Keputusan Pru Dun Bukti Umno Perlu Berubah Demi Kelangsungan Perjuangan


KUALA LUMPUR: Persaingan sengit selama dua minggu bagi memilih kerajaan baharu di enam negeri melabuhkan tirai kelmarin dengan keputusan tiga sama yang menyaksikan gabungan Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) dan Perikatan Nasional (PN) terpaksa berpuas hati dengan status quo.
Perebutan 245 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di enam negeri berkesudahan dengan PN melebarkan penguasaan di Kedah, Kelantan dan Terengganu, manakala PH-BN kekal memerintah di Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan.
Secara keseluruhan, gabungan PH-BN menang 40.4 peratus atau 99 daripada 245 kerusi DUN yang ditandingi di enam negeri, manakala PN menang 60 peratus atau 146 daripada 245 kerusi menerusi PAS, BERSATU dan GERAKAN.
Seperti dijangka, DAP dan PAS menunjukkan prestasi cemerlang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) ini.
DAP hanya kalah satu daripada 47 kerusi yang ditandingi, manakala PAS menang 82.7 peratus atau 105 daripada 127 kerusi. BN yang diwakili UMNO pula menunjukkan prestasi terburuk apabila hanya menang 19 daripada 108 kerusi yang ditandingi.
Di pihak PN, paling corot adalah GERAKAN yang hanya menang satu daripada 37 kerusi.
Gabungan PH dan BN membentuk kerajaan negeri di Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Selangor, manakala Terengganu, Kedah dan Kelantan kekal diterajui PN.
Gabungan PH dan BN membentuk kerajaan negeri di Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Selangor, manakala Terengganu, Kedah dan Kelantan kekal diterajui PN.
Walaupun PRN kelmarin berakhir dengan keputusan 3-3, PN dilihat memperoleh 'bragging rights' atau kemenangan moral selepas berjaya mengurangkan majoriti PH-BN di Selangor dan Pulau Pinang, selain bertapak di Negeri Sembilan.
Di Selangor, PN menang 22 kerusi, sekali gus menamatkan penguasaan dua pertiga PH di negeri itu dalam tempoh 15 tahun sejak 2008.
PN juga menang 11 kerusi di Pulau Pinang berbanding hanya lima kerusi sebelum PRN berlangsung.
Di Negeri Sembilan, lima kerusi dimenangi PN sudah cukup kerana sebelum PRN, mereka langsung tiada kerusi di negeri kubu kuat BN itu.
Fokus utama dalam keputusan PRN kali ini tentu terarah pada prestasi BN, khususnya UMNO yang dilihat gagal menjalankan peranannya menarik sokongan orang Melayu kepada gabungan PH-BN dan mencatat prestasi terburuk dalam kalangan komponen Perpaduan.
UMNO hilang sepenuhnya di Kedah dan Terengganu serta hanya menang satu kerusi di Kelantan, selain mendapat masing-masing dua kerusi di Selangor dan Pulau Pinang. Mujurlah parti itu menang 14 kerusi di Negeri Sembilan, kurang dua berbanding 16 kerusi yang dimenangi ketika Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Bagaimanapun, trend itu dilihat membimbangkan buat UMNO kerana daripada 19 kerusi yang diperoleh di enam negeri, 11 daripadanya hanya menang dengan majoriti kecil di bawah 2,000 undi.
PRN kali ini jelas menunjukkan gelombang peralihan undi orang Melayu daripada UMNO kepada PN, berterusan sejak PRU15 tahun lalu. Ini selaras dapatan kajian badan penyelidikan Ilham Centre sebelum ini yang mendapati lebih separuh pengundi UMNO pada PRU15 akan beralih kepada PN dalam PRN kali ini.
Persoalannya, mengapa gelombang orang Melayu menolak UMNO berterusan dan terus berkembang daripada PRU15 sehingga PRN ini? Adakah orang Melayu, terutama ahli dan penyokong UMNO menolak parti itu atau mereka menolak pemimpin UMNO?
Dipengaruhi isu nasional
Bagi penganalisis politik Universiti Malaya (UM), Dr Mohammad Tawfik Yaakub, antara mesej yang cuba disampaikan orang Melayu, khususnya ahli UMNO kali ini ialah mereka menolak Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selaku Presiden parti, berbanding UMNO secara keseluruhan.
"Orang Melayu menolak Ahmad Zahid serta mereka tidak selesa dengan kerjasama UMNO dengan DAP, di samping isu harga barang yang masih tinggi serta faktor berkaitan ekonomi.
"Pada masa sama, majoriti pengundi masih membuat pilihan atas faktor parti dan lebih dipengaruhi isu nasional berbanding masalah tempatan, menyebabkan kecenderungan undi mereka dalam PRN ini," katanya.
Mohammad Tawfik berpandangan, Ahmad Zahid perlu berundur dan memberi laluan kepada muka baharu untuk memulihkan imej dan kredibiliti UMNO dan BN, namun langkah itu berisiko menimbulkan persoalan mengenai hala tuju kerjasama UMNO dalam Kerajaan Perpaduan.
Bagi penganalisis politik, Dr Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri, UMNO harus mengakui hakikat semakin ramai penyokong asal, khususnya pengundi Melayu sudah meninggalkan parti itu dan bertukar kepada PN disebabkan beberapa faktor penolakan terhadap UMNO.
"Keputusan semalam (kelmarin) tidak lagi boleh digambarkan sebagai 'kekalahan', tetapi istilah profesional yang dipanggil 'pemusnahan'.
"Justeru, untuk kelangsungan UMNO, parti itu perlu membuat tindakan yang mendesak dalam situasi yang menekan," katanya sambil membayangkan ada keperluan untuk 'merehatkan' Ahmad Zahid yang perlu memikulnya tanggungjawab di atas prestasi buruk itu.
Pada masa sama, beliau berasakan tidak perlu memanggil kembali bekas pemimpin UMNO yang dipecat atau digantung kerana parti itu masih ada ramai pelapis yang sering dinafikan kewujudan mereka.
UMNO masih relevan
Seorang lagi penganalisis politik, Prof Datuk Dr Nasruddin Mohamad berpandangan, keputusan membabitkan kerusi UMNO-BN adalah sesuatu yang sudah dijangka dan tidak mengejutkan apabila ia ditambah dengan sentimen agama yang dimainkan parti lawan dalam kempen di negeri Pantai Timur dan Kedah.
"Tiada sebarang isu lain yang boleh menjejaskan pertimbangan pengundi di ketiga-tiga negeri jalur Melayu itu, maka mereka mengundi PN," katanya.
Namun, beliau menegaskan UMNO masih releven walaupun keputusan kelmarin menunjukkan undi untuk parti itu menurun lebih separuh berbanding PRU14.
Katanya, pengundi Melayu yang tidak mempunyai banyak platform selain PAS dan BERSATU, masih bersama UMNO.
"UMNO-BN masih mendapat tempat meskipun sangat sedikit atas faktor reputasi (nama baik) dan imej (gambaran dan persepsi) di kawasan yang kalah teruk seperti Terengganu dan Kedah.
"Parokialisme dan sentimen agama memainkan peranan penting yang membezakan kawasan PN dan PH, UMNO-BN, namun di Negeri Sembilan kekal dengan kepercayaan diberi kepada UMNO.
"Untuk peringkat nasional pula, ia jauh daripada mencukupi. Rumusannya, politik nasional ini kekal berteraskan imbangan kaum serta sentimen agama dalam kalangan pengundi Melayu," katanya.
Setiausaha Veteran UMNO, Datuk Mustapha Yaakub, pula meminta semua pihak menerima dengan hati terbuka keputusan PRN dan menekankan ada banyak faktor yang menyebabkan parti itu mendapat keputusan sedemikian.
Beliau menegaskan, menuding jari kepada satu pihak atau kepemimpinan parti tidak sesuai ketika ini kerana pembangkang yang berjaya menebar dakyah mereka kepada pengundi.
"Pilihan mengundurkan diri daripada bekerjasama dengan PH juga tidak menyelesaikan masalah, malah menjejaskan Kerajaan Perpaduan," katanya. 
Beralih kepada pasca PRN, Mohammad Tawfik pula mencadangkan Kerajaan Perpaduan dan PN melaksanakan 'gencatan senjata' untuk meredakan suhu politik dan menumpukan kepada pembangunan ekonomi.
Beliau menyarankan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan langkah menghulurkan perdamaian dengan pemimpin PN.
"Saya lihat pemimpin yang ada kuasa perlu ke hadapan untuk rendahkan suhu politik. Jika Anwar mulakan langkah, beliau akan lebih dihormati dan sokongan kepada Perdana Menteri juga akan meningkat," katanya.
Bagaimanapun, beliau percaya keputusan PRN tidak akan menggugat kestabilan Kerajaan Perpaduan buat masa ini, meskipun ia mungkin membuatkan beberapa rakan komponen mula berkira-kira mengenai masa depan kerjasama itu.
"Keputusan PRN tidak beri kesan pada Kerajaan Perpaduan namun boleh mempengaruhi arah kerjasama politik Kerajaan Persekutuan dan perbincangan mengenai masa depan kerjasama itu akan ketara jika PN menang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai pada 9 September depan," katanya. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.pahangdaily.net/2023/08/keputusan-pru-dun-umno-perlu-berubah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kemenangan 146 Kerusi Dun Bukti Sokongan Padu Pengundi Melayu Pada Pn

Kemenangan 146 Kerusi Dun Bukti Sokongan Padu Pengundi Melayu Pada Pn

papar berkaitan - pada 13/8/2023 - jumlah : 157 hits
hmetro com myMUHYIDDIN dan ketua Parti Komponen PN serta calon ketika sidang media selepas keputusan rasmi PRN FOTO Aswadi AliasShah Alam Kemenangan sebanyak 146 kerusi Dewan Undangan Negeri dalam Pilihan Raya Negeri dengan mempertahankan K...
Tarikh Mengundi Pru Dun Ke 15 Jatuh Pada 12 Ogos 2023

Tarikh Mengundi Pru Dun Ke 15 Jatuh Pada 12 Ogos 2023

papar berkaitan - pada 10/8/2023 - jumlah : 230 hits
Tarikh Mengundi PRU DUN Ke 15 Jatuh Pada 12 Ogos 2023 Tinggal beberapa hari lagi seramai lebih 9 7 juta pengundi yang layak akan menjalankan tanggungjawab The post appeared first on
Lawan Perjuangan Islam Amanah Kelantan Cabar Mb Tunjuk Bukti

Lawan Perjuangan Islam Amanah Kelantan Cabar Mb Tunjuk Bukti

papar berkaitan - pada 19/8/2023 - jumlah : 202 hits
MalaysiakiniAmanah Kelantan mencabar menteri besar negeri itu agar menunjukkan bukti parti itu terlibat dalam sebarang tindakan melawan perjuangan Islam Pengarah Biro Undang undang Amanah Kelantan Hisham Fauzi berkata langkah itu perlu sele...
Keputusan Prn 6 Negeri Bayarang Pru Akan Datang

Keputusan Prn 6 Negeri Bayarang Pru Akan Datang

papar berkaitan - pada 18/8/2023 - jumlah : 207 hits
PRU15 dulu aku dah pernah tulis analisa dan nampaknya ia diterjemah di PRN 6 negeri ini Penulisan ini bukan atas dasar kecenderungan pada mana mana parti hanya sekadar pemerhatian sahaja
Negeri Sembilan Mb Swearing In Tomorrow Harapan Or Umno

Negeri Sembilan Mb Swearing In Tomorrow Harapan Or Umno

papar berkaitan - pada 13/8/2023 - jumlah : 167 hits
Negeri Sembilan s new menteri besar will be sworn in tomorrow but it is unclear if the candidate will be from Pakatan Harapan or Umno According to Bernama Pakatan Harapan chairperson and caretaker Menteri Besar Amuinuddin Harun refused to d...
Ph Bn Risks Losing More Support If Umno Doesn T Change Says Analyst

Ph Bn Risks Losing More Support If Umno Doesn T Change Says Analyst

papar berkaitan - pada 13/8/2023 - jumlah : 228 hits
Ahmad Fauzi Hamid says the party s poor performance in the state elections is unsurprising The unity government risks losing more political support if Umno does not change says an analyst Universiti Sains Malaysia s Ahmad Fauzi Hamid said U...
We Re Still Relevant In Ns Despite Drop In Votes Says Umno Leader

We Re Still Relevant In Ns Despite Drop In Votes Says Umno Leader

papar berkaitan - pada 13/8/2023 - jumlah : 216 hits
Jalaluddin Alias said Umno performed much better in Negeri Sembilan compared with the party s showing in the other five states PETALING JAYA Despite seeing a decline in the majority vote count for certain seats Negeri Sembilan Umno chief Ja...
Isu Zahid Dan Pemenjaraan Najib Juga Punca Umno Kalah

Isu Zahid Dan Pemenjaraan Najib Juga Punca Umno Kalah

papar berkaitan - pada 14/8/2023 - jumlah : 292 hits
malaysiakini comDiterbitkan Aug 13 2023 Selain kerjasama Umno dengan DAP melalui Pakatan Harapan isu Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi serta kedudukan Najib Razak yang kini meringkuk di penjara memberi kesan kepada BN pada enam pilihan raya ...
Aeon Bank Bank Digital Patuh Syariah Pertama Malaysia

Anwar Lebih Untung Dari Sunak Dan Biden

Gkb Eurycozin Pilihan Terbaik Untuk Kesihatan Lelaki

Best Dividend Stock Malaysia 2024 Highest Yield

Bibit Perpecahan Jika Pas Ambil Nenggiri Pn Diberi Amaran

4 Syarikat Multinasional Henti Operasi Di Malaysia

Permohonan Kursus Ai Utm Percuma Berserta Sijil Pengiktirafan Peserta

Gip Blackrock Khazanah Jawapan Pmx Hmmmmmm



Berapakah Tahap Kepanasan Suhu Api Dapur Gas Anda

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dedaun Hijau Di Angin Lalu Slot Megadrama Astro Ria

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Nuh Dan Nayla Slot Akasia TV3

Resepi Nasi Goreng Seafood Paling Mewah dan Terliur Meriah Ramuan Didalamnya

5 Perangai Pemandu Malaysia Yang Buat Memandu Jadi Tak Seronok


Lays Squid Got Chili

Xiaomi Tv Box S 2nd Gen

Typhoid Breaks Out In Kota Bharu School Five Cases Confirmed

Is Papaya Good For You

Bila Perempuan Nak Lelaki Tanggung Semua Benda

Asm Dividend 2024 Payout Date Amanah Saham Malaysia History