala Lumpur malam ini DBKL dalam kenyataan di Facebook berkata operasi diadakan pada jam 10 ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Warga Emas Buat Onar Tutup Lubang Kunci Rumah Orang Lain Guna Gam Super

Penumpang E Hailing Ghaib Tinggalkan Kain Putih

Startup Ai Raih 25 Pembiayaan Vc Di Eropah