Keputusan Pkpb Bukan Langkah Tergesa Gesa


KHAIRIL ANWAR MOHD AMIN   Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (GAMBAR HIASAN) - Foto Bernama   PUTRAJAYA - Kerajaan menolak dakwaan keputusan kelonggaran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa empat kepada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sebagai satu langkah tergesa-gesa untuk menghidupkan semula sektor ekonomi negara ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebaliknya berkata, keputusan kerajaan itu selari dengan pengumuman awal sewaktu PKP mula dilaksanakan iaitu kelonggaran akan diberikan kepada rakyat secara berperingkat.

Menurutnya, ia dibuat susulan kerajaan mengenal pasti kawasan zon hijau, merah dan kuning yang dilabelkan bermula peringkat negeri, daerah, mukim dan lokaliti.

"Apabila kita mempunyai maklumat status zon di setiap kawasan dan lokaliti, kita sudah boleh menggunakan pendekatan pemantauan kawasan bersasar dengan kawalan pergerakan ketat hanya akan ditumpukan kepada zon merah sahaja.

"Sebagai contoh, Perlis yang sudah dua minggu diklasifikasi zon hijau dan tidak mencatatkan kes jangkitan baharu Covid-19, tidak adil dikenakan tindakan kawalan yang sama dengan zon merah.

"Walaupun hampir semua sektor perniagaan kembali dibuka, tidak bermakna kita buka secara tergesa-gesa sebaliknya kita mahu rakyat hidup ada sedikit kelonggaran dengan perhimpunan ramai masih tidak dibenarkan dan amalan penjarakkan sosial masih diperlukan," katanya pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Jawatankuasa Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan PKP di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Ismail Sabri berkata, kebenaran syarikat penerbangan beroperasi pada PKPB hanya melibatkan kebenaran penerbangan domestik dengan pengenalan prosedur standard operasi (SOP) hanya separuh daripada kapasiti jumlah penumpang maksimum.

Menurutnya, arahan penjarakkan sosial yang sama dikenakan terhadap syarikat penerbangan sebagaimana perlu dipatuhi syarikat pengendali bas awam dengan setiap tempat duduk penumpang perlu dijarakkan mengikut SOP ditetapkan.

"Sebenarnya sektor penerbangan tidak pernah terhenti dengan syarikat-syarikat penerbangan seperti Firefly masih beroperasi seperti biasa," katanya.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/05/keputusan-pkpb-bukan-langkah-tergesa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Walau Umur Bayi Dah Cukup 6 Bulan Tak Perlu Tergesa Gesa Cuba Semua Makanan Pejal Ikut Langkah Tepat

Walau Umur Bayi Dah Cukup 6 Bulan Tak Perlu Tergesa Gesa Cuba Semua Makanan Pejal Ikut Langkah Tepat

papar berkaitan - pada 9/5/2020 - jumlah : 420 hits
Tidak dinafikan bila usia bayi sudah masuk enam bulan ibu sudah mula teruja untuk mencuba kesemua jenis makanan pejal baik bubur atau beraneka puri untuk diberikan kepada anak Terujaan itu perlu namun mak ayah jangan gopoh dan tergesa gesa ...
Faizal Tahir Bimbang Dengan Keputusan Pkpb Kerajaan

Faizal Tahir Bimbang Dengan Keputusan Pkpb Kerajaan

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 422 hits
Umum mengetahui semalam kerajaan mengumumkan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat bermula 4 Mei ini dengan lebih banyak kelonggaran dibuat Malah The post appeared first on
Pkpb Diubahsuai Langkah Tepat Tidak Jejas Ekonomi

Pkpb Diubahsuai Langkah Tepat Tidak Jejas Ekonomi

papar berkaitan - pada 6/5/2020 - jumlah : 333 hits
SHAH ALAM 5 MEI Langkah Kerajaan Negeri melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat Diubahsuai adalah tepat dan tidak menjejaskan sektor ekonomi kata EXCO kerajaan tempatan Ng Sze Han berkata beberapa perubahan garis panduan dilakuka...
59 Persatuan Dewan Perniagaan Gesa Negeri Laksana Pkpb

59 Persatuan Dewan Perniagaan Gesa Negeri Laksana Pkpb

papar berkaitan - pada 6/5/2020 - jumlah : 278 hits
LIMA puluh sembilan persatuan dan dewan perniagaan menggesa semua negeri melonggarkan sekatan pencegahan dan pengawalan wabak Covid 19 dengan membenarkan pejabat dan perniagaan beroperasi semula seperti yang diputuskan oleh Putrajaya bermul...
Pkpb Dr M Pemimpin Pembangkang Gesa Sidang Parlimen Penuh

Pkpb Dr M Pemimpin Pembangkang Gesa Sidang Parlimen Penuh

papar berkaitan - pada 5/5/2020 - jumlah : 379 hits
Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad PUTRAJAYA Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad dan pimpinan pembangkang menggesa kerajaan menjalankan sidang Parlimen penuh dengan menambah jumlah hari persidangan sekurang kurangnya 2 minggu B...
Kelonggaran Yang Tergesa Gesa Dan Boleh Backfire

Kelonggaran Yang Tergesa Gesa Dan Boleh Backfire

papar berkaitan - pada 2/5/2020 - jumlah : 413 hits
Pengorbanan front line yg dulu di agung kan sudah di status mana sekarang Apakah politikus sudah tidak sabar untuk keluar merebut jawatan yang sedang hangat dibahagi bahagikan sesama mereka Lambat keluar merebut takut melepas pula
Pkpb Bolehkan Empat Sekeluarga Keluar Rumah Menaiki Sebuah Kenderaan

Pkpb Bolehkan Empat Sekeluarga Keluar Rumah Menaiki Sebuah Kenderaan

papar berkaitan - pada 4/5/2020 - jumlah : 437 hits
Mulai diumumkan dengan syarat yang ketat pada fasa awal Perintah Kawalan Pergerakan nampaknya syarat untuk orang ramai keluar rumah semakin dilonggarkan bersempena dengan PKPB yang berlangsung bermula esok iaitu 4 Mei 2020 Menerusi kenyataa...
Sop Pkpb Dilaksanakan Bermula 4 Mei

Sop Pkpb Dilaksanakan Bermula 4 Mei

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 611 hits
SOP PKPB DILAKSANAKAN BERMULA 4 MEI Bermula 4 Mei 2020 kerajaan akan melaksanakan SOP untuk semua aktiviti ekonomi dan aktiviti sosial Apakah SOP PKPB APA ITU PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT Kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan...
Lynas Leads Non China Heavy Rare Earths Production At M Sian Facility

Kursus Kenegaraan Pelatih Ecrl

The Rise Of Nostalgia Tv Why Reboots Keep Winning Audiences

Hiburan 50 Hospital Malaysia Diiktiraf Hospital Terbaik Dunia 2025 Ini Senarai Mengikut Ranking Dari Atas

Contemporary Industrial House In Seattle By Rho Architects Blends Raw Steel Aesthetics With Residential Innovation

The Doctrine Of Sindoor India S Red Line Against Terror

The Fine Line Between Tired And Unhappy

Vw Owner Fumes Non Deployment Of Airbag During Accident Which Car Maker Describes As Normal


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ubat Rawat Botak Telah Di Temui

Perkara Yang Jangan Di Lakukan Ketika Bercuti Di China

Selamat Hari Guru 2025

Tips For Ensuring Safe And Secure Transactions Gacor123

New Ai And Accessibility Updates Across Android Chrome And More

Media Sosial Makin Toksik Apa Jadi Macam Mana Nak Handle