Keputusan Prk Slim Tunjukkan Pintu Keluar Dari Dunia Politik Kepada Dr Mahathir



PRK Slim telah memberikan kemenangan besar kepada calun Barisan Nasional, Mohd Zaidi Aziz dengan memperolehi memperolehi 13,060 undi, menewaskan 2 calun Bebas, Amir Khusyairi Mohamad (calun Pejuang tajaan Dr Mahathir) yang cuma memperolehi 2,115 undi dan satu lagi calun Bebas, Santhara Sekaran Subramaniam, yang cuma memperolehi 276 undi

Sememangnya diakui bahawa DUN Slim merupakan kawasan tradisi atau kubu kuat UMNO, tetapi kemenangan dengan majoriti 10,945 undi di PRK peringkat Dewan Undangan Negeri adalah sesuatu yang agak luar biasa.
Lebih-lebih lagi calun Bebas, Amir Khusyairi, merupakan calun yang didokong sepenuhnya oleh Dr Mahathir dan juga pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan.
Apa yang lebih menarik, Barisan Nasional telah memenangi kesemua 13 PDM termasuk 6 PDM yang tewas ketika PRU 14 yang lepas, iaitu Kampung Kuala Slim, Pekan Slim, Sungai Slim Utara, Pekan Lama, Ladang Kelapa Bali dan Ladang Sungkai.

Dari sudut pungutan undi, pada PRK Slim, menyaksikan Barisan Nasional berjaya mendapat 13,060 undi berbanding 8,327 undi yang diperolehi pada PRU 14 yang lepas.
Apa yang mesej daripada rakyat?
Sekiranya dicampurkan undi yang diperolehi Barisan Nasional dan PAS ketika PRU yang lepas, jumlahnya adalah 12,430.
Ini bermakna terdapat pertambahan undi sebanyak 630 yang diperolehi oleh UMNO dan PAS di dalam gabungan Muafakat Nasional.
Manakala undi yang diperolehi oleh calun Bebas tajaan Dr Mahathir hanyalah 2,115 berbanding 6,144 dan ianya jelas menunjukkan telah berkurangan hampir 300%.
Agak sukar untuk diterima sekiranya ada pihak yang mendakwa pertambahan undi yang diperolehi adalah hasil 'sumbangan besar' dari PPBM, hasil sokongan rakyat kepada Kerajaan Perikatan Nasional sekarang, walau pun peratusan yang keluar undi dalam PRK Slim berkurangan dari 79.4% dalam PRU 14 berbanding 68.4% dalam PRK Slim.
Ini adalah kerana, mengikut sumber, melalui 'post mortem' yang dilakukan selepas PRK Slim, kebanyakan pengundi yang tidak mengundi di PRK Slim adalah pengundi yang berdaftar di DUN Slim tetapi bermastautin di luar.
Malah pengundi yang memberikan undi kepada Pakatan Harapan dalam PRU 14 telah beralih memberikan sokongan kepada Barisan Nasional dan ini terbukti apabila Barisan Nasional berjaya menawan kembali kesemua 6 PDM yang telah tewas ketika PRU 14.
Satu mesej yang sangat jelas dari rakyat dalam PRK Slim, untuk diperhatikan oleh Pakatan Harapan terutamanya Dr Mahathir ialah rakyat secara jelas telah menolak Pakatan Harapan, terutamanya Dr Mahathir.
Sebab itu kedatangan Dr Mahathir dan beberapa pemimpin utama Pakatan Harapan untuk berkempen, tidak mendatangkan impak yang besar kepada calun Pejuang, Amir Khusyairi, malah penerimaan rakyat terhadap Perikatan Nasional masih lagi menjadi tandatanya, walau pun Muhyiddin sebagai Perdana Menteri telah menabur berbagai-bagai imbuhan kepada rakyat dan Menteri Besar Perak adalah dari PPBM, namun tidak dapat menarik kembali undi yang telah diberikan kepada PPBM dalam PRU 14, ini terbukti apabila PPBM membawa undi PPBM kepada Barisan Nasional dalam PRK Slim.

Seperkara yang mesti diperhatikan oleh pemimpin-pemimpin Muafakat Nasional ialah jumlah undi rosak yang agak tinggi pada PRK Slim ini.
Pada PRU 14, tiada undi rosak dicatatkan, manakala pada PRK Slim, jumlah undi rosak naik secara mendadak kepada 327 undi.
Lazimnya undi rosak yang tinggi di dalam sesuatu pilihanraya adalah gambaran protes dari rakyat dan lebih menarik lagi, kebanyakan undi rosak itu datangnya dari PDM yang merupakan kubu kuat UMNO!!!
Apakah ini sebagai tanda protes dari akar umbi UMNO yang tidak berpuas hati dengan sikap dan pendirian pemimpin-pemimpin UMNO yang dilihat mengalu-alukan dan terlalu mengalah dengan helah Muhyiddin dan PPBM terhadap UMNO?
Bagi Dr Mahathir pula, tidak perlu menggunakan pelbagai alasan seperti kononnya parti Pejuang masih baru dan belum dikenali rakyat.
Atau peratusan keluar undi yang rendah berbanding di PRU 14, kerana sekiranya itu adalah sebab yang sebenar, apakah penjelasan Dr Mahathir mengenai 6 PDM yang telah dapat ditawan semula oleh Barisan Nasional?
Mungkin kemenangan besar Barisan Nasional di PRK Chini boleh Dr Mahathir berikan alasan Pahang adalah kubu kuat Barisan Nasional dan Kerajaan Negeri Pahang juga ditadbir oleh Barisan Nasional tetapi di PRK Slim, jelas menunjukkan rakyat sudah membuka pintu keluar dari dunia politik kepada Dr Mahathir kerana rakyat sudah bijak untuk diperdaya dengan taktik politik menghasut!!!

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://theunspinners.blogspot.com/2020/09/keputusan-prk-slim-tunjukkan-pintu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prk Slim Bukan Cerminan Keputusan Pru 15

Prk Slim Bukan Cerminan Keputusan Pru 15

papar berkaitan - pada 31/8/2020 - jumlah : 263 hits
Kemenangan besar calon BN dalam Pilihan Raya Kecil Slim kelmarin bukankah cerminan sebenar sokongan rakyat kepada parti pro kleptokrasi itu dan tidak semestinya BN akan memenangi Pilihan Raya Umum ke 15 Naib Presiden KEADILAN Chang Lih Kang...
Kesan Prk Slim Kepada Politik

Kesan Prk Slim Kepada Politik

papar berkaitan - pada 24/8/2020 - jumlah : 337 hits
Kawasan Dewan Undangan Negeri Slim yang terletak dalam kawasan Parlimen Tanjung Malim Perak menjadi tumpuan selepas pemergian penyandangnya Allahyarham Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib daripada Barisan Nasional pada 15 Julai lalu Keunikannya...
Sprm Nafi Keluar Kenyataan Siasat Rasuah Di Prk Slim

Sprm Nafi Keluar Kenyataan Siasat Rasuah Di Prk Slim

papar berkaitan - pada 30/8/2020 - jumlah : 320 hits
SPRM menggesa pihak yang mempunyai maklumat berkaitan rasuah atau salah laku pada PRK Slim supaya menyalurkannya kepada agensi anti rasuah itu atau polis PETALING JAYA Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menafikan ia sedang menyiasat dak...
Anwar Dan Tun M Wajar Insaf Dgn Keputusan Prk Slim

Anwar Dan Tun M Wajar Insaf Dgn Keputusan Prk Slim

papar berkaitan - pada 30/8/2020 - jumlah : 491 hits
Kedua dua pemimpin utama blok pembangkang wajar mengambil iktibar dari kekalahan besar calon Pejuang Amir Kusyairi pada PRK Slim semalam Jelas sekali perpecahan di kalangan pembangkang memberikan keuntungan besar kepada blok kerajaan tebuk ...
Tewas Prk Slim Tun Dr Mahathir Baik Sedar Diri Dan Berundur Syed Husin

Tewas Prk Slim Tun Dr Mahathir Baik Sedar Diri Dan Berundur Syed Husin

papar berkaitan - pada 1/9/2020 - jumlah : 375 hits
1 565 total views 1 565 views today Barisan Nasional menerusi calonnya Mohd Zaidi Aziz mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri Slim selepas diumum menang dengan majoriti bergaya dalam Pilihan Raya Kecil DUN Slim baru baru ini menentang cal...
Dr Mahathir Memperlekehkan Peneroka Felda Dalam Ceramah Kempen Prk Slim

Dr Mahathir Memperlekehkan Peneroka Felda Dalam Ceramah Kempen Prk Slim

papar berkaitan - pada 29/8/2020 - jumlah : 364 hits
Dalam ceramah kempen PRK Slim pada hari Khamis lepas dalam program sepetang bersama Tun Dr Mahathir di Pusat Bandar Felda Gunung Besout 3 Dr Mahathir sekali lagi memperlekehkan masyarakat peneroka Felda dengan menganggap masyarakat peneroka...
Mahathir Penipu Tiada Laporan Rasuah Bos Spr Kata Prk Slim Terbaik

Mahathir Penipu Tiada Laporan Rasuah Bos Spr Kata Prk Slim Terbaik

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 273 hits
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Abdul Ghani Salleh berkata sehingga hari ini pihaknya tidak menerima sebarang aduan berhubung dakwaan berlaku sogokan wang dalam pilihan raya kecil Slim baru baru ini Menurut Abdul Ghani tidak ada langsung...
Prk Dun Slim 29 Peratus Keluar Mengundi Setakat 11 Pagi

Prk Dun Slim 29 Peratus Keluar Mengundi Setakat 11 Pagi

papar berkaitan - pada 29/8/2020 - jumlah : 461 hits
Kira kira 29 pengundi telah membuang undi sehingga jam 11 15 pagi tadi Suruhanjaya Pilihan Raya mensasarkan 85 peratus daripada 22 749 pengundi biasa akan keluar mengundi sebelum pengundian ditutup pukul 5 30 petang nanti Susulan Covid 19 p...
Majoriti Lebih 10 000 Undi Mahathir Malu Besar Di Prk Slim

Majoriti Lebih 10 000 Undi Mahathir Malu Besar Di Prk Slim

papar berkaitan - pada 29/8/2020 - jumlah : 744 hits
Mohd Zaidi Aziz calon BN menang besar di PRK Slim Mohd Zaidi dapat 13 060 undi calon Mahathir dapat 2 115 undi dan calon bebas dapat 276 undi Majoriti sebanyak 10 945 undi Kemenangan calon BN dengan majoriti besar ini memalukan Mahathir dan...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Nooohhhhh Punya Kawaq

Maksud Dia Boleh Fitnah Ok Ja Pas Halalkan Gitu La Gamoknye

Isteri Czer Tiga Kali Komen Suami Ni Buat Ramai Respect Malu Berdebat Dengan Orang Yang Lahirkan Anak Saya

Nabila Razali Selamat Bersalin Anak Pertama Timang Cahaya Mata Lelaki

Makan Laksa Sarawak Di King Laksa

Pantun Hujung Tahun Dan Selamat Bercuti