Kerajaan Belum Putuskan Dos Penggalak Syarat Lengkap Vaksinasi Kata Khairy


BERNAMA
Khairy berkata, buat masa ini kerajaan mengiktiraf vaksinasi lengkap bagi individu penerima dua dos vaksin AstraZeneca, Sinovac dan Pfizer yang tiada masalah kesihatan.

Vaksinasi penggalak mula diberikan kepada penerima vaksin lengkap bagi mengekalkan tahap imuniti melawak virus Covid-19 yang kini bermutasi kepada beberapa varian yang lebih mudah menular. Kerajaan belum memutuskan dos penggalak sebagai syarat untuk seseorang individu itu dikategorikan telah lengkap menerima vaksinasi, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
Beliau berkata ketika ini kementerian kesihatan (KKM) sedang membuat kajian berdasarkan pengalaman negara lain yang telah menetapkan dos penggalak sebagai syarat lengkap vaksinasi.
“Pakar-pakar juga sedang mengkaji keberkesanannya dan mereka akan membuat syor kepada Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 Penggalak (CITF-B).
“Kalau kita dapati kes meningkat, kemasukan ke hospital dan kematian juga meningkat disebabkan keengganan orang untuk terima dos penggalak dan sudah menjadi norma antarabangsa untuk mereka mensyaratkan vaksinasi lengkap ialah penerima series primer dan juga dos penggalak, maka kita akan membuat keputusan sama…tetapi (sekarang) belum lagi,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Agenda Awani bertajuk “Dos Penggalak Jadi Perisai” yang disiarkan menerusi Astro Awani, malam tadi.
Khairy berkata buat masa ini kerajaan mengiktiraf vaksinasi lengkap bagi individu penerima dua dos vaksin AstraZeneca, Sinovac dan Pfizer yang tiada masalah kesihatan.
Beliau berkata Malaysia mungkin berdepan dengan gelombang baru Covid-19 sekiranya liputan pemberian dos penggalak itu tidak disegerakan.
“Kalau liputan dos penggalak tidak tinggi macam liputan (pemberian vaksinasi) dos pertama, kedua yang (menjadi) antara terbaik di dunia…kes, kadar kemasukan ke hospital dan kematian akan meningkat,” katanya.
Beliau berkata Israel pernah berdepan dengan gelombang ketiga meskipun telah menyelesaikan vaksinasi dalam tempoh yang pantas.
“Israel, mereka mungkin negara terpantas selesaikan vaksinasi, apabila selesai vaksinasi dos pertama dan kedua kes dan kematian menurun, ini menunjukkan keberkesanan vaksinasi.
“Namun, selepas melihat terdapatnya kumpulan yang tidak mengambil vaksin dan melihat kepada penurunan keberkesanan vaksinasi hingga tercetusnya gelombang ketiga, mereka (Israel) percepatkan pemberian dos penggalak dan hari ini (kes) menurun balik…jadi negara awal ini menjadi ‘leading indicator’ tentang apa perkembangan yang perlu kita sediakan di Malaysia,” katanya.
Beliau berkata daripada lebih 1.7 juta dos penggalak jenis Pfizer yang telah diberikan di negara ini, sebahagian besar kesan sampingan ringan dilaporkan adalah seperti lenguh, sakit di lengan serta demam dan data berkenaan didapati sama dengan kesan sampingan yang dialami penerima vaksin dos pertama dan kedua.
“Daripada jumlah ini (1.7 juta), hanya 11 kes boleh dikategorikan agak serius macam alahan dan sebagainya, tetapi ia tidak menyebabkan kemasukan ke hospital yang serius setakat ini,” katanya.
Khairy berkata strategi kesihatan awam yang diguna pakai KKM dalam pemberian vaksinasi dos penggalak adalah mendidik dan memberi penerangan kepada rakyat terlebih dahulu dan bukannya dengan cara memaksa, iaitu sama seperti pendekatan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).
“Selepas itu, barulah kita beralih strategi yang mungkin lebih agresif, misalnya mengatakan bahawa hanya individu yang lengkap vaksinasi boleh diberikan kebebasan tertentu,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/11/kerajaan-belum-putuskan-dos-penggalak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ambil Dos Penggalak Covid Walau Sudah Sembuh Kata Khairy

Ambil Dos Penggalak Covid Walau Sudah Sembuh Kata Khairy

papar berkaitan - pada 29/11/2021 - jumlah : 238 hits
Beliau berkata suntikan penggalak perlu diambil tiga bulan selepas pulih terutama bagi golongan yang berada dalam kumpulan berisiko tinggi Pakar Jantung Hospital KPJ Tawakkal KL Dr Shahrol Anuar Mohd Yasin menerima vaksin Pfizer Bio NTech d...
Booster Bukan Syarat Wajib Lengkap Dos

Booster Bukan Syarat Wajib Lengkap Dos

papar berkaitan - pada 2/12/2021 - jumlah : 267 hits
Kerajaan tidak jadikan pengambilan dos penggalak sebagai syarat wajib untuk lengkapkan dos vaksin Covid 19 Muzik Artlist SinarVideo SinarHarian Booster Dos Penggalak Covid19 Syarat SOP KKM
Cara Mendaftar Dapatkan Suntikan Dos Penggalak Vaksin Covid 19

Cara Mendaftar Dapatkan Suntikan Dos Penggalak Vaksin Covid 19

papar berkaitan - pada 24/11/2021 - jumlah : 332 hits
Syabas rakyat Malaysia kerana menjadikan statistik individu yang di vaksin untuk Covid 19 90 Daftar dan Syarat Suntikan Penggalak Vaksin CovidDi Malaysia kebanyakan rakyat diberikan suntikan vaksin percuma dari beberapa jenis yang diiktiraf...
Prn Sarawak 12 Hari Tempoh Kempen Segerakan Dos Penggalak

Prn Sarawak 12 Hari Tempoh Kempen Segerakan Dos Penggalak

papar berkaitan - pada 24/11/2021 - jumlah : 283 hits
KUALA LUMPUR Tempoh berkempen yang ditetapkan selama 12 hari bagi Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke 12 disifatkan sebagai agak lama khususnya ketika negara masih lagi dibelenggu krisis kesihatan Menurut Pakar Perubatan Kesihatan Awam UNIMAS Pr...
Pegawai Kanan Kkm Meninggal Dunia Seminggu Lepas Ambil Dos Penggalak

Pegawai Kanan Kkm Meninggal Dunia Seminggu Lepas Ambil Dos Penggalak

papar berkaitan - pada 21/11/2021 - jumlah : 432 hits
November 21 202Pegawai kanan KKM meninggal dunia seminggu lepas ambil dos penggalak Salam takziah diucapkan buat seluruh ahli keluarga mendiang Dr Chai Koh Meow atas pemergian beliau pada 17 November 2021 Demikian catatan Ketua Pengarah Kes...
Kalah Di Melaka Mesej Rakyat Tak Suka Mou Ph Kerajaan Kata Pemimpin Warisan

Kalah Di Melaka Mesej Rakyat Tak Suka Mou Ph Kerajaan Kata Pemimpin Warisan

papar berkaitan - pada 22/11/2021 - jumlah : 278 hits
November 22 2021 KOTA KINABALU Kekalahan Pakatan Harapan pada PRN Melaka merupakan mesej daripada pengundi bahawa mereka amat tidak gembira gabungan itu mengikat memorandum persefahaman dengan kerajaan kata Naib Presiden Warisan Junz Wong W...
Dos Penggalak Pendaftaran Secara Walk In Bermula 22 November

Dos Penggalak Pendaftaran Secara Walk In Bermula 22 November

papar berkaitan - pada 17/11/2021 - jumlah : 271 hits
Individu yang layak untuk menerima suntikan dos penggalak kini sudah boleh melakukan pendaftaran secara walk in Menurut Badan Bertindak Imunisasi COVID 19 Penggalak pendaftaran nama dalam senarai menunggu secara w
Dos Penggalak Astrazeneca Sinovac Diluluskan Bersyarat

Dos Penggalak Astrazeneca Sinovac Diluluskan Bersyarat

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 285 hits
Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah pada Rabu bersetuju memberikan kelulusan bersyarat bagi penggunaan vaksin AstraZeneca dan Sinovac sebagai dos penggalak COVID 19 kepada individu berusia 18 tahun dan ke atas yang telah menerima vaksin ...
2 Adun Pn Sertai Kerajaan Melaka Pimpinan Bn Akan Bincang Kata Sulaiman

2 Adun Pn Sertai Kerajaan Melaka Pimpinan Bn Akan Bincang Kata Sulaiman

papar berkaitan - pada 23/11/2021 - jumlah : 262 hits
Dua ADUN Perikatan Nasional yang menang pada PRN Melaka adalah Mohd Aleef Yusof di kerusi Sungai Udang dan Mohd Yadzil Yaakub di Bemban PETALING JAYA Pucuk pimpinan Barisan Nasional akan berbincang sama ada dua wakil rakyat Perikatan Nasion...
Why We Ve Been Told Time And Again Not To Speculate When Police Investigation Is Ongoing Yb Rafizi

Kotak Packaging Kosmetik Custom Investasi Kecil Untuk Pulangan Besar Dalam Bisnes

Read The Room Kj Sound Fadhlina Sidek Anggap Gagal Urus Krisis Komunikasi Kes Zara Qairina

Pelbagai Negara Optimis Prestasi Ekonomi China Cgtn

Masak Nasi Lemak Simple

Anakanda Sultan Perak Raja Azlan Muzaffar Shah Curi Tumpuan Dengan Wajah Tampan

Isu Jalur Gemilang Pas Nasihat Umno Dap Kembali Kepada Prinsip Rukun Negara

Belanjawan 2026 Tarikh Pembentangan Jangkaan Intipati


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Solve Your Conflict Between Yourselves Takiyuddin Tells Umno And Dap

Sabah Umno At Weakest Point Faces Critical Juncture Says Analyst

Only Emergency Royal Brakes Can Slow Down Or Stop Akmal Express High Speed Runaway Train

Esok My Befday Ke 33

Nasi Berainai Lauk Kari Kambing Di Jamal Salim Restorant Terkenal Di Bandar Baru Keningau

Ideas Beef Jerky Recipe On Pellet Smoker