Kerajaan Berhutang Kepada Kita



Dari masa ke masa, timbul bahas mengenai kedudukan kewangan negara khususnya sama ada kerajaan ada duit atau tidak

Baru-baru ini apabila Menteri Kewangan, Datuk Tengku Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz kata kedudukan fiskal Malaysia kukuh, adalah orang yang tuduh Menteri Kewangan dulu, Lim Guan Eng bohong pasal dia pernah kata kerajaan tak ada duit

Masalahnya, banyak orang yang dengar berita macam itu dan kemudian buat kesimpulan sebenarnya tak pun faham hal sebenar. Perkara-perkara yang bersangkut paut dengan kewangan ini rumit dan boleh dinilai daripada banyak sudut. 
Memang benar kedudukan kewangan negara kita kukuh macam Tengku Zafrul kata. Tapi Guan Eng pun tak salah bila dia kata kerajaan tak ada duit. Ini kerana mereka bercakap melalui sudut yang berbeza

Betul kata Tengku Zafrul bahawa kedudukan kewangan negara kukuh. Kalau dikira semua duit yang ada dalam sistem kewangan, kita sebenarnya ada duit yang banyak. 
Ini kerana ekonomi kita lebih baik daripada kebanyakan negara di dunia dan daripada awal lagi kerajaan galak dan paksa rakyat simpan duit

Kita simpan duit secara sukarela dalam bank atau melalui pelaburan macam Amanah Saham Bumiputera, Bursa Malaysia dan Tabung Haji. 
Kita juga simpan secara wajib melalui caruman kepada tabung-tabung pencen macam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) bagi anggota tentera dan Kumpulan Wang Persaraan (KWAP)

Jadi memang betullah bila orang kata sistem kewangan kita kukuh. Maksudnya negara kita ada duit. Tapi duit itu bukan duit kerajaan dan kerajaan tak boleh guna sesuka hati

Duit kerajaan sendiri tak banyak, hanya ada apa yang dikutip daripada orang ramai dan syarikat perniagaan dalam bentuk cukai, yuran, denda dan seumpamanya. Kemudian sedikit daripada sumber pelaburan seperti Petronas dan Khazanah Nasional Berhad

Itu pun apa yang dikutip setiap tahun tak cukup untuk memenuhi keperluan perbelanjaan kerajaan. Kutipan itu hanya cukup untuk bayar gaji dan pencen kakitangan awam, selenggara pentadbiran dan bayar balik hutang

Untuk bangunkan negara macam bina sekolah, hospital, prasarana dan beli kelengkapan tentera, kerajaan terpaksa berhutang. Daripada siapa kerajaan berhutang? Daripada kita semua. Kebanyakan kita tak pun tahu yang kerajaan berhutang daripada kita

Inilah kepelikan pentadbiran kewangan negara. Untuk bangunkan negara kononnya, demi kebaikan kita rakyat jelata, kerajaan berhutang daripada rakyat jelata

Kerajaan berhutang daripada kita dengan cara menjual surat jaminan dalam bentuk Bon Perbendaharaan. Bon itu dibeli oleh bank, KWSP, Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tabung Haji, KWAP, LTAT dan bermacam-macam lagi badan pelaburan yang semuanya guna duit simpanan dan pelaburan kita

Kesimpulannya, Tengku Zafrul betul bila dia kata, sistem kewangan dan percukaian negara kukuh. Ini kerana sistem kewangan kita ada banyak duit tapi duit itu duit kita, bukan duit kerajaan

Guan Eng pun betul juga bila dia kata, kerajaan tak ada duit. Memang kerajaan tak ada duit atau tak cukup duit. Kerajaan terpaksa berhutang daripada kita, lepas itu pungut cukai daripada kita untuk bayar balik hutang daripada kita

Sebab itulah saya selalu kata kita, khususnya orang Melayu, kena faham sikit sebanyak hal ekonomi. Kita tak boleh pandang ringan bila kerajaan menyeleweng dan rasuah. Duit yang mereka seleweng dan rasuah itu duit kita

Ambil contoh duit RM4 bilion yang SRC International Sdn Bhd pinjam daripada KWAP. Duit KWAP itu duit pencen kakitangan awam

SRC International ini asalnya anak syarikat 1MDB. la tak mampu bayar balik hutang KWAP sebab berniaga atas angin. Kerajaan kena bayar balik. Daripada mana kerajaan dapat duit? Daripada siapa lagi kalau bukan kita rakyat jelata yang bayar cukai

Duit yang kerajaan bagi dalam bentuk Bantuan Sara Hidup (BSH) dan sebagainya itu bukan duit derma Tok Arab atau ibu duit tapi setiap sen adalah duit cukai yang kita sendiri bayar

Wallahualam

Sumber: A Kadir Jasin (Tokoh Wartawan Negara)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.zukidin.com/2020/06/kerajaan-berhutang-kepada-kita.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Usd10 Bilion Diambil Kerajaan Najib Dari Ecrl Dakwa Sarawak Report

Usd10 Bilion Diambil Kerajaan Najib Dari Ecrl Dakwa Sarawak Report

papar berkaitan - pada 10/6/2020 - jumlah : 240 hits
Ia menunjukkan tidak kurang dari USD10 bilion dijarah oleh kerajaan Najib dari 1MDB dan kedua dua projek di atas Bagaimanapun maklumat itu tidak pernah diserahkan kembali ke Malaysia kata Sarawak Report Sarawak Report mendedahkan sebanyak U...
Corona Serang Kerajaan Saudi 1 Pangeran Dilaporkan Wafat

Corona Serang Kerajaan Saudi 1 Pangeran Dilaporkan Wafat

papar berkaitan - pada 10/6/2020 - jumlah : 175 hits
Salah satu pangeran kerajaan Arab Saudi Saud bin Abdullah Bin Faisal bin Abdulaziz al Saud dilaporkan meninggal dunia pada Kamis 2 Juni diduga terjangkit virus corona Saudi Royal Court mengonfirmasi kematian Pangeran Saudi seperti diberitak...
Kerajaan Akan Akan Buru Tekong Sindiket Pati Besar Besaran

Kerajaan Akan Akan Buru Tekong Sindiket Pati Besar Besaran

papar berkaitan - pada 10/6/2020 - jumlah : 407 hits
KUALA LUMPUR Polis Diraja Malaysia akan bekerjasama dengan Angkatan Tentera Malaysia dan agensi penguat kuasa lain untuk melaksanakan Op Benteng secara besar besaran di seluruh negara bagi memburu tekong serta anggota sindiket berhubung pen...
Kantin Dibuka Tapi Kerajaan Galakkan Ibu Bapa Sediakan Bekal Makanan Untuk Anak Anak Ke Sekolah

Kantin Dibuka Tapi Kerajaan Galakkan Ibu Bapa Sediakan Bekal Makanan Untuk Anak Anak Ke Sekolah

papar berkaitan - pada 10/6/2020 - jumlah : 1073 hits
Menerusi satu sidang media dari Kementerian Pendidikan Malaysia yang disampaikan oleh Menteri Kanan Pendidikan YB Dr Radzi Jidin menggalakkan bahawa ibu bapa bertanggungjawab menyediakan bekalan makanan kepada anak anak untuk hadir ke sekol...
Ini Kerajaan Muhyiddin Bukan Kerajaan Perikatan Nasional

Ini Kerajaan Muhyiddin Bukan Kerajaan Perikatan Nasional

papar berkaitan - pada 10/6/2020 - jumlah : 335 hits
Tun Dr Mahathir Mohamad 1 Saya terpaksa panggil Kerajaan pimpinan Muhyiddin ini sebagai Kerajaan Muhyiddin 2 Ramai yang panggil Kerajaan ini Kerajaan Perikatan Nasional 3 Tetapi Parti Perikatan Nasional tidak wujud Tidak pernah diadakan aca...
Harga Siling Petrol Dan Diesel Dibatalkan Dalam Warta Kerajaan

Harga Siling Petrol Dan Diesel Dibatalkan Dalam Warta Kerajaan

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 450 hits
Harga petrol dan diesel merupakan isu yang sangat besar bagi dunia dan Malaysia khasnya yang merupakan negara pengeluar Sebarang perubahan harga akan memberikan impak yang besar kepada sebahagian industri dalam negara Sekiranya anda masih i...
Anwar Ibrahim Merenung Persembahan 100 Hari Kerajaan Perikatan Nasional

Anwar Ibrahim Merenung Persembahan 100 Hari Kerajaan Perikatan Nasional

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 459 hits
ANWAR IBRAHIM Hari ini genap 100 hari pentadbiran kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin Kita sedia maklum bagaimana kerajaan yang ada pada hari ini tercipta dan berdiri dengan perencanaan beberapa tokoh dan babak pengkhianatan kepada a...
Kerajaan Batal Perintah Harga Siling Petrol Diesel Dibatal

Kerajaan Batal Perintah Harga Siling Petrol Diesel Dibatal

papar berkaitan - pada 10/6/2020 - jumlah : 408 hits
Kerajaan Persekutuan sudah membatalkan perintah harga siling terhadap minyak petrol dan diesel melalui Warta Kerajaan bertarikh 3 Jun lalu Berdasarkan Warta Kerajaan itu Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan 2020 mengikut Akta Kawalan H...
Kerajaan Pn Banyak Duit Tapi Menteri Kewangan Mahu Meminjam

Kerajaan Pn Banyak Duit Tapi Menteri Kewangan Mahu Meminjam

papar berkaitan - pada 10/6/2020 - jumlah : 342 hits
ULASAN Sejak PN ambil alih pentadbiran Malaysia laungan dan teriakan ini selalu berkumandang Tun Dr Mahathir dan Lim Guan Eng tipu rakyat Malaysia Dikatakan kerajaan tidak mempunyai duit dan perlu berhutang untuk berbelanja tetapi apabila T...
Dugaan Pagi Khamis

Insentif Mahasiswa Johor Sesi 1 2025

A Noble Idea But Can A Non Islamic Religious Affairs Advisory Board Strengthen National Unity

Sambal Bendi Goreng

A Country Residence In Moscow By Ariana Ahmad Where Refined Design Meets Artful Living

Utp Breaks Into Top 50 In Asia University Rankings

Lajnah Baru Tok Hepi Dapat Berita Ini

Photoshoot Raya 2025 Di Rizq Production


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tak Sampai Sebulan Dilahirkan Ain Edruce Sebak Anak Diserang Virus Rsv

Infinix Kembangkan Siri Note 50 5g Dengan Model Baharu Note 50x 5g Note 50s 5g

Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Muda Yan

Brownies Monster Merbok

Peringatan Domain Blog Tamat Tempoh

Top Metal Recycling Companies In Malaysia Hydro Metal