Keputusan Prk Terburuk Parti Pemerintah Sejak Merdeka Kesilapan Bodoh



PRK Tg Piai, malang berganda buat PH

KITA semua sudah tahu keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai. Pakatan Harapan (PH) bukan kalah, tapi kalah teruk. Jumlah majoriti yang sangat besar yang diperolehi oleh Barisan Nasional (BN) bagaikan tak terjangkau dek akal.Ada penganalisis yang menyifatkan PRK ini adalah keputusan terburuk dalam sejarah bagi parti-parti pemerintah semenjak merdeka. Dalam parlimen Tanjung Piai ada 27 Pusat Daerah Mengundi (PDM) dan 125 saluran mengundi. PH kalah di semua 27 PDM. Dari 125 saluran PH hanya menang satu saluran. Kalau PH tak faham juga lagi mesej rakyat ini, tak tahulah apa lagi nak cakap.Keputusan majoriti terlalu besar yang dicapai Muafakat Nasional di Tanjung Piai seolah-olah rasanya seperti kerajaan persekutuan itu sendiri telah pun jatuh ke tangan Muafakat Nasional.Sebelum keluar keputusan PRK Tanjung Piai ini, penulis katakan kepada seorang rakan penulis, jika calon PH menang juga dalam PRK ini dia memang betul-betul bernasib baik. Ini adalah kerana terlalu banyak kesilapan ‘bodoh’ yang dilakukan oleh calon atau jentera PH.Di saat pengundi sedang marah kepada kerajaan PH, seperti yang diakui sendiri oleh Salahuddin Ayub, calon dan jentera PH pula menambah lagi bengkak di hati rakyat.Memulakan episod malang, Wak Karmaine terpaksa memegang nombor empat sebagai nombor calon beliau. Seperti mana yang kita faham, angka empat ini dianggap sebagai ‘angka sial’ di kalangan masyarakat Cina.Memang sebagai orang Islam kita tidak percaya pada perkara ini. Namun ia materi kepada pengundi-pengundi kaum Cina yang sebelum ini dianggap sebagai simpanan tetap PH. Mungkin ini juga menjadi satu lagi faktor mengurangkan undi kaum Cina kepada PH.Langkah Wak Karmaine tersandung di awal-awal kempen lagi dengan kenyataan kontroversinya bahawa pekebun kelapa sawit sepatutnya bersyukur dengan harga kelapa sawit RM270 satu tan. Kenyataannya yang dibuat di dalam dalam satu program kempen PH di PDM Penerok pada 3 November itu telah menimbulkan kemarahan pekebun-pekebun kecil kelapa sawit di Tanjung Piai.Ini ditambah lagi dengan peperangan dalaman yang tidak habis-habis di dalam PH, juga memberi kesan besar terhadap sokongan rakyat kepada PH. Ia umpama ibubapa dalam satu-satu keluarga yang asyik bergaduh akan memberi kesan kepada emosi anak-anak.Sudahlah Bersatu dan DAP belum reda lagi pertelingkahan dalam isu Ronnie Liu, tiba-tiba timbul pula isu video kontroversi MB Perak dengan kenyataannya yang mengecam DAP.Pemimpin PH bukan tidak tahu bahawa peperangan sesama mereka ini memberi kesan kepada sokongan rakyat kepada PH. Tapi peperangan dalaman mereka ini memang tidak dapat dielakkan lagi.Tidak ada cara untuk mereka mencari jalan perdamaian. Walau pun ada beberapa orang pemimpin PH, antaranya Lim Kit Siang, yang meminta agar perkara ini dibincangkan selepas PRK ini, namun ia tetap tidak meredakan bahang pergeseran dalaman PH ini.Selain dari sokongan orang-orang Cina beralih kepada BN, dipercayai ramai di antara penyokong-penyokong DAP tidak keluar mengundi kerana krisis antara DAP dan Bersatu. Kerana itu undi yang diperolehi merosot teruk.Namun jika pengundi DAP ini keluar dan mengundi Wak Karmaine, PH tetap sukar untuk menang. Jumlah yang keluar mengundi pada PRU14 ialah 45800 orang. Untuk PRK ini jumlah keluar mengundi ialah 38815 orang. Jadi seramai 6985 orang yang mengundi pada PRU14 tidak mengundi pada PRK ini.Katalah semua 6985 orang yang tidak keluar mengundi ini adalah pengundi DAP. Sekiranya mereka keluar dan mengundi PH, ini akan menjadikan jumlah undi PH ialah 17365. Jumlah ini tetap tidak dapat mengalahkan BN yang mendapat 25466 undi.Namun begitu di sebalik semua malang yang melekat pada Wak Karmaine dan PH ini, sebenarnya ia boleh ditampung dengan beberapa kelebihan yang ada pada kem PH yang sepatutnya mampu menyumbang kepada kemenangan PH.Yang pertama, PH menguasai kerajaan pusat dan negeri. Parti yang menguasai kerajaan pusat dan negeri sepatutnya memiliki banyak kelebihan. Sebagai wakil rakyat kerajaan sudah tentu mudah untuk mereka memohon peruntukan pembangunan. Ini sepatutnya boleh menjadi faktor penarik untuk mengundi Wak Karmaine.Yang kedua PH telah menggunakan segala jentera dan peruntukan kerajaan untuk meraih undi. PH bernasib baik kerana peruntukan dan program yang katanya telah lama disusun sebelum ini kebetulan tempohnya tepat mengena pada PRK Tanjung Piai ini. Jumlahnya pula bukan sedikit. Dianggarkan dalam lingkungan RM30 juta dedak peruntukan ditabur untuk meraih undi.Yang ketiga PH adalah penyandang kerusi ini kerana sudah pun memenangi kerusi ini pada pilihanraya sebelum ini. PH sudah membuktikan bahawa rakyat Tanjung Piai pernah memilih mereka sebelum ini. Ini bermaksud bukan sesuatu yang mustahil untuk PH memenangi semula kerusi ini.Namun segala kelebihan yang ada pada PH ini tidak mampu menampung malang yang telah menimpa Wak Karmaine ini. Semua ini berlaku kerana kebencian dan kemarahan rakyat yang meluap-luap.Kekalahan besar PH ini bagaikan satu ingatan rakyat kepada semua ahli politik bahawa merompak wang negara dan tidak menunaikan janji adalah kesalahan yang sama besar.PH memasuki pilihanraya ini dengan membawa segala jentera dan peruntukan kerajaan untuk menagih undi. Sedangkan pembangkang tidak akan mampu melakukan seperti yang dilakukan oleh parti kerajaan. PH telah melakukan sesuatu yang dahulu semasa mereka jadi pembangkang mereka kata itu sebagai ketidakadilan.PH umpama seseorang yang mengajak lawannya bertarung. Tapi lawannya ditutup mata dan diikat kaki dan tangan. Sudahlah lawannya terikat, PH pula dibenarkan menggunakan senjata. Secara logik akalnya mustahil seseorang yang ditutup mata dan diikat kaki dan tangan mampu mengalahkan lawannya yang bebas.Tapi dalam kes PH ini, sudahlah PH bersenjata, tangan dan kaki lawannya pula diikat, tiba-tiba PH tetap kalah bertarung. Ini yang dikatakan sebagai kekalahan yang sangat hina.IBNU JANIEPenulis adalah Ketua Penerangan PAS Kawasan Masjid Tanah, Melaka – HARAKAHDAILY 20/11/2019


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2019/11/keputusan-prk-terburuk-parti-pemerintah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Keputusan Prk Tanjung Piai Isyarat Kerja Lebih Kuat Ph

Keputusan Prk Tanjung Piai Isyarat Kerja Lebih Kuat Ph

papar berkaitan - pada 17/11/2019 - jumlah : 238 hits
PH Johor menerima keputusan pilihan raya kecil di Tanjung Piai sebagai satu isyarat daripada pengundi yang perlu diambil serius oleh parti kata pengerusinya Muhyiddin Yassin Mengambil kira kekalahan ini PH perlu kembali semula ke paparan la...
Keputusan Prk Tanjung Piai Rakyat Pilih Siapa

Keputusan Prk Tanjung Piai Rakyat Pilih Siapa

papar berkaitan - pada 17/11/2019 - jumlah : 431 hits
Keputusan PRK Tanjung Piai Sebanyak 27 pusat mengundi dan 125 saluran dibuka untuk proses pengundian Pilihan Raya Kecil Parlimen Tanjung Piai bermula 8 pagi hingga 5 30 petang ini Seramai 52 471 pengundi berdaftar di Tanjung Piai akan menun...
Anwar Terima Keputusan Prk Ini Mesej Jelas Pada Ph

Anwar Terima Keputusan Prk Ini Mesej Jelas Pada Ph

papar berkaitan - pada 17/11/2019 - jumlah : 247 hits
KUALA LUMPUR Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Pakatan Harapan mengambil pengajaran dan iktibar susulan kekalahan PH pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Tanjung Piai hari ini Anwar berkata majoriti yang diperoleh Barisan Nasional a...
Keputusan Prk Bukti Ph Kerajaan Sepenggal

Keputusan Prk Bukti Ph Kerajaan Sepenggal

papar berkaitan - pada 19/11/2019 - jumlah : 204 hits
DATO DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT TAKIRI SAYA ingin mengucapkan tahniah kepada pengundi dalam PRK Tanjung Piai kerana telah memberi harapan baru bahawa negara ini boleh diselamatkan dari tangan rakus Pakatan Harapan dengan membuat peno...
Belakangkan Keputusan Parti Parti Setuju Jawatankuasa Disiplin Siasat Zahid

Belakangkan Keputusan Parti Parti Setuju Jawatankuasa Disiplin Siasat Zahid

papar berkaitan - pada 20/11/2019 - jumlah : 281 hits
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata parti mengambil maklum terdapat aduan ahli kepada Jawatankuasa Disiplin mengenai pertemuan beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional di kediaman Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali...
Sejarah Kekalahan Paling Buruk Bagi Parti Pemerintah Di Pirake Tanjung Piai

Sejarah Kekalahan Paling Buruk Bagi Parti Pemerintah Di Pirake Tanjung Piai

papar berkaitan - pada 17/11/2019 - jumlah : 623 hits
NOTA kemaskini Keputusan rasmi Pirake P 165 Tanjung Piai Wee Jeck Seng 25 466 Majoriti 15 086 Karmaine Sardin 10 380 Dr Badrulhisham Abd Aziz 859 Wendy 1 707 Bebas Ang Chuan Lock 380 Bebas Faridah Ariayani Abdul Ghafar 32 KELMARIN dalam cat...
Prk Tg Piai Keputusan Tidak Rasmi Bn Mendahului Lebih 10 Ribu Undi Atasi Ph

Prk Tg Piai Keputusan Tidak Rasmi Bn Mendahului Lebih 10 Ribu Undi Atasi Ph

papar berkaitan - pada 16/11/2019 - jumlah : 583 hits
Hari ini berlangsungnya Pilihan Raya Kecil Parlimen Tanjung Piai yang menyaksikan persaingan hebat 6 penjuru Karmainie Sardini Wee Jeck Seng Wendy Subramaniam Badhrulhisham Abdul Aziz dan 2 lagi calon bebas Keputusan tidak rasmi yang dilapo...
Keputusan Prk Amaran Buat Ph

Keputusan Prk Amaran Buat Ph

papar berkaitan - pada 24/11/2019 - jumlah : 182 hits
PUTRAJAYA 26 Rabiulawal 1441H Sabtu Kekalahan Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai adalah satu amaran bahawa banyak perkara yang dilakukan tidak disenangi rakyat khususnya yang berkaitan dengan kos sara hidup kata Perdana
Keputusan Kes Src Najib Razak Bela Diri Dan Kesannya Di Prk Tanjung Piai

Keputusan Kes Src Najib Razak Bela Diri Dan Kesannya Di Prk Tanjung Piai

papar berkaitan - pada 11/11/2019 - jumlah : 552 hits
Kita sedia maklum bahwa Datuk Seri Najib Razak telah diarah membela diri atas 7 tuduhan tentang syarikat SRC International Sdn Bhd oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Keputusan itu tidak mengejutkan Yang mengejutkan ialah apabila kes ba...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Lirik Lagu Curang Abg Pau


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall